Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Bedak Compact & Tabur untuk Kulit Berminyak (Tahan Lama)

Bila terjadi masalah ini, compact powder adalah penyelamat buat para wanita. 

Tekstur kulit wajah setiap dari kita adalah berbeza. Ada yang jenis berminyak, ada yang jenis kering. 

Tapi, kebanyakannya adalah kulit kombinasi.

Cuma jika minyak terlalu banyak dihasilkan, itu yang menyebabkan liang pori tersumbat dan kulit berminyak, berjerawat dan kusam.

Bila terjadi masalah ini, compact powder adalah penyelamat buat para wanita. 

Sebelum nak pilih bedak asas perlu lihat bahan utama yang tidak menyumbang pada penghasilan minyak yang banyak. 

Berikut cadangan bedak compact terbaik untuk kulit berminyak.


Cara Pilih Bedak Compact Untuk Kulit Berminyak

Bagi sesetengah orang, mempunyai kulit berminyak boleh menjadi satu halangan. Ia boleh menyebabkan solekan cepat bercapuk dan menyebabkan kulit kelihatan berkilat. Untuk menangani masalah ini, pilih bedak compact yang sesuai.

Berikut panduan untuk memilih bedak padat yang sesuai untuk kulit berminyak:

  • Pilih formula bebas minyak

Ini kerana kulit anda mempunyai kelenjar minyak yang lebih aktif. Dengan memilih formula bebas minyak, anda boleh mengurangkan kilauan berlebihan dan memastikan mekap anda kekal tahan lama.

  • Pilih bedak yang mengandungi bahan serap minyak

Apabila memilih compact powder, pilih bahan yang menyerap minyak. Contohnya, kaolin, silika, dan talkum untuk menyerap minyak berlebihan pada wajah dan meminimumkan kilauan.

  • Pilih warna yang sesuai

Warna yang tidak sepadan boleh meninggalkan kesan berminyak pada kulit. Untuk kulit berminyak, dinasihatkan untuk memilih compact powder yang lebih cerah daripada warna kulit semula jadi anda.

Warna yang lebih terang akan membantu menyerap cahaya dan mengurangkan penampilan kilauan yang berlebihan.

  • Kandungan SPF

Jika anda kulit berminyak tidak bermaksud kulit anda tidak memerlukan perlindungan daripada cahaya matahari.

Oleh itu, pilih compact powder dengan SPF untuk memberikan perlindungan tambahan terhadap sinaran UV yang boleh membahayakan kulit.

Tambah lagi, pilih bedak compact yang mengandungi bahan-bahan seperti aloe vera atau chamomile untuk membantu menenangkan dan menjaga kelembapan kulit berminyak tanpa menyebabkan iritasi atau kekeringan.

  • Baca ulasan dan kaji semula

Sebelum membuat pembelian, baca ulasan dan kaji semula produk bedak compact yang berbeza.

Pendapat pengguna yang lain dapat memberikan pandangan tentang prestasi dan kualiti produk.

  • Cuba sebelum membeli

Bagi memastikan produk sesuai dengan skintone, cubanya sedikit pada muka anda sebelum membelinya.

Jadi anda boleh menilai prestasinya pada kulit anda dan menentukan sama ada warna atau tekstur sesuai dengan wajah anda.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Bedak Compact Untuk Kulit Berminyak?

Salah satu kelebihan bedak compact ialah produk ini mudah untuk dipakai. Bentuknya yang padat menjadikannya mudah bagi pengguna untuk mengambil jumlah yang betul dan menerapkannya dengan lancar pada muka mereka.

Tambahan pula, bedak compact didatangkan dalam pelbagai pilihan warna yang sesuai untuk kulit berminyak.

Selain itu, produk ini boleh mengawal pengeluaran minyak berlebihan dan mengurangkan kilauan pada kulit berminyak.

Apabila kita berada dalam cuaca panas atau aktif bergerak, kulit kita cenderung untuk menghasilkan lebih banyak minyak, menyebabkan penampilan berkilat.

