Kecantikan

10 Foundation Full Coverage Terbaik di Malaysia 2026

Anda mencari foundation bagus yang hasilnya full coverage? Jom lihat senarai foundation full coverage terbaik untuk semua jenis kulit muka.

A
Editor · Updated 10 Apr 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Foundation Full Coverage Terbaik di Malaysia 2026

Foundation merupakan make up asas untuk memberi kesan kulit yang flawless dan terdapat banyak jenis mengikut kesesuaian jenis kulit.

Foundation atau bahasa melayu, bedak asas merupakan antara produk solekan yang berfungsi menutup cela dan meratakan warna kulit.

Kandungan

Ada pelbagai jenis foundation di pasaran dan yang paling terkenal semestinya foundation full coverage untuk dapatkan make up look yang lebih sempurna.

Jika anda masih keliru dan tercari-cari foundation full coverage paling on, anda jangan risau sebab kami ada senarai terbaik untuk anda.

Jom lihat jenama foundation full coverage terbaik untuk buatkan solekan anda nampak lebih kemas!


Senarai 10 Foundation Full Coverage Terbaik

Foundation farmasi terbaik
Foundation dari drugstore – murah dan kualiti setanding jenama mahal 1 daripada 10
Wardah Exclusive Liquid Foundation
Wardah
Dari RM38.40
Mengandungi teknologi Soft Focus
Mengandungi Vitamin E
Tekstur sedikit cair
1 lagi
Tekstur ringan

Wardah Exclusive Liquid Foundation ini memiliki tekstur jenis cecair dan kaya dengan anti sinaran UV untuk halang sinaran matahari merosakkan kulit wajah anda.

Selain itu, foundation ini ada agen Teknologi Soft Focus berfungsi meminimumkan garis-garis halus kedutan pada wajah.

Paling menarik, foundation ini tersedia dalam 5 tona berbeza dan mengandungi Vitamin E serta Macademia Oil untuk memberikan kemas wajah yang glowing.

Dengan harganya murah, foundation ini masih setanding jenama mahal tau jadi solekan anda akan nampak lebih cantik!

Teksturnya juga ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit serta akan memberi kelembapan kulit wajah anda dengan sempurna.

Foundation full coverage 2 daripada 10
Rimmel Lasting Finish 25 Hour Foundation (30ml)
Rimmel
Dari RM28.43
Mengandungi Vitamin E
Tidak keringkan kulit
Tekstur sedikit cair
1 lagi
Ada 6 pilihan tona

Rimmel Lasting Finish 25 Hour Foundation diproses dengan gabungan serum serta Vitamin E, formulasi cecair long-wear ini memberi pertahanan terhadap kesan peluh dan panas.

Selain itu, foundation ini membantu menghidrat kulit sepanjang pemakaian dan membuatkan kulit nampak lembap sepanjang hari.

Dihasilkan dengan 6 tona berbeza, foundation dari London dengan SPF20 ini akan membantu anda mencapai kulit idaman dengan lancar serta memberi keselesaan.

Walaupun teksturnya sedikit cair, tetapi foundation ini ringan dan mudah diratakan pada kulit anda dan pastinya akan buatkan muka anda nampak lebih flawless!

Foundation farmasi terbaik untuk remaja
Foundation full coverage untuk kulit berminyak 3 daripada 10
Maybelline Fit Me Matte Poreless Liquid Foundation
Maybelline
Dari RM44.63
Perlindungan SPF 22
Formula Superfine Silky Particies
Terlalu berminyak
2 lagi
Lebih 20 jenis pilihan tona warna
Tekstur sedikit berat

Bersifat bukan komedogenik, Maybelline Fit Me! Matte+Poreless foundation ini dan telah terbukti berkesan buat yang mempunyai kulit cenderung minyak.

Foundation ini memberi hasil kemasan matte yang mampu menutup segala cela serta memberi pengawasan minyak selama 24 jam. Sangat mudah!

Dengan teksturnya ringan, foundation ini akan menyembunyikan segala ketidaksempurnaan, masalah cela serta menjadi kanvas pada solekan yang baik.

Bukan sahaja itu, ia mengandungi Micro Powder yang pantas bagi penyerapan  minyak, meninggalkan kulit wajah anda dengan kemasan semulajadi yang halus.

Foundation untuk jeragat dan kulit sensitif 4 daripada 10
Mary Kay Timewise Luminous-Wear Liquid Foundation (29ml)
Mary Kay
Dari RM44.90
Mengandungi Vitamin E, Peptida & kolagen
Tekstur ringan
Harga mahal

Dilengkapi dengan bahan utama yang berkemampuan melawan jerawat seperti Vitamin E, Peptida dan kolagen, foundation ini memberi ketenangan ketika memakai, bebas iritasi dan membantu mencegah pertumbuhan jerawat serta kawalan sebum berlebihan. 

Tekstur foundation dari Mary Kay yang ringan ini berfungsi untuk meredakan keradangan kulit serta bintik-bintik merah akibat iritasi.

Bukan sahaja ia berupaya menutup kesan jeragat dan jerawat, tetapi juga melindungi sensitiviti kulit dengan kesan berpanjangan.

Jika anda baru sahaja mula cuba memakai foundation, anda boleh dapatkan Mary Kay Timewise Luminous-Wear Liquid Foundation kerana mudah digunakan dan kulit nampak cantik.

Foundation untuk kulit kering 5 daripada 10
Revlon ColorStay For Normal/Dry Skin Foundation SPF20 (30ml)
Revlon
Dari RM37.14
Effect glowing
Bertahan sehingga 24jam
Tekstur tebal
2 lagi
22 jenis tona warna
Release time technology

Foundation mampu milik kegemaran ramai, Revlon ColorStay Normal & Dry Foundation ini membantu menghidrat dan melindungi kulit dari sinaran UV dengan SPF20 selama 24 jam.

Formula asas yang bebas minyak ini juga mampu melahirkan hasil liputan yang penuh dengan hanya satu sapuan, anda hanya perlukan sedikit sahaja jika mahukan light wear.

Paling menarik, foundation ini mengandungi inti pati asid Hyaluronik bagi mengimbangi tahap kelembapan wajah anda. 

Dengan pilihan 24 tona, kini anda tidak perlu bimbang lagi tentang kesan rekahan di kulit akibat dehidrasi. Sangat bagus!

Foundation full coverage dengan kemasan matte 6 daripada 10
L'oreal Paris Infallible Pro Matte Foundation (30ml)
L'oreal Paris
Dari RM41.94
Tektur matte & ringan
Waterproof
Mengandungi alkohol
1 lagi
Sesuai untuk kulit berminyak

Ringan dan berkrim, produk popular L’Oreal Paris Infallible Pro Matte Foundation ini memberi kemasan matte berpanjangan sehingga 24 jam.

Foundation ini membantu menyembunyikan ketidaksempurnaan serta kesan pigmentasi untuk hasil kulit yang lebih licin dan berseri.

Selain itu, kalis air dan kalis peluh serta bersifat non-comedogenic, membuatkan produk ini setanding dengan jenama mahal yang terdapat di pasaran.

Hanya dengan satu atau dua titisan, katakan selamat tinggal kepada parut jerawat, bintik hitam dan kemerahan pada kulit wajah anda.

Foundation full coverage sesuai untuk remaja 7 daripada 10
NYX Professional Makeup Can’t Stop Won’t Stop Matte Finish Foundation (30ml)
NYX Professional Makeup
Dari RM189
Sesuai untuk remaja
Tekstur ringan
Harga mahal
1 lagi
Ada 45 pilhan warna

Ringan, kalis air serta berpigmentasi tinggi, foundation keluaran NYX ini memang serasi buat para remaja yang sedang menyesuaikan diri dengan penggunaan make up.

