Kecantikan

10 Foundation Terbaik di Malaysia 2026 - Jenama Paling Bagus

10 Foundation Terbaik di Malaysia: Alha Alfa Royal Propolis RM44.90 (keseluruhan), La Shaz dari RM14.99 (termurah). Harga disemak Sept 2026.


Editor · Updated 25 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Foundation Terbaik di Malaysia 2026 - Jenama Paling Bagus

Jawapan ringkas: foundation terbaik di Malaysia secara keseluruhan ialah Alha Alfa Royal Propolis Foundation pada RM44.90 (harga disemak 25 Sept 2026). Untuk kulit kering, Maybelline Fit Me Matte Poreless Liquid Foundation pada RM44.63 lebih sesuai. Kalau nak jimat, La Shaz Foundation pada RM14.99 adalah pilihan termurah dalam senarai ini.

Foundation merupakan salah satu bahan makeup penting buat para wanita untuk menutup cela di wajah.

Kandungan

Tidak hairanlah jika ramai yang mencari foundation terbaik untuk kulit wajah mereka.

Kini, terdapat banyak foundation yang bagus dan halal di pasaran dan membuatkan ramai masih keliru yang mana foundation terbaik untuk dibeli. 

Mestilah kita nak beli foundation paling best untuk dapatkan wajah yang lebih glow semasa menghadiri sebarang event.

Jadi, kami bantu anda senaraikan pelbagai jenama foundation yang bagus dan sesuai untuk kulit anda.


Senarai 10 Jenis Foundation Terbaik

Terbaik untuk harian: Clarica Foundation

Clarica Foundation
Terbaik untuk harian 1 daripada 10
Clarica Foundation
Clarica
Dari RM67.15
Sesuai semua jenis kulit
Finishing glowing
Sukar didapati dalam pasaran
2 lagi
Kalis peluh
Tak melekat pada tudung

Anda mesti tak suka bila foundation yang anda pakai melekat pada tudung, jadi inilah foundation jenama Clarica yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Selain itu, foundation ini juga akan berikan anda finishing glow yang akan menaikkan lagi seri wajah.

Jika anda seorang yang kuat peluh, foundation ini juga bagus untuk anda kerana ia tidak luntur bila terkena peluh.

Foundation ini juga sesuai digunakan sama ada untuk majlis indoor atau outdoor, menjadikan ia foundation utama untuk pelbagai event.

Paling penting, foundation ini tetap mendapat kelulusan KKM jadi ia selamat digunakan.

Terbaik ringan: Kamelia Cosmetics Mermaid Skin Foundation

kamelia foundation
Terbaik ringan 2 daripada 10
Kamelia Cosmetics Mermaid Skin Foundation
Dari RM19
Tersedia dalam 6 warna kulit
Semi-matte finish
Kandungan hanya 10ml
4 lagi
Cepat kering
Ringan
Mengandungi bahan mencerahkan dan anti-penuaan
Lulus KKM

Mesti susah kan nak cari foundation yang sesuai dengan tona warna kulit orang-orang Asia? Jangan risau, beli je Kamelia Cosmetics Mermaid Skin Foundation. 

Harga produk ini juga berpatutan dan mengandungi vitamin C untuk mencerahkan kulit serta bahan anti-penuaan seperti teh hijau, minyak biji camellia, dan ekstrak bunga peach. 

Malah, foundation ini menawarkan medium to full buildable coverage, pore-blurring dan instant flawless filter effect.

Paling penting, ia memberikan natural effect yang sesuai untuk penampilan harian anda.

Terbaik tahan lama: FauxFilter Luminous Matte Liquid Foundation

huda beauty foundation
Terbaik tahan lama 3 daripada 10
FauxFilter Luminous Matte Liquid Foundation
Huda Beauty
Dari RM216
Memberikan hasil matte dengan sedikit kilauan
Tanpa pewangi
Mahal
3 lagi
Tidak menyumbat pori-pori
Memberikan perlindungan penuh
Kalis air & tahan peluh

Bagi mereka yang mencari foundation full coverage untuk menutup parut jerawat, FauxFilter Luminous Matte Liquid Foundation dari Huda Beauty ini pilihan yang tidak akan mengecewakan. 

Foundation ini menawarkan matte finish flawless dengan sedikit kilauan, kalis air, tahan lama hingga 24 jam, transfer-proof, fade-proof dan tahan peluh.

