Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Serum Wajah Berkualiti Tinggi Tak Lebih Dari RM50

Tak perlu berbelanja besar untuk kelihatan cantik.

Rejim kecantikan haruslah bermula dengan mengikut turutan yang betul dan sempurna. Jika anda sememangnya mengikut aturan penjagaan kulit, pasti langkah untuk memakai serum tidak ketinggalan.

Apakah manfaat serum untuk kulit wajah?

 Berbanding dari kebiasaan krim muka, serum mengandungi kepekatan bahan aktif yang tinggi dan molekulnya juga lebih kecil. Ini kerana kebanyakan serum disalut dengan bahan solid dan ringan untuk memastikan ianya serap jauh ke dalam lapisan kulit. Tidak hairanlah penggunaan serum amat penting bagi meningkatkan reproduksi kulit. 

Serum adalah sejenis cecair yang berkonsentrasi tinggi dan mengandungi bahan aktif serta partikel kecil dalamnya untuk melawan cela di kulit wajah. Serum yang berharga murah tidak semestinya tidak setanding dengan jenama mahal. Yang penting, ada cop pengesahan KKM. Ayuh lihat senarai serum dibawah RM50 mengikut kemampuan bajet anda;

10 Serum Murah Terbaik Dibawah RM50 di Malaysia

Serum muka untuk jeragat – tona kulit lebih cerah dan sekata
Rosken
mulai
RM27.97
Semak Rosken Skin Repair Bio Serum (50ml) harga dibawah:
add_circle Untuk semua jenis kulit
add_circle Ada vitamin A untuk rawat jerawat
add_circle Mengurangkan kesan ‘stretch mark’
add_circle Ratakan tona kulit yang tak sekata
remove_circle Tidak boleh digunakan pada kulit yang rosak

Diperkaya dengan anti-oksidan Vitamin A & E, minyak Calendula dan Chamomile berfungsi untuk memudarkan jeragat serta digunakan sebagai kitaran pembaharuan kulit. Kandungan ekstra dalam serum ini adalah minyak Rosehip yang dapat berfungsi untuk mengurangkan kesan parut jerawat dan menghapuskan pigmentasi serta garis halus.

Formula khas yang terdapat dalam Rosken Bio Serum ini mampu untuk membantu mengurangkan dan merawat keadaan kulit yang tipikal seperti stretch mark, parut, nada kulit yang tidak merata, kulit kering melampau dan penuaan.

Baca juga: Kekalkan Kulit Muda Dengan Rawatan Melalui 11 Serum Muka Ini

Serum muka untuk kulit 2 jenis berbeza seperti kombinasi
Wardah
Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml)
mulai
RM28.71
Semak Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi vitamin C dan Aloe Vera
add_circle Melindungi kulit wajah dari radikal bebas
add_circle Menyerap masuk ke dalam kulit lebih pantas
remove_circle Melekit
remove_circle Kulit wajah berminyak

Bertindak sebagai anti radangan, Wardah C Defense dengan Vitamin C serum mengandungi antioksidan yang kuat memiliki keupayaan penembusan tinggi ke dalam lapisan kulit. Berfungsi dalam 5 langkah sinergi untuk membentuk kulit yang lebih cerah, muda dan sihat, selain membantu merangsang sintesis kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit. Sesuai buatmu yang mempunyai kulit kombinasi.

Baca juga: Kulit Sihat Berseri Dengan 7 Serum Terbaik Untuk Kulit Kombinasi

Serum muka untuk pengawalan kulit berminyak lebih berkesan
Cosmoderm
cosmoderm oil control serum
mulai
RM28.01
Semak Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control Serum (30ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai kulit kombinasi kering dan berminyak
add_circle Kurangkan jerawat & blackhead
add_circle Serap minyak dan sebum pada kulit
remove_circle Tidak mempunyai logo halal

Untuk kamu yang mempunyai kulit berminyak, serum ini membantu mengimbangi dan mengawal rembesan minyak yang tersumbat dalam liang pori, sambil menghalang bakteria serta meningkatkan pengekalan air. Produk ini bebas dari bahan tambahan terlarang serta kaya dengan ekstrak buah buahan seperti lemon dan lidah buaya.

Ianya sangat lembut pada kulit wajah, mesra alam dan  membantu menghasilkan kulit yang lebih segar dan bersih. Serum ini turut membantu menghalang penghasilan minyak dan sebum yang berlebihan.

Serum muka untuk kulit kusam dan hapuskan pigmentasi
Garden of Eden
Rosa E 15ml
mulai
RM64.90
Semak Garden of Eden Rosa E Pigmentation Serum harga dibawah:
add_circle Terbukti secara klinikal
add_circle Mengurangkan pigmentasi
add_circle Melambatkan penuaan
remove_circle Harga mahal

Mengandungi eliksir minyak biji Rosehip, anggur dan Vitamin E, serum untuk wajah ini mampu untuk menghapus bintik gelap serta pigmentasi. Ianya juga dapat memperbaiki permukaan kulit sambil menggalakkan penjanaan semula dan pembaikan sel. 

Vitamin E melindungi kulit daripada radikal bebas yang berbahaya, dan membantu pembaharuan sambil mencegah garis-garis halus dan kedut. Gunakan serum ini pada waktu malam atau siang untuk mendapatkan hasil kulit yang lembut, licin dan cerah.

