Foundation atau bahasa melayu, bedak asas merupakan antara produk make up yang berfungsi menutup cela dan meratakan warna kulit.
Cuma, setiap daripada kita perlu mencari foundation yang sesuai untuk jenis kulit memandangkan semua orang memiliki jenis kulit yang berbeza.
Golongan paling sukar mencari foundation terbaik adalah mereka yang memiliki jenis kulit berminyak.
Jadi kali ini kami senaraikan foundation yang sesuai untuk muka berminyak.
Senarai 14 Foundation Untuk Kulit Berminyak
Table of Contents

Sebab Menjadi Pilihan Utama;
Produk keluaran Maybelline New York ini telah menjadi pilihan ramai wanita Malaysia kerana menawarkan 25 pilihan shades yang sesuai dengan tona kulit kebanyakan wanita Asia.
Ciri-ciri;
Anda boleh gunakannya tanpa ragu-ragu kerana sudah diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi.
Foundation ini bersifat non-comedogenic yang mana tidak akan menyebabkan pori tersumbat.
Malah, foundation terbaik untuk kulit berminyak yang hadir dalam kuantiti sebanyak 30ml ini turut boleh mengawal kilauan wajah kerana menyerap minyak.
Kesannya, kulit anda tetap kelihatan cantik walaupun dah pakai untuk tempoh lama hingga 16 jam.
Selain itu, ia turut memberikan wajah anda kemasan matte yang licin dan semula jadi kerana ketidaksempurnaan kulit telah disembunyikan.
Review;
‘Teksturnya sangat okay dan licin untuk kulit berminyak. Tak terlalu berat serta mudah di blend untuk samakan dengan tona warna kulit asal. Yang penting, tak buat muka nampak kelabu,’

Jika anda tercari-cari liquid foundation yang mampu milik, boleh cuba untuk dapatkan jenama O.TWO.O ini.
Setiap pembelian sebotol anda akan dapat sebanyak 30ml.
Jangan risau, bahan yang terkandung sesuai untuk pelbagai jenis kulit termasuk kulit normal, kombinasi dan berminyak.
Walaupun produk dari China tetapi telah menjalani ujian dermatologi untuk kulit alergi.
Paling bagus, ia sangat lembut dan terasa ringan pada kulit walaupun dipakai seharian.
Memang sesuai untuk yang inginkan foundation yang bebas minyak, jadi ia boleh mengawal kilauan dan minyak pada muka.
Foundation ini mampu menutup lingkaran hitam bawah mata dan bintik kemerahan serta boleh dipakai untuk jangka masa yang panjang.

Produk ini pula bakal menutup semua cela pada wajah anda kerana jenis full coverage.
Diformulasi dari bahan yang menyerap minyak, foundation L’Oreal Paris ini juga kalis peluh dan tidak mudah melekat pada objek lain terutama jika pakai face mask.
Memiliki ciri tekstur liquid yang sangat mudah untuk blend pada wajah dan nipis.
Jangan risau, terdapat 10 pilihan shades yang sesuai dengan setiap tona warna kulit masing-masing.
Uniknya lagi, boleh dipakai sepanjang hari hingga 24 jam kerana mengandungi perlindungan SPF dan sesuai dengan semua jenis kulit termasuk oily skin.

Produk dari Indonesia ini diperbuat dari formula anti-bakteria dan tidak mudah melekat pada pelitup muka kerana transferproof.
sangat ideal untuk wanita yang berkulit cerah mahupun gelap.
Apa yang menarik lagi tentang foundation jenis bedak ini ialah tidak akan menyebabkan pori-pori tersumbat kerana jenis non-comedogenic.
Malah mampu menngurangkan lubang pori yang terbuka kelihatan jelas sekali gus wajah tampak lebih licin dan cantik.
Dengan teknologi SkinMatch, foundation Wardah juga bakal memberikan wajah anda kesan cantik yang diingini.
Paling penting, sangat mudah untuk di blend dengan tona semula jadi kulit si pemakai.

Foundation memainkan peranan penting untuk penghasilan mekap cantik tanpa cela.
Dengan foundation dari SilkyGirl yang diformulasikan khas untuk warna kulit wanita Asia.
Anda juga tak perlu touch up solekan dengan kerap kerana mampu kekal sehingga 24jam.
Mengandungi perlindungan cahaya matahari SPF 35 dan sesuai untuk semua jenis kulit wajah
Tidak diperbuat dengan bahan pewangi tetapi mengandungi ekstrak bunga Calendula dan Wild Mango Butter yang mampu menghidratkan dan melembutkan kulit wajah.
Manakala ekstrak daun Mulberi dan Sakura yang ada di dalamnya pula menjadikan tona kulit lebih cerah dan licin.
Wajah juga tidak mudah berkilau kerana tidak berminyak.