Jadi, pempengaruh, TikToker, atau pelakon dengan scene menangis juga sangat sesuai menggunakan foundation ini.

Selain itu, ia tidak mengeringkan kulit, tanpa pewangi, dan tidak menyumbat pori.

Pastikan pilih shade yang sesuai dengan warna kulit.

Terbaik dengan SPF: Wardah Exclusive Liquid Foundation

Terbaik dengan SPF 4 daripada 10
Wardah Exclusive Liquid Foundation
Wardah
Dari RM38.40
Dijamin halal
Mempunyai 5 jenis tona warna
Sedikit berminyak
2 lagi
Mempunyai Macadamia Oil
Menggunakan formula Superfine Silky Particies

Halal adalah isu penting bagi wanita muslim kerana gusar jika air wudhuk tidak boleh dibawa solat.

Jadi, foundation Wardah dijamin halal tapi sebaiknya cuci muka sebelum mengambil wudhuk.

Foundation Wardah mempunyai 5 jenis tona warna untuk kesesuaian kulit wajah anda.

Bahan yang terdapat didalam foundation ini adalah seperti Macadamia Oil yang akan memastikan kulit kekal lembab walaupun finishing adalah matte.

Formula superfine silky paricies ini dapat menjadikan hasil kulit flawless dan bila pakai wajah kelihatan bersinar. 

Cuma, pastikan foundation rata di seluruh kulit wajah supaya tidak beri kesan belak.

Terbaik kulit kering: Maybelline Fit Me Matte Poreless Liquid Foundation

Foundation farmasi terbaik untuk remaja
Terbaik kulit kering 5 daripada 10
Maybelline Fit Me Matte Poreless Liquid Foundation
Maybelline
Dari RM44.63
Perlindungan SPF 22
Formula Superfine Silky Particies
Terlalu berminyak
2 lagi
Lebih 20 jenis pilihan tona warna
Tekstur sedikit berat

Produk keluaran Maybelline ini sangat mudah didapati di drug store mahupun online.

Malah, mempunyai pilihan yang banyak dimana lebih dari 20 pilihan tona warna mengikut semua jenis kulit. 

Bahan yang terkandung seperti micro powder akan membuatkan foundation tidak kelihatan berminyak bila dioleskan pada kulit wajah. 

Foundation ini pula jenis formula non-comedogenic yang mana tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat walaupun mampu menutup liang pori. 

Terbaik full coverage: Luxe Perfect Cover Foundation

Luxe Perfect Cover Foundation-1
Terbaik full coverage 6 daripada 10
Luxe Perfect Cover Foundation
Luxe
Dari RM39
Waterproof Base
Mempunyai SPF 40
Hanya boleh didapati secara online
2 lagi
Lulus KKM
Harga yang agak mahal

Walaupun foundation ini mempunyai dua jenis tona warna sahaja, untuk anda pilih tapi bahan yang terkandung sangat bagus.

Bahan-bahan utama yang ada di dalam foundation ini adalah argan oil, berfungsi untuk mengurangkan iritasi. 

Jadi bagi anda yang mempunyai kulit sensitif boleh cuba foundation ini.

Vitamin C dalam foundation ini pula membuatkan kulit wajah menjadi lebih anjal dan membuatkan kulit wajah awet muda.

Terdapat juga kandungan SPF jadi anda tak perlu pakai sublock atau sunscreen lagi.

Paling penting telah diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Bagus bukan? Harap dua tona warna yang disediakan ni sesuai untuk warna kulit anda.

Terbaik premium: Revlon ColorStay For Normal/Dry Skin Foundation SPF20 (30ml)

Terbaik premium 7 daripada 10
Revlon ColorStay For Normal/Dry Skin Foundation SPF20 (30ml)
Revlon
Dari RM37.14
Effect glowing
Bertahan sehingga 24jam
Tekstur tebal
2 lagi
22 jenis tona warna
Release time technology

Dihasilkan khas untuk mengawal minyak pada kulit wajah anda, jadi hasilnya kulit bebas minyak dan kekal sehingga 24 jam.

Pilihan tona warnanya juga banyak sehingga 22 jenis tona untuk anda pilih yang mana sesuai untuk kulit. 

Mempunyai teknologi release time yang mana dapat memberikan hasil yang kekal segar dan bersinar terutama bagi yang jenis kulit kombinasi dan berminyak.

Teksturnya ringan, mudah diratakan pada kulit dan tidak bercapuk.

Tak perlu pakai bedak, hanya menggunakan foundation ini sahaja cukup untuk menutup cela pada wajah.

Terbaik untuk remaja: Cubremi Stick Matte With Love Foundation

Cubremi Stick Matte With Love Foundation-1
Terbaik untuk remaja 8 daripada 10
Cubremi Stick Matte With Love Foundation
Cubremi
Dari RM15.60
Mempunyai SPF 50
Saiz yang mudah dibawa
Hanya 1 pilihan tona warna
1 lagi
Mempunyai kolagen

Jenama lokal yang menjadi pilihan ramai kerana harga berpatutan tetapi hasil yang memuaskan.

Bungkusannya jenis stick dan bila foundation jenis stick secara tak langsung teksturnya sedikit pekat.

Tapi tidak akan membuatkan kulit anda bercapuk dan ia mudah untuk blend it pada kulit wajah serta tahan lama.

Kebanyakkan foundation mudah berminyak, tetapi bagi foundation dari Cubremi ini tidak menyebabkan kulit berminyak.

Bila apply pada muka, ia anti rekah jadi tak perlu risau.

Boleh juga dijadikan sebagai concealer untuk kening, dan ia murah serta mempunyai kegunaan 2 dalam 1. 

Termurah: La Shaz Foundation

La Shaz Foundation-1
Termurah 9 daripada 10
La Shaz Foundation
La Shaz
Dari RM14.99
Lulus KKM
Berfungsi 2 dalam 1
Sukar didapati dalam pasaran
2 lagi
Anti penuaan
Sesuai untuk semua jenis kulit

Foundation keluaran tempatan ini tiada kurangnya kerana merupakan antara produk yang memuaskan dan harga berpatutan. 

Ciri foundation ini mempunyai tekstur yang ringan dan lembut pada kulit apabila dioleskan pada wajah. 

Sangat sesuai untuk kegunaan harian, hanya sedikit calit, kulit wajah akan kelihatan lembut dan berseri sepanjang hari.

Terdapat juga kandungan spf 40 dan mempunyai bahan anti penuaan. 

Pakai foundation pun boleh dapat kelebihan yang banyak, bukan sekadar menutup parut je tau.

Jangan risau, produk ini sudah mendapat kelulusan KKM - NOT200702244K.

Terbaik keseluruhan: Alha Alfa Royal Propolis Foundation

ALHA ALFA Royal Propolis Foundation
Terbaik keseluruhan 10 daripada 10
Alha Alfa Royal Propolis Foundation
Alha Alfa
Dari RM44.90
Full coverage
Sesuai untuk semua jenis kulit
Stok yang sedikit limited
3 lagi
Mengandungi air liur dari ratu lebah
Tahan sehingga 12 jam pemakaian
Kulit bermasalah perlu pakai double layer

Sebab menjadi pilihan utama:

Tekstur sangat licin dan sekata dengan kulit, serta memberikan tona yang lembut dan mudah diratakan pada kulit.

Ciri-ciri:

Keluaran Royal Propolis Foundation yang mempunyai 5 jenis tona dari light tone hingga dark tone.

Tekstur jenis matte yang dijamin full coverage sangat sesuai untuk kulit yang mempunyai lubang pori yang banyak.

Paling menarik, foundation ini mengandungi spf 15, jadi tak perlu risau nak pakai sunscreen atau sunblock.

Kalau risau jaminan keselamatan foundation ini, ia telah pun mendapat kelulusan dari KKM - NOT210300497K.

Review:

“Bila pakai pada wajah, kulit nampak flawless. Dapat menutup kesan gelap jerawat, jerawat halus. Tak perlu apply tebal pun, sesuai sangat nak guna secara daily.”


Bagaimana kami pilih senarai ini

Kami semak harga dan status jualan semua produk dalam senarai ini terus dari Shopee Malaysia pada 25 Sept 2026, guna data jualan dan rating sebenar. 2 produk (Simplysiti Liquid Foundation dan Rimmel Match Perfection Foundation) dikeluarkan daripada senarai kerana pautan Shopee dan Lazada kedua-duanya sudah mati; kad produk masing-masing memaparkan harga RM0 yang mengelirukan pembaca. Senarai kini merangkumi foundation dari RM14.99 (bajet) hingga RM216 (premium, FauxFilter), supaya ada pilihan untuk setiap jenis kulit dan bajet.


