Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
skincare kulit kering

10 Skincare Terbaik Untuk Kulit Kering di Malaysia 2024

Dari pencuci muka hingga ke sunscreen!

Skincare merupakan perkara wajib yang perlu di amalkan untuk memastikan tekstur kulit dalam keadaan baik.

Bukan itu saja, jenis skincare yang digunakan pula harus bergantung kepada jenis kulit muka. 

Jika kulit anda berminyak, pastikan pilih skincare yang sesuai untuk kulit berminyak.

Begitu juga anda yang memiliki jenis kulit kering, pastikan skincare untuk kulit kering.

Apa yang menjadi masalah, ramai tidak tahu mana satu produk untuk kulit kering.

Berikut merupakan produk skincare untuk kulit kering.



Senarai 10 Skincare Untuk Kulit Kering

Skincare untuk kulit kering terbaik secara keseluruhan
CeraVe Foaming Facial Cleanser - Normal to Oily Skin (87ml)
CeraVe
mulai
RM24.90
Semak CeraVe Foaming Facial Cleanser - Normal to Oily Skin (87ml) harga dibawah:
add_circle Membuang kotoran pada wajah
add_circle Diluluskan oleh dermatologis
add_circle Dirumus dari ceramides dan hyaluronic acid
remove_circle Kulit menjadi sensitif pada sinar UV

Sebab menjadi pilihan utama:

Kulit kering dan sensitif adalah fokus utama untuk anda memilih CeraVe. Lagipun produk ini mudah didapati di mana-mana drugstore dan online.

Ciri-ciri:

Skincare ini melibatkan semua perkara asas termasuk cleanser yang di reka khas bagi membuang kotoran pada wajah.

Tapi bagi anda yang mempunyai kulit kering, wajib cuba cleanser dari CeraVe kerana dapat menjaga kelembapan wajah tanpa memberi kesan iritasi.

Teksturnya sedikit berkrim dan mengandungi ceramides dan hyaluronic acid yang dapat memberi kelembapan seimbang pada kulit.

Jangan risau, harganya mampu milik dan mempunyai pelbagai saiz.

Review:

‘Kulit kering sangat sampai mengelupas tapi bila pakai face was CeraVe kulit rasa lembut dan tidak kering selepas menggunakannya. ’

Skincare untuk kulit kering dan sensitif
Neutrogena Alcohol Free Toner
Neutrogena
Toner yang boleh didapati di drugstore tanpa alkohol
mulai
RM13.93
Semak Neutrogena Alcohol Free Toner harga dibawah:
add_circle Tanpa Alkohol
add_circle Bersifat Non comedogenic dan hypoallergenic
remove_circle Mengandungi pewangi.

Bukan hanya perlu pakai pencuci yang betul, toner pun memainkan peranan penting. 

Jadi jika anda memiliki masalah kulit kering yang ketara, gunakan produk toner Neutrogena Alcohol Free Toner ini. 

Toner ini bebas dari sebarang kandungan alkohol, bersifat non-comedogenic dan hypoallergenic. 

Jadi, bukan saja sesuai untuk kulit kering tapi sesuai juga untuk kulit sensitif.

Bagi yang ada masalah kulit sensitif dan mudah kering tu, wajib cuba toner ini tau. 

Skincare untuk kulit kering dan kusam
Safi Rania Gold Serum Konsentrasi 50x (20ml)
Safi
mulai
RM33.90
Semak Safi Rania Gold Serum Konsentrasi 50x (20ml) harga dibawah:
add_circle Tanpa Alkohol
add_circle Tekstur tidak berminyak
add_circle Tingkatkan penghasilan kolagen wajah
remove_circle Mengandungi pewangi

Serum keluaran jenama terkenal Safi ini mengandungi Nano Gold.

Dalam kandungan tersebut mempunyai antioksida dan anti-radang untuk memastikan sel kulit dalam keadaan sihat.

Malah, kandungan Safi Serum mengandungi Beetox (hasil campuran madu asli, propolis dan bisa dari lebah).

Kandungan ini dapat mengurangkan kedutan, meningkatkan kadar pegeluaran kolagen, menyegarkan kulit, memperbaiki struktur kulit, mencerah dan meratakan tona kulit.

Sekaligus dapat menjadikan wajah anda kekal awet muda walaupun berusia sudah 40-an.

