Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Face Mask Terbaik untuk Kulit Kering di Malaysia 2024

Anda boleh rawat dan serikan semula wajah di rumah.

Penjagaan kulit wajah tak bermakna anda hanya perlu mencuci muka, memakai pelembab muka atau reapply sunscreen setiap beberapa jam sahaja. 

Pemakaian mask muka terbaik juga membantu kulit wajah anda tampak sihat dan berseri jika anda menggunakan mask yang bersesuaian. 

Ada pelbagai jenis facial mask terbaik anda boleh cuba untuk rawat dan serikan semula wajah di rumah.

Jika anda mempunyai kulit kering, seeloknya memakai 1 atau 2 kali seminggu sahaja. Jom lihat senarai jenis mask untuk kulit kering.



Senarai 8 Facial Mask Terbaik

Mask terbaik secara keseluruhan
Origins Original Skin Retexturizing Mask with Rose Clay
Origins
Origins Original Skin Clay Mask
From
RM113.00
Check Origins Original Skin Retexturizing Mask with Rose Clay price below:
add_circle Mengandungi bahan semula jadi
add_circle Bebas paraben, sulfat, dan pewangi buatan
add_circle Tekstur mask mudah di sapu
remove_circle Mungkin tidak sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan:

Origins Original Skin Retexturizing Mask with Rose Clay merupakan produk facial mask yang mengandungi bahan alami dan bebas dari bahan kimia berbahaya.

Ciri-ciri:

Antara bahan terbaik yang terkandung dalam face mask ini adalah tanah liat rose clay, ekstrak willowherb, dan jojoba beads.  

Bahan terbaik ini dapat membantu mengurangkan pori-pori, membuang sel kulit mati, dan menjadikan kulit lebih halus dan lembut.

Mask ini membantu untuk menyerap minyak berlebih pada kulit dan sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi.

Selain itu, dapat memperbaiki tekstur kulit dan memberikan kulit tampil lebih sihat dan kekal lembap.

Review: 

“Lembut tapi memberi kesan exfoliation and purifying, buatkan kulit licin dan soft. Sangat wangi!..”

Sleeping mask untuk kulit kering
Laneige Water Sleeping Mask 70ml
Laneige
From
RM135.00
Check Laneige Water Sleeping Mask 70ml price below:
add_circle Mengandungi teknologi Moisture Wrap
add_circle Mengandungi bahan semula jadi
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Harga agak mahal

Laneige Water Sleeping Mask mengandungi teknologi Moisture Wrap.

Teknologi ini membantu menjaga kelembapan kulit secara mendalam dan mencegah kekeringan pada kulit.

Terdapat juga bahan semula jadi seperti ekstrak apricot yang akan membantu sihatkan kulit dan menjaga kehalusan kulit.

Jangan risau sesuai untuk pengguna kulit sensitif dan rekaan botol yang yang kemas dan mudah digunakan.

Cara penggunaan mudah saja, sebelum tidur ratakan pada bahagian hidung, pipi, dahi dan dagu. 

Kemudian anda boleh biarkan sehingga ke esokkan pagi dan baru cuci wajah anda. Anda akan dapat lihat hasilnya.

Clay mask terbaik untuk kulit kering
Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask
Innisfree
Innisfree Clay Mask
From
RM27.00
Check Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask price below:
add_circle Hilangkan kotoran dan minyak muka
add_circle Cerahkan kulit
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Bau mask agak kuat

Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask mengandungi Jeju Volcanic Cluster Sphere yang membantu menyerap kelebihan minyak. 

Ia juga membantu untuk bersihkan kulit tanpa mengeringkannya dan memberikan kelembaban pada kulit.

Clay mask ini boleh mengecilkan pori-pori kulit dan membersihkan kulit secara mendalam hingga menghilangkan sel-sel kulit mati.

Produk ini juga dapat mengurangkan kemerahan pada kulit dan meratakan warna kulit.

Anda hanya sapukan pada wajah yang telah dibersihkan dan dibiarkan selama 10-15 minit sebelum dibilas dengan air.

