Kulit sihat dan berseri adalah impian setiap orang yang mementingkan penampilan yang menarik. Oleh itu, penjagaan kulit yang betul boleh dicapai dengan pemilihan produk yang sesuai dengan jenis kulit seseorang. Untuk kulit kombinasi khususnya, agak mencabar dari jenis kulit yang lain kerana ia adalah kombinasi antara dua jenis kulit iaitu kering dan berminyak.

Antara penyelesaian terbaik untuk memelihara kulit kombinasi dengan menggunakan serum yang mengandungi bahan-bahan tidak berkilat, bebas minyak dan mudah serap. Senarai serum terbaik yang sesuai untuk kulit kombinasi adalah seperti berikut.

1. Wardah Lightening Facial Serum (5x5ml)

Serum drugstore terbaik  – murah dan berkualiti

Harga mulai RM17.50

shopping_cart Watsons Malaysia RM17.50

Serum muka Wardah Lightening berfungsi untuk melembapkan wajah sambil memutih.  Dirumus khas dengan vitamin B3 yang efektif mencerahkan kulit dan mengurangkan noda hitam. Ia juga diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera dan Hyaluronic Acid yang mampu menganjalkan dan melembapkan kulit.

Dengan mengandungi formula minyak dan pelembap yang seimbang, serum ini sangat sesuai untuk jenis kulit kombinasi.

6 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. Laneige Perfect Renew Regenerator 40ml

Serum anti-penuaan untuk kekal awet muda

Harga mulai RM235.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM235.00

Kembalikan keremajaan kulit dengan menggunakan Laneige Perfect Renew Regenerator. Dirumus khas dengan ekstrak Galangal root yang mampu menghasilkan sel kulit baru, tona kulit menjadi sekata, menghilangkan garis halus, melembap serta melicinkan kulit.

Tekstur serum ini yang ringan serta tidak mudah melekit akan cepat menyerap pada lapisan kulit paling dalam. Kulit anda tidak akan kekeringan dan minyak yang berlebihan juga tidak terhasil.

3. Pyungkang Yul Cosmetic Moisture Serum (100ml)

Serum khas dari Korea

Harga mulai RM99.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM99.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM99.00

Serum Pyungkang Yul Cosmetic Moisture memberikan keseimbangan yang sempurna diantara minyak dan bertindak sebagai pelembap serta tidak akan membuatkan kulit wajah anda berkilat sepanjang hari. Dirumus khas dengan Barberry Root yang berfungsi untuk melegakan kulit sensitif manakala hypoallergenic yang terkandung dalam serum ini, tidak akan menyebabkan kulit anda menjadi alahan dan iritasi yang teruk.

Kandungan minyak Olive juga mampu memberikan kelembapan yang berpanjangan untuk bahagian kulit yang kering. Tiada lagi kulit merekah selepas ini!

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. Cellnique Expert Series Vital Repair Serum (30ml)

Memelihara kulit dengan serum Vitamin C

Harga mulai RM262.80

shopping_cart Hermo Malaysia RM262.80

Vitamin C yang terkandung dalam serum dari Cellnique ini mampu untuk memperbaiki sel, memulihkan parut di muka dan menghalang radikal bebas pada kulit wajah dengan kadar segera. Bahan aktif utama dalam serum ini diekstrak daripada Live Yeast dan Wheat Germ yang berkesan untuk melawan iritasi, kemerahan, penghidratan serta meninggalkan lapisan baru untuk kulit anda.

Dengan teksturnya yang tidak melekit, kulit wajah anda akan kembali bermaya dan berseri. Tiada lagi tanda-tanda kulit keletihan.

5. GARNIER Sakura White Ultimate Serum (50ml)

Terbaik untuk remaja yang berkulit kombinasi

Harga mulai RM30.00

Produk dari jenama Garnier yang terkenal di pasaran Malaysia ini berfungsi untuk memberikan kelembapan sambil memutihkan kulit. Tekstur ringan dan tidak berminyak, membuatkan kulit anda kekal lembap sepanjang hari terutamanya buat remaja yang seringkali melakukan aktiviti luar.

Diperkaya dengan ekstrak bunga Sakura, Vitamin B3 dan CG, serum ini mampu mencerahkan dan kulit akan kekal terhidrat selama 24 jam.

16 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. Swissvita Acne Solution Serum

Serum untuk kulit kombinasi yang berjerawat

Harga mulai RM135.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM135.00

Swissvita Acne Solution Serum adalah serum yang mampu menyelesaikan kulit bermasalah seperti jerawat, blackhead dan whitehead yang ketara, mengecilkan pori-pori, melicinkan kulit, mengatasi minyak berlebihan serta mengurangkan kekusaman kulit.

Dirumus khas dengan bahan pengelupasan (exfoliating), serum ini mampu untuk membuang sel-sel kulit mati dan mengembalikan seri pada kulit wajah.

7. A'pieu Dutch Tulip Blemish Serum (45ml)

Serum berkualiti dengan harga dibawah RM100

Harga mulai RM65.92

shopping_cart Hermo Malaysia RM65.92

A'pieu Dutch Tulip Blemish Serum mengandungi 65% ekstrak Dutch Tulip yang kaya dengan nutrisi EWG green grade formula yang selamat untuk kulit alahan (allergy). Dengan kandungan asid Salicyclic untuk memberi kelembapan pada kulit dan mencerahkan selain menutup kesan parut atau cela pada kulit. Dengan harganya dibawah RM100, sesuai untuk anda yang inginkan revitalisasi kulit dengan sempurna.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang E_Emeyra

The best of me is yet to come.. <3

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!