Kecantikan

14 Cleansing Oil Terbaik di Malaysia 2026 - Jenama Bagus

Cleansing oil terbaik untuk semua jenis kulit wajah memang banyak daripada jenama oil cleanser terbaik di pasaran. Jom lihat senarai oil cleansing terbaik.


Editor · Updated 20 Feb 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

14 Cleansing Oil Terbaik di Malaysia 2026 - Jenama Bagus

Kini, cleansing oil sudah mula menjadi trend kepada makeup junkie kerana penggunaan pembersih minyak ini banyak kebaikan pada kulit kita. 

Untuk anda yang gemar memakai solekan setiap hari, anda boleh cuba melakukan teknik double cleanser terbaik ini menggunakan double cleansing oil supaya kulit anda lebih sihat. 

Kandungan

Kalau anda nak tahu, kebaikan cleansing oil ialah dapat membersihkan liang pori muka kita yang tersumbat oleh kerana penggunaan produk yang banyak.

Sekaligus, akan menyihatkan kulit muka, membuang makeup dengan mudah dan menghapus segala kotoran yang berasaskan minyak pada wajah anda. 

Cleansing oil untuk semua jenis kulit wajah termasuk sensitif dan jerawat sudah banyak di pasaran dan lebih mudah, anda boleh dapatkan oil cleanser terbaik secara online.

Jadi tunggu apa lagi, jom lihat senarai oil cleansing terbaik untuk bersihkan wajah.


Senarai 14 Cleansing Oil Terbaik

SKINTIFIC White Truffle Cleansing Essence Cleanser 1
Cleansing oil terbaik secara keseluruhan 1 daripada 14
SKINTIFIC White Truffle Cleansing Essence Cleanser
Dari RM111
Sesuai untuk semua jenis kulit
Menegangkan kulit wajah
Harga sedikit mahal
1 lagi
Melembap dan melembutkan kulit wajah

Sebab menjadi pilihan utama:

Skintific White Truffle Cleansing Essence menjadi yang terbaik kerana sesuai digunakan pada semua jenis kulit, termasuk jenis kulit yang sensitif.

Ia juga menggabungkan manfaat essence dan pencuci menjadi satu, jadi lebih jimat untuk digunakan.

Ciri-ciri:

Oil cleanser ini memberikan pembersihan mendalam sambil mengekalkan penghalang semula jadi kulit. 

Diperkaya dengan Truffle Putih berkualiti tinggi dari Alba yang terkenal kerana kaya dengan asid lemak, peptida, dan Vitamin C, essence pembersih ini meningkatkan kulit yang lembut dan sihat

Selain itu, kandungan Amino Acid bertindak menyimpan atau mengekalkan kandungan air pada kulit bagi memastikan tahap kelembapan optimum 

Ia turut memberikan tekstur kulit yang lembut dan tegang. 

Diformulasikan dengan 5X Ceramide, oil cleanser ini membantu mengekalkan skin barrier yang sihat, melindungi daripada pencemaran luar.

Skintific White Truffle Cleansing Essence bebas dari alkohol, pewangi, dan paraben, menjadikannya selamat untuk digunakan walaupun pada skin barrier yang rosak. 

Review:

“Suka dengan tekstur pencuci muka ni. Kulit rasa lembut lepas guna dan ada bau yang tak terlalu kuat. Pakai satu pump pun dah boleh cover satu muka, jadi memang jimat.” 

Cleansing oil untuk kulit kombinasi 2 daripada 14
Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil 150ml
Klairs
Dari RM99
Kaya dengan mineral dan vitamins
Hypoallergenic untuk kulit sensitif
Perlu bilas wajah dengan air suam
2 lagi
Melembapkan kulit
Mengawal penghasilan minyak

Keajaiban daripada alam semula jadi, produk Klairs ini diterbangkan khas daripada Korea untuk pengguna wanita Asia. 

Turut mengandungi gabungan minyak sayuran yang dapat membantu dari segi penjagaan wajah. 

Teksturnya lembut dan tidak meninggalkan kesan melekit selepas dibilas, kulit wajah anda akan terasa lebih lembut dan selesa.

Produk ini juga amat sesuai untuk kulit sensitif kerana diformulasi dengan hypoallergenic.

Diperkaya dengan minyak bijan hitam, kacang hitam dan anggur hitam yang akan membantu mengawal pengeluaran sebum. 

Dalam masa yang sama, anda dapat meningkatkan keanjalan pada kulit, menghidrasi wajah, sebagai anti-oksidan, menegangkan kulit serta menghalang lembapan di kulit supaya lebih terhidrat. 

Cleansing oil untuk remaja 3 daripada 14
Simple Kind to skin Hydrating Cleansing Oil
Dari RM46.99
100% natural dari grapeseed oil
Melembapkan kulit
Tak begitu berkesan untuk jika pakai mascara
4 lagi
Tidak berminyak pada kulit, selepas dibasuh
Kurang kegatalan atau rasa kering
Bebas dari pewangi tiruan serta pewarna
Harga mahal

Cleansing oil jenama Simple sering dicari-cari oleh pengguna berkulit sensitif kerana kandungan bahannya sesuai untuk anda yang mempunyai kulit yang cepat iritasi. 

Apa yang menarik, produk ini diperbuat 100% dari grapeseed oil asli yang akan menjadikan kulit lebih sihat, melembapkan kulit malah menganjalkan kulit wajah anda. 

Selain sesuai untuk kulit sensitif dan kering, cleansing oil ini bebas pewangi tiruan dan juga bebas pewarna jadi kulit anda tidak mudah kering dan menjadi merah.

Diperkaya dengan bahan pelembap yang akan menjaga kulit sensitif yang rapuh dan memastikan liang pori bersih dan tidak tersumbat.

Kalau anda baru nak mencuba cleansing oil boleh dapatkan produk ini kerana lebih ringan dan mudah digunakan.

Cleansing oil untuk pori tersumbat 4 daripada 14
Biore Makeup Remover Cleansing Oil
Biore
Dari RM32.70
Tidak menyebabkan pori tersumbat
Menanggalkan seluruh makeup pada wajah termasuk waterproof mascara
Ada pewangi tambahan
1 lagi
Tidak membuatkan kulit berminyak

Biore Makeup Remover Cleansing Oil sangat sesuai untuk mereka yang sering mengenakan makeup pada seluruh wajah setiap hari.

Jika anda penggemar solekan, pembersih minyak ini amat sesuai untuk membuang dan membersih kesan solekan degil di wajah anda. 

Formula yang ringan dan senang dibilas membuatkan rutin pembersihan wajah amat mudah sekali. Kulit anda akan rasa fresh!

Cleansing oil ini amat sesuai dengan semua jenis kulit kecuali sensitif kerana mengandungi pewangi yang kuat.

Paling menarik, produk ini amat bagus digunakan sebagai pembersih solekan dan pembersih wajah kerana akan membuatkan kulit anda menjadi lembut selepas dibilas.

Cleansing oil terbaik di drugstore 5 daripada 14
Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil (200ml)
Neutrogena
Dari RM66.30
Mineral oil natural untuk membersih kulit wajah
Butylene Glycol merawat tanda jerawat
Harga mahal
2 lagi
Mengunci kelembapan pada kulit
Mengandungi pewangi

Cleansing oil jenama Neutrogena amat popular dengan rumusannya yang mampu melawan minyak muka berlebihan dengan teknik menarik minyak atau ‘oil pulling’

Selain itu, akan membersih sebum di muka serta menyingkirkan kotoran yang tersumbat dalam pori anda dengan mudah.

Anda jangan risau, dengan penggunaan cleansing oil ini akan jadikan kulit anda lembap tanpa memberikan kesan berminyak. 

Walaupun formulanya yang mengandungi minyak tetapi sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak juga.

Paling menarik, cleansing oil terbaik Neutrogena ini mengandungi Butylene Glycol merawat tanda jerawat.

Cleansing oil untuk kulit berminyak 6 daripada 14
Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Cleansing Oil (200ml)
Hada Labo
Dari RM47.12
Asid Hyaluronik menghidratkan kulit wajah
Minyak zaitun bagus untuk menanggalkan makeup
Tidak berkesan untuk produk waterproof
2 lagi
Rosehip oil, membantu mengurangkan pigmentasi
Macadamia oil tidak menyebabkan iritasi

Jika anda mempunyai kulit kombinasi, kami sarankan anda untuk mencuba cleansing oil dari Hada Labo.

Ini kerana produk yang melembap sebenarnya membaiki penghadang lembapan pada lapisan wajah supaya kulit akan berhenti menghasilkan sebum ekstra.

Diperkaya dengan asid Hyaluronik yang melembap serta menghidrat wajah ketika melakukan kerja-kerja pembersihan. 

Minyak zaitun secara semula jadi bagus untuk menanggalkan makeup pada kulit malah menjadikan kulit lebih lembap dan sihat. 

