Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Makeup Primer Terbaik di Malaysia 2024 - Jenama, Harga & Review

Pilihlah primer terbaik untuk looks yang diidamkan

Penggunaan primer bertujuan untuk mengurangkan cela pada wajah serta memberikan solekan bertahan lebih lama. 

Tapi untuk keberkesanan yang lebih baik letak ais batu pada kulit muka satu jam sebelum pakai make up dan gunakan primer terbaik.

Malangnya tak ramai yang tahu mana satu primer yang bagus untuk dipakai.

Jadi, jom lihat senarai primer makeup terbaik mengikut kesesuaian kulit anda.



Senarai 7 Primer Terbaik

Primer terbaik secara keseluruhan
Maybelline Baby Skin Pore Smooth
Maybelline
From
RM34.90
Check Maybelline Baby Skin Pore Smooth price below:
add_circle Mempunyai antioksidan
add_circle Tekstur yang ringan pada wajah
add_circle Mengurangkan liang pori kelihatan
add_circle Dapat menjadikan kulit lebih lembut dan licin
remove_circle Kurang sesuai bagi kulit berminyak

Sebab menjadi pilihan utama:

Primer dari Maybelline ini tidak mempunyai warna jadi sesuai untuk semua jenis tona kulit.

Ciri-ciri:

Primer ini amat popular di Watsons dan setiap masa menjadi kegemaran peminat kosmetik drugstore. 

Tekstur primer ini sedikit melekit kerana base dari petroleum asli, jadi bila nak apply dekat muka, tak perlu banyak dan tebal tau.

Dengan harga yang mampu milik, anda mampu menghasilkan makeup yang sempurna tanpa kesan pori agar kulit kelihatan licin dan flawless. 

Bahan utama seperti, Silica Silylate menjadikan kulit lebih lembut dan licin setelah pemakaian primer ini. 

Bukan itu sahaja, mengandungi antioksidan yang baik kulit kulit serta menjadikan tekstur yang ringan pada wajah.

Review:

“Kesan paling ketara, tiada sebagai skin reaction selepas penggunaan pertama. Hasil makeup lebih sempurna dan tahan lama. Liang pori yang besar dapat padam. ’

Primer untuk pori besar
Rimmel Stay Matte Makeup Primer
Rimmel Stay Matte Makeup Primer
From
RM21.95
Check Rimmel Stay Matte Makeup Primer price below:
add_circle Dapat melembapkan wajah
add_circle Tidak menyebabkan liang pori tersumbat
add_circle Mengawal masalah kulit berminyak sehingga 8 jam
remove_circle Stok terhad

Tekstur primer ini sedikti melekit dan berminyak menjadikan kurang sesuai bagi anda yang ada masalah kulit berminyak. 

Diformulasi dengan ultra lightweight yang membuatkan wajah anda seperti tidak memakai apa-apa produk. 

Lagipun primer dari Rimmel ini, hasil akhir pada wajah adalah kesan matte, jadi bagi kulit berminyak, kulit anda tidak kelihatan bersinar akibat primer. 

Jangan risau, terdapat bahan Propyleneglycol untuk menjadikan kulit anda kekal lembab. 

Jika ada masalah liang pori besar dan kulit yang tidak berseri, anda wajib cuba primer Rimmel yang menjadikan  wajah lebih berseri tanpa makeup. 

Pakai primer je sudah mampu untuk memberikan natural looks dan paling utama dapat mengawal masalah kulit berinar sehingga 8 jam. 

Primer terbaik drugstore
IN2IT Make Up Fix Primer
IN2IT Make Up Fix Primer
From
RM21.51
Check IN2IT Make Up Fix Primer price below:
add_circle Mempunyai sijil halal
add_circle Mengurangkan kesan liang pori besar
add_circle Memudarkan garis halus pada wajah
add_circle Mengandungi Vitamin E
add_circle Bebas minyak
remove_circle Kebanyakkan perlu membeli secara online

Mempunyai sijil halal adalah satu kepastian buat kaum muslim, jadi nak guna primer yang halal wajib beli dari IN2IT ni je. 

Kandungan dalam primer ini  dapat memberi pelbagai kelebihan antaranya, mengurangkan kesan liang pori dan garis halus tanpa menjejaskan makeup anda. 

Bukan itu sahaja, hanya menggunakan primer saja, wajah anda kelihatan natural sahaja.

Jangan risau, kulit anda tidak akan merengsa atau mengalami keradangan malah dapat melewatkan penuaan.

Ini kerana terdapat vitamin E dan damask rose extrak (antimicrobial) dalam primer ini.

Erti kata lain, bukan hanya untuk kecantikan pakai primer ini tau, dapat juga merawat kulit anda sekaligus. 

Primer dengan hasil matte
SILKYGIRL Instant Pore Fix Primer
SILKYGIRL Instant Pore Fix Primer
From
RM21.52
Check SILKYGIRL Instant Pore Fix Primer price below:
add_circle Dapat melembutkan kulit
add_circle Mengekalkan makeup sepanjang hari
add_circle Mengurangkan liang pori
add_circle Tekstur ringan
remove_circle Menghasilkan tompokkan

Dengan kandungan isononyl isononanoate, primer ini dapat melembutkan kulit wajah. 

Jadi apabila pakai makeup, akan menghasilkan looks yang smooth sahaja. 

Ramai yang sukakan matte finishing ini sebab tak kelihatan berminyak.

Tekstur yang tidak tebal dan berwarna pink lembut sangat sesuai untuk remaja dan dewasa untuk kelihatan awet muda. 

Malah, liang pori juga kurang kelihatan dan wajah anda akan kelihatan lebih cantik.

Primer dengan spf
Pixy Make It Glow Beauty Skin Primer
Pixy
From
RM24.57
Check Pixy Make It Glow Beauty Skin Primer price below:
add_circle Mempunyai SPF35
add_circle Dapat mencerahkan kulit
add_circle Mengandungi titanium oxide
add_circle Menjadikan tona kulit lebih sekata
remove_circle Tidak menutup liang pori

Jarang jumpa primer yang mempunyai SPF 35 dan titanium oxide, kalau jumpa terus je grab!

Bukan apa, campuran bahan ini dapat melindungi kulit wajah pada sinaran UV. 

Jadi pakai primer ni je sudah cukup untuk anda yang tidak suka menggunakan sunblock. 

Malah terdapat bahan seperti jojoba dan olive oil untuk melembutkan tekstur kulit wajah dan yuzu extract membantu mencerahkan kulit wajah. 

Senang kan? Dengan oles primer je dah dapat perlindungan spf, mencerahkan kulit dan melembutkan tekstur wajah.

Primer dengan hasil dewy
The Face Shop Air Cotton Make Up Base Primer
The Face Shop
The Face Shop Air Cotton Make Up Base Primer
From
RM14.90
Check The Face Shop Air Cotton Make Up Base Primer price below:
add_circle Harga murah
add_circle Bebas paraben
add_circle Dapat mengawal penuaan
add_circle Mengandungi Niacinamide
add_circle Dapat melindungi kulit dari sinar UV
remove_circle Boleh menyebabkan jerawat

Dengan saiz yang kecil menjadikan primer The Face Shop mudah dibawa kemana sahaja. 

Bahan yang terkandung dalam primer ini adalah  zinc oxide yang berfungsi melindungi kulit, dan niacinamide untuk mencerahkan kulit.

Jangan risau, bebas paraben menjadikan masalah kulit sensitif juga boleh pakai tanpa risau kulit merengsa.

Tekstur yang yang ringan berwarna mint ini memberikan kesan yang tahan lama jika anda pakai makeup. 

Bahan utama lain ada citric acid untuk mengurangkan liang pori besar pada wajah. 

Primer dengan hasil glowing
Innisfree No Sebum Blur Primer
Innisfree No Sebum Blur Primer
From
RM30.00
Check Innisfree No Sebum Blur Primer price below:
add_circle Tanpa paraben
add_circle Menutup liang pori, masalah kulit berminyak
add_circle Menjadikan kulit wajah kekal terhidrasi
add_circle Menggunakan green tea extract
remove_circle Pemakaian yang banyak boleh menyebabkan ianya bercapuk

Primer Innisfree ini sangat sesuai digunakan pada wajah yang bermasalah liang pori besar, kesan line dan berminyak.

Jadi kalau nak keluar rumah tak perlu apply heavy makeup, cukup pakai primer ini kerana sudah memberikan natural look.

Primer ini dihasilkan dari mint asli, minerals, green persimmon dan tea extracts dari Jeju. 

Semua bahan ini dapat membantu mengekalkan kelembapan dan menjadikan kulit flawless.

Cara pakai hanya perlu apply satu lapisan nipis pada wajah dan biarkan menyerap.


Bila Sepatutnya Saya Pakai Primer?

Sebenarnya, primer digunakan sebelum memakai makeup tapi jika anda pakai primer tanpa apply makeup juga tak apa.

Apa yang best pakai primer ini, looks yang terhasil sangat semula jadi dan dapat menutup masalah kulit pada wajah.

So jawapannya anda patut pakai sebelum apply makeup supaya makeup kekalkan lama. 

Semestinya ada perlu pakai pelembap wajah terlebih dahulu sebelum primer. 

Ini kerana primer adalah base makeup dan pelembap adalah untuk penjagaan kulit.

Fungsi lebih kurang sama menutup pori, melembapkan tetapi berbeza untuk keperluannya. 

Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui apakah perbezaan foundation dan primer.


Artikel Berkaitan

End of Article