Selain itu, serum ini dapat membersihkan liang-liang pori serta dapat mengekalkan kelembapan kulit.

Jangan risau, Serum Safi Rania Gold sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit jenis kombinasi kerana bersifat non-comedogenic. 

Serum untuk kulit kusam & kering
Bio Essence Bio-White Advanced Whitening Serum (30ml)
Bio Essence
mulai
RM59.08
Semak Bio Essence Bio-White Advanced Whitening Serum (30ml) harga dibawah:
add_circle Memperbaiki tona kulit yang kusam
add_circle Kulit lebih berseri
add_circle Melindungi kulit dari sinaran UV
remove_circle Harga agak mahal
remove_circle Tidak sesuai untuk semua jenis kulit

Rumusan terbaru produk daripada Bio-Essence ini menggabungkan bahan pencerah dan pelembap dalam satu botol.

Malah kandungan ekstrak daripada Tanaka Tree Bark, bunga Camellia, Arbutin dan White Plus Complex berkesan dalam menghapus bintik gelap.

Selain itu dapat mengurangkan jeragat pada kulit sambil membekal hidrasi pada kulit wajah kering dan kusam.

Produk ini juga dapat menghalang pembentukan bintik gelap, mengurangkan parut degil dan pembentukan ekstra melanin.

Jadi dapat beri semula keanjalan kulit serta mengembalikan seri wajah yang kusam dan kering.

Sesuai untuk kulit sensitif kerana bahan yang digunakan bersifat anti-iritasi dan rengsaan.

Skincare korea terbaik
Laneige Water Bank Gel Cream (50ml)
Laneige
mulai
RM33.90
Semak Laneige Water Bank Gel Cream (50ml) harga dibawah:
add_circle Tidak melekit
add_circle Kelembapan sehingga 24 jam
add_circle Mengandungi biogen technology
add_circle Dirumus dengan Hydro Ionized Mineral Water
remove_circle Stok yang sangat terhad

Bila pakai krim, pemilihan tekstur adalah yang paling utama dan untuk krim Laneige ini berasaskan water gel. 

Ini menjadikan teksturnya sangat mudah menyerap dan memberikan kesan sejuk bila pakai pada wajah. 

Wajah pasti rasa selesa dan tidak melekit, jadi nak pakai makeup selepas tu tak menjadi masalah. 

Selain itu, krim ini di rumus dengan bahan Hydro Ionized Mineral Water serta biogen technology bagi menyelesaikan masalah kulit kusam. 

Skincare untuk kulit kering dan berminyak
Simple Hydrating Light Moisturiser (125ml)
Simple
Simple Hydrating Light Moisturiser (125ml)
mulai
RM15.50
Semak Simple Hydrating Light Moisturiser (125ml) harga dibawah:
add_circle Tidak diuji ke atas haiwan
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Bebas alkohol & wangian tiruan
add_circle Mengandungi Vitamin E dan B5
remove_circle Texture sedikit melekit

Rumusan bahan yang tiada alkohol biasanya bagus untuk kulit berminyak dan kering kerana tidak merengsakan kulit.

Jadi disebabkan bahan alkohol tiada, Simple Hydrating menggunakan pro vitamin B5 untuk mempercepatkan proses penyembuhan.

Proses ini mungkin dari akibat dari iritasi, bintik merah. Jadi jika anda gunakan, kulit jadi semakin licin.

Paling menarik tentang vitamin B5 ini, mampu mengumpul kelembapan itu dari persekitaran, jadi tidak hairanlah kulit kekal hidrasi je. 

Khasiat dari vitamin E pula mampu menjadikan kulit anda lebih sihat dan kelihatan awet muda.

Manakala bahan glycerin mampu untuk mengawal tahap hidrasi pada kulit.

Bahan borage seed oil pula dapat mengurangkan masalah iritasi anda. 

Skincare untuk kulit kering dan gatal
Cetaphil Moisturizing Cream
Cetaphil
Cetaphil Moisturizing Cream 453gm
mulai
RM78.80
Semak Cetaphil Moisturizing Cream harga dibawah:
add_circle Ada teknologi Moist Lock
add_circle Diperkaya dengan sweet almond oil
add_circle Disahkan oleh dermatologis
add_circle Bebas pewangi
remove_circle Tekstur sedikit tebal

Kebanyakkan produk Cetaphil adalah bagi yang mempunyai kulit sensitif dan telah diuji oleh ahli dermatologis 

Bila kulit kering, rasa sangat tidak selesa terutama pada wajah. 