Tapi, dengan menggunakan bedak padat, kita boleh mengurangkan kilauan dan mencapai rupa segar dan matte. Selain itu, bedak padat boleh membantu mengekalkan makeup pada tempatnya 

Tapi kekurangan utamanya ialah ia boleh menyebabkan kekeringan atau kekasaran pada kulit.

Apabila digunakan secara berlebihan atau dengan produk yang tidak sesuai, bedak padat boleh menyebabkan dehidrasi kulit, mengakibatkan ketidakselesaan dan kemerahan.

Penggunaan bedak compact & tabur juga boleh boleh menghalang pori-pori kulit, menyebabkan pengumpulan minyak dan pembentukan bintik hitam.


Senarai 12 Bedak Compact Terbaik Untuk Kulit Berminyak

Bedak mengandungi SPF sesuai untuk kulit berminyak dan kering
Simply Siti Two Way Cake
mulai
RM50.83
Semak Simply Siti Two Way Cake harga dibawah:
add_circle Mengandungi spf30.
add_circle Bahan utama pomegranate seed oil
remove_circle Tona warna tidak sama seperti yang dinyatakan

Sebab menjadi pilihan utama:

Sesuai dengan kulit wajah yang berminyak, tiada lagi masalah bercapuk akibat kesan dari minyak pada kulit wajah.’

Ciri-ciri:

Jika memilih bedak asas, pastinya anda akan mencari jenama yang mempunyai lebih dari 2 pilihan tona warna kerana ingin di padankan dengan kulit wajah.

Pilihan tepat jika anda mencari bedak dari jenama Simplysiti. 

Mempunyai 5 jenis tona warna, dan bahan seperti pomegranate oil berfungsi menyerap minyak pada wajah dan kekal cantik sepanjang hari. 

Selain dari itu, kulit wajah yang kering juga sangat sesuai kerana ia tidak akan mengeringkan wajah walaupun mempunyai oil control dan menggunakan dry powder. 

Paling pening, ada spf 30 yang cukup untuk melindungi kulit wajah anda!

Review:

‘Kulit tambah lebih soft dan kulit kelihatan glossy akibat minyak, make up juga kekal lebih lama’.

Bedak compact untuk kulit berjerawat
DAZZLE ME
dazzle me
mulai
RM21.90
Semak DAZZLE ME Compact Powder harga dibawah:
add_circle Bebas alkohol
add_circle Spf 25 PA +++
add_circle Tanpa mineral oil
add_circle Tahan lama

Tekstur bedak padat ini halus dan lembut, dan ia memberikan liputan yang bagus tanpa rasa berat. Ia boleh menyembunyikan cela muka dengan mudah, menghasilkan rupa solekan yang lebih berkilat dan kemas.

Anda kini boleh bebas daripada kebimbangan tentang ketidaksempurnaan kulit atau cela. 

Serbuk juga ringan dan mudah melekat pada kulit anda serta rasa selesa. Ia tidak akan menyumbat pori-pori anda, membolehkan solekan anda kekal segar sepanjang hari. 

Bedak padat mempunyai formula mineral semula jadi yang memastikan solekan tahan lama. Anda tidak perlu risau tentang solekan anda semakin pudar pada siang hari, kerana ia memberikan kesan yang cantik dan tahan lama.

Bedak untuk kulit berminyak dan jerawat
BNB barenbliss
mulai
RM35.90
Semak BNB barenbliss Soul-Matte Loose Powder harga dibawah:
add_circle Kalis air & peluh
add_circle Penmpilan matte sepanjang hari
add_circle Menutp liang pori dan kawalan sebum

Serbuk kecil yang ditekan ini mempunyai bauan bunga sakura yang menawan, memberikan kesan yang menyegarkan dan menyejukkan apabila disapu pada wajah anda. Alami kesejukan dan kehalusan yang luar biasa yang diberikan oleh serbuk padat ini.

Bedak padat ini mampu menyembunyikan pori-pori dengan berkesan. Formulanya yang ringan membolehkan penampilan tanpa pori dan kilauan, membuatkan anda berasa yakin dengan kemasan semula jadi dan sempurna.

Selain itu, mengandungi Tanah Liat Manicouagan dari Kanada dan Menthol, yang membantu dalam mengawal sebum dan mengekalkan kulit segar sepanjang hari. 

Bebas daripada sebarang bahan berbahaya, memastikan penggunaan yang selamat. Apabila anda menggunakan serbuk ini, anda akan mengalami detik kegembiraan yang luar biasa. 

Bukan itu sahaja, ia boleh menahan air dan peluh, memastikan penampilan anda yang kekal sepanjang hari, tanpa mengira aktiviti luar atau cuaca panas dan lembap.

Bedak untuk kulit berminyak dan pori besar
MIKASERIES
mikaglow
mulai
RM55.00
Semak MIKASERIES - Mikaglo Unisex Oil Control & Tinted Glowing Compact Powder harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Bedak lebih licin & tahan lama
add_circle Mengecilkan pori dan garis halus

Adakah anda sedang mencari bedak padat yang sesuai untuk kulit berminyak? Jika ya, MIKAGLO BY MIKASERIES adalah pilihan yang sesuai untuk lelaki dan wanita yang ingin tampil flawless setiap hari. 

Bedak padat ini memberikan hasil semula jadi dan kawalan kilauan yang tahan lama, menjadikan wajah kelihatan bebas pori. 

Bukan itu sahaja, ia mengawal minyak berlebihan pada wajah kerana formula istimewanya. Anda tidak perlu lagi risau tentang kilauan berlebihan sepanjang hari. 

Teksturnya yang ringan memberikan rasa selesa dan sebati dengan warna kulit anda, memberikan hasil yang semula jadi dan seimbang. 

Selain itu, ia membantu mengatasi masalah kulit berminyak, memberikan kemasan yang licin dan tahan lama. 

Ia boleh digunakan untuk semua jenis kulit, termasuk normal, kering, berminyak, dan kombinasi. Dengan menggunakan MIKAGLO BY MIKASERIES, anda boleh mencapai penampilan wajah yang lebih sempurna.

Bedak untuk kulit berminyak dan kusam
BNB barenbliss
bedak compact barebliss
mulai
RM45.90
Semak BNB barenbliss Fine to Refine Compact Powder harga dibawah:
add_circle Span anti bakteria
add_circle Ada cermin
add_circle Ringan
add_circle Tahan peluh

Adakah anda ingin mencapai penampilan yang sempurna dengan kulit matte? Bedak padat ini mengandungi Serbuk Ajaib Organik, Teknologi Ultra Shield, Tekstur Airbrush, Miracle Bloom™, dan SPF 25 PA++, yang melembapkan dan melindungi kulit anda pada setiap masa.

Membantu dalam menghilangkan minyak berlebihan dan kilauan dari wajah anda serta tahan peluh. Bedak padat ini membawa keajaiban pada kulit anda dengan ciri kecantikan "B+N+B". 

Tanpa talkum, paraben, alkohol, BHA/BHT, dan gluten. Bedak padat ini menawarkan kawalan minyak sehingga 24 jam dan diformulasikan dengan Serbuk Elastik KSP yang diimport untuk memberikan kemasan liputan sederhana hingga penuh yang licin dan tahan lama.

Gabungan solekan dan penjagaan kulit terserlah dalam bedak padat ini, termasuk Miracle Bloom™ gaya Korea yang mengekalkan kesihatan kulit anda.

Bedak compact untuk kulit berminyak
Maybelline
Maybelline Fit Me Matte Poreless Pressed Powder
mulai
RM44.96
Semak Maybelline Fit Me Matte Poreless Pressed Powder harga dibawah:
add_circle Dermatologist tested
add_circle Mempunyai banyak pilihan tona warna
remove_circle Tidak cover sepenuhnya pada kulit wajah

Pemilihan bedak asas bagi kulit berminyak perlu ada kelulusan dari determalogis kerana biasaannya kulit berminyak agak sensitif. 