Terdapat dalam 45 warna berbeza, rumusan cecair yang selesa ini memberikan liputan matte berpanjangan sehingga 24 jam.

Selamat digunakan setiap hari, foundation ini telah direka demi kesesuaian semua jenis kulit dari kulit sensitif kepada kulit kering.

Gunakan foundation ini bersama berus kabuki atau beauty blender untuk hasil kemasan yang sempurna.

Foundation full coverage untuk pengantin 8 daripada 10
DIOR Backstage Face & Body Foundation (50ml)
Dior
Dari RM155
Tekstur ringan
Harga mahal

DIOR Backstage Face & Body Foundation ini mampu menjadi asas solekan berpanjangan sehingga 24 jam jadi solekan anda akan kekal cantik sepanjang hari.

Tekstur ringan dan sangat selesa, foundation ini sesuai untuk yang berkulit kombinasi kerana ianya tidak mengeringkan kulit wajah serta mengekalkan hidrasi dalam pada masa yang sama, mengawal akses lebihan sebum.  

Dengan pilihan 21 variasi warna, mengikut kesesuaian tona dan jenis kulit, foundation ini memberi hasil kemasan matte yang tampak sangat natural.

Foundation ini akan melitupi segala ketidaksempurnaan, bebas minyak, kalis air serta tahan di bawah terikan matahari tau.

Foundation yang mengandungi SPF dan tahan lama
Foundation full coverage dengan hasil dewy 9 daripada 10
MAC Studio Fix Fluid SPF 15 Foundation
Dari RM185
Hasil kemasan dewy
Sesuai untuk kulit kering
Harga mahal

MAC Studio Fix Fluid SPF 15 Foundation ini mempunyai hasil yang berpanjangan sehingga 12 jam tanpa menunjukkan kesan kedutan atau rekahan!

Studio Fix Fluid klasik dari MAC ini telah menjadi kegilaan ramai kerana ia memberi hasil dewy yang sangat mengagumkan terutamanya kepada kulit berminyak. 

Foundation ini juga membantu mengunci akses sebum serta berupaya menutup kesan cela sedia ada dan membantu meningkatkan tekstur kulit dan memberi liputan sempurna.

Anda jangan risau, foundation ini tahan lama, mesra foto dan tidak mengeringkan kulit wajah anda. 

Foundation bersifat water based 10 daripada 10
Make Up For Ever Water Blend Foundation (50ml)
Make Up For Ever
Dari RM115.90
Sesuai untuk semua jenis kulit
Kekalkan kelembapan kulit
Harga mahal
1 lagi
Tester water based

Ideal untuk semua jenis kulit, Make Up For Ever Water Blend Foundation ini mempunyai sifat water based atau asas air yang memberi liputan menyeluruh buat kulit anda.

Dirumuskan dengan 80% air dan diperkaya dengan pro-vitamin B5, foundation ini membantu menghidrat dan meningkatkan keanjalan kulit. 

Boleh didapati dalam 20 variasi warna, ianya sangat selesa dipakai, tahan lama dan tidak mudah merekah.

Jangan risau, kulit anda akan terasa segar dan nyaman, bebas rasa melekit dan berminyak.


Apakah maksud full coverage foundation & fungsinya?

Secara ringkas, full coverage atau liputan penuh adalah krim asas yang boleh memberi ilusi pada kulit anda agar kelihatan lebih licin, bebas cela segala ketidaksempurnaan.

Anda juga akan dapat kurangkan kesan bintik hitam, jerawat, jeragat dan ruam merah  pada wajah dan foundation ini boleh dilindungi dengan sempurna. 

Selain itu, kebanyakan full coverage foundation juga mempunyai kandungan SPF dan pelembap yang tinggi untuk memberi penampilan kesegaran kulit.

Tidak kira apa jua jenis kulit anda, full coverage foundation memang sangat disarankan terutama buat anda yang selalu keluar untuk menghadiri majlis dari siang ke malam.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation