Pernah tak menghabiskan masa yang lama untuk berdandan?
Lebih sedih lagi apabila labur duit banyak pada make up berjenama tapi akhirnya make up cepat luntur.
Salah satu punca adalah pasti tidak menggunakan setting spray makeup tahan lama.
Jika anda ingin makeup tahan lebih lama dan tidak cepat hilang, penggunaan setting spray adalah wajib.
Jom kita lihat setting spray terbaik di drugstore mengikut jenis kulit.
Senarai 7 Makeup Setting Spray Yang Patut Anda Cuba.
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama:
Tiada bahan seperti alkohol, harga berpatutan dan mudah didapati dalam pasaran.
Ciri-ciri:
Buat para remaja yang sedang mencari produk setting spray yang sesuai, boleh cuba setting spray dari jenama Silkygirl ini.
Sangat sesuai dengan kulit remaja yang masih muda dan lembut kerana tidak mengandungi bahan-bahan alkohol yang berbahaya.
Juga sesuai bagi kulit yang berminyak, spray ini akan memastikan solekan anda kekal walaupun di bawah sinaran panas matahari.
Review:
“Kalau make up dan pakai setting spray ni tak terasa berminyak lepastu stay hingga ke petang. Make up pun tak bercapuk walaupun sedikit berpeluh.”

Setting spray 2-in-1 dari Rimmel ini boleh digunakan sebagai primer.
Maksudnya anda boleh pakai sebelum makeup atau dijadikan sebagai setting spray supaya makeup kekal lebih lama.
Selain itu, produk ini mengandungi estrak timun yang menyegarkan dan melembapkan.
Jadi sesuai buat anda dengan kondisi kulit kering bagi membantu menstabilkan tahap hidrasi pada kulit. Cubalah!

Semburan setting spray dari Essence dapat membuatkan kulit akan kekal kelihatan matte pada kemasan akhir make up.
Setting spray ini tidak akan menyebabkan kulit anda berminyak tau kerana mengandungi Butylene glycol.
Selain itu, terkenal sebagai bahan yang kurang menyebabkan iritasi pada kulit.
Ekstrak dari Enantia chlorantha bark pula merupakan bahan yang mempunyai komponen anti bakteria yang boleh menyebabkan jerawat.
Hanya dengan apply setting spray ini, mampu memberikan looks agar pori yang terbuka kurang kelihatan.

Setting spray yang popular ini telah menempah nama sebagai produk kegemaran rata-rata beauty guru Youtube.
Malah, kebanyakan makeup artis menggunakan produk ini kerana berkesan dalam aplikasi selepas solekan.
Kesan semburan mampu memberikan ketahanan sehingga 16 jam, malah mampu mengawal dan mengekalkan wajah anda tanpa berminyak.
Sesuai untuk semua jenis kulit, semburan yang ringan dan menyegarkan tidak akan mengganggu solekan anda.

Setting spray ini sangat disarankan bagi anda yang ingin menjaga makeup sepanjang hari.
Ini kerana mampu mengawal minyak pada wajah sehingga 24 jam!
Witch hazel formula bagus untuk mengecilkan liang pori, dan mengawal minyak.
Non comedogenic merupakan bahan terbaik, dimana liang pori tidak tersumbat walaupun setting spray ini bukan khas menutup liang pori pada wajah.
Bukan hanya berfungsi sebagai setting spray, malah banyak kebaikkan lain lagi.
Cuma ingin diingatkan tidak sesuai bagi yang mempunyai kulit sensitif kerana boleh menyebabkan iritasi.

Produk dari Wardah ini dijamin halal dan tiada lagi masalah ragu-ragu bila menggunakannya.
Diperkaya dari Advanced Niacinamide menjadikan kulit wajah lebih cerah sekata.
Bukan hanya mampu memberikan ketahanan pada makeup anda tau, malah boleh dijadikan face mist, makeup setting dan prime untuk wajah.
Yang pastinya, setting spray terbaik drugstore ini bebas alkohol.
Harga yang murah, kegunaan yang banyak. Berbaloi sangat!

Tak semua produk yang mahal itu bagus untuk kulit tau.
Setting spray IN2IT ini walaupun murah tapi mempunyai pelbagai kelebihan untuk wajah.
Rata-rata review mengatakan sangat berkesan dan mengatakan makeup wajah tidak meninggalkan kesan pada mask.
Mempunyai antioksidan yang baik untuk kulit dan bagi yang mempunyai kulit sensitif, setting spray ini mempunyai anti inflammatory yang membantu mengurangkan iritasi pada wajah.
Nak tahu okay atau tak? Jom cuba dan rasai sendiri pengalaman menggunakannya.
Cara Pakai Setting Spray
Pemakaian setting spray ini bukanlah satu perkara yang susah seperti memakai makeup.
Hanya perlu semburkan pada wajah yang sudah disolek lengkap. Sekurangnya 2 atau 3 semburan pada wajah.
Jarak nozzle spray 6-8 inchi dari wajah, pastikan sebelum sembur, shake terlebih dahulu.
Akhir sekali, biarkan kering pada wajah secara natural dan menyerap pada kulit wajah.
Apakah Perbezaan Antara Setting Spray & Finishing Spray?
Kulit wajah berminyak adalah punca utama mengapa makeup tidak tahan lama pada wajah.
Menggunakan setting spray dapat mengawal kondisi minyak.
Biasanya, setting spray mengandungi Ethanol, manakala finishing spray tidak.
Bahan tersebut dipercaya menjadi kunci bagi mengekalkan kestabilan makeup pada wajah.
Walaupun kedua-duanya digunakan sebagai langkah makeup yang terakhir tapi terdapat perbezaan,
Ini kerana setting spray bertekstur seperti fine mist yang halus, tahan lebih lama dan membuatkan makeup tidak mudah luntur.
Finishing spray adalah untuk sekatakan makeup penampilan stail solekan anda sambil beri lembapan pada kulit wajah.