Loose powder atau bedak tabur merupakan sejenis bedak bertekstur halus untuk ‘mengunci’ foundation serta concealer agar solekan tahan lebih lama.
Dalam masa yang sama, loose powder dapat menutup lubang pori agar tidak jelas kelihatan.
Bagaimanapun, loose powder hanya mengandungi komponen serbuk dan tidak mempunyai pelembap atau SPF.
Sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak atau jerawat setiap kali selesai make up.
Jadi, kami senaraikan loose powder terbaik.
Senarai 10 Loose Powder Terbaik
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama:
Loose powder ini tidak akan bercapuk dan pilihan tona warna yang unik menjadikan wajah lebih berseri, walaupun kulit wajah berminyak.
Ciri-ciri:
Jika anda seorang yang simple, pasti loose powder ini menjadi pilihan untuk base make up harian.
Teksturnya yang ringan tidak terlalu tebal dan mampu menutup liang pori serta memberi kesan yang sempurna pada wajah.
Loose powder dari Alha Alfa ini sesuai bagi anda yang mempunyai kulit wajah berminyak, berjerawat serta mempunyai liang pori yang terbuka.
Terdapat 3 jenis pilihan tona iaitu;
- Soft Pink sesuai bagi mereka mahukan pink undertone dan fresh looking.
- Translucent, tiada tona warna menjadikan sesuai untuk semua jenis kulit terutama bagi kulit yang medium hingga fair skin tones.
- Last Brown fungsi hampir sama fungsi yang sama dengan translucent tetapi mempunyai tona menyamai tona kulit yang sederhana dan sawo matang.
Paling penting tekstur yang halus, mudah blend in, dan loose powder ni kalis air.
Review:
“Wajah nampak lebih segar, mampu menutup liang pori yang terbuka. Sangat sesuai bagi saya yang jenis tidak gemar untuk menggunakan foundation dalam make up seharian.”

SilkyGirl Shine Free Loose Powder ini dirumus khas bagi kulit wanita Asia.
Mempunyai tekstur serbuk mikro lembut dan terasa sangat licin apabila dioleskan pada kulit.
Serbuk ini sesuai buat semua jenis kulit terutama yang mempunyai kulit berminyak.
Walaupun harga produk Silky mampu milik tapi loose powder ini serba lengkap kerana diperkaya dengan bahan-bahan bermanfaat.
Salah satu fungsi bahan tersebut adalah mengekalkan kelembapan kulit serta bebas peluh selama 4 jam.
Jadi, pastikan anda menyapu loose powder ini setiap kali selepas pakai foundation kerana dapat membantu menghasilkan kemasan matte yang sempurna.

No Sebum Mineral Powder dari Innisfree ini dapat mengawal pengeluaran sebum berlebihan atau kesan peluh pada wajah bagi memastikan solekan kekal lebih lama.
Diperkaya ekstrak Green Tea, Birch, Rumex serta Crispus agar wajah tidak kelihatan melekit walaupun sedang melakukan aktiviti luar.
Dengan kandungan Vitamin E yang tinggi, bedak loose ini dapat memastikan kesegaran serta kelembapan wajah pada wajah biarpun mengenakan solekan tebal.
Kini, anda tidak perlu risau lagi tentang timbulnya kesan cela.

Translucent Loose Powder khas dari Mary Kay merupakan sejenis serbuk mesra dan lembut pada kulit.
Kesannya, menjadikan garis halus, kedutan serta ketidak sempurnaan tekstur kulit tidak kelihatan.
Jangan risau, tahan lebih lama serta mudah digunakan dan memberi hasil kemasan natural atau semula jadi yang menawan.
Telah iuji secara klinikal, translucent powder ini sesuai bagi semua jenis kulit termasuk yang paling sensitif.
Diformulasi dengan bebas minyak, wangian, serta paraben, ia membantu meneutralkan tona kulit.
Wajah kekal segar tanpa kesan berminyak sepanjang hari!

IN2IT merupakan jenama terkenal dengan harga yang berpatutan.
Tidak ketinggalan, jenama ini juga mengeluarkan beberapa jenis loose powder yang mempunyai kelebihan mengikut kesesuaian ramai.
Loose powder ini diperkaya dengan vitamin E yang membuatkan kulit wajah menjadi lebih sihat dan berseri.
Tanpa perlu risau loose powder ini sesuai untuk anda atau tidak, kerana tonanya sesuai untuk semua jenis warna kulit.
Bagi anda yang beragama islam, isu halal menjadi satu persoalan yang penting.
Tanpa perlu risau produk ini telah mendapat kelulusan JAKIM.

Loose powder kebiasaannya mempunyai tekstur ringan dan sesuai bagi anda yang tidak gemarkan heavy makeup.
Jadi bagi gadis yang simple, loose powder ini adalah pilihan terbaik.
Lagipun ketahanan loose powder dari Revlon ini mampu bertahan hingga 16 jam.
Malah mempunyai shining effect yang menjadikan wajah lebih menyerlah.
Walaupun begitu, tekstur powder ini tidak membuatkan liang pori pada wajah anda tersumbat.
Bagi anda yang mempunyai masalah kulit sensitif, loose powder ini paling sesuai untuk digunakan.
Bebas minyak dan pewangi yang boleh menyebabkan iritasi serta jerawat.

Bersifat bukan komedogenik, Maybelline Fit Me! Loose Finishing Powder ini telah terbukti berkesan buat yang mempunyai kulit berminyak.
Malah dapat memberi hasil kemasan matte yang mampu menutup segala cela serta memberi pengawasan minyak selama 24 jam.
Dengan teksturnya ringan, loose powder ini secara intuitif dapat menyembunyikan kesan jerawat, bintik hitam serta menjadi kanvas terbaik pada solekan.
Tambahan pula, mengandungi serbuk baldu mikro bagi penyerapan minyak yang pantas.
Loose powder ini mempunyai 8 tona pilihan dimana dapat membuat kulit anda tampak lebih sempurna.

Jarang sangat nak jumpa loose powder full coverage kan?
Okay kali ini, loose powder terbaik boleh dikatakan sebab ianya memberikan kesan full coverage pada wajah.
Petuanya, anda perlu blend in sedikit dengan sponge basah dan anda akan nampak effect macam full coverage.
Bukan itu sahaja, mampu untuk menyerap lebihan minyak yang terhasil pada wajah.
Paling penting, tidak menyebabkan wajah jadi bercapuk dan kekal matte effect walaupun kulit berminyak.
Mempunyai ketahanan yang lebih lama serta sesuai untuk kulit jenis berjerawat dan sensitif.

Bila pakai loose powder dari Wardah ini, wajah anda tidak kelihatan seperti memakai bedak sebab terdapat kesan matte finishing.
Jadi kulit wajah anda kelihatan semulajadi tapi bagi kulit yang berminyak, tekstur kulit menjadi kekal lembab tanpa menyebabkan lebihan minyak pada wajah.
Ini kerana produk ini mempunyai bahan yang dapat mengawal penghasilan minyak pada wajah.
Tidak seperti loose powder lain, jenama Wardah mencipta loose powder yang mempunyai UV protection.
Kemudian, bahan Estrak Licorice, menjadikan kulit kelihatan lebih cerah, mengurangkan bintik hitam dan membantu membaiki hiperpigmentation pada kulit.
Bahana vitamin 3 dan B3 pula mampu mencerahkan, kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi kulit dari radikal bebas.

Kebanyakkan loose powder mempunyai kelebihan mengawal minyak pada kulit wajah.
Sekaligus dapat menjadikan kulit yang berminyak kekal cantik tanpa merosakkan tekstur loose powder pada kulit.
Anda juga tak perlu risau masalah liang pori tersumbat kerana produk ini bebas comedogenic.
Malah, bila pakai loose powder, biasanya tidak akan memberikan kesan perfect finishing.
Tapi dengan jenama Laura Mercier, wajah anda tidak akan menyebabkan kesan caking yang boleh merosakkan makeup.
Jadi, tidak pelik kenapa harga produk ini mahal berbanding produk lain.
Apa Itu Loose Powder?
Loose powder merupakan bantuan akhir bagi memberikan looks yang prefect bagi anda yang dah pakai foundation pada wajah.
Dengan pemakaian loose powder pada sentuhan akhir, makeup anda akan kekal tahan lebih lama dan kelihatan lebih cantik.
Jadi nak pilih loose powder sama seperti anda ingin memilih compact powder, foundation.
Pastikan anda check terlebih dahulu jenis kulit wajah anda dan padankan dengan bahan yang terkandung pada loose powder ini.
Tips Mudah Memilih Loose Powder
Jika anda menginginkan kesan kemasan akhir yang terbaik, pastikan produk tersebut mempunyai label ‘finishing’ atau ‘setting’ powder.
Ini kerana komponen ini akan memberi kemasan terbaik pada wajah.
Bagi yang jenis kulit berminyak, anda wajib semak label ‘mattifying, oil control, shine control, blotting’.
Bahan tersebut akan menyerap lebihan minyak serta menggunakan bahan asas yang ringan untuk wajah anda.
Manakala bagi yang mengalami masalah kulit kering dan kusam, pastikan terdapat label yang bertanda “glow,” “luminous,” atau “brightening”.
Ini kerana bahan yang terdapat seperti mineral akan menjadikan kelihatan lembut dan berseri.
Dah dapat tips ni, jangan lupa pastikan sesuai dengan kulit wajah ye!
Oh! Disebabkan senaraikan loose powder kami ada senarai Innisfree dan SilkyGirl, jadi jom tonton video di bawah untuk mengetahui perbezaannya.
Berapa Lama Loose Powder Boleh Bertahan?
Setiap loose powder mempunyai ketahanan yang kerana bergantung pada bahan yang digunakan.
Jika anda menggunakan loose powder sahaja tanpa sebarang makeup base lain. Mungkin ianya akan bertahan sehingga 3-4 jam sahaja.
Tapi jika anda menggunakan sebagai kemasan akhir selepas apply foundation, memang kekal sehingga 12 jam.
Tapi semua ini bergantung pada bahan yang terkandung bagi setiap produk dan jenama loose powder ini.
Bila Waktu Sesuai Guna Loose Powder?
Semestinya selepas pakai foundation ataupun BB cream.
Ini kerana loose powder merupakan kemasan akhir bagi makeup sebenarnya.
Tapi jika anda jenis yang simple tak suka pakai foundation, tak perlu risau, boleh sahaja pakai secara terus dijadikan sebagai bedak asas.
Paling penting fungsinya tetap mencantikkan wajah serta membantu menutup cela pada kulit.
Artikel Berkaitan
- Bedak Compact & Tabur untuk Kulit Berminyak (Tahan Lama)
- 13 Scrub Badan Untuk Hilangkan Daki Terbaik di Malaysia 2023
- 16 Moisturizer Terbaik untuk Kulit Kombinasi (Paling Berkesan)
- 12 Sunscreen & Sunblock untuk Kulit Jeragat di Malaysia 2023
- 7 Body Scrub Terbaik di Watson Malaysia 2023
- 8 Produk Mencerahkan Ketiak di Watson Malaysia 2023
- 8 Toner Jeragat Terbaik di Watson Malaysia 2023