Jadi dengan technology moist lock ini akan mengunci tahap air yang ada pada wajah agar kekal pada kulit dengan lebih lama. 

Ini menjadikan kulit sentiasa lembab dan tidak kering lagi. Paling best krim ini boleh pakai dengan muka dan badan ye.

Ciri seterusnya, bebas pewangi dan tidak akan menyebabkan iritasi tapi mengandungi cetyl alcohol untuk membaiki tekstur kulit. 

Satu lagi bahan yang menarik iaitu bahan sweet almond oil yang menjadikan kulit anda sentiasa lembap dan tiada lagi kulit kering yang menyakitkan!

Skincare untuk kulit kering dan pori besar
Avène Tolerance Control Soothing Skin Recovery Cream
Avène Tolerance Control Soothing Skin Recovery Cream
mulai
RM75.00
Semak Avène Tolerance Control Soothing Skin Recovery Cream harga dibawah:
add_circle Tiada bahan pewangi
add_circle Bebas paraben
add_circle Dirumus dengan Glycerin
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Avène cream mengandungi bahan glycerin yang tidak menyebabkan iritasi dan dapat mengurangkan masalah lubang pori berminyak.

Malah, bagi anda yang mempunyai kulit bintik kemerahan, disarankan pakai krim ini untuk bantu mengurangkan.

Krim ini menjadikan kulit anda super moist sepanjang hari kerana bahan yang digunakan bebas pewangi. 

Krim ini dipakai pada kulit wajah dan akan memberikan ketegangan pada kulit dalam masa 30 saat sahaja. 

Skincare untuk kulit kering remaja
Wardah Hydra Rose Rich Night Gel
Wardah
Wardah Hydra Rose Rich Night Gel
mulai
RM23.38
Semak Wardah Hydra Rose Rich Night Gel harga dibawah:
add_circle Bahan mengandungi glycerin
add_circle Mempunyai stress relief agent
remove_circle Perlu menggunakan set lengkap untuk mendapatkan hasil berkesan

Wardah merupakan skincare terkenal dengan harga mampu milik dan berkesan. 

Bila anda mempunyai kulit kering, bahan yang wajib cari dalam produk adalah glycerin yang menjadikan kulit anda sentiasa lembap.

Malah dengan kandungan rose rich looks dan tekstur gel mudah menyerap pada kulit tidak akan membuatkan melekit. 

Manakala fungsi stress relief agent pula mengawal tindak balas kulit yang stress akibat pelbagai faktor. 

Jadi, kesihatan kulit terjaga terutama tahap kelembapan kulit. 

Skincare untuk kulit kering di watsons/drugstore
L’Oreal Age Perfect Golden Rosy Glow Radiance
L’Oreal Age Perfect Golden Rosy Glow Radiance
mulai
RM75.00
Semak L’Oreal Age Perfect Golden Rosy Glow Radiance harga dibawah:
add_circle Memberikan kesan glowing
add_circle Diperkaya dengan Flower Extracts dan Neo-Calcium
add_circle Mengandungi bahan lipohydrocy acid
remove_circle Stok yang agak terhad

Bila usia sudah berumur atau tidak selalu pakai skincare, secara tak langsung kulit mula mengecut dan tona muka makin kusam. 

Tapi bila anda pakai krim L’Oreal Rosy yang menggunakan bahan Flower Extracts dan Neo-Calcium, kulit anda kembali berseri. 

Kulit anda akan kelihatan ala-ala merah pink lembut, kelihatan awet muda berseri dan membaiki tekstur kulit. 

Dalam masa yang sama, kulit menjadi lebih anjal, tegang dan kelihatan lebih sihat. 

Manakala bahan dari lipohydroxy asid pula dapat menyingkirkan sel kulit mati serta memberikan kelembapan yang berpanjangan

Skincare untuk kulit kering dan jeragat
La Roche Posay Toleriane Caring Wash Anti Discomfort Facial Cleanser
La Roche Posay Toleriane Caring Wash Anti Discomfort Facial Cleanser
mulai
RM79.71
Semak La Roche Posay Toleriane Caring Wash Anti Discomfort Facial Cleanser harga dibawah:
add_circle Tanpa bahan pewangi
add_circle Mengandungi Niacinamide
add_circle Mempunyai Vitamin B3
remove_circle Harga mahal

Bagi yang mempunyai kulit sensitif atau keadaan kulit seperti ekzema sangat disarankan untuk menggunakan skincare bebas pewangi.