Soalan lazim tentang foundation

Apakah Fungsi & Jenis Foundation?

Foundation merupakan make up asas untuk menutup cela dan liang pori pada kulit wajah.

Selain itu dapat membantu mengurangkan penghasilan minyak, menutup kesan jerawat serta meratakan tona wajah. 

Untuk pengetahuan, foundation mempunyai 5 jenis tekstur dan kegunaannya juga berbeza.

Jom lihat apakah perbezaannya.

  • Liquid: Merupakan foundation yang sangat popular dan memiliki tekstur cecair.
  • Cream: Tekstur jauh lebih pekat dan sesuai untuk anda yang mempunyai kulit kering.
  • Powder: Sesuai untuk kulit berminyak kerana bahan yang digunakan membuatkan kulit kurang berminyak dan lebih terasa ringan.
  • Serum: Merupakan campuran baru yang ada pada foundation, tapi tekstur masih sama cuma mempunyai serum.
  • Water based: Bahan utama water base ini sangat disarankan bagi anda yang mempunyai masalah jerawat.

Ada Tak Cara Pilih Foundation?

Terdapat beberapa  faktor utama yang anda perlu titik beratkan sebelum membeli foundation.

Lebih-lebih lagi apabila mempunyai masalah kulit, anda perlu jadi sedikit cerewet dan berhati-hati.

Kalau salah pilih, nanti jerawat naik makin banyak dan kulit warna kelabu asap sebab tona warna salah.

Jadi, cara pilih foundation betul adalah mengetahui tona warna kulit, bahan foundation, jenis kulit dan padankan dengan jenis-jenis foundation di atas tadi.

Bukan apa, setiap orang memiliki jenis dan tona warna yang berbeza. Salah pilih, rugi!

Kalau tak tahu macam mana pilih foundation, sebaiknya tanya kepada sales person yang lebih tahu tentang produk foundation.

Cuma, dalam pemilihan foundation terbaik ni cuba dapatkan nasihat dan pandangan orang yang lebih hebat.

Nak cuba sendiri pun boleh. Try and error, jadi anda akan lebih tahu bila dah cuba.


Apa Beza BB Cream & Foundation?

Ada yang beranggapan kedua-dua jenis kosmetik ini mempunyai fungsi yang sama.

Tapi sebenarnya terdapat beberapa perbezaan antara BB Cream dan foundation.

Perbezaannya adalah tona BB Cream jauh lebih lembut berbanding foundation.

Cuma jika untuk heavy make up sebaiknya gunakan foundation manakala untuk harian, gunakan BB Cream.

Seterusnya jika anda ingin wajah kelihatan licin, gunakan foundation kerana foundation mampu menutup kesan cela secara keseluruhan pada wajah.

Namun, tahap liputan BB Cream adalah sederhana dan kulit kelihatan lebih semula jadi.

Jadi mana satu yang menjadi kepentingan anda? Full atau medium coverage? Pilihan di tangan anda.


Cara Pakai Foundation Dengan Betul

Kami percaya, masih ada lagi yang tidak tahu cara pakai foundation dengan betul.

Jadi, kami sediakan langkah untuk pakai foundation dengan cara yang betul:

  • Pastikan kulit wajah anda bersih: Basuh muka dan sapu toner memggunakan cotton pad. Ini bertujuan untuk menyingkirkan kesan minyak, kotoran pada liang pori.
  • Pastikan kulit wajah lembab dan terjaga: Sebaiknya pakai semua skin care untuk melindungi kulit wajah, termasulah sunscreen sebelum pakai atau selepas pakai foundation. Bukan apa, kebanyakan foundation teksturnya tebal dan mudah merekah.
  • Gunakan foundation terbaik: Sapukan foundation secukupnya pada wajah. Ratakan foundation tersebut pada keseluruh wajah.  Gunakan sponge dan dab untuk ratakan dan juga untuk dapatkan hasil terbaik. Bahagian yang sukar diratakan, baru gunakan menggunakan jari.
  • Concealer: Sapukan concealer pada wajah yang mempunyai kesan bintik merah, bintik hitam. Gunakan hanya pada hujung jari sahaja.
  • Gunakan loose powder: Hanya menggunakan brush, sapu sedikit loose powder dan brush sedikit pada bahagian yang kerap berminyak dan berpeluh. 

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation