Kecantikan

13 BB Cream Terbaik di Malaysia 2026 (Semua Jenis Kulit)

Untuk dapatkan solekan wajah yang kemas, boleh guna BB Cream terbaik. Jom lihat pilihan BB Cream terbaik dari jenama BB Cream yang dipercayai.


Editor · Updated 26 Jul 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

13 BB Cream Terbaik di Malaysia 2026 (Semua Jenis Kulit)

Fungsi BB Cream adalah memberi perlindungan dan meratakan warna tona kulit.

Dalam masa yang sama dapat menyembunyikan bintik hitam, kulit kemerahan dan memiliki tekstur ringan walaupun mengandungi pelembap, sunscreen, alas bedak dan primer.

Kandungan

Walaupun BB Cream merupakan produk skincare baru dalam dunia solekan tapi kini terdapat banyak pilihan BB Cream terbaik.

Jom kita lihat senarai produk skincare BB Cream terbaik dan jenama BB Cream yang berbaloi ini.


Senarai 13 BB Cream Terbaik

Canmake Perfect Serum BB Cream
BB cream untuk kulit berminyak 1 daripada 13
Canmake Perfect Serum BB Cream
Canmake
Dari RM22.05
Sesuai semua jenis kulit
Cepat mengering
Harga sedikit mahal
1 lagi
Liputan menyeluruh pada wajah

BB cream dari jenama Canmake ini tahan lama, sangat melembapkan, dan memberikan efek plumping yang diilhamkan oleh serum. 

Ia berfungsi 8 dalam 1 iaitu sebagai losyen kecantikan, serum, pek muka, asas solekan, pelindung matahari, concealer, foundation, dan penyelesaian penjimatan masa, memang sangat sesuai untuk anda yang sibuk.

Formula cepat keringnya mengurangkan rasa berminyak dan memberikan kemasan semula jadi tanpa rasa tebal. 

Sesuai untuk pagi yang sibuk, ia berfungsi sebagai asas solekan serba guna termasuk pelindung matahari, primer, dan foundation. 

Dengan liputan yang hebat, ia berkesan menyembunyikan liang pori, tona kulit tidak sekata, kekusaman, kemerahan, dan bayang-bayang bawah mata. 

Formula tahan lama ini memastikan kemasan yang sempurna dan tidak mudah hilang walaupun berpeluh dan berminyak.

THE FACE SHOP Power Perfection BB Cream SPF37 PA++
BB cream terbaik untuk usia 40 tahun 2 daripada 13
THE FACE SHOP Power Perfection BB Cream SPF37 PA++
The Face Shop
Dari RM67.90
Meningkatkan penghasilan kolagen
Liputan menyeluruh tapi tak tebal
Isipadu yang sedikit
2 lagi
Selesa pada kulit
Tahan lama

THE FACE SHOP Power Perfection BB Cream SPF37 PA++ menawarkan manfaat luar biasa dengan Omega-3, yang membuatkan kulit lebih anjal, menenangkan, memulihkan, dan melembapkan secara mendalam. 

Memang sangat sesuai untuk anda yang semakin berusia dan mahu kekal nampak muda.

Vita Skin Complex menggalakkan penghasilan kolagen dan memberikan kesan antioksidan yang kuat, memastikan kulit anda kekal muda dan berseri. 

Diuji oleh pakar dermatologi untuk penggunaan yang selamat, BB cream ini menawarkan hasil solekan yang sempurna dengan liputan yang tiada cela, melekat dengan baik, dan formula yang tahan lama. 

BB cream yang seakan-akan sel kulit ini memastikan ia melekat dengan baik tanpa rasa tebal di kulit. 

Teksturnya yang ringan dan halus mudah meresap ke dalam kulit, menjadikan kulit selesa dan mampu bernafas. 

Diuji secara klinikal untuk ketegasan, kelembapan, liputan, dan keupayaan tahan lama, BB cream ini memberikan hasil solekan yang halus dan tahan lama.

Missha M Perfect Cover BB Cream
BB cream untuk kulit sensitif 3 daripada 13
Missha M Perfect Cover BB Cream
Missha
Dari RM36.90
Membaiki & melembutkan tekstur kulit
Boleh digunakan sebagai foundation
Harga sedikit mahal
2 lagi
Meratakan tona kulit kulit
3 pilihan shades

Jangan risau jika anda mengalami masalah pigmentasi kerana BB cream Missha ini boleh menyamarkan cela-cela pada muka termasuk lingkaran gelap bawah mata. 

Bukan itu sahaja, boleh menutup jerawat dan parut kerana diformulasikan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. 

Krim BB yang mempunyai SPF42 ini turut berkesan untuk mencerahkan dan menyerikan kulit yang kusam. 

Sesuai untuk yang kurang gemar memakai mekap tebal.

SILKYGIRL Magic BB Cream
BB cream terbaik secara keseluruhan 4 daripada 13
SilkyGirl Magic BB Cream
SilkyGirl
Dari RM25.89
Halal
Tidak melekit
Hanya ada 2 variasi shades (Natural & Radiant)
3 lagi
Melembabkan kulit
Mengandungi SPF30
Sesuai untuk semua jenis kulit wajah

Sebab menjadi pilihan utama:

BB cream terbaik SilkyGirl ini bukan hanya mampu melindungi kulit dari matahari malah boleh juga dijadikan sebagai concealer dan foundation.  

Ciri-ciri:

Diformulasikan dengan Hyaluronic Acid dan Vitamin E untuk mengelakkan dari terbentuknya garis-garis halus dan untuk melawan radikal bebas dari rosakkan kulit. 

Hanya dengan sedikit sapuan sahaja, sudah cukup untuk mencerahkan kulit terutamanya jika dipakai dengan konsisten. 

Memang terbaik untuk wanita atau remaja perempuan yang baru belajar bermekap.

Review:

"Tekstur krim sangat ringan dan memberikan kemasan matte yang menaikkan seri muka. Kulit wajah pun tak nampak bercapuk. Nak blend pun mudah, boleh guna jari je."

Wardah Lightening BB Cream
BB cream glowing terbaik 5 daripada 13
Wardah Lightening BB Cream
Wardah
Dari RM14.90
Terdapat SPF 32
Terdapat 2 pilihan shades
Stok yang terhad
2 lagi
Bebas paraben & pewangi
Selamat untuk kulit sensitif

BB cream Wardah ini diformulasikan dengan Licorice, Vitamin B3 dan Vitamin C agar kulit tampil lebih cerah selepas penggunaan produk ini. 

Selain itu boleh menutup cela pada wajah termasuk masalah tona kulit yang tak sekata dan bintik hitam. 

Terdapat 2 pilihan shades iaitu Light & Natural dan paling penting, krim ini tidak melekit, jadi boleh mengawal minyak pada wajah.  

Krim BB yang berfungsi 10 dalam 1 ini kaya dengan ekstrak Aloe Vera untuk melembabkan kulit. 

Turut mengandungi antioksidan agar kulit terlindungi daripada radikal-radikal bebas sekali gus menjadikan ringan pada wajah.

IN2IT BB Bright 5 in 1 Make-up Cream
BB cream SPF 50 terbaik 6 daripada 13
IN2IT BB Bright 5 in 1 Make-up Cream
IN2IT
Dari RM29.90
Kalis air
Tahan lama hingga 18 jam
Harga mahal
1 lagi
Mampu melembabkan kulit

Krim ini bukan sahaja boleh bertindak sebagai concealer dan foundation untuk menyembunyikan cela pada muka tapi boleh menjadi primer dan sunscreen. 

Ini kerana mempunyai SPF50 PA+++ yang bagus untuk melindungi kulit dari sinar radiasi UVA dan UVB. 

Selain itu mampu melembabkan kulit kering kerana mengandungi Vitamin E & ekstrak camomile.

Dengan kandungan ekstrak cendawan, produk IN2IT juga boleh meminimalkan pori dan mengawal minyak dengan silika. 

Paling bagus, BB Cream ini jenis full coverage dan telah disahkan halal.

