Kecantikan

10 Pelembap (Moisturizer) Gel Terbaik di Malaysia 2026

Ada banyak jenis dan jenama produk moisturizer gel yang anda boleh cuba. Ini senarai jenis moisturizer gel yang terbaik untuk lengkapkan skincare rutin anda.

A
Editor · Updated 23 Aug 2023

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Pelembap (Moisturizer) Gel Terbaik di Malaysia 2026

Pelembap muka mempunyai pelbagai jenis dan salah satunya adalah pelembap gel dan kandungan berbeza berbanding pelembap muka jenis krim. 

Pelembap jenis gel memiliki kandungan Asid Hyaluronik, air dan Gliserin yang tinggi dimana kombinasi sempurna untuk memberikan hidrasi kulit wajah.

Kandungan

Skincare pelembap jenis ini juga tidak melekit dan berminyak, jadi sesuai untuk mereka yang memiliki kulit jenis berminyak dan kombinasi.

Tekstur gel juga akan bantu menghalang penghasilan lebihan minyak pada wajah ketika berpeluh.

Jom lihat senarai produk moisturizer yang terbaik untuk lengkapkan skincare harian anda!


Senarai 10 Moisturizer Gel Terbaik

nanowhite
Pelembap gel anti aging 1 daripada 10
Nano White Double Action Hydrating Moisturizer
Nano White
Dari RM39.90
Mengandungi Arbutin & Hyaluronic Acid
Mencerahkan kulit dalam 7 hari
Tekstur sedikit melekit
1 lagi
Melembapkan kulit

Nano White Double Action Hydrating Moisturizer ini dapat membantu hidrasi kulit serta mencerahkan dalam pada masa yang sama.

Tekstur pelembap dari Nanowhite ini jenis krim gel yang mengandungi kandungan Arbutin dan Hyaluronic Acid.

Dua bahan ini dapat meratakan tona warna kulit dan mencerahkan satu tona lebih cerah dari sebelum dalam masa 7 hari.

Selain itu, dapat mengurangkan bintik hitam dan dapat memberi kulit kelihatan segar dengan mengurangkan penghasilan minyak.

Cara pemakaian mudah saja, selepas meratakan apa-apa serum di wajah, anda boleh terus sapukan krim gel ini. 

Anda boleh disarankan untuk guna pada waktu siang dan secara konsisten untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan.

SKINTIFIC Glowing Moisturizer Day & Night Cream Moisture Gel with MSH Niacinamide
Pelembap gel untuk malam 2 daripada 10
SKINTIFIC MSH Niacinamide Brightening Moisture Gel Glowing Moisturizer Fades Dark Spot Cream
Dari RM84
Boleh dipakai waktu siang & malam
Melegakan kemerahan kulit
Kuantiti sedikit
3 lagi
Formula bebas minyak
Cepat meresap
Tidak melekit

SKINTIFIC Glowing Moisturizer yang diperkaya dengan Alpha Arbutin ini mampu menyelesaikan masalah kulit kusam.

Ini kerana moisturizer gel ini akan bantu anda mencerahkan tona kulit dalam masa 14 hari sahaja!

Turut mengandungi MSH Niacinamide yang telah terbukti secara klinikal adalah 10 kali lebih berkesan dari Niacinamide biasa.

Bahan kandungan ini sangat bagus untuk mengurangkan masalah hiperpigmentasi dan jeragat.

Paling penting, produk ini tidak akan menyebabkan kerengsaan pada kulit. 

Turut kaya dengan Glycerin yang membantu mengekalkan kelembapan kulit supaya kulit nampak sihat dan lebih anjal. 

Sesuai dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan combination skin kerana pelembap bertekstur gel ini bebas dari alkohol, Paraben dan pewarna tiruan.

EUCERIN Even Radiance Water Gel Moisturizer
Moisturizer gel terbaik secara keseluruhan 3 daripada 10
EUCERIN Even Radiance Water Gel Moisturizer
Dari RM144
Penyerapan pantas
Tidak melekit
Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Pelembap gel ini mampu mencerahkan kulit kusam dengan 65 kali vitamin C yang terkandung pada serum ini.

