Masalah jerawat terjadi selepas berlakunya banyak perubahan hormon dalam tubuh badan kita.
Jika tak dirawat, ia boleh menjejaskan penampilan diri dan mungkin membuatkan seseorang kurang yakin dengan diri sendiri.
Proses dalam memulihkan jerawat akan mengambil masa yang lama sehingga berbulan-bulan malah ada yang bertahun lamanya!
Ada satu rawatan jerawat yang anda boleh lakukan iaitu rawatan laser tapi harganya agak keras.
Tapi, tahukah anda kini terdapat beberapa produk yang berkesan untuk hilangkan bekas jerawat di Watsons?
Untuk yang dalam bajet, jom lihat senarai produk hilangkan parut jerawat terbaik di Watsons.
Bagaimana Cara Pilih Produk Hilangkan Parut Jerawat?
Parut jerawat boleh terjadi apabila seseorang tak merawat muka dengan baik atau salah penggunaan produk.
Mungkin disebabkan terlalu banyak pilihan produk di pasaran, mungkin ramai yang sukar untuk memilih produk yang sesuai untuk menghilangkan parut jerawat.
Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda membuat pilihan.
-
Jenis kulit
Kulit setiap orang adalah berbeza, jadi penting untuk memilih produk yang sesuai dengan anda.
Jangan membeli sesuatu produk hanya kerana ia popular atau disyorkan oleh rakan tetapi anda perlu pastikan produk tersebut sesuai dengan jenis kulit anda.
Jika anda mempunyai kulit sensitif, pastikan produk yang anda pilih tidak mengandungi bahan yang boleh merengsakan kulit.
-
Kenal pasti jenis parut jerawat anda
Sebelum memilih produk untuk menghilangkan parut jerawat, anda perlu tahu jenis parut yang anda miliki.
Terdapat dua jenis parut jerawat iaitu kemerahan (parut hipopigmentasi) dan bintik hitam (parut hiperpigmentasi).
-
Bahan-bahan
Semua produk menghilangkan parut jerawat mengandungi bahan yang berbeza.
Jadi, pastikan anda memilih produk yang mengandungi bahan-bahan yang terbukti berkesan untuk menghilangkan parut jerawat.
Anda juga boleh memilih produk yang mengandungi vitamin C, retinol atau niacinamide untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit dan membantu mengurangkan parut jerawat.
-
Baca kandungan produk sebelum membeli
Sebelum membuat pembelian, pastikan anda membaca bahan-bahan produk dengan teliti.
Pastikan produk tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan alahan atau tindak balas negetif pada kulit.
Bahan-bahan seperti alkohol dan paraben adalah contoh bahan-bahan yang perlu dielakkan jika anda mempunyai kulit sensitif.
-
Beli produk daripada kedai yang sah dan dipercayai
Watsons adalah sebuah rangkaian farmasi yang terkenal di Malaysia dan menawarkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan termasuk produk menghilangkan parut jerawat.
Produk Watsons menjual pelbagai jenis pilihan produk dan anda boleh membeli mengikut bajet tersendiri.
Sebelum membeli, baca ulasan dan komen pelanggan untuk memberi anda gambaran yang lebih jelas tentang keberkesanan produk dan sebarang kesan sampingan yang mungkin berlaku.
Apa Kelebihan dan Kekurangan Produk Hilangkan Parut Jerawat?
Kelebihan produk hilangkan parut jerawat:
-
Mengurangkan kesan parut jerawat
Produk yang digunakan untuk mengurangkan parut jerawat biasanya mempunyai bahan yang membantu mengurangkan kesan parut tersebut.
Ini dapat membantu mengurangkan cela pada wajah dan menjadikan kulit kelihatan lebih berseri.
-
Meningkatkan pengelupasan kulit
Produk yang mengandungi bahan-bahan melembapkan dan pengelupasan boleh membantu mengekalkan kelembapan dan merangsang pertumbuhan sel baru.
Ini akan membantu menanggalkan sel kulit mati dan mempercepatkan proses penyembuhan parut jerawat.
-
Memberi nutrien pada kulit
Banyak produk menghilangkan bekas jerawat mengandungi bahan-bahan seperti Vitamin E dan C, yang membantu membekalkan nutrien kepada kulit.
Bukan itu sahaja, ia juga membantu melindungi kulit daripada kerosakan sel dan memastikan ia sihat dan kelihatan lebih bermaya.
Kekurangan produk hilangkan parut jerawat:
-
Kesan yang lambat
Kesan produk untuk menghilangkan parut jerawat mungkin mengambil sedikit masa untuk dilihat.
Ini bermakna pengguna perlu bersabar dan mengambil masa untuk melihat hasil yang diinginkan.
-
Reaksi alergi
Produk yang ditawarkan oleh Watson mungkin mengandungi bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah orang.
Oleh itu, pengguna harus berhati-hati dan membaca kandungan produk sebelum membelinya.
11 Produk untuk Hilangkan Parut Jerawat di Watsons
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama;
Bahan yang diformulasi khas untuk melawan jerawat pada badan dan muka dan kegunaannya 2 dalam 1.
Ciri-ciri;
Jika anda mencari produk yang boleh melindungi kulit dari sinar matahari dan menghilangkan parut jerawat, Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion adalah pilihan yang tepat.
Ini kerana bahan yang terkandung dalam Aiken Tea Tree Oil dapat mengurangkan keradangan serta iritasi kulit sekaligus dapat memudarkan parut jerawat yang disebabkan jerawat hitam dan merah.
Malah, tea tree oil bukan saja dapat hilangkan parut jerawat tetapi mampu menghalang pertumbuhan jerawat yang baru serta menyingkirkan kotoran pada lubang pori.
Cuma pastikan gunakan 2 kali sehari setiap hari untuk dapatkan keberkesanan.
Review;
“Lotion ini mempunyai tekstur seperti cream tetapi tidak berminyak dan sejuk bila dia pakai. Paling best, tak buat kulit melekit,”

