Moisturizer atau pelembab merupakan satu keperluan harian wajib pakai pada wajah tak kira lelaki atau wanita.
Ini untuk memastikan wajah kekal berseri, segar, anjal dan lembab.
Jangan risau, moisturizer sesuai untuk semua jenis kulit terutama jenis kulit kering.
Jadi jom kita lihat senarai pelembab muka terbaik untuk kulit kombinasi.
Senarai 16 Pelembab Muka Terbaik Untuk Kulit Kombinasi
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama;
Jika anda ingin kulit lembut dan cerah tapi mengalami masalah kulit kering dan kusam, jalan penyelesaiannya menggunakan Nanowhite Double Action Hydrating Moisturizer.
Ciri-ciri;
Pelembab ini dapat membantu hidrasi kulit serta mencerahkan dalam pada masa yang sama.
Tekstur pelembab dari Nanowhite ini jenis krim gel yang mengandungi kandungan arbutin dan hyaluronic acid.
Dua bahan ini dapat meratakan tona warna kulit dan mencerahkan satu tona lebih cerah dari sebelum dalam masa 7 hari.
Selain itu, dapat mengurangkan bintik hitam dan dapat memberi kulit kelihatan segar dengan mengurangkan penghasilan minyak.
Cara pemakaian mudah saja, selepas meratakan Nanowhite intensive serum, anda boleh terus oleskan krim gel ini.
Guna pada waktu siang dan konsisten untuk dapatkan hasil yang lebih efektik.
Review;
"Melekit sikit bila pakai tapi kejap je lepastu dia meresap dalam kulit dan kulit rasa segar,"

Neutrogena Hydro Boost Water Gel telah diuji secara klinikal dan terbukti moisturizer ini dapat memberi lembapan pada kulit.
Malah, mampu mengekalkan kulit terhidrat selama 48 jam serta memperbaiki kulit menjadi lebih sekata.
Cara penggunaanya mudah saja, selepas mencuci muka, oleskan pada muka dan sekitar tengkuk sambil mengurut wajah dengan lembut bagi mem
bantu penyerapan lebih baik ke lapisan dalam kulit.
Bersifat non-comedogenic dimana tidak akan menyumbat liang pori kulit wajah anda.

Hada Labo Hydrating Snow Dew 50g merupakan pelembab dan krim wajah.
Mempunyai tekstur sorbet yang akan mencair masuk ke dalam lapisan kulit untuk kulit kelihatan segar serta-merta.
Kandungan utama dalam pelembab krim ini adalah ceramide dimana mengandungi nutrien lembapan.
Nutrien ini mampu menembusi terus ke lapisan kulit paling bawah untuk hasil kulit lebih anjal.
Kandungan seterusnya adalah bahan Lilac & Swiss Edelweiss Essences yang dapat membantu mengecilkan liang pori dan mengawal minyak yang terhasil.
Selain itu, dapat mengurangkan iritasi dan melembabkan kulit wajah. Bagus kan?
Jangan risau, tiada bahan alkohol, pewangi, mineral oil, MIT dan Diglycol.
Cara penggunaanya mudah saja. Guna sehari dua kali dan setiapkan pakai, sapu rata moisturizer pada permukaan kulit bagi serapan terus ke dalam kulit.

Nature Republic merupakan jenama skincare yang terkenal di Korea mula mendapat tempat di pasaran Malaysia.
Diperkaya dengan 92% bahan asli organik semulajadi Aloe Vera dimana dapat melegakan kulit akibat sunburn.
Pelembap bertekstur gel ini sangat lembut untuk kulit wajah dan sesuai buat semua jenis kulit daripada normal hingga sensitif.
Cara penggunaannya mudah saja. Selepas mencuci muka, keringkan dan oleskan pelembab ini.
Barulah anda memakai solekan. Ini dapat memberi hasil kulit hidrasi sepanjang hari.
Waktu malam, sebelum tidur pun boleh oleskan pada wajah untuk hasil yang pantas.
Paling penting, pelembap ini bebas bahan kimia merbahaya seperti paraben, alkohol, phthalates, sulfat dan pewangi tiruan.

Safi Balqis White Trilogy Beauty Cream ini dapat berfungsi sebagai krim lapisan sebelum anda menggunakan sebarang krim asas atau makeup ke atas wajah.
Berfungsi melindungi kesan cela pada wajah dan bintik hitam. Diformulasi dengan bahan terbaik seperti Arbutin, Nano Bio White dan Kiwi.
Krim ini dapat menyerap sehingga ke 3 lapisan memberikan kesan maksimum. Malah nampak membuatkan kulit wajah anda tampil halus, lembut dan berseri.
Pelembap dari Safi Balqis ini juga mampu untuk melindungi kulit dari sinaran UV dan menghapus pigmentasi serta menghalang kulit dari terdedah kepada radikal bebas.