Serum untuk lelaki – kulit lebih segar dan selesa
L'OREAL Men Expert
Serum muka terbaik untuk lelaki
mulai
RM45.90
Semak L'Oreal Men Expert Hydra Power Serum 50ml harga dibawah:

Pelembap anti-ketidakselesaan yang menyegarkan pertama dari L'Oréal Men Expert diperkaya dengan Mountain Water dan asid Hyaluronik. Dengan mengandungi gel ultra segar dalam teksturnya, L'Oréal Paris Men Expert Hydra Power Serum akan memastikan kulit anda kekal terhidrat selama 48 jam.

Tidak berminyak, tidak melekit dan menyerap dengan pantas. Kepada lelaki yang sukakan aktiviti luar, gunakan serum ini sebelum terdedah dari sinaran UV.

Serum muka dari drugstore, kulit wajah anjal dan wet muda
Safi
mulai
RM33.90
Semak Safi Rania Gold Serum Konsentrasi 50x (20ml) harga dibawah:
add_circle Tanpa Alkohol
add_circle Tekstur tidak berminyak
add_circle Tingkatkan penghasilan kolagen wajah
remove_circle Mengandungi pewangi

Diperhebatkan dengan Beetox & Nano Gold 24K, berupaya membaiki & meningkatkan keanjalan dan memelihara struktur kulit bukan hanya dari luaran malahan meliputi struktur dalaman pada lapisan epidermis kulit. Serum dari Safia Rania Gold ini juga memperlahankan kemunculan garis-garis halus serta kedutan. 

Produk ini boleh didapati pada mana-mana drugstore atau farmasi seperti Watsons. Senang bukan?

Baca juga: Hapuskan Kulit Berminyak Anda Dengan 10 Serum Muka Khas Ini

Serum muka untuk remaja – kandungan antioksida yang tinggi
Sendayu Tinggi
mulai
RM31.00
Semak Sendayu Tinggi Brightening Series Super Hyaluronic Serum harga dibawah:

Untuk kamu yang sedang mencari produk merangkumi bahan tinggi hidrasi kulit seperti Trehalose dan Hyaluronic Acid, gunakan Sendayu Tinggi Brightening Series Serum ini. Ianya mempunyai kombinasi gabungan dicipta bagi memberi hidrasi yang tinggi kerana kedua-duanya membantu menghalang pengeringan sel dan mengekalkan lembapan.

Kandungan ekstra dalam serum ini seperti Vitamin C, E dan Zink pula memelihara dan membantu melambatkan proses penuaan kulit manakala Ethyl Ascorbic Acid berfungsi menghalang penghasilan melanin penyebab pigmentasi serta tona tidak sekata.

Serum untuk whitening, tingkatkan dimensi kulit
Garnier
mulai
RM41.50
Semak Garnier Sakura White Ultimate Serum (50ml) harga dibawah:
add_circle Cepat meresap ke dalam kulit
add_circle Memberi rasa berangin atau nyaman pada kulit
add_circle Tiada kesan berminyak
remove_circle Mengandungi pewangi

Inginkan kulit cerah? Cuba Garnier Sakura White Pinkish Radiance Ultimate Serum. Ianya mengandungi ekstrak bunga Sakura dan 5,000 kapsul pemutihan untuk meningkatkan 5 dimensi kualiti kulit bagi mendapatkan hasil keanggunan putih berseri. Teksturnya juga ringan dan mengekalkan lembapan pada kulit anda agar sentiasa segar dan sempurna.

Hari demi hari, kulit anda akan tampak satu tona lebih cerah. Serum ini sesuai digunakan selepas pembersih dan sebelum memakai krim siang atau malam.

Sesuai untuk kulit kering agar kekal terhidrat
The Ordinary
Serum untuk kulit jerawat dengan Vitamin C
mulai
RM30.00
Semak The Ordinary Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% (30ml) harga dibawah:
add_circle Bahan seperti L-Ascorbic
add_circle Vitamin C untuk mengurangkan kulit kusam
add_circle Hyaluronic acid untuk mengurangkan tanda penuaan
remove_circle Perlu guna penjagaan set muka yang lengkap

Serum muka dari The Ordinary ini mempunyai sumber Vitamin C, juga dikenali sebagai L-Ascorbic Acid meningkatkan pengeluaran kolagen. Serum bersifat antioksidan ini penting untuk menjaga kulit dari penuaan serta tona tidak sekata. 

Sistem ini disokong dengan penambahan sfera dehidrasi HA bermaksud Hyaluronic Acid, yang berupaya menarik 1000 kali berat ke dalam air. Semestinya akan membantu mengembalikan lembapan dan  kekal hidrasi pada kulit anda sepanjang hari.

Serum muka untuk kulit cenderung jerawat
Nano White
nanowhite serum baru
mulai
RM67.12
Semak Nano White Spot Correction Advance Serum (30ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit kombinasi
add_circle Meresap dengan pantas
add_circle Untuk kulit berminyak dan berjerawat
add_circle Tidak melekit
add_circle Mempunyai Arbutin dan Niacinamide
remove_circle Harga mahal

Disemai dengan Nanoteknologi untuk membasmi bintik gelap dan parut jerawat serta melambatkan proses penghasilan jerawat baru. Ekstrak semula jadi dan Omega White-C yang diperkaya dalam serum ini juga bertindak mengawal kuantiti sebum dan pengeluaran minyak berlebihan yang terhasil di permukaan kulit.

Sapukan serum ini pada muka selepas pembersihan dan toning dan sebelum menggunakan pelembap siang atau malam.

Baca juga: 9 Serum ‘Best Seller’ Dari Drugstore, Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Artikel Berkaitan

End of Article