Untuk anda yang memiliki masalah kulit berjerawat dan lubang pori besar boleh cuba produk Luna The Foundation.
Ini kerana diperkaya dengan ekstrak Centella Asiatica, yang boleh mengurangkan saiz saiz pori wajah.
Tambahan pula, mengandungi ekstrak benih Avena Strigosa iaitu oat hitam yang mengekalkan kulit lembab berpanjangan sehingga 24 jam.
Kulit juga bakal terasa lebih licin, dapat mengurangkan sebum dan jerawat boleh dikurangkan kerana foundation ini mengandungi kandungan bahan vitamin E.
Terdapat dua pilihan tona warna kulit yang boleh dipilih iaitu medium dan fair, jadi kulit tidak mudah jadi bercapuk kalau pakai produk ini.

Ucapkan selamat tinggal kepada mekap yang tebal yang boleh menyebabkan anda rasa tidak selesa kerana kini anda diselamatkan keluaran foundation Wardah ini.
Walaupun foundation tapi mempunyai ciri 2 dalam 1 kerana mempunyai SPF 30.
Terdapat empat pilihan shades iaitu Light Beige, Beige, Ivory dan Natural.
Teksturnya sangat ringan dan mudah untuk di blend sekaligus menjadikan produk ini sesuai dipakai setiap hari.
Bagusnya lagi, foundation ini tidak akan menyebabkan pori kulit wajah tersumbat.
Besar botol liquid foundation sebanyak 25ml dan akan memberi kesan matte yang sangat cantik dan semula jadi.

Produk keluaran Emina boleh jadi kawan baik anda setiap hari kerana mudah dibawa ke mana-mana.
Jadi, usah risau jika wajah anda jenis berminyak sebab foundation ini boleh dipakai pada semua jenis kulit.
Selain mudah dioles pada kulit wajah menggunakan hujung jari atau beauty blender, turut diformulasikan dengan perlindungan matahari SPF 25 PA+++.
Setiap kali selepas pemakaian, kulit kelihatan licin dan sihat kerana ia mampu beri hasil kemasan separuh matte.
Walaupun hanya mempunyai 4 pilihan tona warna kulit iaitu Light, Natural Caramel dan Mocca tapi semuanya sesuai untuk semua jenis kulit asia.
Bagusnya lagi, foundation untuk muka berminyak sebanyak 30ml ini juga tidak akan menyebabkan pori wajah daripada tersumbat.

Bukan semua jenis foundation sesuai dengan pelbagai jenis kulit tapi produk IN2IT ideal dipakai pada semua jenis kulit termasuk kulit berminyak dan kombinasi.
Ini kerana diformulasikan tanpa minyak dimana minyak berlebihan yang dikeluarkan melalui lubang pori terus diserap.
Foundation ini juga mampu mengawal kilauan yang terhasil pada wajah.
Kulit anda juga tidak berminyak kerana mempunyai vitamin E yang bertindak sebagai pelembab dan antioksidan untuk mengelakkan penuaan kulit dan mengurangkan kedutan.
Paling penting, memiliki tekstur sangat licin dan tidak mengandungi paraben, pewangi dan alkohol.
Mempunyai 3 tona warna kulit yang ditawarkan oleh IN2IT iaitu Light, Soft dan Warm.
Pilih sahaja mana yang paling sesuai dengan wajah anda.

Tingkatkan keyakinan untuk berhadapan dengan rakan sekerja di pejabat dengan foundation dari jenama Palladio.
Foundation ini sesuai untuk kulit berminyak dan boleh menutup cela seperti pori besar serta parut jerawat.
Bungkusannya direka mudah di bawa kemana saja dan dimasukkan dalam tiub menjadikan senang dipicit.
Menariknya lagi, sesuai untuk semua jenis kulit dan anda boleh blend foundation hanya menggunakan berus make up.
Malah, turut mengandungi ekstrak timun, Aloe Vera dan Chamomile untuk melembabkan kulit.
Khasiat vitamin A, B, ekstrak ginko dan ginseng pula akan memaksimakan kebaikan produk ini pada wajah anda.

Dapatkan foundation jenama tempatan yang berasaskan air ini jika anda inginkan penampilan kulit yang sentiasa flawless sepanjang hari.
Disebabkan tekstur berasaskan air, jadi mekap tak akan mudah terjejas walaupun terkena hujan atau berpeluh.
Bukan itu sahaja, boleh menghidratkan semula kulit dan tidak menjadikan kulit anda kering
Terdapat 2 pilihan tona warna (shades) iaitu Light dan Medium.
Lagi bagus, para wanita di luar sana tak perlu ambil masa yang lama untuk menanggalkan mekap jika guna produk Sugarbelle kerana memang mudah ditanggalkan.
Percaya atau tidak hanya dengan satu sapuan saja tanpa menggunakan make up remover yang terlalu banyak.
Sangat mudah untuk digunakan kerana boleh blend menggunakan span mekap atau beauty blender.

Jenama IT Cosmetics merupakan salah satu brand kecantikan yang paling popular di Amerika Syarikat.
Bukan sahaja dapat menutup sebarang ketidaksempurnaan pada wajah tapi mengandungi ekstrak aloe vera dan asid hyaluronic untuk melicinkan permukaan kulit
Malah, dengan kandungan vitamin E dan B5, kulit juga jadi lebih lembab.
Selepas dipakai pada kulit, anda akan nampak wajah kelihatan flawless seperti semula jadi.
Bedak asas cecair sebanyak 30ml ini akan menjaga kulit anda agar menjadi lebih licin kerana mengandungi asid hepes yang akan exfoliate kulit secara lembut.
Fungsi ini menjadikan kulit wajah tampil lebih cerah.

Foundation keluaran tempatan bukan hanya memberikan hasil solekan yang cantik dan licin malah bertindak sebagai penjagaan kulit.
Ini kerana kandungannya dapat memulihkan kelembapan kulit wajah apabila memakai foundation ini.
Diformulasikan anti-microbial untuk mengelakkan pertumbuhan jerawat jadi, selain sesuai untuk kulit berminyak dan kering, sesuai juga untuk kulit sensitif.
Lebih mudah, tona warna kod 1.5 sangat sesuai dengan wanita yang mempunyai tona warna kulit medium.
Review pengguna juga mengatakan foundation untuk kulit berminyak ini agak mudah untuk ditanggalkan.

Foundation dari FCC ini perlu menjadi pilihan wanita muslimah kerana mesra wuduk.
Malah jenis full coverage yang tidak menyebabkan anda rasa macam pakai mekap yang terlalu tebal.
Disebabkan bersifat non-comedogenic, produk cruelty-free dari Turki ini tidak akan menyebabkan pori anda tersumbat dan membuatkan kulit rasa segar.
Teksturnya yang ringan dan berkrim memudahkan lagi untuk oles foundation untuk oily skin.
Yang penting, ia bertindak juga sebagai anti-bacterial yang akan mengeringkan jerawat yang dah sedia ada pada wajah penggunanya.
Jenis Foundation Untuk Kulit Berminyak
Foundation yang berasaskan bedak lebih sesuai dengan kulit muka berminyak.
Tapi jika anda kurang gemar dengan produk jenis ini, jangan risau kerana terdapat banyak foundation jenis liquid terbaru yang boleh menghalang kulit dari berminyak ketika pakai mekap.
Ini kerana liquid foundation terkini mengandungi bahan yang boleh melembabkan kulit.
Selain itu, foundation jenis serum juga sesuai untuk mereka yang memiliki kulit berminyak dan kombinasi kerana ringan dan akan terasa nipis apabila dipakai.
Produk foundation full coverage atau medium coverage pula boleh menutup kesan celaan seperti parut jerawat daripada kelihatan terlalu ketara pada wajah anda.
Ini kerana selalunya kulit berminyak juga lebih mudah menghasilkan jerawat.
Jadi, pastikan anda dapatkan foundation yang boleh mengawal penghasilan minyak atau sebum ketika memakai mekap.
Cara Memilih Foundation Untuk Kulit Berminyak
Boleh ikuti tips yang kami kongsikan ini agar tidak tersalah pilih foundation jika kulit anda jenis berminyak.
Bukan apa, kalau salah pilih produk, mungkin boleh menyebabkan masalah jerawat, lubang pori besar dan blackhead semakin teruk.
Caranya adalah,
-
Elakkan dari beli produk yang berasaskan alkohol dan minyak.
Ini kerana ia boleh menyebabkan minyak akan terhasil lebih banyak.
Boleh cuba produk foundation yang berasaskan air.
-
Cuba dulu produk pada kulit wajah
Elakkan dari cuba foundation di tangan kerana warna kulit muka dan tangan adalah berbeza.
Sebaiknya calit sedikit pada wajah. Jangan lupa untuk ambil shade atau kod warna yang sesuai dengan tona semula jadi kulit anda.
Jika anda inginkan penjelasan lebih terperinci, boleh tonton video ini. Semoga bermanfaat!