Pelembap ini berkebolehan merangkap air untuk menjadikan kulit kekal lembab sepanjang hari.
Bukan itu saja, kulit akan kekal lembab semula jadi setelah mencucinya.
Diformulasi bebas paraben, silikon, pewangi tiruan dan minyak mineral.
Jangan risau, dijamin selamat untuk digunakan buat anda yang memiliki kulit kombinasi serta sensitif.
Mampu untuk menyerap jauh ke dalam lapisan kulit, menghalang kulit dari kelihatan kering dan iritasi.
Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil kulit lembut dan segar setiap hari.

Produk pelembab bertekstur gel ini mengandungi Aloe Vera, polysaccharides dan ekstrak Propolis.
Berfungsi untuk melegakan kulit sensitif dan iritasi.
Bahan ini diperkaya dengan 200% jus daun Aloe Barbadensis.
Memberi lembapan dan hidrasi lebih baik daripada sesetengah pelembab di pasaran.
Moisturizer ini juga menghalang kulit wajah daripada menghasilkan minyak berlebihan dan membaikpulih kerosakan kulit akibat daripada penggunaan makeup dan radikal bebas.

Krim pelembap all-in-one ini sangat istimewa kerana boleh dipakai sebelum atau selepas mandi.
Moisturizer gel ini bertekstur ringan, tidak melekit dan menyerap dengan pantas.
Bertindak sangat pantas sambil mengekalkan hidrasi buat kulit.
Formulasi bebas minyak, krim pelembab ini tidak meninggalkan kesan residu pada kulit wajah anda.
Dengan mempunyai pelbagai fungsi sebagai krim kecantikan atau makeup based, pelembab ini masih mampu memberi lembapan agar kulit tidak tampak kering dan kusam.
Bukan hanya sesuai untuk wajah, malah untuk satu badan juga boleh digunakan.
Jimat dan berbaloikan?

Pelembab ini dirumus khas untuk beri lembapan maksima buat kulit wajah agar kekal hidrasi sepanjang hari.
Diformulasi dengan Sodium Hyaluronate yang diperkaya campuran Sugar Complex untuk kulit lebih anjal serta tampil awet muda dalam hanya masa 72 jam sahaja.
Bahan aktif yang terkandung dalam pelembab ini seperti Glutathione dan Vitamin C yang berfungsi untuk mencerahkan kulit.
Arbutin pula dapat menghalang tanda-tanda penuaan serta menghapuskan garis halus.
Manakala ekstrak botani dari bunga Peony dan Baikal Skullcap pula dapat mencerahkan kulit dan elak iritasi.
Kulit kekal lembab dan segar dengan pemakaian berterusan.
Bukan itu sahaja, pelembab ini oleh membuatkan kulit wajah anda makin cerah dan berseri!

Pelembab ini bagus bagi mengawal penghasilan minyak berlebihan.
Memberi kemasan akhir matte agar kulit wajah tidak terasa melekit setelah memakainya.
Sesuai untuk semua jenis cuaca tidak kira samada panas, sejuk atau berada dalam tempat yang berhawa dingin, pelembap ini tidak akan membuatkan kulit wajah teriritasi.
Diformulasi dengan asid Hyaluronik dan diperkaya dengan ekstrak Cranberry, minyak zaitun.
Bahan ini menjadikan kulit wajah makin berseri dan kekal lembab, sihat secara berpanjangan!

Pelembab ini dapat menyerap jauh ke dalam lapisan kulit paling dalam, jadi semakin bagus khasiat yang dapat diserap pada kulit anda.
Jojaba seed oil dan honey-liked memberikan kesan lembab, sihat dan menjadikan kulit bersinar.
Dengan mengandungi 90% ekstrak akar Barberry, ianya dapat melindungi kulit anda daripada cela.
Gel ini yang kaya dengan nutrisi dapat meningkat regenerasi kulit anda agar kekal anjal dan tampil awet muda.
Tunggu apa lagi, jangan lupa cuba dan rasai perbezaannya sendiri!

Buat anda yang bekerja yang sering terdedah dengan sinaran UV atau penghawa dingin akan menyebabkan kulit menjadi kering dan bermasalah.
Nah, gel krim pelembap ini ada penyelesaiannya.
Dengan mengandungi ekstrak Glacier Water menjadikan gel pelembab ini bertekstur ringan, pantas menyerap dan tidak berminyak.
Malah terdapat cooling effect bagi menyegarkan kulit wajah.
Diperkaya dengan mineral semulajadi bagi membantu meningkatkan kadar lembapan kulit.
Selain itu, kandungan Hyaluronic acid yang sememangnya baik untuk melembapkan kulit wajah.
Jangan risau, sesuai untuk kulit berminyak kerana dapat membantu mengurangkan penghasilan sebum berlebihan yang menyebabkan kulit berminyak.

