Tak kira anda mempunyai jenis kulit apa sekali pun, pemakaian pelembab muka untuk setiap individu adalah wajib!
Bukan apa, pelembab dapat melindungi kulit anda dari masalah kering, mengawal pembentukan sebum, penuaan dan bantu memberi kulit kelihatan segar.
Tapi pemilihan moisturizer perlulah pakai ikut jenis kulit, jika tidak anda tidak dapat melihat keberkesanannya.
Jadi bagi kulit berminyak, kami ada berita baik kerana kami bantu anda senaraikan moisturizer untuk kulit berminyak.
Jom lihat jenis moisturizer untuk kulit berminyak.
Senarai 13 Moisturiser Terbaik untuk Kulit Berminyak
Table of Contents

Pelembap ini memberi bauan dari minyak pokok teh dan mudah meresap ke dalam kulit anda. Ia membantu mengawal minyak dan memastikan kulit muka anda dalam pH yang sepatutnya dan yang lebih menarik ia tidak mengeringkan kulit.
Selepas beberapa kali penggunaan, anda akan merasakan kulit terasa lebih ringan, bebas jerawat dan kekal segar walaupun setelah seharian berada di luar.

Krim pelembap all-in-one ini sangat istimewa kerana boleh dipakai sebelum atau selepas mandi.
Moisturizer gel ini bertekstur ringan, tidak melekit dan menyerap dengan pantas.
Bertindak sangat pantas sambil mengekalkan hidrasi buat kulit.
Formulasi bebas minyak, krim pelembab ini tidak meninggalkan kesan residu pada kulit wajah anda.
Dengan mempunyai pelbagai fungsi sebagai krim kecantikan atau makeup based, pelembab ini masih mampu memberi lembapan agar kulit tidak tampak kering dan kusam.
Bukan hanya sesuai untuk wajah, malah untuk satu badan juga boleh digunakan.

Pelembap gel ini berfungsi untuk memberi lembapan kulit, memperbaiki kulit kusam dan mengekalkan sinar pada kulit menjadikan wajah tampak awet muda serta berseri sepanjang masa.
Ini kerana diformulasi dengan ekstrak Coix Seed, Angelica, Melothria, Loquat dan Mugwort.
Jangan risau, semua bahan ini tiada akan menimbulkan masalah kulit kering dan bebas iritasi.
Tetksturnya ringan dan tidak berminyak membuatkan kulit wajah kelihatan lembap dan sihat sepanjang masa.
Bukan sahaja melembapkan kulit, malah dapat dijadikan sebagai emulsion, serum, krim dan mask muka tanpa perlu membeli produk yang berbeza.
Walaupun mahal, tapi berbaloi sebab ada 3 jenis fungsi dalam satu produk sahaja!

Pelembap dari Laneige ini berkesan untuk kegunaan kulit kombinasi kerana ianya mampu untuk memberi lembapan agar kulit anda sentiasa kekal hidrasi.
Krim bertekstur gel ini dapat memulihkan keadaan kulit samada kering atau berminyak dan memperkuatkan pertahanan kulit sehingga 24 jam.
Buat kulit jenis kombinasi, moisturizer ini sesuai untuk anda.
Maksudnya anda dapat kekalkan lembapan sambil memulihkan kulit.
Malah bahan seperti Winter Cypress Polysaccharide extract akan membuatkan suhu kulit wajah kekal sejuk.
Sesuai bagi anda yang sering berpeluh dan sensitif pada haba.

Sebab menjadi pilihan utama:
‘Jika anda mahukan produk yang bebas alkohol serta diperkaya dengan vitamin E, ini moisturiser yang sesuai untuk anda.’
Ciri-ciri:
Produk ini mengandungi campuran bahan semula jadi seperti borage seed oil yang diperkaya dengan B5 dan vitamin E.
Dengan bahan ini, produk pelembap ini mampu menjaga dan mengekalkan kelembapan kulit sehingga 12 jam.
Sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit sensitif kerana tidak menyebabkan iritasi atau kemerahan kulit.
Review:
‘Pada awal pemakaian, rasa sedikit melekit tetapi selepas setengah jam ianya menyerap pada kulit dengan baik’.

Pelembap yang mengandungi Birch Sap ini dapat membaikpulih kerosakan pada kulit wajah akibat penghasilan minyak berlebihan.
Tekstur moisturizer ini mudah menyerap pantas masuk ke lapisan kulit paling dalam sekaligus dapat memberi hidrasi pada kulit.
Selain itu dapat membaik pulih kerosakan dan cela yang muncul serta sekatakan tona serta tekstur kulit wajah.
Bukan hanya untuk kulit berminyak, pelembap ini boleh juga digunakan untuk anda yang memiliki kulit kering, kombinasi, sensitif dan normal.
Yang penting, gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang diingini.

Hada Labo Hydrating Snow Dew 50g merupakan pelembab dan krim wajah.
Mempunyai tekstur sorbet yang akan mencair masuk ke dalam lapisan kulit untuk kulit kelihatan segar serta-merta.
Kandungan utama dalam pelembab krim ini adalah ceramide dimana mengandungi nutrien lembapan.
Nutrien ini mampu menembusi terus ke lapisan kulit paling bawah untuk hasil kulit lebih anjal.
Kandungan seterusnya adalah bahan Lilac & Swiss Edelweiss Essences yang dapat membantu mengecilkan liang pori dan mengawal minyak yang terhasil.
Selain itu, dapat mengurangkan iritasi dan melembabkan kulit wajah. Bagus kan?
Jangan risau, tiada bahan alkohol, pewangi, mineral oil, MIT dan Diglycol.
Cara penggunaanya mudah saja. Guna sehari dua kali dan setiapkan pakai, sapu rata moisturizer pada permukaan kulit bagi serapan terus ke dalam kulit.

Pelembab ini dapat membantu hidrasi kulit serta mencerahkan dalam pada masa yang sama.
Tekstur pelembab dari Nanowhite ini jenis krim gel yang mengandungi kandungan arbutin dan hyaluronic acid.
Dua bahan ini dapat meratakan tona warna kulit dan mencerahkan satu tona lebih cerah dari sebelum dalam masa 7 hari.
Selain itu, dapat mengurangkan bintik hitam dan dapat memberi kulit kelihatan segar dengan mengurangkan penghasilan minyak.
Cara pemakaian mudah saja, selepas meratakan Nanowhite intensive serum, anda boleh terus oleskan krim gel ini.
Guna pada waktu siang dan konsisten untuk dapatkan hasil yang lebih efektik.

Untuk ibu hamil atau yang baru melahirkan anak, digalakkan untuk guna krim pelembab wajah dari Mama’s Choice.
Ini kerana bahannya memang diformulasikan khas untuk anda si ibu supaya selamat untuk bayi.
Jangan risau, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan tekstur krim yang ringan membolehkan anda untuk memakai selepas mekap.
Mengandungi minyak pati oren untuk menyegarkan kulit dan asid hyaluronik untuk menghidratkan wajah agar tidak menua sebelum waktunya.
Pelembap muka terbaik untuk ibu mengandung ini boleh juga bertindak sebagai sunscreen untuk melindungi kulit daripada jadi kusam akibat sinar UV.

Diformulasikan dengan Niacinamide, pelembab Cosmoderm ini wajib dimiliki oleh anda yang ingin memudarkan bintik hitam dan kesan jerawat.
Selain itu, boleh mengurangkan hiperpigmentasi sekaligus memberi wajah anda lebih flawless dan lebih cerah.
Bukan itu saja, dengan kandungan salicylic acid (BHA) yang berkesan mengurangkan blackheads, whiteheads, pori tersumbat dan jerawat kerana boleh exfoliate kulit.
Usah khuatir, ia sesuai digunakan pada semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.

Pelembap ini berkebolehan merangkap air untuk menjadikan kulit kekal lembab sepanjang hari.
Bukan itu saja, kulit akan kekal lembab semula jadi setelah mencucinya.
Diformulasi bebas paraben, silikon, pewangi tiruan dan minyak mineral.
Jangan risau, dijamin selamat untuk digunakan buat anda yang memiliki kulit kombinasi serta sensitif.
Mampu untuk menyerap jauh ke dalam lapisan kulit, menghalang kulit dari kelihatan kering dan iritasi.
Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil kulit lembut dan segar setiap hari.

Kulit berminyak sangatlah bermasalah jika anda yang suka makeup sebab membuatkan kulit berkilat seperti kotor.
Tapi tak perlu risau, pelembap Safi Hydra ini memastika kulit anda tidak berkilat sepanjang hari!
Malah kulit kekal lembut dan lembap sehingga 72 jam sekaligus memberikan penghidaratan 200% serta merta pada kulit wajah.
Mempunyai kandungan gliserin sehingga 30,000 ppm yang membantu mengawal dan memberikan keseimbangan pada penghasilan minyak di wajah.
Jadi kulit anda bebas minyak terutamanya pada kawan T-zone yang selalu kelihatan berkilat.
Hasilnya, makeup kekal tahan lama dan kulit wajah anda bebas kilauan akibat berminyak!

Pelembap dari Face Republic ini berasaskan air dan terasa ringan bila disapukan pada wajah, terutama pada kulit berminyak.
Tekstur gel yang mudah menyerap dan tidak melekit jika dioleskan pada bahagian wajah anda.
Bahan utama seperti minyak daun teh membantu mengurangkan jerawat dan melawan masalah jerawat.
Bila kulit berminyam masalah kulit tidak sihat juag menjadi punca, jadi centella asiatica didalam pelembap ini membantu memperbaiki tekstur kulit wajah agar lebih glowing!
Paling utama, bebas silikon yang mampu menyebabkan masalah iritasi.
Ciri-Ciri Pelembap Sesuai Untuk Kulit Berminyak
Cuba produk bebas minyak dan bahan yang mengawal dari pembentukan minyak yang berlebihan.
Kemudian, gunakan produk yang berlabel non-comedogenic dan non-acnegenic kerana mengandungi bahan yang tidak akan menyebabkan jerawat akibat dari kulit yang berminyak.
Anda juga boleh mencuba pelembap jenis tekstur gel kerana biasanya terasa lebih ringan dan tak terlalu berminyak.
Selain itu, anda juga boleh cuba untuk tidak membasuh muka dengan span yang tidak terlalu kasar dan cuci dengan air bersuhu bilik.
Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang sesuai untuk kulit berminyak.
Bahan Yang Perlu Dielakkan Bagi Masalah Kulit Berminyak
Bila ada masalah kulit berminyak, terdapat beberapa bahan yang anda perlu elakkan dalam pemilihan penjagaan kulit harian.
- Petroleum jelly, kerana mempunyai tekstur yang melekit, berminyak dan menyebabkan liang pori tersumbat.
- Minyak kelapa dan hazelnut, kedua bahan ini adalah semula jadi tetapi tetap tidak bagus untuk kulit kerana fatty acid yang nterkandung tidak menyerap dan hanya kekal pada permukaan wajah sahaja. Ini menyebabkan lagi kulit muka anda kekal berminyak.
- Alkohol, sebenarnya kandungan alkohol mungkin bagus untuk membuang kotoran dan lebihan minyak tapi kandungan alkohol yang tinggi mampu merosakkan penghasilan minyak secara semulajadi.
- Silikon, silikon berfungsi untuk mengunci tahap kelembapan pada kulit wajah tapi tidak sesuai jika digunakan pada kulit jenis berminyak kerana lapisannya.
- Pewarna, pewarna kebiasaanya terdapat didalam makeup dan ianya boleh menyebabkan kulit semakin teruk jika digunakan pada kulit kombinasi dan berminyak.
Jadi pastikan anda betul-betul semak senarai kandungan bahan jika nak beli pelembap ye.
Artikel Berkaitan
- 10 Krim Malam Terbaik (Kulit Cerah & Glowing)
- Kekalkan Wajah Berseri Dengan 15 Pelembap Muka Untuk Kulit Kombinasi
- 10 Pelembap Terbaik Untuk Kulit Normal Beri Lembapan Sepanjang Hari
- 10 Moisturizer untuk Kulit Berjerawat Agar Wajah Kekal Segar Tanpa Berminyak Melampau
- 13 Moisturizer/Pelembap Terbaik untuk Kulit Kering Malaysia 2023