Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

15 Scrub Badan Untuk Hilangkan Daki Terbaik di Malaysia 2024

Jangan lupa untuk menjaga kulit badan juga ya!

Selain dari penjagaan muka, kulit badan juga memerlukan penjagaan rapi terutama bagi yang sudah berkahwin dan bersalin.

Salah satu cara penjagaan badan adalah menggunakan scrub badan untuk hilangkan daki dan kotoran dengan lebih bersih.

Ada pelbagai jenis body scrub terbaik di pasaran dan anda perlu lulur badan atau exfoliate badan serta gunakan produk hilangkan daki atau sabun hilangkan daki untuk kulit yang bersih.

Jadi, kami senaraikan jenama scrub badan terbaik dan produk putihkan celah peha di bawah. 


Senarai 15 Body Scrub Terbaik

Body scrub terbaik secara keseluruhan
Semak Sumber Ayu Lulur Mandi / Body Scrub 230g harga dibawah:
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Mempunyai 3 jenis pilihan scrub
add_circle Mempunyai anti oksidan dan AHA
remove_circle Tidak sesuai bagi anda yang mempunyai kulit sensitif

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Produk Sumber Ayu diformulasikan dengan bahan semula jadi yang memastikan kulit anda wangi lebih lama dan sangat baik untuk kelancaran peredaran darah

Ciri-ciri;

Terdapat 3 jenis scrub iaitu skrub bunga dengan ekstrak mawar, skrub susu untuk mencerahkan kulit dan skrub badan bengkoang yang boleh meratakan tona kulit. 

Dengan harga sangat murah dibawah RM10 untuk setiap satu, anda tidak perlu kerap ke spa lagi selepas ini hanya untuk mandi lulur. 

Body scrub terbaik ini juga mampu mempercepat pembentukan semula sel kulit kerana diformulasikan daripada bahan AHA. 

Bukan itu sahaja, bagi yang mengalami masalah tumit kasar, boleh dapatkan produk dari Indonesia yang bagus untuk melembutkan kulit dan hilangkan daki pada siku, lutut dan tumit yang merekah. 

Review;

“Teksturnya tak begitu kasar dan berkrim, memang bagus untuk hilangkan daki. Bau pun wangi, bila cuba memang kulit jadi lembut dan nampaklah ada perbezaan. Rasa lebih bersih lepas pakai ni,”

Skrub badan untuk kulit kering
Naturals by Watsons Olive Body Scrub
Semak Naturals by Watsons Olive Body Scrub harga dibawah:
add_circle Organik olive oil
add_circle Bebas ujian terhadap haiwan
add_circle Ujian Dermatologist
remove_circle Mengandungi alkohol

Naturals by Watsons mengeluarkan skrub badan terbaik yang bebas ujian keatas haiwan malah mempunyai ujian dari dematalogis yang sah.

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif dan kulit kering, boleh cuba gunakan skrub ini kerana bahan yang digunakan minyak olive yang selamat untuk kulit.

Malah gabungan lain adalah dari 100% pengelupasan asli seperti walnut shell yang sangat lembut pada kulit badan. 

Tak perlu risau jika kulit keringkerana kulit akan jadi lebih lembut dan lembab dari nutrisi minyak olive yang berkesan sehingga kedalam lapisan kulit dalam.

Tidak rugi cuba tau, badan lebih bersih, cantik dan lembap sepanjang hari. 

Body scrub jenama Watsons
NATURALS
natural by watsons coffee
Semak NATURALS BY WATSONS Coffee Sugar Body Scrub 200g harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Menyegarkan kulit
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Menyingkirkan kulit mati
remove_circle Memedihkan mata

Natural by Watsons merupakan produk baru yang dikeluarkan oleh mereka pada pertengahan tahun ini.

Fungsi scrub ini dapat menyingkirkan sel kulit mati dengan baik sehingga menjadikan kulit licin dan segar.

Ini kerana campuran Coffea Arabica (Coffee) Seed Powder, Parfum, Chlorphenesin, Sodium Benzoate, Coffea Arabica (Coffee) Seed Oil, Crambe Abyssinica (Abyssinian) Seed Oil, Niacinamide, Propanediol dan lain-lain lagi.