Ciri-ciri:

EUCERIN Even Radiance Water Gel Moisturizer mengandungi bahan semula jadi seperti ekstrak Licorice dan Lumiscin (Niacinamide).

Tekstur yang cecair dapat menyejukkan kulit wajah dan hasil daripada rumusan Aqua GG, dapat menghidrat secara mendalam serta memberikan 100% kelembapan pada wajah.

Dengan bahan Panthenol yang ada dalam produk ini akan membantu meremajakan kulit dan merangsangkan pertumbuhan semula sel kulit.

Pelembap muka ini telah terbukti secara klinikal, jenama dari Korea Selatan ini dihasilkan menggunakan teknologi Jerman yang lebih 100 tahun bersama pakar kulit terbaik.

Review:

“Memang bagus untuk saya gunakan pada kaki saya apabila keluar. Saya suka betapa ringannya ia. Menyerap dengan baik. Ia terasa lebih ringan, licin dan terhidrat.”

Wardah Lightening Day Gel
Moisturizer gel untuk mencerahkan wajah 4 daripada 10
Wardah Lightening Day Gel Moisturizer
Wardah
Dari RM24.59
Sesuai untuk kulit berminyak & kombinasi
Mengandungi UVA/UVB filter
Lebih berkesan jika guna set lengkap Wardah
3 lagi
Telah diuji secara dermatologi
Mudah meresap ke dalam kulit
Bebas alkohol

Wardah terkenal dengan set penjagaan yang murah dan berkualiti dari Indonesia.

Jadi, Wardah Lightening Day sesuai bagi mereka yang inginkan kulit segar, kurang berminyak dan sihat. 

Ini kerana mengandungi Niacinamide dan tekstur produk ini dalam bentuk gel kerana mudah menyerap dan menyejukkan.

Bukan itu sahaja, masalah kulit kusam juga dapat dikurangkan kerana Niacinamide bertindak untuk memberikan kesan cerah pada wajah. 

CLINELLE Purifying Gel Moisturizer
Moisturizer gel untuk kulit berminyak 5 daripada 10
CLINELLE Purifying Gel Moisturizer
Dari RM28.72
Menyerap dengan cepat
Mengawal pengeluaran sebum
Kuantiti mg sedikit
1 lagi
Menggalakkan penyembuhan parut dengan cepat

CLINELLE Purifying Gel Moisturizer adalah produk penjagaan kulit yang direka khas untuk memberikan kelembapan pada kulit sambil membantu mengawal minyak berlebihan.

Selain dapat mengurangkan masalah kulit berminyak atau berjerawat, formulasi gel ini ringan dan mudah meresap menjadikannya sesuai untuk kulit berminyak. 

Paling penting, ciri ini akan memberikan kelembapan tanpa meninggalkan rasa berat atau melekit pada kulit.

Formula gel ini memberikan rasa sensasi penyegaran pada kulit jadi ia sesuai digunakan waktu pagi dan petang.

Dengan penggunaan konsisten, moisturizer gel ini akan membersihkan dan menghilangkan pori-pori kulit untuk mengurangkan masalah kulit berjerawat.

Moisturizer gel ini juga mengandungi bahan-bahan seperti ekstrak tumbuhan dan vitamin yang memberi manfaat kepada kulit seperti antioksidan, anti-radang dan nutrien penting.

Menarik lagi, moisturizer ini boleh digunakan sebagai asas solekan dan sesuai digunakan sebelum memakai solekan. 

Bio Essence Bio-Water Moist-in Water Gel
Moisturizer gel untuk kulit sensitif 6 daripada 10
Bio Essence Bio-Water Moist-in Water Gel
Bio Essence
Dari RM55.92
Membaiki dan memperbaharui lapisan kulit
Membantu kulit bernafas dengan lebih baik
Tidak sesuai untuk kulit kering
1 lagi
Menyegar dan menenangkan kulit

Produk ini mengandungi formula Sodium Hyaluronate yang dapat memberi kelembapan pada kulit yang sangat baik dan mengekalkan kelembapan.

