Ramai mengambil enteng tentang penggunaan moisturizer tapi sebenarnya amat penting dalam memastikan kulit wajah kekal segar, hidrasi dan glowing.
Cuma, perlu elakkan memilih produk yang mempunyai bahan kimia seperti alkohol, paraben, pewarna dan pewangi tiruan supaya tidak merosakkan tekstur kulit.
Tapi apa menjadi masalah sekarang adalah terdapat pelbagai produk untuk kulit muka kering dan mana satu krim untuk kulit kering yang terbaik?
Bagi memudahkan anda, kami senaraikan pelembab muka untuk kulit kering yang terbaik supaya muka anda dapat kekal hidrasi sepanjang hari.
Senarai 13 Pelembab Muka Untuk Kulit Kering
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama:
Memberi kesan glowing dan memiliki tekstur ringan serta wangian yang dihasilkan dari bahan semulajadi.
Ciri-ciri:
Pelembab terkenal dari Korea ini mempunyai tekstur yang ringan dan menjadikan cepat menyerap ke dalam kulit, member efek dingin dan menyegarkan.
Jangan risau, pelembab ini telah di uji secara klinikal dan telah dibuktikan mampu meningkatkan kelembapan sehingga 70% dan bertahan sehingga 26 jam.
Kandungan dalam pelembab ini mengandungi campuran herba apotekar, termasuk daun kofrei yang merupakan agen penghidratan yang kuat.
Paling penting, dirumus tanpa minyak mineral, petrolatum, pengawet sintetik, pewarna, dan pewangi, dan bahan-bahan asal haiwan.
Review:
“Menyerap dengan baik sekali, menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Kulit tidak lagi kering malah mengurangkan ‘breakout’ pada kulit.”

Pelembap jenama Klairs ini membantu mengurangkan kemerahan dan mengembalikan keseimbangan dalam kulit.
Saiz produk yang kecil memudahkan anda membawanya ke mana-mana. Selain itu, produk ini mengandungi mentega shea, ceramide 3 dan beta glucan yang menguatkan lapisan kulit kering.
Dengan tekstur yang tidak melekit dan mudah merebak, memberikan penyerapan ke dalam kulit dengan lebih berkesan.

Kombinasi kulit kering dan sensitif boleh membuat seseorang menjadi kurang bekeyakinan.
Jangan risau, anda boleh selesaikan masalah dengan Cetaphil Moisturizing Cream.
Moisturizer ini merupakan krim pelembap yang disyorkan oleh pakar dermatologi untuk digunakan pada kulit kering dan sensitif.
Ini kerana menggunakan formulasi humektan dan emolien yang dapat berfungsi untuk mengekalkan air pada kulit, melembutkan dan membantu mencegah kulit kering.
Bukan sahaja sesuai digunakan pada muka, ia juga boleh digunakan pada badan, best!

Kandungan yang terdapat dalam Organic Aid Vitamin E Moisturizing Cream ini adalah amino acid yang mengandungi Vitamin E.
Vitamin E ini bantu menjadikan kulit anda kelihatan lebih berseri dan sihat.
Selain itu dapat membantu memulihkan kulit kasar dengan memulihkan nutrient pada bahagian yang dikehendaki.
Malah mengandungi natural emollients/natural moisturizer yang memberikan kelembapan ‘extra’ dan melindungi dari terik matahari.

Kulit kering boleh menjadikan tona kulit tidak sekata, merekah, bersisik dan mengelupas.
Jadi dengan ekstrak beautyberry, pelembab ini mampu mengembalikan kelembapan dan keserian kepada kulit.
Selain itu dapat melegakan kulit dengan ekstrak Organic Leaf of Life—tumbuhan berair yang berdaya melindungi kulit daripada dehidrasi.
Dengan bahan ini dapat menjadikan kulit lembut, lembut dan terhidrat dengan sangat.

Terik matahari semakin membahang dari hari kehari dan jika kulit tidak mendapat perlindungan yang baik, boleh menyebabkan kulit menjadi pudar.
Jadi dalam pelembab jenama Wardah, mengandungi kandungan SPF yang tinggi supaya dapat memelihara kulit dari kusam dan pudar.
Malah dengan ada fungsi sunscreen agen, pelembab ini sebagai salah satu bahan utama memastikan kulit sentiasa terlindung dari sinar UV.
Ekstrak dari akar kayu manis bertindak sebagai agent superstar, kerana manfaatnya sebagai agen pencerah.

Pokok lidah buaya mudah diperoleh dan banyak kelebihan pada kulit jadi, tidak hairanlah jika kebanyakan moisturizer menggunakan bahan ini dalam produk mereka.
Malah kajian mengesahkan aloe vera merupakan pelembap yang hebat dan mempunyai beberapa kebaikkan.
Antaranya;
- Anti-radang
- Polisakarida
- Magnesium laktat
- Mengandungi salisilat
- C-glucosyl chromone.
Lagipun aloe vera merupakan pelembap muka yang lembut dan dapat beri seri pada wajah.
Selain itu dapat melembapkan, melicinkan dan melindungi kulit seterusnya meresap ke dalam lapisan luar kulit.