Cara penggunaan adalah dengan cara sapukan Naturals by Watsons Coffee Sugar Scrub ke seluruh badan selepas mandi.

Kemudian, bilas badan dengan air bersih dan gunakan dua kali seminggu atau sekerap yang perlu jika kulit anda terasa kasar.

Scrub badan selepas bersalin
Tanamera Tropical Boreh Scrub 120g
Semak Tanamera Tropical Boreh Scrub 120g harga dibawah:
add_circle Menghilangkan keletihan otot
add_circle Kulit terasa lebih lembut
add_circle Menyingkirkan sel kulit mati
add_circle Sesuai untuk ibu hamil
remove_circle Harga mahal
remove_circle Elakkan guna pada kuku

Ucapkan selamat tinggal kepada badan penat selepas bersalin dengan penggunaan produk Tanamera.

Ini kerana mengandungi herba berkhasiat seperti bawang putih dan halia yang boleh melegakan sakit otot dan demam. 

Diperbuat daripada bahan semula jadi lain seperti kayu manis, daun pandan, daun limau, buah pala dan kayu Pulasari.

Jadi skrub badan ini akan menghangatkan kulit dan meningkatkan peredaran darah. 

Cara penggunaan hanya campurkan serbuk skrub ini dengan 10ml minyak kelapa dara dan air mawar sebelum dilumurkan pada badan. 

Review pengguna memang memberangsangkan sebab ramai kata memudahkan wanita untuk dapatkan rawatan spa di rumah sendiri.

FRESHOP Detox Scrub For Whitening, Sunburn, Parut & Bacne (700g)
Semak FRESHOP Detox Scrub For Whitening, Sunburn, Parut & Bacne (700g) harga dibawah:
add_circle Jangka hayat produk 24 bulan
add_circle Hilangkan daki
add_circle Memudarkan parut
add_circle Kurangkan masalah bau badan
remove_circle Harga mahal
remove_circle Hanya untuk badan

Untuk anda yang mengalami masalah badan berjerawat, kami sarankan untuk dapatkan segera skrub badan untuk hilangkan daki dari Freshop ini. 

Bukan sahaja boleh mengurangkan jerawat badan, malah boleh juga mencerahkan semula kulit yang terkena sunburn

Jika anda menggunakan dengan konsisten, skrub ini mampu untuk mencerahkan semula kulit yang berkerak.

Seperti di kawasan ketiak, celahan paha dan leher tapi jangan risau kerana skrub ini tidak akan menghakis kulit.

Kulit automatik akan licin, bersih dan lembut serta merta setiap kali selepas penggunaan produk putihkan celah paha ini.

Scrub badan terbaik di Watson/drugstore
Ginvera
Semak GINVERA Real Spa Lavender Shower Scrub 750g harga dibawah:
add_circle Meningkatkan peredaran darah & oksigen
add_circle Menghalang masalah bau badan
add_circle Melembabkan kulit
add_circle Menenangkan diri
add_circle Bau wangi

Malu dan sering tidak yakin untuk berdepan dengan orang ramai akibat masalah bau badan dan kulit kasar? 

Jangan khuatir, produk scrub badan terbaik dengan campuran ramuan lavender dan chamomile Ginvera ini akan memberikan anda pengalaman seperti di spa. 

Kandungan scrub sebanyak 750g ini turut mengandungi asid Bio Mineral (BMA) yang kaya dengan mineral yang bagus untuk kulit. 

Dengan penggunaan yang konsisten, masalah kulit kering anda juga boleh diatasi. 

Tambah pula formula skrub badan jenis gel dapat menyingkirkan sel kulit mati agar sel baru dapat terbentuk dengan cepat. 

Kulit memang akan jadi lebih lembut, licin dan paling penting, lebih berseri.  

Scrub badan untuk putih
Good Virtues Co.
Semak Good Virtues Co. Radiant and Renewing Body Salt Scrub 200g harga dibawah:
add_circle Mencerahkan kulit badan
add_circle Mempunyai black seed oil
add_circle Melembutkan kulit
add_circle Estrak Himalayan
remove_circle Tidak sesuai bagi kulit yang agak nipis

Produk Good Virtues Co. tak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah menjadi pilihan ramai wanita Malaysia. 

Kandungannya kaya dengan mineral dan nutrien yang akan membaiki dan meremajakan kembali kulit badan anda. 

Tambahan pula, sel-sel kulit mati dan daki akan disingkirkan jika penggunaan secara konsisten.

Ekstrak garam Himalaya semula jadi pula bakal memberikan kulit yang lebih cerah dan berseri. 

Anda boleh guna scrub ini sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu dan jangan lupa untuk bilas badan dengan air sehingga bersih selepas menggunakannya. 

Harganya juga berpatutan kerana ada 200 gram scrub dalam setiap pembungkusan.

ScrubDistrict Magic Whitening Scrub
Semak ScrubDistrict Magic Whitening Scrub harga dibawah:
add_circle Hilangkan jerawat belakang badan
add_circle Kulit lebih cerah
add_circle Bersihkan daki
add_circle Parut hitam berkurang
remove_circle Harga mahal

Berat 350 gram, skrub ini bukan hanya boleh dipakai pada badan malah boleh digunakan pada wajah.

Ini kerana scrub ini mampu mengurangkan masalah whitehead dan blackhead

Tambahan pula, bagi yang ada masalah ketiak hitam, anda boleh cerahkan semula kawasan badan itu dan celah peha anda. 

Setiap 1 bekas mampu bertahan hingga 1 atau 2 bulan jika anda gunakannya dengan kuantiti yang seimbang.

Jadikan skrub ini teman baik ketika mandi kerana baunya wangi dan kulit juga bakal terasa lebih licin selepas penggunaan. 

Warna pastel pada bekas pembungkusan pula sangat comel dan sesuai untuk wanita yang pentingkan kecantikan.

Scrub untuk punggung
Nakiz Lively Scrub (100g)
Semak Nakiz Lively Scrub (100g) harga dibawah:
add_circle Ada ekstrak kopi & madu
add_circle Mencerahkan tompok hitam
add_circle Kulit terasa mulus & lembut
add_circle Tarikh luput 2024
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak boleh dipakai pada muka

Produk dari Thailand ini sangat sesuai jika anda inginkan sesuatu yang boleh mengurangkan masalah kulit punggung gelap atau berjerawat. 

Paling menarik, skrub ini diperbuat dengan ekstrak tebu yang dapat mengembalikan keremajaan kulit. 

Waktu mandi akan menjadi lebih tenang dengan skrub ini kerana boleh menanggalkan sel kulit mati tanpa rasa sakit walaupun di kawasan sensitif. 

Dengan berat 100g, produk Nakiz ini mengandungi manik-manik skrub yang lembut.

Selain sesuai digunakan pada punggung, anda juga boleh gunakannya di celah atau pangkal paha yang hitam juga boleh dicerahkan semula. 

Selain itu, kelembapan kulit badan juga bakal dikekalkan sekaligus tidak akan menyebabkan kulit kering kerana mengandungi ekstrak Propanediol.

TEMYRACLE Brightening Body Scrub 400g
Semak TEMYRACLE Brightening Body Scrub 400g harga dibawah:
add_circle Tanpa paraben
add_circle Menghalus & melembabkan kulit
add_circle Kulit jadi cerah, lebih sekata
add_circle 2 pilihan bau, Dream Cream & Berry Toast
remove_circle Harga mahal

Skrub keluaran tempatan ini diformulasikan dengan garam laut mineral dan sabun organik.

Setiap bekas sebanyak 400g boleh membantu menghilangkan daki dan kotoran yang terhasil pada celah-celah badan termasuk bahagian kaki dan tangan. 

Bukan itu sahaja, sel kulit mati pun boleh disingkirkan ketika mandi dengan produk Temyracle. 

Cara penggunaannya sangat senang, mula-mula basahkan tubuh dengan air dan exfoliate badan anda dengan body scrub ini. 

Pastikan anda tidak menggunakannya di kawasan luka dan jangan lupa untuk bilas dengan air. 

Menarik lagi, jika dah guna produk ini, anda tidak perlu guna sabun kerana skrub sudah tersedia wangi serta dapat bertindak sebagai sabun badan.

A Bonne Spa Milk Bath Salt Body Scrub Pouring Cap (350 g)
Semak A Bonne Spa Milk Bath Salt Body Scrub Pouring Cap (350g) harga dibawah:
add_circle Menanggalkan daki degil
add_circle Sel kulit mati hilang
add_circle Menghalang kulit dari kering & kasar
add_circle 350g gram dalam 1 pek

Jangan ambil enteng tentang penjagaan kulit badan lebih-lebih lagi yang sudah berkahwin.

Bagi mereka yang ingin menjaga kulit, skrub badan ini pilihan yang tepat.

Ini kerana mengandungi protein susu yang akan mengekalkan kelembapan kulit untuk jadikan kulit kelihatan berseri. 

Malah, turut mempunyai khasiat susu dan garam spa semula jadi.

Body scrub ini juga diformulasikan dengan Alpha Arbutin dan Allantoin dimana berfungsi memastikan kulit tidak mudah rengsa dan masalah selulit dapat dikurangkan.

Produk ini bukan sahaja mampu meratakan tona warna kulit tapi boleh melancarkan peredaran darah. 

Menariknya lagi, kulit yang kusam akan terlihat seperti remaja semula kerana kembali anjal. 

The Body Shop Spa Of The World African Ximenia Scrub (350ml)
Semak The Body Shop Spa Of The World African Ximenia Scrub (350ml) harga dibawah:
add_circle Kulit lebih lembut
add_circle Menenangkan tubuh & minda
add_circle Tidak terlalu kasar pada kulit
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
remove_circle Harga mahal

Bagi yang takut untuk skrub badan kerana kulit mereka jenis kering, boleh dapatkan produk hilangkan daki daripada The Body Shop. 

Walaupun harganya mencecah ratusan ringgit, namun kualiti tak akan mengecewakan. 

Ini kerana dapat memberikan kulit yang mulus dan lembut seakan sutera.

Produk ini diperbuat daripada minyak ximenia dari Namibia, Afrika yang sangat wangi dengan aroma Spa Wisdom. 

Ulasan pengguna juga mengatakan produk ini amat mudah dipakai dan tidak mengeringkan kulit.

Paling bagus, skrub badan ini hadir dalam bekas sebanyak 350ml, jadi tahan lama untuk jangka masa yang panjang. 

Body scrub untuk jerawat badan
Odeon
Semak ODEON FACE & BODY SCRUB 300 ML (ORIGINAL) harga dibawah:
add_circle Ada kulit kacang walnut
add_circle Boleh exfoliate sel kulit mati
add_circle Kulit kurang berminyak
add_circle Harga murah
remove_circle Tekstur agak kasar

Skrub badan yang berkrim ini dapat menyental kulit agar menjadi lebih berseri. 

Tidak seperi skrub yang lain kerana skrub ini akan berbuih apabila digunakan ketika mandi, jadi badan akan terasa lebih bersih tanpa daki. 

Menariknya lagi, produk Odeon boleh dipakai pada bahagian ketiak, wajah dan badan untuk hilangkan jerawat badan.

Kuantiti skrub ini pula ialah sebanyak 300ml dan diperbuat daripada 100% bahan semula jadi tanpa bahan bahaya. 

Memang sesuai untuk anda yang mengalami masalah belakang badan berjerawat sebab akan mengurangkan keradangan dan jerawat akan kering dengan cepat. 

Terdapat 6 jenis skrub Odeon yang boleh dipilih iaitu Apricot & Almond, Papaya & Cucumber, Strawberry & AloeVera, Turmeric & Yogurt, Honey & Olive dan Butter & Vanilla.

YOKO Armpit & Bikini Area Spa Salt 220gm
Semak YOKO Armpit & Bikini Area Spa Salt 220gm harga dibawah:
add_circle Ada vitamin E
add_circle Tanggalkan daki di ketiak
add_circle Lembut & licinkan kulit
add_circle Mengandungi ekstrak herba semula jadi
remove_circle Tidak boleh dipakai di wajah

Skrub YOKO ini sangat bagus buat sesiapa yang mahu mencerahkan bahagian ketiak dan Miss V yang gelap. 

Selain itu, produk ini juga sesuai digunakan pada bahagian punggung, paha, bahu dan lengan. 

Dengan penggunaan yang konsisten, sel kulit mati juga dapat disingkirkan, jadi badan anda akan menjadi lebih segar dan bersih.

Apa yang bagusnya lagi adalah dikatakan mampu memutihkan badan jika digunakna dengan konsisten dalam masa 7 hari. 

Lagi bagus, produk ini boleh menanggalkan daki dan mampu mengurangkan kemunculan kedutan pada kulit tubuh. 

Kesannya, anda tidak akan kelihatan tua sebelum waktunya. 

Cara penggunaanya pastikan basahkan dulu badan sebelum menyental kulit dengan skrub dari Thailand ini.

Scrub badan untuk kulit sensitif
Naam Oat'sy Bot'sy Body Scrub
Semak Naam Oat'sy Bot'sy Body Scrub harga dibawah:
add_circle Kurangkan masalah jerawat badan
add_circle Antioksidan & antiseptik
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Cruelty-free
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak boleh guna pada muka

Badan berdaki tapi takut nak guna skrub sebab kulit jenis sensitif? 

Usah risau kerana skrub Naam sangat lembut dan bagus untuk mereka yang mempunyai sensitive skin type.

Jika gunakan dengan konsisten, anda boleh mengurangkan masalah kulit kering dan gatal. 

Kawasan tubuh seperti siku, kaki dan lengan juga boleh disental menggunakan produk ini untuk exfoliate kulit. 

Paling penting, boleh digunakan mereka yang vegan kerana diperbuat dari bahan semula jadi seperti oat, minyak pati lada putih Sarawak, garam Himalaya dan minyak zaitun.   

Paling penting, penggunaan produk ini sangat bagus untuk merangsang peredaran darah dan kulit juga akan jadi sangat lembut dan cantik.

Anda diiingatkan untuk menggunakannya sebanyak 2-3 kali sahaja dalam seminggu. 


Jenis Scrub Badan 

Sebelum beli scrub badan yang dijual di pasaran, ketahui dan fahami terlebih dahulu jenis scrub yang ada agar boleh dapatkan produk yang sesuai dengan jenis kulit. 

Ini kerana jika tersalah pilih, mungkin akan sebabkan kulit jadi rengsa atau sensitif dengan bahan yang digunakan. 

Jadi, jom kita lihat perbezaan jenis skrub badan.

  • Scrub badan kopi 

Jangan ingat kopi hanya boleh diminum saja kerana bagus jika digunakan untuk membuang sel kulit mati pada badan.

Selepas penggunaan, kulit akan jadi semakin mulus selepas ini. 

  • Scrub badan garam 

Bahan semula jadi garam sering kali digunakan untuk membuat scrub badan kerana tekstur kasarnya boleh membuang sel kulit mati dengan mudah. 

Antara garam yang digunakan dalam pembuatan scrub jenis ini ialah garam Himalaya dan garam laut. 

  • Scrub badan berasaskan tumbuhan 

Jika anda memiliki kulit yang kering, produk body scrub yang diperbuat daripada tumbuhan seperti oat, kacang almond dan beri sangat bagus untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

  • Scrub badan herba 

Untuk yang inginkan pengalaman scrub atau lulur badan seperti di spa, boleh dapatkan produk yang mengandungi herba-herba yang bagus untuk kulit badan. 

Memang bagus untuk semua wanita terutama yang sedang berpantang kerana akan mengandungi kulit kayu manis, bawang putih dan halia. 

  • Scrub badan gula 

Selain garam, bahan seperti gula perang turut boleh memuluskan kulit. 

Jika digunakan dengan konsisten, produk-produk ini memang boleh menghilangkan daki atau kotoran degil. 

Tapi, kalau ingin mengetahui bagaimana memilih skrub yang betul, jom tonton video berikut.


Artikel Berkaitan

End of Article