Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Krim & Losyen Kaki Terbaik di Malaysia 2024 - Harga & Review

Kaki perlu dimanjakan juga

Tumit merekah selalunya terjadi pada kalangan individu yang sudah mencecah usia 30-an atau tidak mengamalkan makanan seimbang.

Masalah ini boleh terjadi tak kira siapa sama ada lelaki, perempuan atau remaja. Bergantung pada gaya hidup seseorang.

tapi bila tumit merekah ni mula timbul, kita akan menjadi runsing dengan kehadirannya kerana boleh 'mencacatkan' penampilan.

Jadi kami bantu anda senaraikan krim dan losyen untuk kulit kaki paling berkesan. Jom kita lihat!



Senarai 10 Krim Tumit Kaki Mereka Terbaik 

Krim kaki terbaik secara keseluruhan
Himalaya Wellness Foot Care Cream
Himalaya Herbals
From
RM11.50
Check Himalaya Wellness Foot Care Cream price below:
add_circle Melembutkan kulit tumit
add_circle Mengurangkan rekahan tumit
add_circle Menggunakan bahan semula jadi
remove_circle Perlu pakai konsisten untuk keberkesanan

Sebab menjadi pilihan utama:

Produk Himalaya terkenal dengan penggunaan bahan semula jadi untuk merawat segala masalah dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

Ciri-ciri:

Bahan yang digunakan dalam krim kaki adalah bahan semula jadi. Antaraya;

  • Kunyit
  • Madu
  • Halia
  • Biji halba

Semua bahan ini dapat membantu melembutkan bahagian tumit kaki yang mengeras dan merekah.

Dalam pada masa yang sama, dapat melembabkan kulit kaki anda yang kering dan mengelupas.

Jika anda menggunakan dengan konsisten, anda boleh lihat hasil dalam masa dua minggu.

Cara penggunaannya basuh kaki dengan air suam dan sapukan pada seluruh bahagian kaki yang terjejas.

Sapu 2 kali sehari setiap kali selepas mandi atau sebelum tidur. Jika sebelum tidur, pakai stokin untuk keberkesanan yang lebih cepat.

Review: 

“Sangat bagus cuma kena rajin nak sapu hari-hari. Dah pakai seminggu lebih, alhamdulillah tumit kaki dah kurang keras,”

Krim kaki pecah-pecah terbaik
Ellgy Plus Cracked Heel Cream
Ellgy
From
RM19.80
Check Ellgy Plus Cracked Heel Cream price below:
add_circle Dapat melembabkan kulit
add_circle Mengurangkan rekahan tumit
remove_circle Harga mahal

Ellgy Plus menggunakan bahan pelembab yang unik dimana berkesan untuk permukaan dan bahagian bawah kulit.

Selain itu, diformulasikan dengan Saccharide Isomerate iaitu air magnet yang mampu menarik pelembab pada kulit.

Malah, mengandungi ekstrak Portulaca Oleracea dimana bertindak sebagai asid lemak semula jadi yang membantu menguatkan lapisan lipid epidermal.

Jadi lembapan akan terperangkap dalam lapisan kulit sebagai kesan pelembab semula jadi.

Ellgy Plus sangat sesuai digunakan setiap hari untuk melembabkan, melembutkan dan memberi keselesaan pada kulit kering selain membantu mengurangkan rekahan pada tumit.

Perlu diingatkan, penggunaan krim ini hanya pada luaran kulit dan perlu disimpan pada ruang kurang dari 30⁰C.

Krim untuk kulit kaki kering
Aiken Intensive Care Cracked Heel Cream
Aiken
Krim pelembap terbaik untuk kulit kaki merekah
From
RM21.89
Check Aiken Intensive Care Cracked Heel Cream price below:
add_circle Mengurangkan rekahan
add_circle Melembabkan kulit kering
add_circle Melembutkan permukaan kulit
remove_circle Jauhi dari kanak-kanak

Krim kaki ini memberikan keselesaan dengan segera hanya dengan sapuan krim pada kulit.

Dengan kandungan gel Aloe Vera menjadikan setiap sapuan meresap ke dalam kulit dengan pantas dan mampu melegakan serta bagus untuk rekahan.

