Jerawat sangat sukar untuk diramal dan tidak mudah untuk ditutup jika wajah mengalami kadar pertumbuhan jerawat secara tiba-tiba.
Masalah ini terjadi apabila keadaan kulit mengalami masalah liang pori tersumbat dan penghasilan minyak dan sebum berlebihan.
Risau dengan masalah jerawat yang non-stop dan parut jerawat, ini lah masanya untuk anda cuba skincare serum untuk jerawat dan parut.
Senarai 13 Serum Untuk Parut Jerawat
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama:
Serum dari Wardah ini cukup berkesan untuk mengatasi kulit kusam, mengurangkan parut jerawat kerana mengandungi 10 kali ganda Niacinamide berbanding jenama lain.
Ciri-ciri:
Tekstur serum ini ringan menjadikan lebih cepat menyerap pada lapisan dalam kulit.
Dengan bahan 10x dari advanced Niacinamide dalam setiap titik serum, memberikan kesan kulit menjadi lebih cerah.
Bukan itu sahaja, parut jerawat juga akan berkurang dan dapat melindungi kulit wajah dari exposure blue light.
Sekaligus dapat menjadikan kulit lebih lembab, berseri dari hasil penggunaan pertama.
Antara kebaikan lain lagi adalah, mengandungi bahan Niacinamide yang membantu meratakan tona kulit dan menghapuskan dark spot.
Review:
‘Paling menarik, tekstur serum ini tidak melekit dan mudah menyerap. Kulit menjadi lebih lembut, lembap sepanjang hari’

Serum ini bukan sahaja menghilangkan parut jerawat tetapi, menghilang parut parut demam campak, parut luka.
Kandungan antioksidan yang tinggi membantu mempercepatkan memudarkan parut pada kulit anda.
Vitamin E bagus berfungsi sebagai anti keradangan secara semula jadi.
Dengan bahan yang berkualiti, kulit akan kelihatan lebih cerah dan menjadikan kulit lebih lembapan tanpa mengeringkan lapisan kulit anda.
Cocoa oil pula akan melindungi kulit dari kotoran luar yang boleh menyebabkan kerosakan pada tisu.

Masih ramai tidak menggunakan vitamin C sebagai satu asas dalam set penjagaan muka. Dimana vitamin C ini menjadikan kulit wajah tidak kusam.
Terutama bila wajah yang mempunyai jeragat, kandungan niacinamide akan bertindak melindungi kulit agar tidak berlaku sunburn.
Kandungan Phenylethyl resorcinol ini membantu untuk mencerahkan kulit wajah, dan meneutralkan kesan kerosakan akibat radikal bebas.
Gunakan serum ini pada waktu pagi dan malam untuk dapatkan hasil maksimum!

Serum ini mengandungi ekstrak Lemon, Aloe Vera, buah-buahan dan minyak Tea Tree yang mampu untuk mengurangkan jerawat, blackhead serta whitehead dengan bertindak membersih pori terbuka.
Selepas toner, serum boleh diaplikasi kepada wajah dengan cara mengurut perlahan-lahan pada kulit untuk penyerapan yang bagus. Sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak untuk mengawal sebum berlebihan pada kulit muka.
Ianya boleh menyerap minyak dan sebum yang dihasilkan secara berlebihan pada kulit wajah tanpa membuatkan kulit anda menjadi kering atau iritasi. Cosmoderm antara jenama penjagaan kulit terbaik digunakan oleh semua jenis kulit termasuk kering dan sensitif.
Dengan bahan berasaskan air, ianya sesuai untuk anda yang mempunyai 2 jenis kulit iaitu kombinasi kering dan berminyak. Tidak perlu lagi menggunakan 2 produk yang berbeza untuk kulit jenis ini.

Dari ekstrak Australian Tea Tree Oil yang tulen, Rosa T Acne Serum direka khusus untuk melawan jerawat ringan mahupun degil tanpa merosakkan permukaan kulit anda.
Selain membunuh bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat, ia juga mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan.
Serum yang mudah didapati dari drugstore ini, kaya dengan Vitamin E yang membantu melegakan parut jerawat serta meningkatkan kesihatan kulit wajah anda.
Ianya juga mampu untuk menutupi cela jelas di kulit wajah. Hanya sapukan 2 titik minyak pada kawasan bermasalah.

Bagi anda yang mengalami masalah bekas jerawat pada kulit kering, serum dari Safi ini boleh membantu mengurangkannya.
Tekstur serum ini ringan dan dapat meresap jauh kedalam kulit sekaligus melembapkan kulit dan menjaga kelembutan kulit dari hari ke hari.
Dengan teknologi Ultra White iaitu komponen ekstrak Nano BioWhite dan Kakadu Plum untuk mencerahkan kulit yang kusam dan tona tidak sekata.
Kalau pakai secara konsisten, satu botol cukup untuk 2 bulan setengah. Memang menjimatkan dan kulit kekal cantik.

Serum dari jenama Korea Selatan semakin mendapat tempat dihati peminat skincare tempatan.
Mengandungi 82% ekstra buah Goheung Yuja, memberi nutrisi menyeluruh pada kulit
Bukan itu sahaja, dapat melembab dan menyerikan kulit dari sebarang cela jerawat.
Serum ini juga direka dengan gabungan Niacinamide, Glutathione, Arbutin dan 12 vitamin penting.
Bahan ini untuk mencerahkan, menyihatkan dan mengurangkan iritasi akibat jerawat.
Tekstur serum ini lembut dan cepat meresap kedalam kulit serta sesuai juga dipakai bersama skincare lain atau mekap.
Malah, sesuai untuk kulit sensitif kerana tidak mengandungi sebarang pewangi tambahan.

Tidak hairanlah kenapa jenama The Ordinary kini melonjak naik kerana produk-produknya yang amat berkesan dengan harga mampu untuk dimiliki.
The Ordinary menawarkan rawatan produk yang berkesan dan kuat dengan harga yang kecil bagi menyelesaikan masalah kulit berminyak.
Kulit berminyak ini cenderung mempunyai jerawat, dan ianya membantu merawat jerawat dengan rumusan Salicylic Acid.
Formulanya sangat ringan dan cair senang menembusi liang kulit untuk mengurangkan liang pori tersumbat dan memberikan tekstur licin pada kulit.
Serum ini akan memberikan pH yang normal pada kulit wajah, dan dapat mengurangkan pengeluaran sebum yang berlebihan, penyebab utama kulit berminyak.

Rumusan bahan dari Nano White Serum diperkaya dengan Niacinamide dimana dapat membantu mengurangkan bintik hitam.
Selain itu mampu memudarkan parut jerawat dan menjadikan tona kulit lebih sekata.
Dengan gabungan Arbutin pula, dapat membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam lapisan kulit untuk penyerapan bahan aktif.
Hanya dalam masa 4 hari, kulit anda akan bebas tompokan gelap dan nampak lebih berseri.
Tambah pula keberkesanan 70% dijamin dapat mengecilkan pori-pori dan secara tidak langsung memberi tekstur kulit yang halus serta lembut.
Serum NanoWhite sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit jenis berminyak, kombinasi dan berjerawat.

Nutox Advanced Serum Concentrate memngandungi Actigenic + dan B'Nest Collagen.
Bahan ini dapat memberikan kesan ketara untuk kulit tampak lebih muda dan berseri.
Menggunakan kuasa makro alga dan ekstrak gentian India, Actigenic + dimana berdungsi untuk sistem pertumbuhan semula epidermis pada kulit wajah.
Jadi gunakan secara konsisten bagi mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedut, dan kekusaman.
Kulit anda akan memberi hasil yang memuaskan dalam masa hanya beberapa minggu sahaja.

Cuaca di Malaysia yang tidak menentu, sekejap panas dan sekejap hujan ni menjadikan kulit kita mudah berminyak.
Oleh itu, serum Tea Tree Shine Control dari Naruko ini akan menjadi penyelamat hebat buat kamu yang menghadapi masalah kulit berminyak.
Serum istimewa 4-dalam-1 ini diperkaya dengan ekstrak tumbuhan Serenoa Serrulata dan 1% asid Salicylic.
Bahan ini berfungsi untuk menghalang dan mengawal rembesan minyak serta mengetatkan liang pori.
Malah dipertingkatkan untuk memberi kecerahan pada kulit dengan melawan tompokan gelap dan bekas parut jerawat.
Kini kulit anda akan bebas minyak, jerawat dan cela. Keyakinan diri juga akan bertambah.

Eucerin merupakan jenama penjagaan kulit yang disyorkan oleh ahli pakar dermatologi.
Ini kerana mampu mengekalkan dan mengembalikan kesihatan kulit sekaligus memberi keyakinan kepada anda dengan kulit yang lebih berseri.
Malah dengan kandungan 100% Natural Acid, serum ini dapat mengurangkan jerawat dalam lapisan kulit wajah.
Teksturnya cepat menyerap, tidak menyumbat liang pori, bebas paraben dan sangat lembut terutamanya pada kulit yang mudah rosak seperti sensitif.
Tips Pilih Serum Jerawat
Serum merupakan penjagaan insentif dalam regim kecantikan jadi tidak diwajibkan.
Tapi untuk kesan yang lebih cepat dari sekadar mencuci, menyegar dan melembab kulit anda boleh gunakan serum.
Produk kecantikan ini boleh dipilih mengikut kesesuaian atau masalah yang dihadapi oleh kulit anda.
Samada masalah kulit kering, jerawat, sensitif dan sebagainya.
Bagi anda yang mengalami kulit berjerawat atau berminyak, dinasihatkan untuk menggunakan serum yang mampu beri kesan matte, tidak berminyak dan tidak menyumbatkan pori-pori.
Bahan-bahan aktif yang terdapat dalam serum terbaik untuk merawat kulit yang bermasalah adalah Vitamin C, Glutathione, Hyaluronic Acid dan Salicylic Acid.
Malah serum dengan Niacinamide juga bagus untuk memudarkan bekas parut jerawat, sekaligus membaiki tisu kulit yang alami kerosakan.
Sebaiknya pilih serum yang bebas pewangi, paraben dan bukan dari oil-based.
Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui cara pemilihan serum mengikut jenis kulit.
Fungsi Umum Serum Jerawat
Secara umumnya serum befungsi untuk membekalkan nutrisi, melambatkan penuaan dan kelebihan lain mengikut bahan yang terkandung.
Sama seperti serum khas untuk merawat jerawat, bahan yang digunakan sememangnya untuk kulit berjerawat.
Bahan-bahan tersebut akan merawat dengan membunuh bakteria, mengurangkan parut, mengawal penghasilan sebum serta mengecilkan liang pori.
Faktor-faktor diatas semuanya berpunca daripada jerawat pada kulit wajah, jadi dengan pemilihan serum jerawat yang berkesan, masalah jerawat dapat diselesaikan.
Selamat mencuba dan tampil yakin dengan kulit yang lebih sihat.
Anda boleh lihat video di bawah, kesalahan menggunakan serum.
Artikel Berkaitan
- 11 Serum Terbaik untuk Keperluan Kulit Anda
- 10 Serum Wajah Berkualiti Tinggi Tak Lebih Dari RM50
- 7 Serum Berkualiti Tinggi untuk Membaikpulih Kulit Sensitif
- 11 Serum Anti-Aging untuk Elakkan Tua Sebelum Waktu
- Kulit Sihat Berseri Dengan 7 Serum Terbaik Untuk Kulit Kombinasi
- Kekal Awet Muda Dengan 10 Serum Yang Mengandungi Vitamin C
- Tak Selesa Kerana Kulit Wajah Berminyak? Jom cuba 11 Serum Ini!
- 11 Serum Muka Terbaik di Malaysia 2023 (Paling Berkesan)
- 14 Serum Terbaik Untuk Jeragat di Malaysia 2023
- 14 Krim & Ubat Jerawat Terbaik di Malaysia 2023