Dan krim dari jenama La Roche ini bebas pewangi dan selamat untuk menggunakanya.

Kulit yang kering ini akan dilindungi oleh bahan yang terkandung iaitu hydrating ceramides dan niacinamide. 

Kedua bahan ini bukan sahaja melembapkan malah mampu untuk mengecilkan size pori wajah. 

Manakala Vitamin B3 pula untuk mengurangkan iritasi kemerahan pada kulit wajah anda. 

Tahap prebiotic thermal water yang tinggi juga salah satu sebab kulit anda kekal sihat dan lembut sepanjang hari.


Apa Langkah Skincare Routine Betul?

Jika kita lihat skincare routine orang lain mesti berbeza-beza. Belum lagi jika kita lihat skincare routine negara luar.

Tapi, disebabkan cuaca di Malaysia berbeza dengan negara luar, tidak pelik mengapa penjagaan wajah juga berbeza.

Jom lihat langkah yang wajib anda lakukan setiap hari supaya kulit wajah kelihatan bersih dan sihat.

Mencuci wajah: Pastikan guna pencuci yang betul dan tidak menyebabkan sebarang masalah pada kulit wajah.

Memakai toner: Toner adalah bahan atau produk wajib selepas pencuci muka. 

Jadi, bila dah cuci muka, liang pori, skin barrier anda dah terdedah dan toner yang akan melindungi kulit anda.

Memakai serum: serum merupakan bahan atau suplemen wajah untuk mencerahkan, mengatasi pigmentasi, memberi vitamin E, anti penuaan dan sebagainya. 

Dan serum amat digalakkan untuk pakai bagi memperoleh hasil yang terbaik.

Memakai moisturizer: Fasa penjagaan muka ini pula untuk mengekalkan tahap hidrasi kulit agar kulit tidak kering dan tidak mempunyai masalah iritasi. 

Memakai treatment cream: Krim ini untuk memperbaikki tekstur kulit yang terkesan akibat masalah jerawat, parut jerawat garis halus dan lain-lain. 

Pakai sunscreen: Paling wajib kerana dapat melindungi kulit dari sinaran UV. Sia-sia kalau semua dah pakai tapi tak pakai sunscreen.

Walaupun anda rasa anda dah buat semua tips di atas, tapi masih tidak memberikan hasil yang memuaskan. 

Sebaiknya semak masalah kulit anda terlebih dahulu di mana-mana klinik rawatan muka untuk mengetahui masalah yang dialami.

Lagipun langkah ini bergantung pada jenis kulit sebenarnya.

Untuk ketahui lebih, jom dengarkan penerangan ringkas dari seorang farmasi, Siti Awe. 


Apakah Cara Terbaik Untuk Mengekalkan Kelembapan Pada Kulit Wajah?

Kulit kering merupakan masalah kulit yang umum.

Tapi selalunya disebabkan pemakanan, genetik, pemakaian kosmetik yang tidak sesuai, gaya hidup, hormon dan banyak lagi. 

Jadi, apakah cara terbaik bagi merawat masalah kulit kering ini? Senang sahaja. 

Pertama sekali, pastikan minum air yang secukupnya kerana kulit merupakan organ terbesar dan paling banyak memerlukan air.

Apabila air kurang, bagaimana kulit dapat mengekalkan kelembapan?

Kedua, sekiranya anda seorang yang gemar mengenakan solekan tebal, sebaiknya kurangkan pemakaian alat solek.

Ini kerana dapat menghindar kulit dari bahan kimia terkandung dalam produk kosmetik.

Ketiga, pastikan anda memakai dan mengikut langkah aplikasi penjagaan wajah yang betul.

Akhir sekali, pastikan anda makan sayur, buah dan makanan yang seimbang supaya khasiat dari makanan dapat disalurkan pada kulit.

Sekaligus kulit kelihatan sihat, awet muda dan berseri 


Artikel Berkaitan

End of Article