Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Krim parut muka

9 Krim Hilangkan Parut Terbaik Malaysia 2023 (Muka & Badan)

Kulit flawless dari hujung rambut hingga ke hujung kaki!

Setiap daripada kita pasti ada masalah kulit wajah yang berbeza seperti masalah jerawat, kulit berminyak dan kulit wajah berparut.

Tapi apa yang lebih merunsingkan apabila jerawat atau luka tersebut meninggalkan kesan parut dalam yang sukar untuk hilang.

Jawapan untuk masalah ini, anda perlukan ubat parut jerawat paling berkesan atau krim hilangkan parut untuk kulit wajah yang lebih mulus.

Jadi, kami ada jalan penyelesaian dengan bantu anda senaraikan produk krim hilangkan parut dengan berkesan.


Senarai 9 Krim Hilangkan Parut

Krim parut terbaik secara secara keseluruhan
Dermatix
Semak DERMATIX Advanced Scar Formula harga dibawah:
add_circle Berkesan untuk pelbagai jenis parut.
add_circle 100% produk klinikal.
remove_circle Harga mahal.

Sebab menjadi pilihan utama;

Krim parut untuk luka ini mengandungi teknologi CX5 yang  inovatif dan mengandungi ramuan unik ester Vitamin C yang memberi faedah perlindungan dan bertindak sebagai agen pencerah kulit.

Ciri-ciri;

Sesuai untuk anda yang alami parut jenis hyperthropic dan keloid, teknologi silikon pada krim ini dapat membantu mengurangkan kesan cela parut tersebut. 

Pembentukan melanin atau pigmentasi yang muncul pada permukaan kulit wajah anda juga akan berkurangan jika penggunaan secara konsisten.

Walaupun hasilnya agak lambat berbanding krim lain, tetapi dijamin selamat digunakan untuk semua jenis kulit. 

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi dimana boleh digunakan pada bekas luka yang tidak melebihi 2 tahun seperti pembedahan atau kesan terbakar kecuali luka terbakar tahap ketiga.

Jadi, sangat sesuai untuk para ibu mengandung yang bersalin melalui proses pebedahan bagi menghilangkan parut tersebut.  

Review:

"Ada parut dalam, lepas pakai setiap hari, parut nampak macam tak ada dah dalam masa 3 bulan,"

Krim hilangkan parut kudis
Scars
scar gel
Semak Scar Removal Cream harga dibawah:
add_circle Tidak berbau
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Boleh pakai sebelum make up
remove_circle Hanya dijual atas talian

Bagi yang ada masalah parut kaki yang banyak atau kesan jahitan selepas pebedahan, kami syorkan krim Scars ini.

Krim ini menganguni ekstrak lavender, propolis, allanosin, chlorhexidine acetate, sodium hyaluronate dan bahan aktif yang lain.

Ini menjadikan sesuai untuk parut kudis, parut yang dalam, luka pembedahan, gatal kemerahan, lebam, parut jerawat dan lain-lain.

Jangan risau, krim ini sesuai untuk semua orang termaasuk kanak-kanak, wanita mengandung dan dewasa.

Cara penggunaan mudah saja sapukan pasa kawasan berparut dan biarkan selama 8 jam. Pakai waktu siang dan malam.

Kami ingin ingatkan, simpan krim ini dalam tempat sejuk dan elakkan simpan dalam suhu yang panas.

Krim menghilangkan parut hitam
Vitamin E
vitamin E krim parus parut
Semak Krim Parut VItamin E harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mampu mencerahkan kulit
add_circle Dapat mengurangkan selulit
remove_circle Perlu pakai kosisten

Bahan utama krim ini adalah vitamin E yang mana dapat memberi banyak kebaikan pada kulit.

Antaranya mencerahkan kulit, mengurangkan selulit dapat melicinkan kulit dan banyak lagi.

Paling penting, krim ini dapat mengembalikan kulit asal walaupun terdapat parut dalam pada kulit.

Jangan risau, boleh digunakan pada bahagian muka dan seluruh kulit yang mempunyai masalah.

Semak ROSKEN Skin Repair High Potency Vitamin E Cream harga dibawah:
add_circle Membaiki permukaan kulit yang rosak dengan baik.
add_circle Melambatkan proses penuaan.
add_circle Membaiki sel tisu kulit.
remove_circle Bertekstur tebal dan lambat menyerap.

Krim parut ini mampu membaiki kesan parut, tanda regangan dan cela pada permukaan kulit kerana kaya dengan emolien yang dirumus dengan Vitamin E berkualiti tinggi serta diperkaya dengan Shea dan Cocoa Butter.

Selain itu krim ini juga dapat melambatkan proses penuaan pada kulit dengan memudarkan kedutan dan garis halus yang muncul pada permukaan kulit wajah sekaligus memberi keanjalan pada wajah seperti awet muda.

Kandungan perlindungan ekstranya pula membantu menghalang radikal bebas melekat pada kulit wajah, mengurangkan tanda parut serta membaiki tisu wajah akibat sinar UV atau stretch marks.   

Sangat bagus bagi kulit bermasalah seperti sensitif dan kering jadi krim ini tidak akan menyebabkan kulit menjadi iritasi. 

Krim hilangkan parut badan
SkinLabs
Semak SKINLABS Vitamin E Cream harga dibawah:
add_circle Melembabkan wajah.
add_circle Mengurangkan kesan parut.
add_circle Mengurangkan kemunculan strecth marks.
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit berminyak.

Krim Vitamin E dari Derma Health ini kaya dengan pelembab dan antioksidan yang dapat membaikpulih kerosakan kulit dengan baik.

Malah, dengan kandungan 10,000iu Vitamin E, krim ini mampu memberi manfaat dalam banyak perkara. Antaranya;

  • Mengekalkan kesihatan kulit.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Dapat membaikit kulit berparut.
  • Mengurangkan garisan stretch marks.
  • Dapat melindungi kulit dari sinar UV.

Selain itu, krim ini sesuai untuk kulit kering kerana dapat dapat mengekalkan lembapan pada kulit sepanjang hari jadi.

Cara pemakaian krim ini, gunakan selepas mandi kerana liang pori kulit wajah sedang terbuka selepas mandi.

Krim parut jerawat terbaik
Mederma
mederma krim parut
Semak Mederma Proactive Gel harga dibawah:
add_circle Disyorkan oleh ahli dermatologi.
add_circle Bebas dari alkohol.
add_circle Sesuai
remove_circle Membaiki parut sehingga 6 bulan.

Krim merawat parut dari Mederma merupakan krim no.1 yang disyorkan oleh doktor pakar kulit di Jerman. 

Ini kerana bahan yang digunakan seperti Aqua (purified), PEG-4, Aloe Barbadensis Leaf Juice dan lain-lain dapat menyelesaikan masalah kulit berparut dan menjadikan kulit lebih anjal.

Jangan risau, krim ini bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti alkohol tapi, jika krim ini menyebabkan kulit iritasi atau merengsa, hentikan penggunaan dengan segera.

Cara penggunaanya, sapukan krim Mederma pada parut dengan lembut sebaik sahaja luka sembuh.

Gunakan dua kali sehari selama dua bulan pada parut baru manakala 3-6 bulan pada parut yang lebih tua atau dalam.

Jika penggunaan harian yang konsisten, anda akan melihat perut pada permukaan kulit hampir tidak kelihatan.

Krim hilangkan parut selepas bersalin
Palmer's
Semak Palmer's Cocoa Butter Stretch Mark Lotion harga dibawah:
add_circle Kulit kekal lembap dan hidrasi
add_circle Berkesan mengurangkan garisan selulit
remove_circle Tekstur berminyak

Bagi mereka yang sedang hamil, lepas bersalin atau proses menurunkan berat badan, bahagian kulit tertentu terutama perut pasti berlaku regangan.

Jadi, Palmer's Cocoa Butter Stretch Mark Lotion ada jalan penyelesaian kerana mampu mengurangkan garisan stretch marks.

Malah krim ini mengandungi Argan Oil, Sweet Almond Oil, Centella Asiatica, Elastin, Collagen, Vitamin E, Shea Butter, Cocoa Butter dimana dapat mengurangkan kegatalan pada kulit.

Dalam masa yang sama boleh digunakan sebagai pelembap kulit bagi yang mengalami masalah kulit kering.

Bagusnya lagi, krim ini menyerap pantas ke dalam lapisan kulit menjadikan kulit anjal dan lembab sepanjang hari atau 48 jam.

Cara penggunaanya, hanya menyapu mengikut pusingan jam bahagian perut bagi ibu mengandung sehingga bayi dilahirkan.

Manakala, bagi yang ingin menurunkan berat badan, sapu bahagian selulit. Lakukan dua kali sehari.

Krim hilangkan parut di muka
NurFella Beauty
Semak NB Acne Scar Cream harga dibawah:
add_circle Dapat mengawal penghasilan minyak
add_circle Dapat hapus bakteria pada kulit
add_circle Dapat pudarkan parut jerawat
add_circle Mengurangkan kulit gatal
remove_circle Bau seperti ubat
remove_circle Mempunyai kesan sampingan

Krim ini mengandungi bahan yang dapat memberi kesan positif pada beberapa masalah kulit. Antaranya;

  • Memudarkan & menghilangkan parut dalam.
  • Mengecutkan jerawat.
  • Menghilangkan jeragat.
  • Mengawal kulit berminyak.
  • Mengecilkan liang pori.
  • Melembapkan kulit kering.
  • Merawat rasa gatal untuk masalah kulit alergik dan ekzema.

Menariknya lagi, dapat membunuh kuman yang melekat pada kulit.

Dengan adanya bahan antiseptik, krim ini dapat mengurangkan ruam dan jerawat.

Semak Shaklee Essential Herbal Blend Multi Purpose Cream harga dibawah:
add_circle Diperkaya dengan bahan semulajadi.
add_circle Bebas dari bahan steroid dan kimia.
add_circle Sesuai untuk bayi dan dewasa.
remove_circle Hanya pengedar sah saja yang jual.

Kandungan Krim Herbal Blend ini dihasilkan daripada 4 jenis tumbuh-tumbuhan herba iaitu daun Sage, Horse Chesnut, Yarrow dan Rosemary.

Semua bahan tradisional ini boleh merawat parut pada kulit tanpa menggunakan apa-apa campuran bahan kimia.

Selain itu Shaklee Essential Herbal Blend Multi Purpose Cream ini mampu melembutkan kulit seperti bahagian tumit, merawat segala jenis ruam, merawat luka pada puting susu ibu, mengurangkan selulit dan banyak lagi.

Menariknya lagi, krim ini sesuai untuk penggunaan semua peringkat umur dari bayi sehingga dewasa tidak kira lelaki atau wanita.

Ibu mengandung dan warga emas juga boleh pakai untuk melembutkan kulit atau mengurangkan garisan selulit.

Gunakan pada tempat yang bermasalah pada setiap hari setiap kali selepas mandi atau jika perlu.


Apa Itu Parut?

Parut adalah hasil dari proses penyembuhan kulit dan tisu semulajadi selepas berlaku kecederaan pada permukaan kulit.

Boleh terjadi di mana-mana anggota badan asalkan disebabkan trauma, jangkitan atau pembedahan.

Tisu yang normal digantikan dengan tisu fibrosis dan parut terbentuk sama ada pada tisu dalaman atau permukaan kulit.


Bagaimanakah Krim Parut Berfungsi?

Parut terjadi kerana tindak balas penghasilan kolagen semulajadi yang berlebihan akibat luka.

Krim parut mengandungi bahan-bahan seperti silikon, vitamin E, allantoin yang dapat mencerahkan warna parut.

Bahan ini juga dapat memberi kelembapan yang mencukupi bagi melembutkan dan meratakan bahagian berparut tersebut. 

Anda boleh dengarkan perkongsian dari video di bawah cara hilangkan parut.


Bilakah Waktu Terbaik Untuk Memakai Krim Hapus Parut?

Jika luka anda terlampau dalam dan telah dijangkiti kuman, pastikan berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan krim hapus parut.

Ini kerana, bagi mengelakkan luka lambat sembuh atau dijangkiti kuman kerana tidak pakai ubat yang betul.

Selepas saja dapati luka sudah kering dan tidak lagi berkudis, anda boleh sapukan krim hapus parut.

Untuk lebih selamat, pastikan luka anda dalam keadaan seperti berikut;

  • Luka tidak lagi berasa sakit atau gatal.
  • Anda telah melengkapkan kitaran antibiotik anda.
  • Luka telah tertutup sepenuhnya dan tiada lagi kuping.
  • Luka tidak bengkak atau merah dan tidak sentiasa berubah warna atau bentuk.

Ada Berapa Jenis Parut?

Parut juga terdapat beberapa jenis jadi sebelum merawat, pastikan anda ketahui jenis parut yang anda ada supaya dapat beri rawatan yang tepat.

  • Parut keloid

Parut keloid terhasil akibat pembentukan tisu fibrosis yang berlebihan dan melibatkan kulit sekeliling yang normal.

Parut ini bukan sahaja hodoh kerana warnanya yang lebih gelap tapi boleh menyebabkan komplikasi lain seperti sakit, gatal dan mengganggu pergerakan tubuh.

  • Parut kontraktur

Parut kontraktur sering berlaku selepas kecederaan pada kulit akibat luka kebakaran, kelecuran atau kehilangan kulit akibat kecederaan lain.

Tisu fibrosis akan menarik kulit di antara permukaan sendi seperti jari tangan, siku dan leher.

Malah boleh menarik kulit yang lembut seperti kelopak mata dan bibir.

  • Parut Hipertrofi

Parut hipertrofi akan kelihatan tebal dari permukaan kulit dan berwarna kemerah-merahan.


Artikel berkaitan

End of Article