Pemakaian serum sememangnya sangat bagus untuk kulit muka anda — ia perlu dipakai selepas membersihkan muka dengan toner, dan diakhiri dengan moisturiser. Serum baik untuk meningkatkan proses regenerasi kulit, membuang sel-sel kulit mati, mencerahkan kulit serta menjadikan kulit muka lebih halus, lembut dan banyak lagi.

Serum muka yang murah tidak semestinya tidak bagus, apa yang lebih penting adalah bahan kandungannya. Malah, beberapa serum yang menjadi kegilaan ramai seperti di bawah datang dengan harga yang berpatutan dan mudah untuk didapati di farmasi-farmasi berdekatan. Mari kita lihat:


11 Serum Muka Terbaik di Malaysia 

1. Safi Balqis White Trilogy Whitening Serum (20ml)

Serum muka Halal untuk remaja

Harga mulai RM24.86

shopping_cart 11street RM24.86

Trilogi putih Safi Balqis ini kaya dengan arbutin, nano white dan kiwi. Ia bertindak melalui 3 lapisan kulit menjadikan kulit lebih cerah dan dilindungi dari sinaran UV khas untuk para remaja yang sering terdedah dengan cuaca luar.

Serum ini juga membantu mengurangkan pembentukan melanin kulit dan dapat menghilangkan pigmentasi di wajah. Penggunaan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu akan menjadikan kulit anda licin dan berseri.

9 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. GARNIER Sakura White Ultimate Serum (50ml)

Serum yang boleh didapati di farmasi dan drugstore seperti Watsons

Harga mulai RM30.00

Alami kulit yang lembut dan licin dengan serum yang diekstrak dari bunga sakura ini. Ia membantu dalam mencerahkan parut di wajah dan bertindak 3 kali ganda untuk mencerahkan wajah anda. Bukan sahaja itu, serum ini juga dapat memudarkan garis halus di wajah dan memastikan kulit lebih tegang supaya tampak sentiasa muda.

Produk ini boleh didapati online dan juga dari farmasi (drugstore) Watsons berdekatan anda.

16 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. ALPHA-H Vitamin C Serum (30ml)

Serum muka yang mengandungi vitamin E – untuk kulit kombinasi

Harga mulai RM286.00

shopping_cart Sephora Malaysia RM286.00

Serum jenama Alpha-H ini dapat memberikan pelembapan berpanjangan, meningkatkan sistem imunisasi kulit, memperbaiki kulit bermasalah serta melindungi kulit daripada radikal bebas dan sinaran UV. Dengan kandungan Vitamin E, kulit anda tidak akan kelihatan kasar, kering, merekah dan kemerahan.

Serum ini juga berkesan untuk menutup cela pada kulit wajah seperti parut, jerawat, sunburn dan gigitan serangga serta menghalang daripada liang pori tersumbat. Ianya juga dapat menghapuskan garis-garis halus dan mengembalikan keremajaan kulit wajah anda. Sesuai untuk semua jenis kulit.  

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Baca juga: Kulit Sihat Berseri Dengan 7 Serum Terbaik Untuk Kulit Kombinasi

4. L'Oreal Men Expert Hydra Power Serum 50ml

Serum muka terbaik untuk lelaki

Harga mulai RM43.20

shopping_cart Hermo Malaysia RM43.20 shopping_cart Lazada Malaysia RM44.90

Para lelaki sering mengalami kulit kering selepas mencuci muka. Dengan serum ini, ia mengunci kelembapan air di dalam kulit anda bagi memastikan penghidratan untuk jangka panjang, selain membawa penghidratan jauh ke dalam kulit kerana ia diperkaya dengan bahan bermanfaat seperti asid hyaluronik.

Selain itu, serum ini turut membantu melindungi kulit anda daripada pencemaran dan sesuai bagi mereka yang sering terdedah kepada aktiviti luar. Serum yang tidak berminyak, tidak melekit dan mudah menyerap ke dalam kulit anda.

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. NANO White Dark Spot Corrective Serum (30ml)

Serum untuk menghilangkan bekas dan parut jerawat

Harga mulai RM45.00

Serum ini mengandungi Vitamin C, Tea Tree Oil dan alga laut yang dapat memperbaiki masalah parut jerawat, pigmentasi dan mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat akan datang. Ia juga dapat menghalang penghasilan minyak berlebihan terutamanya pada anda yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Dengan Nanotechnlogy, Omega White-C dan ekstrak natural, serum ini berkesan untuk mencerahkan dan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit untuk menghapuskan bintik hitam serta tona kulit menjadi sekata. Kulit anda akan menjadi lebih cerah dan bermaya.

20 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. THE FACE SHOP Jeju Volcanic Lava Pore Toner (150ml)

Serum muka Korea terbaik untuk mengecilkan pori

Harga mulai RM60.00

Serum ini mudah meresap ke dalam kulit dan terasa ringan apabila dipakai. Ia dirumus khas dari lava gunung berapi Jeju yang mempunyai pelbagai jenis manfaat untuk kulit muka anda seperti membantu dalam mengecilkan pori di muka dan memberikan kelembapan kulit yang berpanjangan.

Hasilnya, kulit anda akan kelihatan lebih licin dan lembut kerana ia kaya dengan bahan mineral yang diperlukan untuk pembaikan kulit muka kita.

30 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Baca juga: 8 Produk Kecantikan Jenama Korea Wajib Ada Untuk Wajah Berseri

7. COSMODERM Luminous Pearl Brightening Night Serum (30ml)

Serum pemutih wajah dari bahan organik – sesuai untuk ibu hamil

Harga mulai RM55.58

Serum muka ini menggunakan bahan yang selamat dan sesuai untuk semua jenis kulit dan juga sesuai digunakan bagi ibu hamil. Ia mengandungi sel stem epal, kolagen, lidah buaya dan biji minyak rosehip, bahan-bahan yang kaya dengan anti-oksidan untuk membantu dalam memperbaharui sel kulit dan juga mencerahkan kulit dengan selamat.

Kulit yang tampak lebih cerah, muda dan licin dengan pemakaian yang konsisten.

15 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. LANEIGE Clear – C Peeling Serum (80ml)

Serum yang bagus untuk kulit kering

Harga mulai RM145.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM145.00

Serum penjagaan harian dari jenama ini diperkaya dengan tumbuhan AHA yang membantu menjaga lapisan kulit anda. Ia memberi penghidratan yang tinggi untuk kulit kering agar tampil lembap sepanjang hari.

Serum ini juga membantu untuk memperbaiki sel kulit mati di wajah. Untuk mendapatkan kulit yang licin dan bebas dari cela, gunakanlah serum ini pada waktu siang dan malam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. 

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

9. BIO-ESSENCE Bio Energy Snail Secretion Repair Serum (30ml)

Serum muka yang mengandungi collagen

Harga mulai RM84.92

shopping_cart Shopee Malaysia RM84.92

Serum Bio-Essence Snail ini mempunyai nutrisi yang tinggi dan mengandungi kolagen yang dapat membantu melindungi kulit dan melambatkan proses penuaan kulit. Dengan manfaat kolagen yang ada, ia mempertingkatkan pembaikan kulit dan bantu melindungi kulit dari pencemaran.

Bukan sahaja itu, ia juga membantu mengawal minyak yang berlebihan di wajah anda dan membekalkan nutrisi yang secukupnya untuk kulit agar sentiasa licin, bersih dan dilindungi.

8 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

10. NARUKO Tea Tree Shine Control & Blemish Clear Serum (30ml)

Terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat

Harga mulai RM55.00

Serum ini mempunyai kegunaan 4 dalam 1 iaitu mengurangkan kadar pertumbuhan jerawat, penghasilan minyak berlebihan dan kulit kusam serta menghalang liang pori dari tersumbat. Diformulasikan dari ekstrak biji benih Hyacinth, saw palmetto dan mengandungi 1% asid Salicylic, ianya dapat mengurangkan masalah kulit yang anda hadapi.

Terbaik untuk kulit berminyak dan berjerawat, serum ini dapat memperbaiki kulit bermasalah serta menutup cela dan parut di kulit wajah akibat kesan jerawat. Bertindak sebagai pelembap, kulit wajah anda kekal terhidrat sepanjang hari.

13 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

11. KLAIRS Freshly Juiced Vitamin Drop

Serum yang mengandungi Vitamin C - terbaik untuk kulit sensitif

Harga mulai RM79.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM88.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM79.00

Terbaik dari Korea, serum jenama Klairs ini dengan menggunakan teknologi penstabilan hybrid dapat melindungi kulit anda dari pancaran sinar UV serta radikal bebas. Ianya dapat memperbaiki keadaan dan tona kulit kembali menjadi sekata, sesuai untuk anda yang berkulit sensitif.

Kandungan Vitamin C dalam serum ini dapat menghalang liang pori dari tersumbat serta tidak mengeringkan kulit. Tips penting : Jika pertama kali menggunakan produk yang mengandungi Vitamin C, kulit mungkin akan terasa pedih sedikit kerana serum ini bertindak untuk mengimbangi kandungan pH pada kulit dan selamat untuk digunakan pada waktu siang.

13 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penjagaan Kulit Dengan Sempurna

Anda jenis yang rajin mencuci muka, menggunakan toner dan pelembap sebagai langkah 3 pertama, penting dalam penjagaan kulit wajah dengan sempurna. Mungkin anda rasa itu sahaja sudah cukup, tetapi sebenarnya tidak. Langkah-langkah penjagaan kulit yang betul dan tepat adalah dengan menggunakan serum, essence, ampoule dan face mask. Tetapi cara penggunaan setiap produk adalah berbeza.

Apa Itu Serum Wajah?

Serum wajah adalah sejenis gel yang jernih, bertekstur sangat ringan dan bebas dari minyak dengan mengandungi sejumlah bahan aktif vitamin serta oksidan. Bertujuan untuk menyerap masuk ke dalam lapisan kulit yang paling dalam dengan cepat, mudah dan merata dari pelembap biasa.

Serum juga mampu untuk regenerasi kulit, mencerahkan, menghapuskan garis-garis halus, jerawat, bintik hitam dan pigmentasi serta tona kulit tidak sekata. Sesuai untuk semua jenis kulit dan yang paling penting, gunakanlah produk yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.

Cara Penggunaan Serum Dengan Betul Untuk Hasil Yang Terbaik

Untuk mendapatkan hasil terbaik buat kulit wajah anda, penggunaan serum yang betul haruslah diaplikasikan melalui langkah-langkah yang tepat;

  1. Bersihkan kulit wajah anda terlebih dahulu dengan pembersih muka.
  2. Titikkan secukupnya ke atas jari dan kemudian tepuk secara perlahan pada kulit wajah.
  3. Jika anda mempunyai masalah kulit sensitif, selepas mencuci muka, tunggu selama 10-15 minit sebelum memakai serum kerana waktu itu kulit menjadi lebih relax.
  4. Pakai serum dahulu sebelum memakai pelembap.  

Tips penting : tunggu sehingga 2-3 minit untuk anda merasakan samada serum yang digunakan sesuai atau tidak dengan kulit wajah. Jika anda merasakan ianya melekit, iritasi dan berminyak, ini bermakna serum itu tidak sesuai untuk kulit wajah anda. Disinilah pentingnya untuk anda mengenalpasti kulit wajah terlebih dahulu.    

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih! 

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Recommended Reading

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!