Bayangkan jerawat naik hampir setiap minggu atau setiap kali jerawat lain mula hilang.
Bila entah kulit muka nak flawless macam artis korea yang bebas dari jerawat.
Langkah pertama, ubah diet pemakan harian kepada lebih sihat dan tukar rutin penjagaan wajah dengan menggunakan pencuci muka untuk jerawat.
Kami tahu terdapat banyak pencuci muka untuk jerawat di luar sana.
Jadi kami senaraikan produk terbaik untuk anda pilih supaya kulit bebas jerawat.
Senarai 13 Produk Pencuci Muka Untuk Jerawat
Table of Contents

Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Produk Hada Labo Acne Control mengandungi tanah liat Bentonite yang diambil daripada abu gunung berapi.
Ciri-ciri;
Dengan tanah liat Bentonite, pencuci muka ini berkesan untuk menyerap minyak berlebihan pada kulit sekaligus dapat menyingkirkan kekotoran pada wajah.
Apa yang paling bagus ialah diformulasikan AHA (glycolic acid) dan BHA (salicylic acid) yang terbaik untuk menyingkirkan sel kulit mati dan blackheads.
Turut mengandungi ekstrak Pansi liar yang boleh membantu melawan pembiakan jerawat.
Pencuci muka yang boleh digunakan 2 kali sehari ini diperbuat daripada formula Triple Anti Pollution yang mengurangkan kebolehan partikel tercemar untuk melekat pada wajah.
Review;
‘Memang berkesan untuk melawan jerawat aktif dan boleh keringkan jerawat. Jerawat pun dah jarang naik sekarang tapi bettr buat patch test dulu sebab kulit setiap orang berbeza’

Bagi yang sedang mencari pencuci muka yang diperbuat daripada herba dan bebas daripada sabun, produk Himalaya terbaik untuk anda.
Ini kerana mampu membersihkan kekotoran pada wajah serta dapat mengurangkan jerawat.
Malah dengan kandungan Neem dan kunyit yang kaya dengan sifat antibakteri dan anti kulat mampu menghalang jerawat daripada tumbuh lagi.
Memang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit berjerawat, kulit berminyak dan kulit normal.
Boleh guna produk ini 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.

Bagi wanita mengandung yang mengalami masalah kulit berjerawat, boleh cuba pencuci muka Mama’s Choice ini.
Ini kerana sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.
Jadi ibu yang sedang menyusukan anak juga boleh guna produk ini pada wajah sebab bebas daripada paraben, sulfate, alkohol, pewangi dan SLS.
Dengan kandungan ekstrak kolagen terhidrolisis, pencuci muka yang ada Niacinamide ini juga boleh melembabkan dan mengekalkan keanjalan kulit ketika hamil.

Pencuci muka jenis gel dari Bio-Essence ini pula telah diformulasikan dengan buluh Korea untuk melembabkan kulit dan memperbaiki lapisan perlindungan kulit.
Selain itu, boleh mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan agar tiada lagi masalah breakouts pada kulit.
Yang penting, pencuci muka untuk jerawat ini boleh membersihkan kulit wajah dengan mendalam tanpa menyingkirkan kelembapan semula jadi kulit.

Malu berdepan orang ramai sebab ada parut jerawat yang tak hilang?
Kami sarankan anda untuk cuba pencuci muka Safi yang kaya dengan teh hijau ini.
Ini kerana produk yang lembut pada kulit dan tidak mengandungi sabun ini turut diperbuat daripada ekstrak daun Neem yang boleh meminimalkan parut jerawat.
Pencuci muka jenis gel ini juga mampu membersihkan wajah daripada sebarang kekotoran dan minyak.
Malah bebas daripada kandungan bahan bahaya seperti paraben, silikon, alkohol dan SLS/SLES.
Ini menjadikan sesuai untuk kulit normal hinggalah kulit yang berminyak.

Dengan kandungan Triclosan yang boleh menyerap jauh ke dalam liang-liang pori wajah, pencuci muka ini mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.
Bukan itu sahaja, produk Oxy ini juga bagus untuk membersihkan pori, jadi jerawat baru tidak akan muncul lagi.
Kulit muka dijamin akan terasa lebih bersih dan sihat tanpa minyak atau sebum dan kekotoran.
Ramai kata produk ini bagus untuk mengurangkan masalah jerawat tapi kalau nak tahu keberkesannya, kena cuba sendiri produk ini.

Masalah kulit berjerawat sebenarnya jarang dialami oleh lelaki kecuali mengalami perubahan hormon ataupun darah tidak bersih/kotor.
Jadi produk Garniermengeluarkan pencuci muka khas untuk lelaki yang dapat membuang sel-sel kulit mati serta menghalang kadar pertumbuhan jerawat.
Malah dengan kandungan yang diperkaya Herba Repair dan penulenan asid salisiklik dapat mengurangkan;
Minyak
Jerawat
Blackheads
Bintik kemerahan
Mengecilkan lubang pori
Cara penggunaan mudah saja, hanya sapu pada muka yang sudah dilembabkan dan bilas dengan air sehingga bersih.
Sebaiknya guna selepas anda melakukan aktiviti dari luar dan sebelum tidur.

Kulit jenis sensitif dan berjerawat? Pencuci muka ini adalah pilihan yang tepat kerana dapat menghilangkan parut jerawat.
Dengan bahan Mentholatum sangat sesuai untuk anda yang kulit sensitig sebab bahan ini memiliki pH yang lembut.
Selain itu, boleh membersihkan wajah tanpa menyebabkan ketegangan kulit.
Diformulasikan dengan Salicylic Acid (BHA) untuk melawan jerawat dan membersihkan pori tersumbat.
Kesan parut jerawat yang hitam juga boleh dicerahkan semula dengan adanya kandungan vitamin C yang kaya dengan antioksidan.
Ekstrak avokado dan ekstrak Centella Asiatica pula masing-masing berkesan untuk menyingkirkan lebihan sebum dan melegakan serta membaiki kulit yang berjerawat.

Pencuci muka Clinelle mempunyai bahan tanah liat yang bagus untuk membersihkan kotoran, kesan solekan dan sebum berlebihan pada wajah yang berminyak.
Malah, diformulasikan dengan serbuk arang yang telah diaktifkan yang mana mampu mencerahkan semula parut dan kesan jerawat.
Tekstur pencuci muka ini sangat lembut pada kulit kerana mengandungi daun Aloe dan ekstrak Chamomile.
Usah risau tentang keberkesannya sebab telah diuji secara dermatologi.
Jika anda gunakan dengan konsisten, jerawat akan mengecut dan blackheads juga bakal berkurang.

Pencuci muka Cetaphil ini merupakan produk yang disarankan oleh ahli dermatologi.
Ini kerana sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif dan kering.
Malah dapat melindungi lapisan perlindungan kulit agar kelembapan sentiasa dikekalkan dan sihat.
Produk dengan tekstur berkrim ini juga berkesan membersihkan wajah dari sebarang kekotoran dan kesan mekap tanpa mengeringkan kulit.
Paling penting, bebas pewangi dan boleh digunakan juga pada badan ketika mandi.

Pencuci Hiruscar ini diformulasikan khas untuk merawat kulit yang berjerawat.
Ini kerana mengandungi salicylic acid yang boleh menyingkirkan sel-sel kulit mati.
Diperbuat daripada bahan aktif MPS yang boleh menganjalkan kulit.
Paling penting boleh membersihkan muka dengan baik tanpa mengeringkan kulit anda.

Produk jenama Oxy ini dihasilkan daripada Acnoplex 4-In-1 yang boleh mengawal minyak, mencerahkan kesan jerawat dan menghidratkan semula kulit.
Ditambah pula dengan bahan ekstrak rumpai laut dan minyak zaitun, memang dapat mengurangkan pertumbuhan jerawat.
Pencuci muka untuk kulit berjerawat ini juga mengandungi ekstrak Centella Asiatica untuk mencerahkan bintik hitam.
Selain itu, turut mengandungi Salicylic Acid untuk singkirkan sel kulit mati dan bahan Isopropyl Methylphenol meresap jauh ke dalam pori untuk melawan jerawat.
Kulit wajah juga akan kembali cerah selepas penggunaan produk ini.

Produk penjagaan muka lelaki ini diperkaya dengan mineral gunung berapi dan antioksidan.
Bahan ini untuk membersih, menentang jerawat dan mencegah dari jerawat yang baru di masa akan datang.
Ujian klinikal telah membuktikan produk ini bukan saja menghilang dan menghalang jerawat tapi mampu mencerahkan.
Selain itu, dapat mematikan sel kulit mati, menganjalkan kulit dengan menghilangkan sebum yang berlebihan dan membersih secara mendalam.
Cara penggunaan;
Buihkan di tapak tangan anda
Sapukanpada muka yang basah dan urut perlahan-lahan pada bahagian muka
Bilas sehingga air jernih
Gunakan mosturizer atau Serum selepas mencuci.