Sudah tentu anda ketahui setiap manusia pasti mempunyai pelbagai jenis kulit seperti kering, sensitif, berminyak, kombinasi, berjerawat dan kulit yang paling mudah untuk dijaga ialah kulit normal. Bercakap tentang kulit berminyak, ianya memerlukan penggunaan rangkaian produk yang bersesuaian untuk digunakan agar mendapat hasil lebih efektif.
Pilihan produk skincare haruslah yang tepat dengan jenis kulit agar dapat mengawal minyak berlebihan.
Apakah rutin penjagaan kulit yang terbaik untuk kulit berminyak?
Rutin penjagaan yang terbaik untuk kulit berminyak ialah dengan menggunakan skincare bersesuaian dengan jenis kulit. Produk skincare ini perlu digunakan dengan mengikut rutin yang tepat untuk mendapatkan hasil pada kulit berminyak.
Untuk mendapatkan hasil lebih lumayan buat kulit wajah anda, langkah rutin skincare juga haruslah mengikut urutan yang betul agar kulit tampil lebih flawless.. Jom lihat senarai dibawah untuk mengetahui info tentang produk skincare sesuai untuk kulit berminyak anda;
11 Skincare Terbaik Untuk Kulit Berminyak
Table of Contents

Cleanser ini mampu untuk membersih wajah dari kesan-kesan minyak dan kekotoran yang melekat pada kulit wajah dengan berkesan. Berfungsi untuk membersih secara mendalam dan mampu mencerah kulit kusam serta meningkatkan tahap kesihatan kulit agar wajah anda tampak segar dan bermaya.
Kandungan produk cleanser ini pula menggunakan bahan-bahan yang tidak akan menyebabkan iritasi dan sangat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit berminyak.

Produk skrub ini berkesan untuk mencerah kulit dan mengurangkan jerawat dengan mengurangkan kesan minyak berlebihan selama 12 jam yang berfungsi untuk meningkatkan kesihatan kulit. Diformulasi dengan ekstrak Blueberry dan bahan anti-bakteria yang dijamin tidak akan menyebabkan iritasi atau kerengsaan pada kulit wajah.
Fungsi utama skrub ini adalah untuk menghalang penghasilan minyak berlebihan, melindungi parut jerawat dan cela, sekatakan kembali tona kulit, menghapus kulit kusam, menghalang sinaran UV, membersih serta menutup liang pori terbuka.

Toner ini mengandungi teknologi nano, Omega White-C, Allantois, ekstrak Orange, Lemon dan Bilberry yang mampu untuk mengimbangi serta bertindak sebagai astringen. Ianya juga dapat meminimumkan liang-liang dari mengeluarkan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Produk ini sangat sesuai untuk mengurangkan sebum berlebihan dan mengecilkan liang-liang pori.

Mask muka ini berfungsi untuk membersih liang pori serta mampu menarik segala kekotoran pada kulit muka agar menjadi lebih sihat dan berseri. Kandungan Almond di dalam face mask ini dapat menenangkan dan melembutkan kulit. Ekstrak timun pula memberi kesan penyejukan, manakala nanas menghilangkan kotoran dan sel-sel mati serta mengekalkan keanjalan kulit.
Mask yang sesuai digunakan oleh anda yang alami masalah kulit kombinasi cenderung kering kerana kulit jenis ini sering memiliki pori-pori yang tersumbat dan mudah teriritasi.

Produk eye cream ini telah disah dan diformulasi dengan kandungan herba untuk menjaga kawasan yang lebih halus serta cepat sensitif seperti bawah mata. Ianya mampu untuk mengawal lingkungan gelap atau dark circle dengan sekali sapuan.
Terbaik dalam mengurangkan kedutan di bawah mata dan dapat menyihatkan kulit berpanjangan. Skincare ini sangat sesuai untuk anda yang miliki kulit berminyak serta sensitif kerana ianya dirumus dengan 100% bahan organik dan semulajadi.

Serum ini mengandungi ekstrak Lemon, Aloe Vera, buah-buahan dan minyak Tea Tree yang mampu untuk mengurangkan jerawat, blackhead serta whitehead dengan bertindak membersih pori terbuka. Selepas toner, serum boleh diaplikasi kepada wajah dengan cara mengurut perlahan-lahan pada kulit untuk penyerapan yang bagus.
Sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak untuk mengawal sebum berlebihan pada kulit muka.

Essence ini dibuat dengan lendir siput domestik yang telah ditapis sebanyak 96% untuk dijadikan sebagai bahan utama dalam skincare ini. Ianya mampu mengubah kulit sambil mengekalkan lembapan dan menggalakkan kulit menjadi lebih sihat. Essence ini bertindak dengan menambah zat-zat nutrien kepada kulit untuk mencegah dan memperbaiki kerosakan pada kulit.
Kulit akan kekal anjal dan kelihatan awet muda sepanjang masa. Sesuai digunakan untuk anda yang alami masalah kulit berminyak kerana ianya sangat ringan dan lembut pada kulit.

Moisturizer ini bebas minyak dan diformulasi sangat ringan serta sesuai digunakan untuk kulit kombinasi cenderung berminyak. Ianya dapat melembap kawasan kering sambil mengawal sinar di kawasan berminyak bagi mendapatkan hasil kulit lebih halus. Kulit akan kelihatan lebih lembut dan licin serta kemasan mattenya dapat bertahan sepanjang hari.
Sesuai digunakan oleh lelaki kerana kulit lelaki, kebanyakannya alami masalah kering dan berminyak kerana tidak menggunakan produk skincare yang tepat. Pelembap ini dapat menyelesaikan masalah anda!

Night cream atau krim malam ini adalah untuk memulihkan 7 masalah kulit yang seringkali dialami oleh wanita. Diformulasi dengan Vitamin B3, Pro-B5 dan E, ianya mampu untuk mengurangkan garis kedutan, sekatakan tona kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan, kekalkan lembapan pada kulit serta menghalang kulit kusam.
Krim ini sesuai digunakan pada waktu malam agar bahan aktif yang terkandung di dalam skincare tersebut dapat berkerja secara ekstra. Ianya dapat membaikpulih kerosakan pada kulit wajah dengan lebih efektif.

Tips untuk memilih face oil bagi yang alami masalah kulit berminyak adalah semestinya bertekstur ringan dan mampu untuk mengawal penghasilan minyak berlebihan. Nah, ini face oil yang ringan sesuai untuk anda yang alami masalah tersebut.
Diinfius menggunakan 3 campuran ekstrak minyak seperti Black Cumin Seed, Camellia Seed dan Rosehip Seed menjadikan face oil ini sesuai untuk anda. Ianya dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dan tidak meninggalkan kesan residu yang melekit.

Sunblock ini merupakan produk yang ringan dan sangat licin untuk kegunaan harian agar kulit terlindung daripada sinaran UVA & UVB. Dengan kemasan matte, sunblock ini juga mengandungi serbuk penyerap sebum yang mampu menyerap minyak berlebihan untuk makeup tahan lama serta memberi kesan pencerahan serta-merta pada kulit muka.
Gunakannya setiap hari agar kulit anda dapat dielakkan daripada terkena sunburn atau kulit menjadi gelap akibat pembentukan melanin.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!