Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kekal Awet Muda Dengan 10 Serum Yang Mengandungi Vitamin C

Keanjalan kulit anda dijaga dengan baik!

Pemakaian serum sebagai salah satu rejim penjagaan kulit bukanlah sesuatu yang asing pada mereka yang mengambil berat tentang kesihatan kulit. Antara serum yang sering menjadi pilihan adalah yang mengandungi Vitamin C. Serum Vitamin C dengan bahan antioksidan yang berkesan dalam merangsang pengeluaran kolagen serta membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan memperbaiki kerosakan kulit akibat pencemaran dan pancaran matahari.

Kini dipasaran terdapat banyak serum vitamin C yang berbeza untuk dipilih, pelbagai produk dengan tekstur dan fungsi tambahan untuk memperbaiki kulit. Ini boleh menyebabkan kekeliruan kepada yang sedang mencari apakah produk tepat untuk menyelesaikan kulit bermasalah. Jom kembalikan keanjalan kulit dengan 10 jenis serum vitamin C terbaik mengikut kesesuaian anda!

Serum Vitamin C untuk menghilangkan kesan jeragat
mulai
RM286.00
Semak ALPHA-H Vitamin C Serum (30ml) harga dibawah:

Masalah jeragat pada kulit wajah dapat diatasi dengan adanya ALPHA-H Vitamin C Serum yang dirumus khas dengan bahan semulajadi dan Vitamin C. Serum ini berfungsi untuk merawat dan mencegah kesan penuaan, pigmentasi dan garis halus kerana ia mengandungi pelembap untuk penghidratan yang berterusan serta merangsang pertumbuhan kolagen. 

Ini adalah rawatan yang ideal untuk mereka yang sering terdedah kepada sinaran matahari. 

Baca juga: Kekalkan Kulit Muda Dengan Rawatan Melalui 11 Serum Muka Ini 

Serum Vitamin C yang bertindak sebagai agen penghapus jerawat
mulai
RM76.90
Semak PURITO Pure Vitamin C Serum (60ml) harga dibawah:

Serum tulen dari Korea ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat pada kulit wajah. Dengan kandungan 10% asid Ascobic dan 84% Asid Hyaluronic, vitamin tulen secara inovatifnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi kulit. 

Berfungsi untuk melawan kedutan, kembalikan keanjalan, menghapuskan lingkaran gelap, mencerah, melembut dan melegakan kulit serta kesan parut jerawat hilang dalam masa beberapa minggu sahaja. Produk serum ini terbaik untuk semua jenis kulit, jadi anda tidak perlu risau kerana ianya tidak akan menyebabkan iritasi. 

Serum Vitamin C yang dapat melindungi kulit sensitif
Klairs
Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop (35ml)
mulai
RM75.50
Semak Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop (35ml) harga dibawah:
add_circle Cepat meresap ke dalam kulit
add_circle tidak berminyak
add_circle sesuai untuk beginner atau mereka yang tidak pernah menggunakan serum vitamin c
add_circle tidak menyebabkan iritasi
remove_circle Botol lutsinar yang boleh mempercepatkan proses oxidation- produk akan berubah warna dan tidak lagi berkesan
remove_circle Tekstur agak melekit
remove_circle Harga yang sedikit mahal

Serum dari Klairs ini menggunakan teknologi penstabilan hibrid yang mampu menyerap dengan mengandungi bahan aktif 5% asid L-Ascorbic ke dalam lapisan kulit dan merupakan bahan antioksidan yang telah diuji dan terbukti secara saintifik. 

Asid dari serum Vitamin C ini mampu melindungi kulit dari kerosakan UV, pencemaran, merangsang pengeluaran kolagen dan memperbaiki tona serta tekstur kulit. Disyorkan untuk mereka yang kulit sensitif dan kulit kasar dengan liang pori terbuka.

Serum Vitamin C dari drugstore dibawah RM50, Halal untuk semua jenis kulit
Wardah
Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml)
mulai
RM28.71
Semak Wardah C-defense with Vitamin C Serum (17ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi vitamin C dan Aloe Vera
add_circle Melindungi kulit wajah dari radikal bebas
add_circle Menyerap masuk ke dalam kulit lebih pantas
remove_circle Melekit
remove_circle Kulit wajah berminyak

Produk keluaran Wardah yang semestinya Halal dan mesra wudhu ini, sesuai untuk semua jenis kulit. Dengan harga yang sangat berpatutan, serum ini mempunyai kualiti yang sangat bagus. Diformulasi dengan 10% Vitamin C Hi-Grade, ekstrak Aloe Vera dan Biosaccharide untuk mencerah, mengekalkan keanjalan, memperbaiki struktur, melembap dan melindungi kulit anda dari radikal bebas. 

Ianya mudah untuk menyerap masuk ke dalam lapisan kulit, menjadikannya lebih sihat dan cerah.

Baca juga: 9 Serum ‘Best Seller’ Dari Drugstore, Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Bebas bahan kimia merbahaya, sesuai untuk para ibu yang sedang hamil
mulai
RM80.00
Semak WILDFERNS Manuka Honey Radiance Renewal Facial Serum (30ml) harga dibawah:

Serum  bertekstur ringan ini, bertindak pantas menyerap ke lapisan kulit. Dirumus khas dengan Manuka Honey yang berkualiti Premium dan bahan antioksidan iaitu Vitamin A, C dan E serta menggabungkan campuran bahan semulajadi seperti minyak Sweet Almond, Rosehip dan Evening Primrose untuk kelembapan berpanjangan dan memelihara kulit. Manakala Royal Jelly dan Bee Pollen mampu menyegarkan dan meremajakan kulit agar tampak berseri. 

Bebas pengawet tiruan, paraben, SLS serta tidak mengandungi minyak mineral, selamat digunakan untuk ibu hamil. 

Serum Vitamin C sesuai untuk kulit kombinasi
SKIN INC
mulai
RM168.00
Semak SKIN INC Vitamin C Serum (10ml) harga dibawah:

Produk serum dari jenama Skin Inc ini yang menggabungkan Vitamin C dan E serta Vitamin B6 yang terkandung dalam kapsul halus rumpai laut, efektif hanya selepas disapukan pada Zon-T kulit anda. Dirumus khas untuk membantu mengurangkan kewujudan liang dan penghasilan sebum. Dengan fungsi yang mampu mengawal sebum, ternyata ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi.

Serum Vitamin C yang berkesan untuk mencerahkan wajah
mulai
RM65.00
Semak Liz K Super First C Serum Pure Vitamin C 13% harga dibawah:

Serum yang dirumus khas dengan 13% Vitamin C asli untuk membantu mencerah dan melembap kulit, mencegah penuaan pada kulit pramatang serta menganjalkan kulit. Antara bahan anti-penuaan yang terkandung dalam serum ini adalah cendawan Shiitake dan daun teh hijau. Kesan baik serum ini dapat dilihat pada kulit anda dalam hanya 3 hari. 

Ingin wajah putih dan berseri? Cubalah serum Vitamin C ini
mulai
RM69.90
Semak SOME BY MI Galactomyces Pure Vitamin C Glow Serum (30ml) harga dibawah:

Dengan kandungan pemutih yang tinggi iaitu Vitamin C, produk ini mengandungi 1% toner asid askorik tulen dan 3% serum, bertindak untuk merawat kulit yang kusam akibat sinaran UV serta mengekalkan kulit menjadi lebih licin. 

Vitamin C berfungsi meningkatkan nutrien harian yang penting untuk kesihatan kulit. Selain untuk memutihkan wajah, serum ini juga mempunyai pelbagai fungsi seperti  pelembab supaya kulit anda kekal terhidrat. 

Serum vitamin C yang bagus untuk kulit kering
By Wishtrend
mulai
RM74.38
Semak By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum (30ml) harga dibawah:
add_circle Tidak melekit pada kulit
add_circle Bebas paraben
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

The By Wishtrend Pure Vitamin C21.5% Advanced Serum adalah serum vitamin untuk memperbaiki ton dan tekstur keseluruhan kulit. Dengan mengandungi vitamin C yang tulen, ia bebas dari paraben dan bahanmerbahaya yang boleh merosakkan kulit. 

Dirumuskan dengan 10 ramuan khas untuk mendapatkan hasil yang cepat dan berkesan. Vitamin Tree pula mampu memberikan kelembapan pada kulit dan sesuai untuk mereka yang mempuyai masalah kulit kering. 

Baca juga: Naikkan Kembali Seri Wajah Anda Dengan 8 Serum Terbaik untuk Kulit Kering

Serum malam Vitamin C agar wajah tampak awet muda
mulai
RM336.00
Semak PETER THOMAS ROTH Retinol Fusion PM Night Serum harga dibawah:

Serum retinol ini berfungsi memperbaharui sel-sel kulit melalui retinol yang terkumpul secara optimum untuk mendapatkan hasil yang maksimum tanpa memudaratkan kulit. 

Dengan gabungan bahan kandungan berteknologi tinggi retinol, vitamin C dan E, ia meratakan tona dan tekstur kulit, menghasil  kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan untuk mendapatkan kulit yang cerah dan sihat. Serum ini sesuai dipakai pada waktu malam untuk mendapatkan kebaikan yang maksimum.

Artikel Berkaitan

 

End of Article