PIXY UV Whitening 4 Beauty Benefits BB Cream
BB cream non-comedogenic 7 daripada 13
Pixy UV Whitening 4 Beauty Benefits BB Cream
Pixy
Dari RM14.93
Tekstur ringan
SPF 30 & PA+++
Mungkin kurang sesuai dengan semua jenis kulit
2 lagi
Terdapat 3 pilihan shades
Harga murah

Anda tak perlu malu lagi untuk berdepan dengan orang ramai sebab krim BB Pixy boleh menyamarkan cela-cela wajah agar tak terlalu kelihatan. 

Jangan risau, terdapat tiga pilihan shades iaitu Ochre, Cream dan Beige, jadi semua warna kulit wanita asia boleh disesuaikan.

Saiznya kecil menjadikan BB cream ini sesuai untuk dibawa ketika melancong dans telah diuji secara klinikal. 

BB Cream tahan sehingga 12 jam dan tidak menyebabkan pori-pori tersumbat kerana jenis non-comedogenic.

IMAGES BB Cream Moisture Beauty Cream
BB cream murah 8 daripada 13
IMAGES BB Cream Moisture Beauty Cream
Partnership with
Dari RM11.49
Mengekalkan kelembapan kulit
Harga murah (bawah RM5)
Kurang sesuai dengan kulit sensitif
2 lagi
Mencerahkan kulit
Tahan lama

Walaupun harga murah tapi kualiti krim BB ini tidak mengecewakan kerana mampu melindungi liang pori dari tersumbat dan menjadikan wajah tampil lebih mulus. 

Formula krim ini ringan apabila dioles pada wajah, jadi tak akan rasa macam pakai mekap tebal. 

Lagipun, boleh mengawal minyak dan melindungi kulit dari bahan bahaya yang ada di udara. 

Cara penggunaan juga sangat mudah, anda boleh memakai produk skincare seperti krim pelembab atau toner sebelum sapu dan ratakan BB cream ini pada kulit.

IN2IT BB Aqua Water Based Make-up Cream
BB cream terbaik untuk kulit kombinasi 9 daripada 13
IN2IT BB Aqua Water Based Make-up Cream
IN2IT
Dari RM20.61
Halal & kalis air
Tahan hingga 12 jam
Bukan jenis full coverage
2 lagi
Tidak diuji ke atas haiwan
Diformulasikan dengan vitamin E

Anda pasti jatuh cinta dengan produk IN2IT ini kerana merupakan BB cream 5-dalam -1.

Antara fungsi BB Cream ini adalah boleh bertindak sebagai foundation, concealer, sunscreen, makeup base dan primer. 

Jadi, anda tak perlu pakai mekap tebal berlapis-lapis untuk menutup cela kerana krim BB ini memberikan Light to Medium coverage.

Selain itu, turut memberikan anda perlindungan matahari (UVA/UVB) dengan SPF40 PA+++. 

Kulit muka juga bakal jadi lebih berseri selepas ini kerana diperkaya dengan ekstrak aloe vera.

NEXTBEAU Collagen Solution Glow BB Cream
BB cream korea terbaik 10 daripada 13
NEXTBEAU Collagen Solution Glow BB Cream
Dari RM34.65
Terdapat 2 pilihan shades
Mengurangkan kedutan
Harga mahal
3 lagi
Mencerahkan kulit
Tidak melekit
Mengandungi pewangi

Krim BB dari Korea dengan kolagen ini berkesan menyembunyikan kesan cela-cela pada wajah dan meremajakan semula kulit yang kelihatan penat. 

Tekstur krim ini ringan pada kulit, jadi tak terasa seperti pakai mekap tebal sesuai dipakai pada semua jenis kulit. 

Paling bagus, dengan SPF 50+, kulit juga dilindungi daripada sinaran UVA dan UVB. 

Turut mengandungi Zinc Oxide dan Arbutin untuk hasil kulit yang lebih cantik dan tona kulit juga bakal tampak lebih semulajadi dengan BB cream ini. 

Cara penggunaan, produk skincare dipakai seperti biasa sebelum sapu krim ini. 

Dermacol BB Magic Beauty Cream 8-In-1
BB cream untuk kulit berjerawat 11 daripada 13
Dermacol BB Magic Beauty Cream 8-In-1
Partnership with
Dari RM40
Tekstur ringan
2 pilihan shades (Nude & Shell)
Harga mahal
3 lagi
Meratakan tona kulit yang tak sekata
Mencerahkan & melembabkan kulit
Perlindungan matahari hanya SPF15

Tak perlu ragu untuk sapu krim BB ini pada wajah sebab bebas paraben jadi sesuai dengan semua jenis kulit termasuk kulit yang mudah berjerawat.

Selepas pakai, tona kulit anda akan tampil seperti semula jadi malah dengan kandungan hyaluronic acid dapat membantu memperbaharui sel kulit. 

Hasilnya, kulit muka akan jadi lebih anjal manakala ekstrak biji epal boleh mengelakkan kulit daripada kendur. 

Setiap noda dan cela pada muka dapat disamarkan tanpa perlu pakai mekap yang tebal. Bagus kan?

PURITO CICA Clearing BB Cream 30ml
BB cream untuk kulit kering 12 daripada 13
PURITO CICA Clearing BB Cream 30ml
Partnership with
Dari RM81.06
Sesuai untuk kulit kering & kombinasi
Tekstur ringan pada muka
Kurang sesuai dengan kulit sensitif
2 lagi
Krim mudah diratakan
Medium coverage

Diformulasi dengan ekstrak Centella Asiatica dan Allantoin jadi krim BB Purito Cica ini sangat baik untuk menghidratkan dan melindungi kulit. 

Turut mengandungi Niacinamide dan Panthenol. Memang terbaik untuk menutup cela akibat masalah tona dan tekstur kulit yang tak sekata. 

Produk kecantikan ini juga boleh memberikan kemasan licin bak sutera pada kulit sekaligus menjadikan wajah tampak lebih segar dan sihat. 

Terdapat 5 pilihan shades, antaranya Neutral Ivory, Rose Ivory, Light Beige, Natural Beige, Deep Warm dan Sand Beige.

L'Oreal Magic Skin Beautifier BB Cream
BB cream terbaik untuk remaja 13 daripada 13
L'Oreal Paris Magic Skin Beautifier BB Cream
L'Oreal Paris
Dari RM31
Menutup kemerahan kulit
Mudah diratakan pada wajah
Harga mahal
1 lagi
Kulit jadi lebih flawless

BB cream L’Oreal ini pula hadir dengan 5 variasi krim yang sesuai dengan golongan wanita.

Antaranya Anti-Redness, Anti-Fatigue, Light, Medium dan Deep malah bagus untuk meneutralkan kemerahan kulit. 

Krim BB Anti-Fatique sesuai dengan semua jenis kulit manakala BB Cream Anti-Redness pula sesuai dengan semua tona kulit. 

Barulah anda akan lebih yakin untuk depan orang ramai kerana noda dan cela pada wajah dah ditutup.


Perbezaan BB cream & CC cream 

Sekali imbas, BB cream dan CC cream mungkin kelihatan sama tapi sebenarnya kedua-dua krim kecantikan ini berbeza. 

Krim BB atau Blemish Balm (juga dikenali sebagai Beauty Balm cream) mempunyai tekstur krim yang lebih ringan jika nak dibandingkan dengan foundation. 

Coverage BB cream adalah light hingga medium sahaja, jadi jika anda inginkan krim yang boleh menutup kesemua cela atau parut yang jelas pada wajah, tak sesuai untuk guna BB cream. 

Sebaliknya sesuai dipakai oleh individu yang wajahnya tidak begitu bermasalah dan mahukan kulit yang tak nampak kusam dan no makeup makeup look. 

Formula krim BB juga selalunya boleh menghidratkan kulit dan mempunyai perlindungan SPF. 

Manakala CC cream atau Colour Correcting pula memberikan coverage yang lebih bagus daripada BB cream. 

Jadi, memang sesuai untuk anda yang memiliki muka yang berjeragat, merah-merah atau ada lingkaran gelap bawah mata dan parut jerawat yang sangat ketara. 

Pemakaian krim CC ini juga digalakkan untuk anda yang memiliki pori besar atau tekstur kulit yang tak sekata. 

Jom lihat video di bawah untuk penjelasan lebih jelas perbezaan kedua produk skincare ini.


BB Cream Itu Apa?

BB cream merupakan singkatan untuk "Beauty Balm" atau "Blemish Balm," dan ia merupakan produk penjagaan kulit serba guna yang menggabungkan beberapa langkah penjagaan kulit dan solekan dalam satu produk.

BB cream biasanya berfungsi sebagai pelembap bagi memastikan kulit tetap terhidrat sepanjang hari.

Selain itu, ia juga mempunyai fungsi sunscreen kerana kandungan SPF, jadi boleh melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya.

Turut berfungsi sebagai asas solekan untuk membuat solekan tahan lebih lama, sebagai foundation bagi menyamakan tona kulit dan menutupi ketidaksempurnaan, serta sebagai consealer untuk menyembunyikan cela seperti jerawat, kemerahan, dan lingkaran gelap bawah mata.

Selain itu, BB cream juga boleh berfungsi sebagai agen anti-penuaan kerana mengandungi bahan-bahan anti-penuaan untuk membantu mengurangkan garis halus dan kedutan.

Tidak lupa juga sebagai agen mencerahkan kulit dengan kandungan bahan yang membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan hiperpigmentasi.

BB cream sangat popular kerana ia menawarkan kemudahan dengan menyatukan pelbagai langkah penjagaan kulit dan solekan dalam satu produk, menjadikannya pilihan yang ideal untuk anda yang mahukan rutin kecantikan yang ringkas dan efisien.


Kebaikan BB Cream Berbanding Foundation

Ada di antara mungkin tertanya-tanya adakah BB cream lebih baik berbanding foundation?

BB cream dan foundation kedua-duanya digunakan untuk meratakan tona kulit dan memberikan liputan, tetapi terdapat beberapa kebaikan BB cream berbanding foundation:

Pelbagai Fungsi dalam Satu Produk

BB cream biasanya menggabungkan beberapa fungsi penjagaan kulit dan solekan dalam satu produk, termasuk pelembap, pelindung matahari, primer, foundation, dan kadangkala ada juga fungsi serum atau bahan anti-penuaan. Ini menjadikannya pilihan yang lebih praktikal dan efisien.

Tekstur Lebih Ringan

BB cream mempunyai tekstur yang lebih ringan berbanding foundation, memberikan hasil yang lebih semula jadi dan kurang berasa tebal di kulit. Ia sesuai untuk kegunaan harian dan memberikan rasa lebih selesa pada kulit wajah.

Melembapkan Kulit

Kebanyakan BB cream mengandungi bahan pelembap yang membantu menjaga kelembapan kulit sepanjang hari, menjadikannya pilihan yang baik untuk kulit kering atau dehidrasi.

Perlindungan Matahari

BB cream juga biasanya mengandungi SPF (Sun Protection Factor) yang memberikan perlindungan tambahan daripada sinaran UV, mengurangkan risiko kerosakan kulit akibat sinaran cahaya matahari.

Mencerahkan dan Merawat Kulit

Banyak BB cream mengandungi bahan-bahan yang membantu mencerahkan kulit, mengurangkan hiperpigmentasi, dan merawat masalah kulit lain seperti jerawat atau penuaan.

Mudah Digunakan

Dengan pelbagai manfaat dalam satu produk, BB cream memudahkan rutin kecantikan kerana mengurangkan bilangan produk yang perlu digunakan. Lebih jimat masa dan duit.

Hasil yang Lebih Semula Jadi

BB cream memberikan liputan yang lebih ringan hingga sederhana, sesuai untuk mereka yang menginginkan hasil yang lebih semula jadi dan tidak terlalu "berat" atau "tebal" pada kulit.

Kurang Menyumbat Pori

Tekstur yang lebih ringan dan bahan yang lebih mesra kulit dalam BB cream menjadikannya kurang membuatkan pori-pori tersumbat, jadi boleh mengurangkan risiko jerawat atau iritasi kulit.

Walaupun begitu, foundation mungkin masih lebih sesuai bagi mereka yang memerlukan liputan penuh atau yang ingin mencapai hasil yang lebih profesional dan tahan lama, terutama untuk majlis-majlis khas atau semasa sesi fotografi.


Artikel Berkaitan 

Lagi daripada ProductNation