Seterusnya, bahan seperti ekstrak Purslane yang kaya dengan sumber asid lemak penting digunakan di dalam krim Aiken Intensive Care ini.

Untuk pengetahuan ekstrak ini membantu menguatkan lapisan lipid epidermal dengan memerangkap lembapan dalam kulit untuk kelembapan yang lebih lama.

Bukan itu sahaja, bahan Urea juga dapat memastikan kulit anda kekal terhidrat dan kelihatan segar.

Malah, dapat mengurangkan serta bagus untuk penjagaan kulit yang kasar dan tebal seperti pada bahagian tumit.

Jadi tumit anda akan kekal lembut dan licin tanpa sebarang rekahan.

Krim untuk kaki merekah
Baby Foot Mask - Size M (1 pack)
Baby Foot Mask - Size M (1 pack)
From
RM48.75
Check Baby Foot Mask - Size M (1 pack) price below:
add_circle Dapat melembabkan kulit
add_circle Mengandungi 16 jenis ekstrak
remove_circle Harga mahal

Tidak seperti produk lain, produk baby foot ini direka dalam bentuk mask bukan krim.

Walaupun dalam berbentuk mask, bahan asid buah yang terkandung dapat menembusi lapisan sel kulit mati dan memecahkan lapisannya.

Kemudian menanggalkan kulit mati di bahagian tapak kaki jadi akan ada proses pengelupasan pada kulit kaki.

Ditambah pula dengan formulasi secara saintifik dari kandungan 16 jenis ekstrak eksfoliat dan melembabkan .

Jadi dapat menjadikan kulit kaki kelihatan lembut seperti kulit kaki seorang bayi. 

Lama kelamaan, kulit kaki tidak lagi kering, keras, menggerutu dan kesan pecahan akan hilang secara perlahan-lahan.

Krim untuk kaki merekah
Rosken Feet and Heel Balm
Rosken
From
RM21.90
Check Rosken Feet and Heel Balm price below:
add_circle Melembutkan kulit
add_circle Mengandungi 4 bahan
add_circle Memperbaiki tekstur kulit.
remove_circle Perlu pakai dengan konsisten

Keberkesanan krim ini dapat dilihat dalam masa 3 hari kerana kandungannya sangat efektif.

Dengan syarat anda harus menyapu dengan konsisten selama 3 hari berturut-turut.

Jangan risau, bahan yang digunakan untuk tidak balas cepat ini tidak berbahaya dan telah dibuktikan oleh pakar.

Antaranya kandungan Vitamin E, Urea, Dimethicone, Peppermint Oil dan Allantoin yang tinggi.

Kandungan ini semua dapat memperbaiki kulit yang merekah dan melembabkan kulit kaki anda.

Selain itu, krim ini juga dapat melindungi kulit dari merekah dan memperbaiki tumit yang merekah.

Jadi, bagi mereka yang belum lagi tumit merekah, sebaiknya gunakan krim Rosken ini mulai dari sekarang.

Krim untuk tumit kaki pecah
Scholl Cracked Heel Repair Cream – Active Repair K+
Scholl
From
RM27.90
Check Scholl Cracked Heel Repair Cream – Active Repair K+ price below:
add_circle Tidak mengandungi pewangi
add_circle Mengurangkan rekahan kaki
add_circle Nampak kesan dalam masa 3 hari
remove_circle Harga mahal

Jenama Scholl Crackes Heel Reapir Balm juga telah dibuktikan oleh klinikal keberkesanan dalam masa 3 hari.

Jika anda menyapu dengan konsisten selama 3 hari berturut-turut, tumit anda akan kurang merekah dan mula lembut.

Krim ini juga dapat mengurangkan ketidakselesaan kulit mati yang menebal pada bahagian tumit.

Selain itu dapat melembutkan dan melicinkan kulit kerana tekstur balm Scholl ini mudah menyerap hingga ke dalam lapisan kulit.

Krim untuk kulit kaki mengelupas
The Face Shop Smile Foot Peeling Jelly Mask
The Face Shop
Smile Foot Peeling Jelly Mask
From
RM26.93
Check The Face Shop Smile Foot Peeling Jelly Mask price below:
add_circle Menyingkirkan sel kulit mati
add_circle Melembutkan tumit kaki
add_circle Melembabkan kulit kaki
remove_circle Lambat mengurangkan rekahan

Tidak seperti krim atau losyen kaki lain, jenama The Face Shop mengeluarkan produk memudahkan pengguna memakainya.

Hanya perlu sarung seperti stokin dan biarkan sehingga 1 jam. Kemudian cuci dengan air bersih.

Hasilnya sangat efektif kerana kulit anda akan erasa lebih lembut dan cerah berbanding sebelum.

Malah, tiada lagi masalah kulit kering atau iritasi. Sebaiknya guna sebelum tidur.

Ingin diingatkan selepas memakai gel mask ini, kemungkinan besar kulit anda akan mengalami pengelupasan tapi elakkan memaksa kulit mati ditanggalkan.

Krim pemutih tangan dan kaki yang aman
Whitening Repair Foot Cream
Whitening Repair Foot Cream
From
RM8.25
Check Whitening Repair Foot Cream price below:
add_circle Melembabkan kulit kaki
add_circle Mengandungi antiseptik
add_circle Mengurangkan rekahan
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak sesuai untuk rekahan tebal

Krim kaki ini mampu memberi transformasi yang berkesan untuk rekahan pada kaki untuk kulit kaki yang licin dan cerah.

Selain itu, dapat memperbaiki kulit kasar, kulit kering, kulit merekah dan kulit tebal pada bahagian kaki.

Proses ini terjadi disebabkan kulit mati akan disingkirkan menjadikan kulit lebih licin dan anjal.

Menariknya lagi, mengandungi bahan antiseptik dimana bertindak sebagai analgesik untuk memberikan kelegaan dan merawat kulit dengan pantas.

Cara penggunaannya amat mudah:

  • Bersihkan kaki dengan air sebaiknya air suam dan keringkan.
  • Sapu pada bahagian kulit kering
  • Biarkan sehingga kering sekurang kurangnya 15 minit 
  • Guna 2 hingga 3 kali sehari setiap hari. 
Krim hilangkan parut hitam di kaki
Aliver Whitening Foot Cream Extra Moisturize
ALIVER Whitening Foot Cream Extra Moisturize
From
RM7.19
Check Aliver Whitening Foot Cream Extra Moisturize price below:
add_circle Melembabkan kulit kaki
add_circle Melembabkan kulit kaki Melembutkan tapak kaki
add_circle Sesuai untuk warna kaki berbelang
remove_circle Tidak sesuai untuk rekahan tebal

Krim kaki jenama Aliver ini bukan sahaja dapat melembabkan kulit malah menjadikan kaki kelihatan licin dan halus

Krim ini mengandungi pelbagai intipati pengekstrakan kulit lebih licin sekaligus menjadikan kaki lebih wangi dan tidak berbau.

Cara penggunaan amat mudah:

  • Selepas membersihkan kulit, ambil jumlah produk yang sesuai
  • Sapu dan ratakan pada kulit
  • Urut perlahan untuk penyerapan 

Ingin diingatkan penggunaan hanya pada bahagian luaran sahaja dan elakkan dari terkena mata.

Jika anda merasa tidak selesa sebaiknya berhenti dari menggunakannya.

Sila jauhkan produk ini daripada kanak-kanak dan perlu disimpan ditempat yang sejuk dan kering.

rim untuk kaki kering
Akileine Nutri-Repair Dry Foot Cream - Formerly Regenerating Cream
Akileine Nutri-Repair Dry Foot Cream - Formerly Regenerating Cream
From
RM129.00
Check Akileine Nutri-Repair Dry Foot Cream - Formerly Regenerating Cream price below:
add_circle Sesuai untuk lutut dan siku
add_circle Dapat merawat kematu
add_circle Melembabkan kulit kaki
remove_circle Harga mahal

Akileine Nutri-Repair Dry Foot Cream mengandungi kandungan unik seperti natural shea butter, macadamia oil dan plant glycerin.

Kandungan ini mampu melembapkan, menyuburkan serta membaiki kaki yang kering dan dehidrasi.

Selain itu, kandungan seperti Arnica dan juga horse chestnut membantu mengoksidakan serta menjana semula tisu kulit dengan merangsang peredaran darah yang lebih lancar.

Manariknya, krim ini juga mengandungi IPERAZINE®-4A iaitu bahan aktif anti-penuaan yang eksklusif dan dipatenkan oleh makmal ASEPTA dimana sangat sesuai untuk kulit matang.

Jangan risau,dengan krim ini anda dapat mencegah pembentukan kulit keras selain dapat melembutkan dan menyuburkan kaki yang kering dan menyelesaikan masalah tumit merekah.


Apakah Punca Kulit Kaki Merekah?

Masalah ini sering dihadapi pada sesiapa saja terutama wanita yang usianya masuk ke fasa 30 atau 40-an.

Jika dibiarkan lama-kelamaan akan menjadi teruk sehingga menyebabkan sekeliling tumit dan sekitar tapak kaki kelihatan sangat menggelikan dengan rekahan kulit keras.

Sekaligus mencacatkan penampilan seseorang dan lebih mungkin keyakinan diri jadi kurang.

Jadi, sebelum perkara ini terjadi, sebaiknya ketahui terlebih dahulu punca kulit kaki merekah.

Memetik dari sebuah portal akhbar, perunding kecantikan, Emelia Roslan berkata tumit merekah merupakan masalah biasa.

Ini kerana apabila badan tidak menerima kuantiti air yang mencukupi sehingga kulit pada tumit terlalu kering dan menyebabkan rekahan.

“Lapisan kulit yang kering ini mula menjadi keras, kemudian secara perlahan-lahan menebal dan kasar, akhirnya merekah,” jelasnya.

Terdapat juga penyumbang faktor lain, antaranya;

  • Berat badan yang perlu ditanggung dimana memberi tekanan pada bahagian tumit.
  • Mandi air panas terlalu lama sehingga menghilangkan lembapan semula jadi pada kulit.
  • Memakai kerap kasut tumit tinggi yang ketat
  • Berdiri dalam tempoh yang lama
  • Tidak melembabkan kaki
  • Tidak minum air banyak
  • Kekurangan nutrisi

Dari penjelasan ini, kami rasa anda sudah mengetahui sendiri apakah punca tumit kaki anda merekah.

Selepas ini, elakkan dari punca yang mengakibatkan tumit anda merekah dan kasar okay?


Apakah Cara Merawatnya?

Sebelum melakukan apa-apa rawatan tumit kaki, sebaiknya amalkan diet seharian bagi memberi organ kulit kita sihat dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Antara makanan asas untuk mengurangkan rekahan pada tumit kaki adalah;

  1. Makan makanan yang kaya dengan vitamin E seperti minyak sayuran, sayuran hijau, bijirin, gandum dan kekacang.
  2. Pastikan setiap hari dapatkan kalsium yang cukup seperti susu, keju, yogurt, susu kambing, ikan, brokoli atau air mineral.
  3. Kandungan zat besi seperti daging, ayam, ikan, telur dan sayur mencukupi.
  4. Amalkan pengambilan asid lemak omega 3 seperti ikan salmon dan bijirin.
  5. Makan makanan yang kaya dengan mineral.

Jika anda sudah mengamalkan pemakanan sihat, serba sedikit bahagian tumit kaki akan mulai berkurangan.

Dalam masa yang sama, lakukan rawatan di spa atau di rumah menggunakan bahan yang ada di dapur.

Caranya mudah saja, sediakan satu sudu makan garam, setengah cawan perahan limau, dua sudu makan gel petroleum, air suam dan batuk kecil.

Kemudian, masukkan semua bahan dalam besen kecuali gel petroleum dan jus limau. 

Selepas itu rendam kedua kaki selama 15 hingga 20 minit sambil menggosok tumit kaki dengan batu dan bilas kaki hingga bersih.

Manakala campur gel petroleum dan jus limau pada kawasan merekah dan sarung stokin sepanjang malam.

Untuk melihat cara lain, anda boleh tonton video berikut.


Artikel Berkaitan

End of Article