Freeman mask untuk kulit kering
Freeman Avocado and Oatmeal Clay Mask
Freeman
Freeman Avocado and Oatmeal Clay Mask
From
RM24.90
Check Freeman Avocado and Oatmeal Clay Mask price below:
add_circle Cerahkan kulit
add_circle Bahan semula jadi
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Tekstur mask berat dan tebal

Freeman Avocado and Oatmeal Clay Mask membantu melembapkan kulit dan menghilangkan rasa kering pada kulit wajah.

Produk ini membantu mencerahkan kulit dengan membersihkan pori-pori dan mengurangkan kemerahan pada kulit.

Mudah digunakan - hanya sapukan pada wajah yang telah dibersihkan dan biarkan selama 10-15 minit sebelum dibilas dengan air.

Freeman Avocado and Oatmeal Clay Mask mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti oatmeal, avocado, dan kaolin clay.

Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan cara penyimpanan clay mask ini, simpan dalam suhu bilik.

Cuma ingin diingatkan, sebaiknya sapu facial mask pada perukaan kulit yang bersih dan perhatikan selama 24 jam.

Jika tiada iritiasi yang berlaku, anda boleh terus menggunakannya jika tidak, berhanti memakai produk ini.

 
Wash off mask untuk kulit kering
The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask
The Body Shop
The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask
From
RM109.00
Check The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask price below:
add_circle Mengurangkan minyak pada kulit
add_circle Merawat jerawat
add_circle Kecilkan pori-pori kulit
remove_circle Bau mask agak kuat

The Body Shop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask ini mengandungi arang dari pergunungan Himalaya.

Malah, facial mask ini mengandungi tea tree oil dan daun green tea yang dapat mengawal penghasilan sebum.

Dalam masa yang sama dapat membantu untuk bersihkan kulit, mengurangkan minyak serta meningkatkan kehalusan kulit wajah.

Selain itu, face mask ini bantu menghilangkan kotoran dan minyak yang terperangkap di dalam pori-pori kulit.

Bahan tea tree oil dan menthol akan merawat jerawat dan mengurangkan kemerahan pada kulit.

Jangan risau, produk ini tidak mengeringkan kulit kerana kaya dengan antioksidan dan catechins yang sangat efektif menyingkirkan kulit mati.

Paling penting, mudah digunakan 1-2 kali seminggu sahaja setelah membersihkan wajah. 

Gel mask untuk kulit kering
Hada Labo Premium Whitening Water Mask
Hada Labo
Hada Labo Premium Whitening Water Mask
From
RM7.00
Check Hada Labo Premium Whitening Water Mask price below:
add_circle Mudah digunakan
add_circle Tidak melekit
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Kurangkan kesan gelap pada kulit
remove_circle Mengandungi alkohol

Gel mask Hada Labo Premium Whitening Water Sleeping mask ini mengandungi bahan-bahan terbaik seperti hyaluronic acid, arbutin, dan vitamin C.

Bahan ini dapat membantu menjaga kelembapan kulit, meningkatkan kandungan air dalam kulit dan memberikan kesan pencerah.

Malah dengan kandungan Vitamin C dan Arbutin yang membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan gelap pada kulit.

Paling penting, gel mask ini tidak berminyak, cepat meresap ke dalam kulit dan tidak melekit ketika penggunaan.

Cara penggunaan dia pakai setiap malam sebelum tidur dan untuk semua jenis kulit.

Peel off mask untuk kulit kering
Himalaya Herbals Almond and Cucumber Peel Off Mask
Himalaya
Himalaya Herbals Almond and Cucumber Peel Off Mask
From
RM37.40
Check Himalaya Herbals Almond and Cucumber Peel Off Mask price below:
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Mudah digunakan
add_circle Bersihkan pori-pori
add_circle Bau menenangkan
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Mask peel off dari jenama Himalaya Herbals ini mengandungi kacang almond dan timun.

Bahan ini untuk membantu melembapkan kulit kering dan memberikan kesan yang kesegaran pada kulit.

Selain itu, mask ini membantu menyingkirkan sel kulit mati serta membersihkan liang pori-pori supaya tiada jerawat timbul.

Kandungan ekstrak almond pada mask wajah ini pula dapat membantu membersihkan sel kulit mati.

Dalam mas yang sama, mask ini dapat menjadikan tekstur kulit wajah anda lebih halus dan lembut.

Cara penggunaan sangat mudah, hanya disapu pada muka dan tak memerlukan waktu yang lama untuk menunggu hingga kering.

Face mask untuk kulit kering dan sensitif
SKINTIFIC Mugwort Mask Anti Pores & Acne Clay Mask
SKINTIFIC
SKINTIFIC Mugwort Mask Anti Pores & Acne Clay Mask
From
RM39.00
Check SKINTIFIC Mugwort Mask Anti Pores & Acne Clay Mask price below:
add_circle Kecilkan pori-pori
add_circle Mengurangkan kemerahan muka
add_circle Sesuai untuk kulit berminyak
add_circle Bantu melembapkan kulit wajah
remove_circle Kulit mud kering jika pakai secara berlebihan

Skintific mask mengandungi kualiti mugwort yang bagus dan daun artemisia, ekstrak tanah liat dan ekstrak bunga chamomile.

Dengan campuran ekstrak ini, Skintific mask dapat bantu anda menyelesaikan wajah yang bermasalah serta dapat mencerahkan kulit

Ekstrak tanah liat yang ada dalam Skintific mask ini pula dapat bantu membersihkan pori-pori kulit dan mengecilkan pori-pori.

Kandungan mugwort pada mask wajah ini dapat membantu kurangkan minyak berlebih kulit, seterusnya dapat mencegah jerawat.

Ekstrak bunga chamomile pada mask wajah ini dapat membantu melembapkan kulit dan terasa lebih halus.

Bagusnya lagi, membantu mengurangi kemerahan pada kulit yang sensitif atau iritasi.

Perlu diingat setiap kulit akan memberi reaksi berbeza jadi saranan kami lakukan patch test terlebih dahulu sebelum guna.


Cara Memilih Mask Wajah Untuk Kulit Kering

Untuk memilih mask wajah yang sesuai untuk kulit kering, anda perlu tahu bahan-bahan yang terkandung dalam mask tersebut. 

Berikut adalah tips memilih mask wajah untuk kulit kering:

  1. Pilih mask wajah yang mengandung bahan-bahan semula jadi seperti aloe vera, oatmeal, honey, atau avocado untuk bantu melembapkan kulit.
  2. Elakkan mask yang mengandungi alkohol atau bahan-bahan yang bersifat iritasi atau keringkan kulit.
  3. Pilih mask wajah yang berbentuk krim atau gel sebab jenis mask ini lebih melembapkan.
  4. Check label produk dan cari mask wajah khas untuk kulit kering.
  5. Lakukan patch test terlebih dahulu pada area kecil di kulit wajah untuk elakkan kesan alergi.

Berapa Kerap Penggunaan Mask Muka Yang Patut Diamalkan?

Sebaiknya penggunaan mask muka tidak dilakukan terlalu kerap bagi mengelakkan kulit jadi lebih kering. 

Idealnya, penggunaan mask wajah dapat dilakukan maksimum 2-3 kali seminggu. 

Ia juga bergantung pada jenis kulit dan kondisi kulit seseorang. 

Jika anda memiliki kulit yang sensitif atau kering, sebaiknya penggunaan mask wajah dilakukan 1-2 kali seminggu sahaja. 


Apakah waktu yang terbaik untuk anda menggunakan topeng muka?

Waktu yang terbaik untuk menggunakan mask wajah adalah bergantung pada jenis mask dan kondisi kulit seseorang. 

Secara umum, waktu yang ideal untuk menggunakan mask wajah adalah pada malam sebelum tidur. 

Sewaktu tidur, kulit lebih mudah regenerasi dan memperbaiki ia sendiri, jadi ekstrak mask mudah diserap dan memberikan hasil yang lebih optimal.

Pastikan muka anda sudah bersih sebelum menggunakan mask wajah. 

Pentingnya, anda sendiri boleh tentukan waktu yang sesuai supaya ia tidak akan mengganggu aktiviti harian.


Artikel Berkaitan

End of Article