Bukan hanya berfungsi sebagai cleansing oil, turut melindungi kulit daripada kesan pencemaran seperti asap kenderaan, jerebu, dan radikal bebas melekat pada kulit. 

Safi Micellar Oil Honey & Olive
Cleansing oil murah 7 daripada 14
Safi Micellar Oil Honey & Olive
Dari RM23.13
Formulasi micellar water dan minyak
100% bahan natural active honey
Madu mungkin menyebabkan iritasi pada sesetengah jenis kulit
2 lagi
Mengandungi Nano Micelles
Mengandungi Honey extract

Siapa sahaja tidak mengenali produk dari jenama Safi? Kalau anda tertarik, boleh cuba cleansing oil keluaran Safi ini yang berasaskan bahan asli.

Diformulasi dengan micellar water, base minyak dan nano micelles akan mencuci kotoran di kulit anda dengan baik serta bersihkan makeup pada wajah dengan baik.

Dengan penggunaan yang berterusan, anda dapat kembalikan semula kulit wajah bersih dengan mudah.

Selain itu, ekstrak madu dalam cleansing oil ini akan mengekalkan kelembapan pada kulit wajah anda serta memberikan kesan berseri.

Malah campuran lain seperti minyak zaitun pula mampu memberikan kesan anjal pada kulit, bukan hanya membersih dan menjadikan kulit lebih cantik serta sihat.

NUTOX Youth Restoring Cleansing Oil
Cleansing oil untuk kulit jerawat 8 daripada 14
NUTOX Youth Restoring Cleansing Oil
Dari RM46.32
Mengurangkan blackhead/whitehead
Mengurangkan tanda penuaan
Harga mahal
2 lagi
Menanggalkan makeup waterproof
Mengandungi sarang burung sweet almond oil

Nutox antara jenama kosmetik yang besar dan tahap keberkesanannya juga tidak dinafikan sangat berkesan dan bagus, begitu juga dengan cleansing oil keluarannya ini. 

Cleansing oil ini berkesan untuk membuang makeup jenis waterproof dengan mudah dan liang pori kulit juga bersih. 

Diformulasi dengan sarang burung dan sweet almond oil yang kaya dengan pelbagai khasiat ini akan mengurangkan puffy eyes dan merawat jerawat pada wajah anda.

Bukan itu sahaja, cleansing oil ini membersih kulit hingga lapisan dalam dan akan bantu mengurangkan tanda penuan pada kulit anda.

Kalau anda mahukan kulit bersih, sihat dan makin cantik, anda boleh cuba cleansing oil dari Nutox ini.

Beauty of Joseon Ginseng Cleansing Oil
Cleansing oil untuk kulit kering 9 daripada 14
Beauty of Joseon Ginseng Cleansing Oil
Dari RM14.28
Tidak menyumbat liang pori-pori
Meninggalkan kesan kelembapan
Tekstur yang terlalu berair
1 lagi
Anti penuaan

Jika kulit muka anda terlalu berminyak, cuba teknik 'double cleansing' di mana anda perlu mencuci muka dengan menggunakan cleansing oil terlebih dahulu.

Bukan apa, kalau lubang pori tak dibersihkan dengan baik, kesannya menyebabkan kulit keradangan.

Jadi, dengan bahan Glycine Soja dan Ginseng Seed oil yang ada dalam jenama Beauty of Joseon ini, ia dapat menyingkirkan kotoran dan sisa makeup tanpa memedihkan kulit.

Dengan campuran bahan ini juga sekaligus dapat mengelakkan sebarang pertumbuhan jerawat atau bintik-bintik merah pada kulit wajah.

Beauty of Joseon juga menggunakan teknologi Micellar cleansing yang berfungsi seperti magnet untuk menyerap segala kekotoran yang ada pada wajah.

Yang penting, pencuci muka ini tidak akan memberikan kesan yang kering pada kulit anda. 

Aiken Derma Care Deep Cleansing Oil Control Skin Cleanser 150G
Cleansing oil untuk kulit sensitif 10 daripada 14
Aiken Derma Care Deep Cleansing Oil Control Skin Cleanser 150G
Dari RM9.17
Meningkatkan fungsi penghalang kulit
Mengunci kelembapan dan mencegah kekeringan
Satu botol tahan 1 bulan
3 lagi
pH seimbang
Diuji secara dermatologi
Tanpa minyak mineral, paraben, pewangi, alkohol & silikon

Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, kombinasi atau berminyak, gunakan je deep cleansing oil Aiken Derma Care.

Dirumus dengan ceramide yang dapat meningkatkan fungsi penghalang kulit, mengunci kelembapan dan mencegah kekeringan kulit.

Selain itu, minyak calendula dapat menenangkan dan mengurangkan kemerahan kulit serta mencegah kerosakan akibat sinar UV.

Ditambah lagi Asid Salisilik yang meresap jauh ke dalam pori-pori untuk menanggalkan kulit mati, melawan jerawat, membuka liang tersumbat, dan mengawal pengeluaran sebum.

Terbukti secara saintifik dapat menghilangkan bahan pencemar (PM2.5) dan formulasinya yang bebas sabun membersih segala minyak dan kotoran di wajah secara mendalam.

Hasilnya, kulit jadi lebih bersih, tanpa kilauan bersinar dan kekal lembap.

Malah, menurut seorang pengguna telah menggunakan oil cleanser Aiken ini sebanyak 8 botol dan cuci makeup pun hilang dengan mudah.

Skin1004 Madagascar Centella Light Cleansing Oil
Cleansing oil untuk blackhead 11 daripada 14
Skin1004 Madagascar Centella Light Cleansing Oil
Dari RM24.65
Bau herba
Bahan-bahan hypoallergenic
Teksturnya sedikit cair bagi sesetengah
2 lagi
Selamat untuk semua jenis kulit
Senang cuci

Cleansing Oil dari jenama Skin1004 dibuat dengan campuran minyak Centella dari Madagascar dan 6 minyak berasaskan tumbuhan. 

Dengan formula ringan dan bahan-bahan hypoallergenic, produk ini mampu mencairkan kotoran dan solekan dengan lembut sekaligus membersihkan kulit.

Memiliki formula khas SKIN1004 dengan campuran kelapa diekstrak minyak MCT dengan ekstrak Centella asiatica.

Selain itu, memenangi anugerah Kecantikan 2019 #1 Minyak Pembersih di platform Hwahae.

Bukan sahaja efektif menanggalkan heavy makeup, malah mereka yang ada blackhead atau whitehead tu boleh cuba cleansing oil terbaik ni.

Ringan pada muka, senang blend dengan kulit and lepas basuh muka memang terasa lembut, sejuk dan tidak kering!

SKINTIFIC Mugwort Purifying Micellar Water Cleansing Oil
Cleansing oil terbaik Skintific 12 daripada 14
SKINTIFIC Mugwort Purifying Micellar Water Cleansing Oil
Dari RM35
Meninggalkan rasa lembap
Membersihkan solekan kalis air
Perlu basuh semula dengan pencuci muka
2 lagi
Membantu membersihkan kotoran dan minyak pada muka
Mengekalkan penghalang kulit

Skintific Mugwort Micellar Water Cleansing Oil mengandungi 3 bahan utama yang sangat bagus untuk kulit iaitu Mugwort, Centella, dan Ceramide.

Mugwort membantu melembapkan dan mencegah jerawat, centella menenangkan kulit muka dan ceramide pula mengekalkan penghalang kulit.

Bukan sahaja membersihkan muka daripada kotoran, tetapi juga solekan kalis air dalam 1 sapuan sahaja tanpa rasa melekit atau berminyak.

Tambah lagi, produk ini hadir dalam botol bersaiz besar 300 ml yang ada pump, jadi lebih bersih dan mudah digunakan.

Sesuai untuk kegunaan harian, hanya perlu letak pada kapas dan sapu pada muka!

anua cleansing oil
Cleansing oil korea terbaik 13 daripada 14
Anua Cleansing Oil
Dari RM19
Boleh menghilangkan whitehead dan blackhead
Tidak mengeringkan
Sedikit cair
3 lagi
Sesuai untuk kulit normal, berjerawat dan berminyak
Tidak menyakitkan mata atau menyumbat pori
Perlu bilas dengan air suam

Cleansing oil yang tular dari jenama Anua hadir dalam tekstur ringan dan mengandungi minyak jojoba, buah zaitun dan biji anggur. 

Berkesan menghilangkan kekotoran kulit, bintik hitam dan sebum tanpa menyumbat liang pori.

Sesuai untuk kulit yang berjerawat dan hasilnya kulit lebih segar serta terhidrat. 

Cara menggunakan juga mudah, sapukan minyak pembersih pada kulit kering dan urut perlahan-lahan sehingga solekan dan kekotoran cair sepenuhnya.

Dalam botol bersaiz 20ml dan boleh letak dalam beg, senang nak bawa travel atau kemana-mana sahaja!

Ada yang dah cuba pakai selama seminggu lebih, jerawat mereka memang tak naik dan kulit rasa lembut.

SKINMADE Grape Seed Oil + Squalane Nourishing Cleansing Oil
Cleansing oil untuk pori besar 14 daripada 14
SKINMADE Grape Seed Oil + Squalane Nourishing Cleansing Oil
Dari RM38.30
Ringan
Boleh menanggalkan waterproof makeup
Bau anggur
2 lagi
Tidak berminyak dan mudah dibersihkan
Kulit rasa bersih, licin dan lembut

Skinmade cleansing oil diperbuat daripada minyak biji anggur dan minyak Squalene yang bermanfaat untuk kulit muka.

Dengan formula penghidratan super ringan dan berwarna jernih serta sedikit kekuningan, produk ini serta merta menanggalkan solekan dan kotoran pada wajah.

Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan elakkan terkena mata.

Satu pam sahaja cukup untuk menanggalkan makeup kalis air dan gosok dalam 3 minit pada hidung untuk kurangkan bintik hitam.

Jangan risau, cleansing oil ini boleh digunakan pada waktu pagi dan malam.

Satu botol boleh tahan dalam 3 bulan lebih mengikut kadar penggunaan dan sapu sekejap boleh terus bersihkan segala makeup!


Waktu Sesuai Dan Bagaimana Cara Nak Pakai Cleansing Oil?

Waktu sesuai untuk menggunakan cleansing oil adalah ketika anda memakai full makeup look, atau memakai solekan jenis waterproof.

Jika anda memakai produk solekan yang jenis berminyak juga sesuai untuk menggunakan cleansing oil ini kerana akan bantu kurangkan liang pori. 

Anda haruslah menggunakan cleansing oil terlebih dahulu untuk buang segala jenis kotoran dan sisa makeup pada wajah anda sebelum membersihkan diri. 

Cara nak guna mudah sahaja, anda hanya tuangkan sahaja beberapa titisan pada tapak tangan anda. 

Seterusnya, sapu dengan tekanan yang sederhana pada seluruh wajah dan buat satu urutan lembut.

Urut pada kawasan wajah sehingga kesemua makeup tanggal, kemudian bilas dengan air.

Selain itu, anda juga boleh sapu cleansing oil menggunakan kapas muka atau tisu basah pada wajah anda.

Mudah sahaja kan? Paling penting, penggunaan cleansing oil akan memberikan kelembapan pada kulit wajah!


Cara Pilih Cleansing Oil Terbaik

Cleansing oil atau oil based cleanser adalah produk pembersih wajah yang efektif untuk membersihkan kulit dari kotoran, minyak, dan makeup. 

Namun, dengan pelbagai jenis dan jenama di pasaran, mungkin ada sesetengah orang masih keliru dan tidak tahu yang mana sesuai untuk kulit mukanya. 

Jom lihat beberapa tips yang mudah untuk bantu anda pilih cleansing oil terbaik.

1. Jenis kulit

Pastikan anda pilih cleansing oil yang sesuai dengan jenis kulit anda. 

Jika anda memiliki kulit berminyak, pilih cleansing oil yang ringan supaya tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat. 

Manakala jika kulit anda kering, pilih cleansing oil yang kaya akan kandungan minyak untuk menjaga kelembapan kulit.

2. Baca bahan kandungan

Pilih cleansing oil yang mengandung bahan-bahan semula jadi seperti minyak jojoba, minyak kelapa, minyak zaitun, atau minyak biji anggur yang baik untuk kulit. 

Hindari produk yang mengandung alkohol atau pewangi tiruan kerana boleh menyebabkan kulit kering dan iritasi.

3. Tahu jenis produk makeup yang digunakan

Pastikan cleansing oil yang dipilih dapat membersihkan jenis produk solekan yang anda gunakan seperti makeup waterproof atau long lasting.

4. Lakukan patch test

Ini sangat penting untuk dilakukan jika anda baru nak cuba gunakan cleansing oil.

Cara lakukan patch test, sapukan sedikit cleansing oil di tangan anda atau di bawah dagu dan biarkan seketika.

Jika selepas beberapa minit naik kemerahan, ini bermakna cleansing oil itu tidak sesuai untuk kulit anda. 

Jika anda masih keliru, anda boleh tonton video di bawah. Semoga berjaya! 


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation