Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Moisturizer untuk Kulit Berjerawat Agar Wajah Kekal Segar Tanpa Berminyak Melampau

Bye bye jerawat!

Masalah kulit berjerawat seringkali dikaitkan dengan kulit berminyak tetapi tahukah anda, jenis kulit kering dan sensitif turut mengalami masalah yang sama. Faktor hormon, pengurusan stres yang tidak baik, tiada rutin penjagaan wajah yang betul dan diet pemakanan yang tidak sihat adalah antara faktor penyumbang kepada masalah kulit berjerawat. 

Apakah kegunaan pelembap baik untuk kulit berminyak & berjerawat?

Ya, pelembap adalah penting dalam rutin penjagaan kulit seharian. Pilihlah pelembap yang mengandungi kadar air untuk memberi lembapan bebas minyak.

Direkomendasi untuk anda memakainya sebelum mengenakan makeup. Ini kerana sapuan makeup akan menjadi lancar dan wajah tampil lebih menarik.

Ayuh, lihat senarai dibawah untuk memilih pelembap bersesuaian dengan kulit wajah anda;

10 Pelembap Terbaik untuk Kulit Berjerawat

Pelembap dengan harga mampu milik untuk remaja berkulit jerawat
Aiken
Moisturizer murah untuk anti jerawat
Semak Aiken Tea Tree Oil Spot Away Moisturizer harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit kombinasi dan berjerawat
add_circle Dapat mengawal minyak wajah
add_circle Bebas minyak
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kering dan kulit sensitif

Krim pelembab berasaskan air ini sesuai bagi golongan remaja kerana harganya yang mesra poket. Meskipun harganya murah, ia sangat efektif bagi mengawal masalah jerawat pada kulit. Dengan memakai pelembap ini, tiada lagi masalah untuk ‘berjemur’ seharian dibawah matahari sambil melakukan aktiviti harian. 

Pelembap ini bebas alkohol, paraben, minyak mineral dan pewarna, produk ini sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak serta kulit kombinasi. 

Pelembap untuk kulit berjerawat yang boleh didapati di Watsons
Cosmoderm
Krim terbaik untuk digunakan pada waktu siang
Semak Cosmoderm Tea Tree Oil Day & Night Moisturiser 50ml harga dibawah:
add_circle Mengurangkan jerawat & parut
add_circle Mengawal penghasilan sebum berlebihan
add_circle Perlindungan matahari (UVA & UVB)
add_circle Bebas paraben & pewangi
remove_circle Kurang sesuai dengan kulit jenis lain

Dengan kombinasi Minyak Tea Tree dan Vitamin E, pelembap ini membantu menyelesaikan masalah jerawat anda terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit kombinasi dan berminyak. Ia sesuai dijadikan asas solekan kerana kandungannya yang berasaskan air.

Ia juga mengandungi perlindungi UV bagi mengelakkan kulit anda menjadi gelap dan kusam akibat terik mentari. Dengan solekan atau tampil natural, kulit anda akan tampak halus tanpa cela. 

Pelembab sesuai untuk lelaki yang alami masalah kulit jerawat
Nivea Men
Semak Nivea Men Whitening Acne Oil Control Moisturiser (40ml) harga dibawah:

Produk ini mengandungi Whitinat Vita Complex yang terbukti secara klinikal untuk mencerahkan tona tidak sekata pada wajah 10 kali ganda berbanding Vitamin C. Selain itu, pelembab ini juga melindungi wajah dari sinaran UV penyebab kulit kusam, membantu pengawalan minyak secara berterusan dan memperbaiki pori-pori kulit wajah. 

Kulit anda akan menjadi lebih sihat dan bebas jerawat.

Pelembap untuk kulit berjerawat dan sensitif dari Watsons
Simple
Semak SIMPLE Water Boost Hydrating Gel Cream (50ml) harga dibawah:

Krim ini sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana ia dihasilkan dari ekstrak tumbuh-tumbuhan serta tanpa penggunaan bahan kimia merbahaya seperti paraben, phthalates, pewarna, pewangi tiruan dan bebas dari bahan berasaskan haiwan. 

Produk ini ringan pada wajah dan memberikan lembapan secara berterusan sepanjang hari. Kulit sensitif kini bebas bernafas.

Pelembap untuk kulit berjerawat yang boleh didapati di drugstore
Clinelle
Semak CLINELLE Moisture Glow (50ml) harga dibawah:

Pelembap yang ringan dan bebas minyak keluaran Clinelle ini sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit normal, berminyak dan sensitif. Ia mengandungi Pro Vitamin B5 yang membantu memperbaiki ketahanan kulit dan Vitamin E untuk mengekalkan lembapan pada kulit anda. 

Selain itu, kandungan Anti-Leukin-6 dalam pelembap ini mampu mengawal masalah keradangan dan cela pada wajah. Anda akan tampil lebih berkeyakinan tanpa masalah kulit jerawat lagi.

Pelembap untuk kulit berjerawat dan berminyak
Clinique
Semak Clinique Dramatically Different Hydrating Jelly (30ml) harga dibawah:

Hasil gabungan biji bunga matahari, ekstrak barli dan timun yang diformulasi dengan teknologi Clean Shield, produk ini mengekalkan lembapan pada kulit wajah selama 24 jam. Ia juga bertindak menapis debu dan kekotoran dari menutupi pori-pori wajah dan menjadikan struktur kulit anda 87% lebih kuat menahan daripada kerosakan. 

Tekstur jeli air yang unik meningkatkan kadar penyerapan pada kulit dan menjadikan wajah berseri-seri dan bebas minyak.

Pelembap untuk kulit berjerawat dan berminyak
The Body Shop
Semak The Body Shop Tea Tree Mattifying Lotion (50ml) harga dibawah:

Pelembap keluaran The Body Shop ini mengandungi Minyak Tea Tree yang bertindak sebagai antibakteria bagi melawan masalah kulit berjerawat dan minyak berlebihan.  Ia juga merawat cela dan bintik hitam yang menjadikan wajah kusam. Pelembap bebas minyak ini akan menjadikan wajah anda tampak jernih dan bersih dengan efek kemasan matte. Tiada lagi wajah berkilat. Hanya tinggal wajah berseri.

Pelembap untuk kulit berjerawat dan kering
Neutrogena
Semak Neutrogena Hydro Boost Water Gel harga dibawah:
add_circle Kekal hidrasi & kunci lembapan pada kulit
add_circle Bersifat non-comedogenic & bebas minyak
add_circle Bina penghadang daripada radikal bebas
remove_circle Kulit sedikit menegang untuk tempoh sementara

Produk ini diformulasi berasaskan air dengan kandungan Hydrating Hyaluronic Acid untuk memberikan kesan hidrasi ke wajah secara serta merta. Diuji secara klinikal, pelembap ini dapat memberi lembapan dan mengekalkan hidrasi selama 48 jam. Bersifat non-comedogenic dan bebas minyak, pelembap gel ini dapat membaikpulih kerosakan pada kulit wajah.

Ianya sesuai digunakan sebagai asas solekan atau untuk kegunaan harian. Kulit anda akan tampak segar, licin dan berseri.

Pelembap untuk kulit berjerawat dengan kandungan SPF
Cetaphil
Semak CETAPHIL Pro Oil Absorbing Moisturizer (118ml) harga dibawah:

Pelembap ini terbukti secara klinikal untuk penyerapan minyak pada kulit secara efektif. Ianya bertekstur ringan, tidak berminyak dan dilengkapi dengan teknologi Micropearl untuk meninggalkan efek ‘matte’ pada wajah. Diformulasi 3-dalam-1 untuk mengawal penghasilan minyak, menghidrat dan melindungi kulit wajah dengan SPF30. 

Produk dari Cetaphil ini mampu mengurangkan kulit kering dan kasar serta sesuai untuk anda yang alami masalah jerawat.

Pelembap untuk merawat kulit berjerawat pasir
Kiehl's
Semak Kiehl's Breaktout Control Acne Treatment Facial Lotion (60ml) harga dibawah:

Masalah jerawat pasir yang menghantui diri anda kini boleh di atasi dengan pelembap khusus yang mengandungi Salicylic Acid ini. Ia membantu menghidrasi tompok kering dan merawat jerawat pasir pada wajah anda. Diformulasi dengan asid Salicylic dan ekstrak Pine Bark, losyen pelembap ini dapat menenangkan ketegangan pada kulit wajah. Ianya juga dapat menghalang kemerahan pada kulit dan sekatakan tona kulit. 

Losyen pelembap ini juga mampu mencegah dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. Gunakannya secara konsisten agar kulit wajah anda sentiasa tampak flawless.

Artikel Berkaiatan

End of Article