Menariknya pada bedak asas dari Maybelline, pilihan tona warna dari tona gelap sehingga cerah. 

Bagi anda yang menghadapi kulit berminyak, bila oleskan bedak ini, anda kana lihat kesan minyak pada wajah tidak akan kelihatan! 

Malah, kulit tambah lebih berseri dan segar. 

Jika anda mahukan impak yang lebih, guna bersama pelembab dan sponge untuk oleskan pada kulit wajah. Jom cuba hari ini!

Bedak untuk kulit berminyak dan sawo matang
Wardah
Wardah Acderm Face Powder
mulai
RM15.75
Semak Wardah Acderm Face Powder harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk semua jenis tona kulit
add_circle Tidak menyebab liang pori tersumbat
remove_circle Hanya mempunyai satu tona sahaja

Bedak asas dari Wardah ini di formulasikan khas untuk kulit wajah yang berminyak agar kelihatan segar sepanjang hari dan tidak menjadikan kesan shine pada wajah. 

Bukan itu sahaja, bagi anda yang mempunyai masalah jerawat ini adalh pilihan terbaik. Walaupun hanya mempunyai satu tona warna. 

Loose powder ini sesuai dengan semua jenis tona kulit, dan tidak membuatkan kulit wajah anda menjadi kelabu atau terlalu gelap tau. 

Teksturnya yang ringan dan lembut pada wajah, dan tidak menyebabkan liang pori tersumbat.

mulai
RM8.80
Semak SILKYGIRL Pure Fresh Oil-Control Pressed Powder harga dibawah:
add_circle Harga yang murah
add_circle Mempunyai spf
remove_circle Perlu reapply ⅔ kali dalam masa sehari.

Mencari bedak asas yang murah dan sesuai untuk kulit wajah yang berminyak amatlah sukar. 

Tapi tidak lagi dengan Silkygirl pure fresh oil control pressed powder, sesuai untuk kulit berminyak. 

Bedak asas ini mampu menyerap lebihan minyak yang terhasil.

Walaupun harganya murah tapi mempunyai kelebihan seperti spf dan tekstur yang ringan.

Mempunyai 3 pilihan tona warna dan paling utama sangat sesuai untuk kulit berminyak.

Bedak untuk kulit berminyak tahan lama
COSWAY
COSWAY Miyami Two Way Foundation
mulai
RM13.10
Semak COSWAY Miyami Two Way Foundation harga dibawah:
add_circle Formulasi dari Jepun
add_circle Long lasting
remove_circle Tidak di jual di drugstore

Bedak asas keluaran Miyami two way foundation ini dihasilkan oleh pakar persolekan di Jepun tau. Bila pakar solek hasilkan bedak asas, komponen penting memang mereka akan titip beratkan.

Maka terhasilnya bedak asa yang sesuai bagi anda mempunyai kulit berminyak. Selain itu, kandungan bahan ini tidak mempunyai alkohol ataupun ekstrak haiwan. 

Hasilnya, kulit wajah kelihatan licin, gebu, menutup jerawat tanpa perlu menggunakan foundation. Mempunyai 2 pilihan tona yang tahan lama.

Bedak untuk kulit berminyak dan flek hitam
L'Oreal Paris
L’Oreal Paris Infallible 24h Oil Killer Coverage Powder
mulai
RM41.00
Semak L’Oreal Paris Infallible 24h Oil Killer Coverage Powder harga dibawah:
add_circle Tahan sehingga 24 jam
add_circle Mengandungi oil blotting powder
remove_circle Perlu menggunakan membersih muka menggunakan make up remover

Apa yang menarik tentang bedak asas dari Maybelline kali ini adalah mampu memberikan coverage sehingga 24 jam.

Selain itu, dapat menutup kesan kulit minyak pada wajah dan mampu menutup flek hitam pada wajah. 

Mengandungi bahan seperti micro pigment yang mengurangkan kesan liang pori dan sesuai digunakan jika mempunyai majlis kerana ketahanannya lama.

, bedak asas ini mempunyai spf bagi melindungi kulit dari sinaran UV. Bukan itu sahaja, mampu menyerap minyak dan juga peluh yang terhasil. 

Kulit tidak lagi kelihatan bercapuk akibat pemakaian bedak kerana ia mengandungi bahan seperti oil blotting powder.

Nak dapatkan di drugstore mudah, nak pakai pun senang dan hasilnya wajah kekal berseri bebas minyak sepanjang hari.

Bedak untuk kulit berminyak dan pori besar
Sendayu Tinggi Doll Skin Perfecting Powder
mulai
RM35.10
Semak Sendayu Tinggi Doll Skin Perfecting Powder harga dibawah:
add_circle Mampu mencerahkan kulit
add_circle Mengandungi zinc oxide
remove_circle Banyak dijual di online platform sahaja berbanding di kedai

Asas utama pada powder keluaran Sendayu Tinggi ini adalah zinc oxide yang semamangnya berfungsi mengawal penghasilan minyak pada wajah. 

Teksturnya yang ringan dan memudarkan kesan liang pori pada wajah anda. Kulit akan kelihatan lebih lembab, tidak melekit, melicinkan wajah walaupun seharian tanpa retouch. 

Nak tahu apa lebih special? Powder ini bukan sahaja menghilangkan kesan berminyak, malah mampu mencerahkan kulit wajah anda. 

Pakai bedak asas, kulit secara tidak langsung juga makin cerah! Jimat dan mempunyai pelbagai kelebihan. 

Bedak tabur untuk kulit berminyak
INNISFREE No Sebum Mineral Powder
mulai
RM16.12
Semak INNISFREE No Sebum Mineral Powder harga dibawah:
add_circle Mineral dari Jeju
add_circle Mengandungi sebum control
add_circle Vitamin E
remove_circle Sukar untuk mendapatkanya

Innisfree merupakan make keluaran dari Korea, bedak asas dari Innisfree ini hanya mempunyai satu tona warna tetapi sesuai untuk semua jenis tona kulit. 

Bahan utama seperti sebum akan membuat kulit anda tidak bersinar akibat minyak dan menjadikan kulit anda lembut sepanjang hari. 

Bukan itu sahaja, mineral dari Jeju ini melembabkan wajah tanpa menghasilkan minyak. 

Boleh digunakan pada wajah yang sudah bermake up atau belum.

Hanya dab-dab pada bahagian wajah, terus berseri tanpa memerlukan solekan yang tebal.


Jenis Bedak Untuk Muka Berminyak

Penghasilan minyak badan badan manusia adalah baik untuk kesihatan kulit. Ini kerana minyak akan memberikan perlindungan pada kulit agar tidak menjadi kering, kekal lembab dan sihat. 

Tetapi bila terlalu banyak lebihan minyak yang berlaku terutama pada bahagian wajah. Membuatkan kulit wajah berminyak dan mengundang jerawat pada wajah anda. 

Kulit wajah juga tidak lagi licin dan menyebabkan bedak asas tidak kekal di wajah anda. Pemilihan bedak asas perlu mempunyai bahan yang mampu untuk menyerap minyak. 

Selain itu, bahan seperti sebum control, juga akan memberikan kesan dari penghasilan minyak yang berlebihan. 

Oil blotting powder, sangat disarankan dalam pemilihan bedak asas. Ini erana hasilnya akan membuatkan kulit berminyak tidak bercapuk selepas di pakai pada wajah. 

Jadi sebelum buat pembelian, lihat bahan utama pada bedak asas tersebut. Hasil kulit lebih sihat dan kekal segar sepanjang hari. 

Apa pun jom kita lihat jenis bedak untuk kulit berminyak dan berjerawat dari negara seberang.


Artikel Berkaitan

End of Article