Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Penjimatan Berganda, 10 Skincare Drugstore Setaraf dengan Produk Mahal

Harga murah tapi hasil lumayan

Setiap orang tidak kira samada wanita atau lelaki pasti mementingkan penampilan serta penjagaan kulit wajah yang sempurna. Tetapi memilih produk terbaik boleh menjadi satu masalah jika tidak menggunakannya dengan tepat. Tak perlu beli yang mahal, cukuplah sekadar boleh menjaga wajah dengan baik. 

Adakah kualiti produk kecantikan dari drugstore setanding jenama mahal?

Sebenarnya, ia bergantung kepada jenis-jenis bahan yang terkandung di dalam sesuatu produk. Sudah pasti terdapat perbezaan dalam ramuan jika di bandingkan dengan kedua dua produk, terutamanya dalam kuantiti klinikal yang digunakan.

Produk kecantikan yang terdapat di farmasi atau drugstore semakin mendapat perhatian ramai kerana peningkatan kualiti serta formulanya yang semakin memberangsangkan. 

Di sini, kami menyediakan senarai serta panduan lengkap untuk produk kecantikan yang boleh di dapati di drugstore;

10 Skincare Terbaik dari Drugstore di Malaysia

Makeup remover dengan kandungan micellar water untuk kulit sensitif
Bioderma
Terbaik untuk kulit berjerawat
Semak Bioderma Sebium H20 250ml harga dibawah:

Pencuci makeup bersifat 2-dalam-1 ini bertujuan menghapuskan solekan, membersih serta menyegarkan kulit. Diperkaya dengan Gluconate Zinc, make up remover ini juga mengandungi agen air micellar demi mengangkat sisa kotoran dan minyak yang terperangkap di dasar kulit, meninggalkan kulit wajah terasa lebih lembut dan bersih. 

Selamat digunakan pada bahagian mata dan bibir, Bioderma Sebium H20 ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif. Hanya sapu secara perlahan, sudah cukup untuk menanggalkan sisa solekan.

Pencuci muka untuk kulit kering - beri lembapan menyeluruh
Hada Labo
Semak Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Foaming Wash harga dibawah:
add_circle Kekalkan lembapan semulajadi
add_circle Boleh digunakan sebagai makeup remover
add_circle Cruelty-free
remove_circle Kulit sensitif elakkan pencuci muka ini

Pembersih wajah dari jenama Hada Labo ini diperkaya dengan Hyaluronic Acid yang telah terbukti sebagai agen utama dalam membekalkan kelembapan dan keanjalan pada kulit wajah. Produk ini juga mempunyai sehingga enam liter air untuk mencuci serta meningkatkan tekstur kualiti kulit sebanyak dua kali ganda selepas beberapa cucian. 

Sesuai buat anda yang berkulit kering, kini kulit anda akan sentiasa tampak bermaya. Tiada lagi masalah kulit kemarau!

Exfoliator/skrub untuk kulit jeragat, hasilkan tona kulit lebih sekata
ST. IVES
Semak ST. IVES Nourished & Smooth Oatmeal Scrub harga dibawah:

Membersih wajah dengan St Ives Nourished Oatmeal Scrub & Mask dua atau tiga kali seminggu boleh menghasilkan tona kulit menjadi lebih sekata, beri keanjalan serta melambatkan proses penuaan. Khas buatmu yang berkulit jeragat, exfoliator atau scrub ini berkesan dalam menghakis sel mati yang terkumpul di dasar kulit. 

Namun, rutin ini tidak boleh dilakukan secara keterlaluan kerana ia mampu membahayakan kulit. Cukuplah sekadar 1 – 2 kali seminggu. Gunakan dalam kuantiti yang sedikit, sudah memadai untuk menghapus kesan melanin.

Toner untuk kulit berminyak dengan bahan semulajadi minyak Tea Tree
Naruko
Semak Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Toner harga dibawah:

Toner wajah Naruko Tea Tree Shine Control ini sangat sesuai untuk anda dengan kulit berminyak atau rawan jerawat. Digunakan selepas mencuci, ianya berkesan dalam membuang segala sisa sebum serta kotoran yang tersumbat pada dasar wajah yang boleh mengakibatkan kemunculan jerawat tidak diingini.  

Diformulasi khas buat kulit wanita Asia, toner wajah ini juga mampu melindungi kulit daripada persekitaran atau pencemaran berbahaya, terutama sewaktu musim panas.

Face mask untuk kulit rawan jerawat - wajah bebas blackheads
Freeman
Freeman Charcoal & Black Sugar Gel Mask + Scrub
Semak Freeman Charcoal & Black Sugar Gel Mask + Scrub harga dibawah:
add_circle Kegunaan 2 dalam 1 mask
add_circle Dapat membersih lebihan minyak
add_circle Mampu menyerap lebihan minyak
add_circle Mampu mengecilkan liang pori
remove_circle Perlu tunggu mask kering, baru boleh jadikan scrub

Masker wajah Charcoal + Black Sugar Mud dari Freeman yang sangat lembut dan halus ini berfungsi sebagai detoks untuk menghilangkan kekotoran, lebihan minyak serta jerawat yang terperangkap di bawah kulit wajah. Untuk anda yang sentiasa mengalami masalah breakouts, cuba masker ajaib ini. 

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, produk ini mengandungi bahan-bahan berkhasiat seperti arang dan gula hitam. Ianya berfungsi untuk membantu dalam meningkatkan keanjalan dan kebersihan kulit secara menyeluruh.

Eye roll-on untuk kulit kombinasi - produk bebas bahan kimia
Simple
Semak Simple Kind To Eyes Revitalising Eye Roll-On (15ml) harga dibawah:
add_circle Tidak diuji ke atas haiwan
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Hypoallergenic
add_circle Diuji secara Dermatologi
add_circle Bebas bahan kimia
remove_circle Roller ball applicator boleh menyebabkan kuman

Kind To Eyes Revitalising Eye Roll On dari Simple ini memberi rawatan dan ketenangan pada kulit bawah mata sejurus selepas aplikasi. Diformulasi dengan ekstrak timun, Lupin, Vitamin B5 serta Glycerin, tiada lagi masalah mata keletihan atau kusam. 

Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kombinasi, sensasi dinginnya akan memastikan mata anda terasa lebih aman setiap pagi. Bye bye panda eyes!

Serum terbaik untuk kulit kusam - penghapus kesan pigmentasi
Garden of Eden
Rosa E 15ml
Semak Garden of Eden Rosa E Pigmentation Serum harga dibawah:

Kaya dengan bahan organik seperti minyak biji Rosehip, anggur serta Vitamin E, Garden Of Eden Rosa T Pigmentation serum ini membantu dalam menghapus bintik gelap dan pigmentasi. Ianya juga dapat membaiki permukaan kulit sambil menggalakkan pembaharuan sel. 

Melindungi kulit daripada radikal bebas yang merbahaya, serum mampu milik ini akan membuahkan hasil kulit yang nampak lebih awet muda hanya selepas beberapa kali aplikasi. Kulit gelap? Tiada lagi.

Pelembap sesuai untuk memutihkan wajah tidak bermaya (whitening)
Garnier
Moisturizer untuk memutihkan wajah
Semak Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF30 harga dibawah:
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Kulit lebih lembut
remove_circle Aroma floral yang kuat
remove_circle Kesan hasil lebih lama

RM21.90
Garnier Sakura White Day Cream ini sangat popular kerana kepantasannya yang berkesan dalam menyerap serta mencerahkan kulit. Pelembap yang serasi dengan semua kondisi kulit ini mengandungi kandungan SPF21 yang tinggi demi memberi perlindungan secukupnya buat kulit anda. 

Ekstrak Sakura, Vitamin B3 dan C di dalamnya pula akan membuatkan kulit anda terasa lebih lembut, gebu dan licin selepas hanya empat minggu menggunakannya.

Krim malam dengan kepekatan kolagen, mencegah kesan awal penuaan
Olay
Semak Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream harga dibawah:

Krim malam ini mengandungi formula teknologi Advanced Amino Peptide Comlex + Carob Fruit Extract yang membantu dalam menjana pengeluaran kolagen serta memperbaharui lapisan kulit dengan pantas. Ianya mengurangkan liang pori terbuka, memulihkan tekstur kulit serta mengembalikan keserian yang hilang akibat penuaan. 

Asid Hyaluronik serta Glycerol di dalamnya pula akan mengunci penghadang lembapan supaya kulit anda akan kekal tegang dan anjal secara semula jadi.

Minyak berkesan untuk memudarkan kesan parut jerawat di wajah
Bio Oil
Semak Bio Oil (60ml) harga dibawah:

Setiap manusia memiliki kulit yang berbeza, namun apa yang pasti, kita tidak boleh lari dengan kesan parut. Sama ada daripada parut jerawat, jeragat mahupun akibat luka lama. Pastikan anda menggunakan krim Bio Oil ini untuk memudarkan parut sedia ada. 

Sesuai untuk semua peringkat umur, krim ini telah diuji secara dermatologi. Anda tidak perlu bimbang tentang masalah keyakinan diri lagi!

Related articles

End of Article