Dalam masa yang sama, moisturizer ini bantu berikan kulit kelihatan tegang dan anjal.

Selain itu, kaya dengan mineral yang mengandungi kandungan garam yang rendah untuk penghidratan ultra.

Terdapat juga vitamin B5 untuk menghidrat dan melembutkan kulit supaya kelihatan sihat dan segar. 

AIKEN Prebiotic Hydra Moisturiser
Moisturizer gel untuk kulit berjerawat 7 daripada 10
AIKEN Prebiotic Hydra Moisturiser
AIKEN
Dari RM28.53
Bebas minyak pati dan pewangi
Berasaskan air
Isipadu kecil

Pelembap Prebiotik Hydra Plus Aiken ini adalah pelembap yang berasaskan air dan cepat menyerap ke dalam kulit. 

Selain itu, kandungan air beras dalam produk ini membantu mengimbangi tahap penghidratan sepanjang hari dan menenangkan kulit gatal atau sensitif.

Mengandungi bahan seperti niacinamide yang boleh mencerahkan kulit dan prebiotik yang boleh meningkatkan kehalusan kulit serta memberikan kekuatan kepada dinding kulit.

Jadi kulit anda lebih lembut, sihat dan kekal lembap sehingga 24 jam. Tiada lagi masalah tompok kering dan garis halus di wajah. 

Safi Hydra Glow Hydralight Glycerin & Hyaluronic Acid Oil-Free Gel Moisturiser
Moisturizer gel untuk kulit kering 8 daripada 10
Safi Hydra Glow Hydralight Glycerin & Hyaluronic Acid Oil-Free Gel Moisturiser
Dari RM14.32
Mengandungi Gliserin
Mengandungi Asid Hyaluronic
Perlu pemakaian set lengkap untuk kesan lebih cepat
1 lagi
Sesuai untuk kulit kering dan berminyak

Safi Hydra Glow Hydralight Glycerin & Hyaluronic Acid Oil-Free Gel Moisturiser adalah produk penjagaan kulit yang diformulasikan untuk memberikan kelembapan kepada kulit.

Moisturizer gel ini diformulasikan khas untuk kulit berminyak atau cenderung berminyak kerana ia dapat mengawal lebihan minyak. 

Formulasi gel yang ringan dan tidak melekit memberikan sensasi segar pada kulit, cepat meresap dan sesuai untuk penggunaan harian.

Turut mengandungi bahan-bahan seperti Gliserin dan Asid Hyaluronic yang akan membantu menyimpan dan mengunci kelembapan pada kulit, menjadikan kulit terhidrat dan lembut.

Asid Hyaluronic adalah bahan yang popular kerana keupayaannya mengekalkan kelembapan bagi mengimbangi tahap kelembapan kulit untuk lebih muda dan sihat.

Dengan kelembapan yang mencukupi, ini akan membantu menjaga kulit agar kelihatan lebih halus dan pori-pori akan lebih mengecil.

Penggunaan secara konsisten dapat membantu kulit menjadi lebih lembut, halus, dan tampak lebih sihat.

Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel
Moisturizer gel untuk kulit kombinasi 9 daripada 10
Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel
Dari RM169
Formula bebas minyak
Cepat meresap ke dalam kulit
Harga mahal
3 lagi
Tidak terasa berminyak selepas pakai
Telah menjalani ujian alahan
Tanpa bahan pewangi

Pelembap untuk kulit kombinasi ini telah diperbuat oleh ahli dermatologi untuk mengekalkan keseimbangan kelembapan untuk kulit berminyak. 

Turut mampu menghidratkan kulit agar wajah tampak lebih muda dan selesa sepanjang hari. 

Jadi kulit di kawasan T-zone yang mudah berminyak akan rasa lebih segar kerana tekstur moisturizer ini jenis gel. 

Produk ini juga telah menjalani ujian alahan, bebas pewangi dan terasa ringan ketika anda menyapunya pada kulit wajah. 

Selepas sapuan, anda tidak akan rasa melekit seperti sesetengah produk moisturizer jenis gel. 

PIXY Glowssentials All-In-One Gel Moisturizer 100g
Moisturizer gel yang bagus untuk remaja 10 daripada 10
PIXY Glowssentials All-In-One Gel Moisturizer 100g
Dari RM13.50
Cepat meresap
Tekstur ringan
Bau kiwi agak kuat
3 lagi
Mengandungi Aloe Vera
Diformulasi Vita Complex (ekstrak kiwi, vitamin E, dan provitamin B5)
Sesuai untuk kulit remaja

PIXY Glowssentials All-In-One Gel Moisturizer 100g adalah produk penjagaan kulit yang direka khas untuk memberikan kelembapan dan kesan glowing pada kulit. 

Moisturizer gel ini menggabungkan pelbagai fungsi dalam satu produk, menjadikannya lebih praktikal dalam rutin penjagaan kulit. 

Bukan sahaja memberikan kelembapan tetapi juga mungkin mempunyai manfaat lain seperti sekata semula tona kulit dan membuatkan kulit jadi lebih sihat.

Formulasi gel juga sangat ringan dan cepat meresap ke dalam kulit jadi anda akan rasa lebih selesa dan tidak melekit.

Produk ini juga dirumuskan untuk memberikan kelembapan yang intensif kepada kulit bagi membantu menjaga kulit daripada menjadi kering dan kusam.

Dengan formulasi Vita Complex (ekstrak kiwi, vitamin E, dan provitamin B5), moisturizer gel ini akan berikan kesan glowing semulajadi kepada kulit. 

Paling penting, moisturizer ini sesuai digunakan oleh pelbagai jenis kulit termasuk kulit normal, kering, kombinasi, atau sensitif.


Pelembap Gel Atau Cream Yang Terbaik?

Pemilihan penggunaan pelembap muka sebenarnya bergantung kepada jenis kulit. 

Jika kita memiliki jenis kulitnya berminyak, maka pelembap yang sesuai adalah gel, dan jika memiliki kulit jenis kering, maka yang sesuai adalah pelembap jenis krim.

Pelembap gel biasanya bebas minyak, teksturnya pun lebih ringan kerana pelembap ini dapat menghidrasi kulit tanpa menyumbat pori-pori

Namun, produk pelembap gel mungkin dapat lebih cepat menyerap kerana tekstur yang ringan.

Oleh itu, pemakaian berulang mungkin diperlukan jika dibanding dengan pelembap krim.

Pelembap krim memiliki tekstur yang lebih tebal dan agak berat. 

Konsistensi krim ini dapat melembapkan kulit lebih maksimum, khususnya bagi pemilik kulit kering.

Jom kita lihat kesalahan yang sering kita lakukan ketika guna pelembap atau moisturizer. 


Siapa Yang Patut Guna Pelembap Gel?

Pelembap gel berkesan untuk kebanyakan jenis kulit, ini lebih membantu untuk orang yang mempunyai kulit berjerawat atau kulit berminyak. 

Ini kerana moisturizer gel tidak akan menambah minyak pada permukaan kulit yang sudah berminyak.  

Seperti yang dinyatakan oleh American Academy of Dermatology (AAD), jika pori-pori anda sudah tersumbat dengan minyak, perkara terakhir yang anda mahu ialah menambah pelembap berminyak. 

Pelembap gel mengandungi bahan yang mampu menangkap molekul air di epidermis, contoh kandungannya seperti Hyaluronic Acid.

Selain itu, memberikan hidrasi tanpa hasil akhir berminyak, jenis ini lebih sesuai untuk kulit berminyak kerana akan memberikan kesan matte (tanpa kilau).

Akhir sekali, pelembap jenis gel juga sangat sesuai dengan iklim di negara kita, kerana tekstur yang ringan dan selesa pada kulit.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation