Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Langkah Terbaik Menangani Jerawat Dengan Skincare Bawah RM 50

Tiada lagi halangan untuk mendapatkan kulit cantik dan licin.

Kulit muka berjerawat adalah musuh utama kepada mereka yang amat mementingkan penampilan. Antara faktor penyebab terjadinya kulit muka berjerawat adalah perubahan hormon, faktor usia, genetik, cuaca yang berubah-ubah, gaya hidup, tatacara pemakanan, cucian muka yang tidak betul semasa menangggalkan makeup atau pemilihan produk yang salah untuk kulit,  

Apakah skincare terbaik dalam rutin penjagaan muka untuk kulit berjerawat?

Namun, dengan penjagaan yang rapi secara rutin dan pemilihan produk yang betul, ianya mampu untuk mencegah serta memulihkan kulit muka agar lebih licin tanpa jerawat. Dapatkan produk dengan harga mampu milik dan berkualiti dibawah RM50 yang sesuai untuk kulit muka berjerawat seperti berikut.

Gel cleanser khas untuk kulit berjerawat  
B.liv
Gel Cleanser khas untuk kulit berjerawat
mulai
RM23.00
Semak B.liv No Spots, Bye Dots (130ml) harga dibawah:

Gel pembersih ini dapat membersihkan kulit yang bermasalah seperti parut dan menghapuskan sel-sel kulit mati yang tidak sihat pada permukaan kulit wajah.  Ia membantu (menghalang) bakteria dan memelihara agar kulit menjadi lebih licin dan berseri. 

Dirumus khas dengan bahan aktif utama, asid Salicylic yang bertindak sebagai agen pengelupasan serta memulihkan kulit wajah dari kesan jerawat manakala Triclosan berfungsi sebagai antiseptik dan mencegah jerawat.

Toner sesuai untuk kulit berjerawat
Eucerin
Toner sesuai untuk kulit berjerawat
mulai
RM34.90
Semak EUCERIN Pro ACNE Solution Toner (200ml) harga dibawah:

Dirumus khas dengan formula anti-bakteria yang mengandungi 2% Lactic Acid, ia mampu untuk membersihkan pori-pori tersumbat, menghalang pembiakan bakteria dan mencegah masalah kulit muka tanpa mengeringkan kulit.

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, produk ini disahkan selamat untuk digunakan oleh anda yang mempunyai masalah kulit dan mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat. Produk ini selamat digunakan untuk wanita hamil kerana tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan kandungan.

Exfoliator terbaik untuk kulit berjerawat
Garnier
mulai
RM10.80
Semak Garnier Pure Active Anti-Acne White Scrub (100ml) harga dibawah:
add_circle Menyelesaikan pori tersumbat.
add_circle Mengawal penghasilan minyak.
add_circle Tidak sesuai untuk ibu mengandung.
remove_circle Bukan untuk mencerahkan kulit.

Garnier Pure Active adalah scrub anti-jerawat yang diperkaya dengan Salicylic Acid & Herba Repair yang berfungsi untuk mencegah minyak, jerawat, blackheads, menutup liang pori, mengurangkan kemerahan kulit, dan parut jerawat pada wajah. 

Produk multifungsi 6 dalam 1 ini juga mendapat pengiktirafan halal untuk digunakan. Dengan harga yang amat berpatutan muka tiada lagi masalah.

Serum untuk kulit jerawat dengan Vitamin C
The Ordinary
Serum untuk kulit jerawat dengan Vitamin C
mulai
RM30.00
Semak The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% (30ml) harga dibawah:
add_circle Bahan seperti L-Ascorbic
add_circle Vitamin C untuk mengurangkan kulit kusam
add_circle Hyaluronic acid untuk mengurangkan tanda penuaan
remove_circle Perlu guna penjagaan set muka yang lengkap

Serum The Ordinary Vitamin C dirumus khas sebagai agen untuk melawan penuaan. Ia mengandungi asid Hyaluronik untuk menghidrat dan memelihara kulit sambil mencerah serta memperbaiki tona kulit yang tidak sekata. 

Sebaiknya digunakan pada waktu malam sebelum anda tidur bagi membolehkan kulit anda kelihatan lebih muda berseri pada keesokan harinya.

Essence multifungsi untuk kulit jerawat daripada drugstore
Bio Essence
Essence multifungsi untuk kulit jerawat dari drugstore
mulai
RM39.90
Semak Bio Essence Bio Treatment Essence-In-Oil (60ml) harga dibawah:

Dengan campuran unik 11 ekstrak tumbuhan semulajadi yang berfungsi untuk penyembuhan luka dan melembapkan kulit, essence ini mempercepatkan proses pemulihan dan melembutkan kulit yang terluka akibat jerawat serta meminimumkan pembentukan parut. 

Diuji secara klinikal, essence ini mengandungi hypoallergenik yang dapat melembapkan kulit kering serta sensitif. Ianya tidak akan menyebabkan iritasi dan kemerahan pada kulit wajah.

Moisturiser untuk kulit berjerawat
Naruko
Moisturiser untuk kulit berjerawat
mulai
RM35.99
Semak Naruko Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Lotion (120ml) harga dibawah:

Losyen ini bertindak sebagai pelembab yang berfungsi sebagai penyerap minyak berlebihan pada kulit wajah serta berkesan untuk menghapus jerawat degil. Tekstur losyen khas ini sangat lembut pada kulit dan dapat membantu mengimbangkan kadar kandungan air dan minyak pada kulit wajah dengan sempurna. 

Pelembap ini juga dapat mengekalkan solekan anda agar bertahan lebih lama tanpa perlu “touch-up” sepanjang hari.

Sunscreen jenis gel terbaik untuk kulit jerawat
Wardah
Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30
mulai
RM9.86
Semak Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30 harga dibawah:
add_circle Non-Comedogenic
add_circle Tekstur ringan & tidak melekit
add_circle Kandungan antioksidan dan pelembap
add_circle Mempunyai Vitamin E dan Provitamin B5
remove_circle Mengandungi pewangi

Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30 adalah pelindung matahari dengan tindakan berganda yang melindungi kulit. Kandungan UVA & UVB (SPF 30, PA +++) nya melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya.

Ia diperkaya dengan vitamin E sebagai antioksidan. Ekstrak Aloe Vera dan Pro Vitamin B5 (Panthenol) membantu mengekalkan kelembapan dan menyihatkan kulit serta cepat menyerap, selesa dan tidak melekit.

Krim terbaik untuk digunakan pada waktu siang
Cosmoderm
Krim terbaik untuk digunakan pada waktu siang
mulai
RM13.79
Semak Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser 50ml harga dibawah:
add_circle Mengurangkan jerawat & parut
add_circle Mengawal penghasilan sebum berlebihan
add_circle Perlindungan matahari (UVA & UVB)
add_circle Bebas paraben & pewangi
remove_circle Lebih sesuai kulit berjerawat

Cosmoderm Tea Tree Oil day & Night moisturiser adalah pelembab (dwi-tindakan) yang bertindak sebagai primer dan pelembab untuk sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit berjerawat. 

Dirumus khas dengan pelembap berasaskan air yang sesuai digunakan sebagai asas sebelum mekap untuk mendapatkan solekan yang lebih semulajadi. Ia juga bertindak sebagai krim siang bagi memberi perlindungan daripada sinaran UVA dan UVB yang akan menggelapkan dan merosakkan kulit wajah. 

Krim malam sesuai untuk kulit berjerawat
Nutox
Krim malam sesuai untuk kulit berjerawat
mulai
RM38.30
Semak Nutox Renewing Treatment Night Cream 30ml harga dibawah:

Krim malam ini dirumus khas dengan tekstur yang pekat dan ringan untuk membantu mempercepatkan proses memperbaiki permukaan kulit akibat kesan jerawat. Ia juga dapat menghilangkan kesan parut diwajah dan pigmentasi akibat sinaran matahari sambil melindungi lapisan kulit yang baru.

Kulit akan kelihatan kelihatan halus, licin dan berseri. Dengan ekstrak sarang burung, ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit terutamanya bagi kulit berminyak cenderung jerawat.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Artikel Berkaitan

End of Article