Krim parut untuk luka ini mengandungi teknologi CX5 yang inovatif dan mengandungi ramuan unik ester Vitamin C yang memberi faedah perlindungan dan bertindak sebagai agen pencerah kulit.
Sesuai untuk anda yang alami parut jenis hyperthropic dan keloid, teknologi silikon pada krim ini dapat membantu mengurangkan kesan cela parut tersebut.
Pembentukan melanin atau pigmentasi yang muncul pada permukaan kulit wajah anda juga akan berkurangan dengan penggunaan secara konsisten krim ini setiap hari.
Walaupun kesan hasilnya agak lambat berbanding krim yang lain, tapi tetap dijamin selamat untuk digunakan untuk semua jenis kulit.
Produk ini sudah diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, jadi mereka memperakui keberkesanannya tapi hanya bekersanan digunakan pada bekas luka yang tidak melebihi 2 tahun.

Bahan yang utama yang digunakan dalam produk Some By Mi Yuja Niacin Blemish Care Serum adalah 5% Niacinamide dan 1% - 2% vitamin C.
Walaupun dalam serum Some By Mi kali ini mengandungi sitrus buah Yuja tapi sebenarnya bukan itu kandungan utama vitamin C tapi sodium ascorbyl.
Cukup gunakan beberapa hari, anda akan dapat lihat keberkesanan pada kulit wajah yang berparut tidak kira berpunca dari jerawat, terkena minyak masak atau luka dalam.
Tekstur Some By Mi Yuja Niacin Blemish Care Serum sedikit berair tapi itu memudahkan menyerap ke dalam kulit untuk keberkesanan yang lebih efektif.

Dr.Dermis Anti-Hyperpigmentation dicipta khas untuk mereka yang mengalami masalah jeragat, parut jerawat, dark spot dan post inflammatory hyperpigmentation.
Menariknya, produk ini mampu mengurangkan pigmentasi sebanyak 71.4% dan dengan adanya Resveratrol dan 2% Vitamin C, serum ini dapat memudarkan dark spots.
Selain itu, terdapat juga bahan Derma-Mimic Complex dimana 1 formula dengan 3 kelebihan; repair, moisturise dan strengthen skin barrier.
Tekstur pula tidak melekit dan mudahkan menyerap ke dalam kulit.

Cosrx Refresh AHA BHA Vitamin Daily Toner antara salah satu produk yang boleh digunakan dalam penjagaan kulit harian terutama bagi mereka yang mengalami masalah bekas jerawat berlubang.
Kandungan Vitamin C yang ada dalam toner ini dapat memudarkan parut jerawat hitam dan berlubang kerana akan berlaku pengelupasan kulit untuk menjana sel kulit baru.
Manakala kandungan Niacinamide pula dapat membantu sebanyak 2 sehingga 5 peratus meningkatkan melasma pada kulit sekaligus dapat merawat parut jerawat berlubang.
Malah, menurut satu kajian, penggunaan Niacinamide dapat menghalang pertumbuhan jerawat serta bantu melembabkan kulit wajah.

Wardah Lightening Face Toner diformulasi pH seimbang yang dapat menyegarkan dan mengekalkan pH semula jadi kulit sebelum memakai produk lain.
Ditambah pula kandungan Advanced Niacinamide sekaligus membantu memudarkan parut jerawat serta menjadikan kulit lebih bersih.
Selain itu, penyegar wajah ini mengandungi bahan glycolic acid dimana dapat memperharui sel kulit. Jangan risau, walaupun ia diformulasikan bersama glycolic acid tapi tidak akan mengeringkan kulit.

Cosmoderm Pure Tea Tree Oil mempunyai bahan minyak pati tea tree yang sudah terbukti dalam bagus untuk menyelesaikan masalah jerawat dan parut jerawat.
Bahan dalam kandungan tersebut dapat membantu menyingkirkan bakteria pada kulit wajah.
Sekaligus dapay menenangkan kulit daripada sebarang pembentukan jerawat dan parut jerawat.
Malah, minyak pati tea tree oil Cosmoderm mampu mengawal pengeluaran sebum sebagai pencegahan awal jerawat.

Bio oil ini terkenal dengan kemampuannya mengurangkan parut pada badan.
Ini kerana bahan yang digunakan semuanya berasaskan organik dan selamat untuk kulit badan.
Ciri lain lagi berfungsi mengurangkan/memudarkan stretch mark pada kulit badan.
tapi perlu di ingatkan, hanya mampu mengurangkan sahaja bukan untuk menghilangkan kesan tersebut.
Bukan sahaja berfungsi memudarkan kesan-kesan diatas, malah vitamin E di dalam Bio Oil juga mampu melindungi kulit dari radikal bebas.
Retinyl Palmitate (Vitamin A) ini akan mengurangkan jerawat serta meningkatkan penghasilan collagen yang baik untuk kulit.
Banyak sebenarnya kegunaan produk ini, mahal tapi berbaloi.

Produk ini berkesan memudarkan parut jerawat dan mencegah jerawat berulang.
Sesuai untuk kulit berjerawat kerana ia diformulasikan dengan minyak pokok teh Australia semulajadi, ekstrak Canadian Willow Herb dan ekstrak Willow Bark yang membawa keseimbangan kepada kulit berjerawat.
Selain itu, membersihkan liang pori dan mengurangkan sebum berlebihan di kulit. Ia juga melawan bakteria penyebab jerawat dan menjadikan kulit lebih bersih.

Serum ini telah menjalani ujian klinikal dan keputusan akhir mendapati Garden of Eden Rosa T Acne Serum dapat mengurangkan jerawat sebanyak 51% dan mengurangkan sebum berlebihan sebanyak 52%.
Ini kerana kandungannya mengandungi 100% bahan berasaskan tumbuhan dan bebas daripada bahan kimia.
Rosa T Serum dicampur dengan bahan vitamin E semulajadi untuk berfungsi membantu menyembuhkan parut jerawat dan memperbaiki kulit yang rosak.
Selain mampu membunuh bakteria degil yang menyebabkan jerawat, serum ini juga dapat mengurangkan pengeluaran sebum atau minyak pada kulit yang merupakan punca utama di sebalik pertumbuhan jerawat.
Kandungan lain yang terdapat dalam serum ini adalah minyak pokok teh australia tulen dan antiseptik semulajadi.
Untuk pengetahuan anda, serum ini sesuai untuk kulit jenis berjerawat, berminyak dan berparut.
Bagusnya lagi, mengandungi 3 bahan aktif; Tea Tree Oil (Melaleuca alternifolia), Rosehip Seed Oil (Rosa aff. rubiginosa) dan Natural Vitamin E (D-alpha tocopherol).

Rosken Bio Serum ini mengandungi vitamin A, E, minyak chamomile, minyak lavender, minyak rosemary, minyak rosehip dan minyak calendula.
Bukan sahaja membantu memperbaiki kulit anda, malah produk ini mengurangkan kesan parut jerawat, mengekalkan keanjalan kulit dan membantu mengurangkan penampilan tanda-tanda penuaan pada kulit anda.
Selain itu, mengatasi ketidakseimbangan warna kulit, penuaan dan kulit kering akibat terdedah kepada matahari atau aircond.
Mampu menenangkan, melembapkan dan mengurangkan kedutan serta garis halus pada wajah anda. Kulit anda akan terasa lebih lembut dan sihat.
Apakah Cara Terbaik Untuk Hilangkan Parut Jerawat?
- Parut jerawat hitam atau merah (hiperpigmentasi)
Pigmentasi warna hitam atau coklat terjadi apabila tompokan melanin mula menebal sehingga kadang-kala boleh merangsang keradangan kulit akibat pengecutan jerawat.
Manakala tompok kemerahan pula dipanggil Post Inflammatory Erytema (PIE) yang berpunca oleh saluran darah membengkak dan memberi isyarat supaya darah tinggal dikawasan yang bengkak.
Teknik untuk menghilangkan jenis parut begini ialah dengan memilih produk kaya dengan retinol, Vitamin C atau produk pencerahan kulit.
- Parut jerawat berlubang
Terdapat tiga jenis parut jerawat berlubang iaitu ice pick, box car dan rolling.
Mereka akan mengalami parut berlekuk kerana menyebabkan kulit mempunyai tekstur tidak sekata.
Kini anda boleh memilih produk yang mengandungi kolagen, niacinamide, propolis atau apa-apa produk ‘chemical peeling’.

-
Parut jerawat timbul
Parut jerawat timbu adalah jenis parut yang menyebabkan saiz dan struktur muka boleh berubah.
Perkara ini terjadi apabila kulit mengeluarkan sel tisu berlebihan dan biar tidak rawat dalam jangka masa yang lama.
Apa yang anda boleh cuba lakukan adalah gunakan beberapa produk yang sesuai untuk mengecutkan parut atau jerawat.

Artikel Berkaitan
- Bagi Kulit Berminyak & Berparut, Ini 6 Pencuci Muka Terbaik Untuk Anda
- Masalah Jerawat Tiada Lagi Selepas Pakai 4 Produk Penjagaan Muka Ini
- 8 Produk Kecantikan Jenama Korea Wajib Ada Untuk Wajah Berseri
- 10 Produk Ubat & Krim Hilangkan Parut Paling Berkesan 2022
- 8 Krim Hilangkan Parut Terbaik Malaysia 2023
- Acne Patch (Pelekat Jerawat) Terbaik di Malaysia