Moisturizer jarang diberi perhatian oleh para wanita dalam rutin penjagaan wajah padahal pelembab merupakan skincare penting.
Jadi perkara ini mendorong kepada punca kebanyakan wanita memiliki kulit jeragat dan kusam.
Malah, jeragat juga boleh terjadi akibat kulit yang tidak dilindungi dari sinar UV.
Mungkin ada di antara kita sudah memiliki jeragat dan ingin menghilangkannya, boleh tapi anda perlu konsisten dalam skincare rutin untuk melihat keberkesanan.
Pastikan juga pilih moisturizer terbaik untuk jeragat jadi jom lihat senarai berikut.
10 Moisturizer Terbaik Untuk Jeragat
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama:
Tekstur yang berkrim putih seakan pink membuatkan kulit wajah berseri dan cerah bila oles pada wajah dan tidak meninggalkan whitecast pada wajah.
Ciri-ciri:
Garnier Sakura White Day Cream ini sangat popular kerana cepat berkesan dalam mencerahkan kulit.
Pelembap ini serasi dengan semua jenis kulit termasuk kulit sensitif serta mengandungi SPF21 untuk memberi perlindungan pada kulit anda.
Terdapat ekstrak Sakura, Vitamin B3 dan C yang membuatkan kulit anda terasa lebih lembut, gebu dan licin selepas hanya empat minggu menggunakannya.
Paling best, masalah kulit kusam, jeragat, tona tidak sekata yang sering menjadi masalah pada anda juga akan hilang!
Review:
“Satu bekas ini cukup untuk bertahan sehingga 2 bulan, berfungsi untuk mencerahkan dan sesuai semua jenis kulit termasuk kulit sensitif”

Punca terjadinya jeragat ini bermula dari kulit yang tidak dilindungi bila terkena sinaran UV.
Dalam moisturiser ini, mempunyai vitamin E untuk melindungi kulit agar tidak rosak akibat sinar UV.
Selain itu, Hyaluronic acid, mengurangkan kedutan dan menjadikan tona kulit lebih sekata.
Pati buah resberi yang kaya dengan vitamin C mampu mengurangkan masalah kedutan paa kulit wajah.
Kulit tidak berminyak dan teksturnya yang mudah menyerap dan tidak membuatkan kulit anda bersinar.

Bio-Essence Hydra Aqua Moisturizing ini mengandungi 3x penyerapan terus ke dalam lapisan kulit demi menjaga keanjalan dan penghidratan kulit wajah.
Krim pelembap yang bersifat gel ini sesuai digunakan pada bila-bila masa terutama di saat cuaca di Malaysia yang tidak menentu ini.
Bahan organik seperti ekstrak Cranberry, minyak zaitun dan alga Jeju Marine ini akan membantu mengurangkan jeragat serta mencerahkan kulit wajah anda.
Niacinamide siapa sahaja tidak kenal dengan bahan inikan, berfungsi mencerahkan bahagian kulit wajah anda dengan berkesan!
Pelembap ini akan sentiasa melindingi kulit anda dari polusi serta radikal bebas yang berbahaya.

Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream ini memiliki formula tidak melekit kerana mengandungi hydra-firming complex + amino-peptide complex.
Lagipun dua bahan ini membantu mengekalkan kulit muka agar kelihatan lebih awet muda.
Niacinamide nama yang tidak asing lagi dengan fungsi mencerahkan kulit serta mengecilkan liang pori pada wajah anda.
Bila kulit tidak dilindungi menggunakan bahan titanium dioxide dari sinar UV, ini yang akan menyebabkan terjadinya jeragat pada wajah anda.
Jadi pilih pelembap seperti Olay yang ada bahan seperti titanium dioxide tau!
Produk ini juga tidak mengandungi pewangi tambahan dan selamat untuk digunakan setiap malam.

Pelembab ini dapat membantu hidrasi kulit serta mencerahkan dalam pada masa yang sama.
Tekstur pelembab dari Nanowhite ini jenis krim gel yang mengandungi kandungan arbutin dan hyaluronic acid.
Dua bahan ini dapat meratakan tona warna kulit dan mencerahkan satu tona lebih cerah dari sebelum dalam masa 7 hari.
Selain itu, dapat mengurangkan bintik hitam dan dapat memberi kulit kelihatan segar dengan mengurangkan penghasilan minyak.
Cara pemakaian mudah saja, selepas meratakan Nanowhite intensive serum, anda boleh terus oleskan krim gel ini.
Guna pada waktu siang dan konsisten untuk dapatkan hasil yang lebih efektik.

Serum merupakan salah satu skincare yang memainkan peranan penting lebih-lebih lagi mengandungi vitamin C kerana dapat membuatkan kulit menjadi berseri.
Dengan 65 kali ganda kuasa pencerahan dari Vitamin C, antioksidan bertindak meratakan tona kulit wajah.
Serum ini juga telah trbukti secara klinikal dimana dapat mengurangkan masalah jerawat dan memudarkan parut jerawat hanya dalam masa 3 hari
Kebiasaan tekstur serum sedikit melekit dan berminyak, tapi formulasi serum ini bebas minyak dan tidak melekit malah mudah menyerap pada kulit.

Krim malam kebiasaanya krim kecantikkan untuk kulit wajah dan krim ini perlu dipakai selepas mandi dan sebelum waktu tidur bagi merawat wajah.
Kirm dari Alia ini mempunyai rumusan dari Jeju Lily, Silver Vine estrak yang merupakan rahsia kecantikkan sejak sekian lama.
Selain itu, vitamin C dan B3 menjadikan kulit wajah semakin cerah dan sekatakan tona kulit.
Jika anda mempunyai masalah kulit seperti dark spot dan kulit kurang tegang, krim ini dapat mengurangkan kesan tersebut.
Hasilnya, kulit tampak lebih cantik, anjal, kelihatan hidrasi dan segar sepanjang hari.

New Bio White ini menggunakan teknologi dari Mela-D System dan Ekstrak Tanaka yang berfungsi untuk mencerahkan dan melembapkan kulit.
Malah, bahan ini telah pun terbukti secara klinikal mengurangkan penghasilan melanin.
Terdapat juga bahan Bio Energy Complex bagi penyerapan pada lapisan kulit untuk mencerahkan.
Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai masalah kulit, krim malam ini dapat membaiki keadaan kulit.
Jadi kulit yang bermasalah akan digantikan dengan keadaan kulit yang baru secara semula jadi.
Selain itu produk pencerah ini dapat membantu meningkatkan kadar oksigen pada kulit wajah sekaligus dapat menjadikan kulit lebih sihat dan bermaya.
Bahan Bunga Camelia pula untuk memberikan kelembutan dan juga mencerahkan kulit.

Bila nak cari produk, pasti ada di antara kita lihat sama ada produk tersebut lakukan ujian klinikal atau tidak. Bukan apa, lebih rasa terjamin.
Jadi, produk ini terbukti dari ujian klinikal berkesan untuk mengurangkan dark spot, tona tidak sekata dan mencerahkan kulit anda.
Antara bahan yang menjadikan kulit lebih cerah adalah Nano Biowhite serta Kakadu Plum yang kaya dengan vitamin C sehingga 100x dari buah oren.
Pastinya kulit anda akan nampak lebih berseri jika menggunakannya secara berterusan.
Bila ada B3 (Niacinamide), kulit juga makin cerah sekaligus masalah jeragat anda juga makin pudar.

Jimat dan berkesan kerana dapat berfungsi sebagai pelembap dan primer untuk wajah anda.
Bila malas nak bersiap, gunakannya je Wardah C Defence Mousse yang mempunyai spf, cukup untuk melindungi kulit anda.
Liang pori yang jelas kelihatan juga boleh dikurangkan tau, kulit juga makin lembap dan segar.
Hi Grade vitamin C berfungsi mencerah kulit anda agar lebih kelihatan bersih, sihat dan mengurangkan jeragat pada wajah.
Harga pun tak mahal, banyak fungsi dan kebaikan. Wajib masuk checklist dan cuba produk ini ye!
Apakah Bahan Yang Bagus Untuk Mengurangkan Jeragat?
Kebiasaan jeragat ini tidak akan hilang 100% tapi anda boleh mencegah dan mengurangkannya kesan jeragat tersebut.
- Alpha Hydroxyl acids (8 % AHA toner), membantu pengelupasan pada kulit wajah dan memberikan lapisan kulit yang baru.
- Trichloroacetic acid (TCA), membuang sel kulit mati pada wajah dan membantu penghasilan kulit baru yang lebih sihat.
- Phenol, melindungi kolegan pada wajah sekaligus menjadikan kulit lebih sihat dan anjal.
- Acid peels, mengurangkan garis halus, kulit menjadi lebih lembut.
Apakah Cara Paling Berkesan Bagi Menghapuskan Jeragat?
Walaupun jeragat tidak menjejaskan kesihatan seseorang, namun ia boleh memberi kesan efek yang mendalam seperti kurang keyakinan diri atau terasa penampilan tidak sempurna.
Anda haruslah mengingati bahawa rutin penjagaan adalah kunci utama bagi menghapuskan jeragat.
Jadi hanya pasti antara bahan-bahan utama dan kebiasaanya bila anda pilih produk untuk mencerahkan kulit.
Ianya sekaligus menjadikan masalah jeragat anda makin pudar dari sebelumnya.
Paling utama wajib gunakan produk yang ada spf dan pakai pelindungi matahari seperti sunblock/suncreen.
Anda boleh tonton video di bawah untuk mendengarkan penjelasan lebih terperinci.