Penting untuk remaja menggunakan produk berasaskan bahan semula jadi bagi mengelakkan kulit menerima kejutan.
Jadi dengan bahan salicylic acid and glycerin merupakan bahan ‘superstar’ bertindak sebagai anti-jerawat, exfoliant, dan soothing.
Dengan adanya kandungan penting ini dapat merawat kulit bermasalah, agen anti-radang dan berkesan untuk merawat bintik hitam.
Selain itu, pelembab ini dapat memastikan sel kulit dalam keadaan sihat (kristal cecair) dan melindungi daripada kerengsaan.
Ini menjadikan pelembab sangat bagus untuk merawat kulit kering yang teruk

Dirumus dengan bahan Vitamin C dan Minyak Pokok Teh dari Australia.
Ini menjadikan rangkaian AIKEN Vita-C Bright terbukti dapat mencerahkan warna kulit
Dalam masa yang sama dapat membantu mengekalkan kulit yang sihat dan bebas jerawat.
Fungsi Vitamin C pula mencerahkan tona kulit untuk kulit bercahaya dan berseri.
Dalam masa yang sama dapat mengurangkan jeragat dan bekas jerawat serta menjadikan kulit kelihatan sihat.
Minyak Pokok Teh Dari Australia pula mampu membunuh bakteria penyebab jerawat secara semulajadi dan berkesan untuk menggalakkan kulit yang sihat.
Jadi dengan pemakaian pelembap ini, kulit bebas jerawat serta menghalang pembentukan jerawat baru.

Produk pelembab Y.O.U AcnePlus Skin Defence Moisturizer ini dapat memberi kulit lembab dan menghalang jerawat timbul.
Produk ini dirumus dengan bahan utama Centella Asiatica dan Herbal Fusion Actives.
Kedua-duanya bekerjasama untuk melembutkan kulit, menyamarkan kemerahan, dan memudarkan cela pada wajah.
Selain itu, dapat menyokong penampilan kulit yang jauh lebih cerah dan sihat kerana kelembapan kulit sentiasa terjaga.

Pelembap jenis ‘water-based’ mempunyai peminatnya sendiri.
Ini kerana tekstur yang sangat ringan, menyerap dengan pantas pada kulit dan tidak melekit walaupun berpeluh akibat cuaca panas.
Cuma, antara fokus utama produk ini adalah mengurangkan kulit kusam, bintik hitam dan memperbaiki tona kulit tidak sekata.

Produk ini telah terbukti secara klinikal dimana dapat mengekalkan kelembapan kulit wajah sehingga 78 jam.
Ini kerana pelembap ini mengandungi asid hyaluronik, asid amino dan elektrolit yang membantu menghidratkan kulit anda.
Tambahan pula kandungan pelembab ini bebas pewangi, mudah menyerap ke dalam kulit dengan cepat dan mempunyai tekstur yang lembut.
Memang pelembap ini bagus untuk kulit kering dan mereka yang mempunyai kulit berminyak, berjerawat atau sensitif anda disyorkan untuk gunakannya.

Pelembap Prebiotik Hydra Plus Aiken ini adalah pelembap yang berasaskan air dan cepat menyerap ke dalam kulit.
Selain itu, kandungan air beras dalam produk ini membantu mengimbangi tahap penghidratan sepanjang hari dan menenangkan kulit gatal atau sensitif.
Mengandungi bahan seperti niacinamide yang boleh mencerahkan kulit dan prebiotik yang boleh meningkatkan kehalusan kulit serta memberikan kekuatan kepada dinding kulit.
Jadi kulit anda lebih lembut, sihat dan kekal lembap sehingga 24 jam. Tiada lagi masalah tompok kering dan garis halus di wajah.
Apakah Bahan Terbaik Untuk Kulit Muka Kering?
Kulit muka yang kering menandakan kulit kita tidak sihat jadi memerlukan kelembapan supaya kelihatan sentiasa sihat.
Apabila kulit tidak sihat, secara tidak langsung tona kulit wajah menjadi tidak menarik.
Jadi dengan penggunaan pelembab yang diformulasi secara khusus berdasarkan kepelbagaian jenis kulit, dapat menyelesaikan masalah anda.
Cuma kandungan skincare untuk kulit kering yang pertama adalah glycerin kerana bahan ini serba sedikit membantu memberi hidrasi pada kulit.
Kandungan skincare untuk kulit kering yang kedua adalah glycolic acid.
Boleh didapati secara semulajadi dalam tebu dan buah-buahan, asid glikolik adalah kandungan bahan untuk kulit kering yang popular.
Ini kerana efektif tidak hanya pada kulit kering tapi pada semua jenis kulit. Jadi sebaiknya baca senarai bahan kandungan sebelum membeli.
Jangan lupa, banyakan minum air masak secukupnya kerana dapat membantu dalam menghidrasi kulit dengan lebih efisien.
Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui tip penting tentang penjagaan kulit kering.
Apakah Fungsi Pelembap Muka Atau Moisturizer?
Terdapat pelbagai produk kecantikan di pasaran untuk mendapatkan kulit yang cantik, daripada pencuci muka sehinggalah pengambilan supplemen.
Salah satunya adalah produk pelembab yang memainkan peranan penting untuk menghidrat dan mengembalikan kelembapan pada kulit muka terutama untuk anda yang mengalami masalah kulit kering.
Pilihlah produk bersesuaian dengan jenis kulit muka dan yang paling penting bahan kandungan pelembap tersebut.
Elakkan memilih produk yang mempunyai bahan kimia seperti alkohol, paraben, pewarna dan pewangi tiruan, yang akan menyebabkan kulit bertambah iritasi serta kemerahan.
Artikel Berkaitan
- 16 Moisturizer Terbaik untuk Kulit Kombinasi (2023)
- 13 Moisturizer Terbaik untuk Kulit Berminyak di Malaysia 2023
- 10 Pelembap Terbaik Untuk Kulit Normal Beri Lembapan Sepanjang Hari
- 7 Face Mask Terbaik untuk Kulit Kering di Malaysia 2023
- Garden of EDEN New Hydra Range: Berikan Kelembapan Selama 72 Jam