Pelembap dari jenama Hada Labo ini bukan sahaja berfungsi sebagai pelembap malah mempunyai spf 50 yang cukup untuk melindungi kulit dari sinaran UV.
Gabungan dari 3 bahan menjadi satu ini adalah gabungan terbaik terutama bagi masalah tona kulit yang tidak sekata dan elak daripada pertumbuhan sel kanser kulit.
Kulit anda juga dapat mengekalkan lembapan dan tampil hidrasi sepanjang hari.

Pelembap gel ini berfungsi untuk memberi lembapan kulit, memperbaiki kulit kusam dan mengekalkan sinar pada kulit menjadikan wajah tampak awet muda serta berseri sepanjang masa.
Ini kerana diformulasi dengan ekstrak Coix Seed, Angelica, Melothria, Loquat dan Mugwort.
Jangan risau, semua bahan ini tiada akan menimbulkan masalah kulit kering dan bebas iritasi.
Tetksturnya ringan dan tidak berminyak membuatkan kulit wajah kelihatan lembap dan sihat sepanjang masa.
Bukan sahaja melembapkan kulit, malah dapat dijadikan sebagai emulsion, serum, krim dan mask muka tanpa perlu membeli produk yang berbeza.
Walaupun mahal, tapi berbaloi sebab ada 3 jenis fungsi dalam satu produk sahaja!

Pelembap bertekstur ringan dari Dr. Jart ini dapat melegakan ketegangan pada kulit wajah terutama yang mengalami masalah kulit kering dan sensitif.
Diformulasi dengan Cica Green gel dan Tiger Grass Complex yang mana memberi kulit hidrasi dan lembapan sambil meredakan kulit merengsa.
Diperkaya dengan bauan anti-herbal yang menjadikan kulit wajah anda bebas daripada kulit kusam dan tidak bermaya.
Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang berbaloi!

Pelembap dari Laneige ini berkesan untuk kegunaan kulit kombinasi kerana ianya mampu untuk memberi lembapan agar kulit anda sentiasa kekal hidrasi.
Krim bertekstur gel ini dapat memulihkan keadaan kulit samada kering atau berminyak dan memperkuatkan pertahanan kulit sehingga 24 jam.
Buat kulit jenis kombinasi, moisturizer ini sesuai untuk anda.
Maksudnya anda dapat kekalkan lembapan sambil memulihkan kulit.
Malah bahan seperti Winter Cypress Polysaccharide extract akan membuatkan suhu kulit wajah kekal sejuk.
Sesuai bagi anda yang sering berpeluh dan sensitif pada haba.
Cara Pilih Moisturizer Wajah Yang Sesuai Untuk Kulit Kombinasi
Kami yakin, masih ada diantara kita main serkap jarang je beli pelembab untuk kulit muka.
Mungkin sebab murah, sering dipakai ramai orang, jenama terkenal atau saranan dari kawan.
Tapi percayalah, bukan itu cara anda memilih pelembab untuk wajah sebab lain individu, lain jenis kulit.
Pertama sekali, kenalpasti terlebih dahulu masalah kulit anda dan jenis kulit. Barulah anda boleh tahu pelembab apa yang sesuai untuk wajah.
Seterusnya, pastikan selepas 3 atau 7 hari kulit anda tidak ada kesan sampingan dengan bahan pelembab.
Bukan apa, takut sekiranya terdapat bahan yang boleh memberi kesan iritasi, mengelupas atau panas seperti terbakar pada kulit wajah.
Akhir sekali, pastikan penggunaan pelembab memberi kesan bukan membuatkan wajah lebih teruk atau sama seperti sebelum.
Jika sama seperti sebelum, sebaiknya tukar jenama lain atau dapatkan nasihat daripada doktor kulit wajah.
Apa pun jom kita lihat video berikut untuk mengenalpasti pelembab mana yang sesuai untuk kulit kita terutama kulit kombinasi.
Artikel Berkaitan
- 11 Moisturizer Terbaik untuk Kulit Berminyak di Malaysia 2022
- 15 Moisturizer Terbaik Untuk Memastikan Kulit Muka Anda Sentiasa Lembap
- Ubat Krim Gatal Terbaik 2023
- 10 Produk untuk Kecilkan Pori Wajah di Watson Malaysia 2023
- 14 Foundation Terbaik untuk Kulit Berminyak di Malaysia 2023
- 13 Scrub Badan Untuk Hilangkan Daki Terbaik di Malaysia 2023
- 10 Loose Powder Terbaik di Watson Malaysia 2023
- 12 Sunscreen & Sunblock untuk Kulit Jeragat di Malaysia 2023
- 7 Body Scrub Terbaik di Watson Malaysia 2023
- 13 Moisturizer/Pelembap Terbaik untuk Kulit Kering Malaysia 2023