Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Produk untuk Kecilkan Pori Wajah di Watson Malaysia 2024

Say NO kepada kulit berkawah!

Liang pori ini bukan hanya terdapat pada wajah, tapi pada seluruh badan. 

Apa yang anda perlu lakukan adalah mencari skincare untuk mengecilkan pori tersebut. 

Bukan apa, liang pori yang besar boleh tersumbat dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan jerawat. 

Jadi, kami ada skincare terbaik dari watson untuk mengecilkan pori dengan cepat dan berkesan.


Jenama 10 Skincare Mengecilkan Pori Di Watsons/Drugstore

Produk terbaik untuk kecilkan pori jenis muka sensitif
Hada Labo
Semak Hada Labo Deep Clean & Pore Refining Face Wash harga dibawah:
add_circle Berkesan mengawal penghasilan sebum & minyak
add_circle Pembersih tanpa buih
add_circle Kekalkan lembapan pada kulit
remove_circle Kulit sensitif akan cepat merengsa

Sebab menjadi pilihan utama:

Bahan yang rendah pH ini sangat bagus untuk kulit sensitif.

Ciri-ciri:

Pembersih wajah Hada Labo semakin mendapat perhatian ramai atas sebeba keberkesanannya yang cepat.

Ini kerana skincare ini diperkaya dengan ekstrak teh hijau Jepun yang bagus untuk mencuci liang pori.

Tambah pula, gabungan ciri pembersihan semula jadi dengan bahan penghidratan intensif asid Hyaluronik untuk membersih liang pori dengan lebih mendalam.

Malah mampu untuk mengawal minyak dan mengecilkan liang pori sekaligus menjadikan kulit lebih lembut dan licin. 

Jangan risau, pembersih wajah ini mempunyai pH yang rendah untuk keseimbangan tekstur kulit dan tidak akan menyebakan iritasi.

Review:

“Selepas menggunakannya, kulit terasa licin lembab dan tidak mengering. Kulit berminyak makin berkurang dan liang pori juga nampak sedikit mengecil”

Produk kecilkan pori muka wanita/wajah female
Olay
Moisturizer alcohol free
Semak Olay Total Effects 7 in 1 Day Cream Gentle SPF15 harga dibawah:
add_circle Lambatkan penuaan & anti-kedutan
add_circle Halang penghasilan minyak berlebihan
add_circle Sesuai dijadikan sebagai asas makeup/primer
remove_circle Bau yang kurang menarik

Krim pelembap siang untuk wajah ini memberi 7 kebaikan salah satunya anti-penuaan.

Bayangkan 1 produk mempunyai 7 kebaikan dan ditambah pula dengan SPF15 untuk membantu melindungi kulit dari sinaran UV.

Selain itu dapat membantu memperbaiki kulit yang kelihatan letih, kusam, serta mengurangkan penampilan garis dan bintik-bintik halus.

Niacinamide adalah bahan yang sangat terkenal bagi mengecilkan liang pori pada kulit sekaligus mencerahkan wajah anda. 

Buat anda dengan kulit matang, apa kata cuba krim ini, sekarang!

Produk terbaik untuk kecilkan pori secara keseluruhan
Bio Essence
Toner air mawar yang organic
Semak Bio-Essence Bio-Gold Rose Gold Water 100ml harga dibawah:
add_circle menhalang pembentukan garisan halus
add_circle mengandungi emas 24k
remove_circle tidak mempunyai bahan aktif untuk jerawat yang teruk

24K Bio-Gold Rose Gold Water adalah essence bertekstur ringan dan mengandungi ekstrak mawar Jepun yang dikenali Eijitsu. 

Ekstrak ini berfungsi untuk memberi kelembapan berpanjangan pada kulit wajah.

Malah, merupakan gabungan ideal untuk memberi penghidratan tambahan buat kulit bagi menghapus garisan halus akibat penuaan.  

24K Gold kaya dengan anti-oksidan yang melindungi kulit dari radikal bebas, membersihkan dan mengecilkan lubang pori.

Ideal untuk kesemua jenis kulit terutamanya jenis kombinasi.

Hanya gunakan 2 kali sehari untuk kulit lebih sihat.

Produk terbaik untuk kecilkan pori jenis kulit berminyak
Garden of Eden
Semak Garden of Eden Natur E Scar Serum (15ml) harga dibawah:
add_circle Membaik pulih kulit kering dan retak
add_circle Mengurangkan keradangan kulit
add_circle Boleh mencerahkan kulit
add_circle Mengurangkan parut
remove_circle Mahal

Serum dari Eden ini diperkaya dengan Vitamin E semulajadi, Natur E Scar Serum yang berfungsi memudarkan parut dengan efisien.

Tambah pula kaya sifat anti-oksidan, serum ini dapat melindungi sel-sel kulit dari radikal bebas dan membolehkan proses penyembuhan terhadap sel kulit.

Ciri lain serum ini dapat melembabkan intensif bagi membantu menghilangkan bekas luka lama dan baru. 

Bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering, serum ini sangat bagus untuk melembabkan kulit serta menghilangkan kulit merekah.

Produk untuk pori besar dan blackhead
ST. IVES
Semak ST. IVES Blackhead Clearing Green Tea Scrub harga dibawah:
add_circle Menghapuskan blackhead d& whitehead.
add_circle Membersih sehingga dalam liang pori.
add_circle Mengelakkan pertumbuhan jerawat.
remove_circle Pedih jika terkena bahagian mata.

Green tea merupakan bahan yang sangat bagus untuk melawan blackhead pada wajah anda. 

Dapatkan skrub dengan gabungan buluh dan asid Salicylic ini mampu untuk membuang kulit mati.

Jika kulit bebas blackhead lagu bagus kerana kulit akan menjadi lebih sihat, glowing dan pori mudah untuk mengecil. 

Penggunaan skrub jenama ini juga menjadikan liang pori bersih dan masalah jerawat berkurang hanya dengan menggunakan scrub.

Dengan penggunaan kerap, skrub ini boleh membantu mengurangkan kemerahan dan kerengsaan akibat jerawat tau.

Produk terbaik untuk kecilkan pori jenis kulit kombinasi/gabungan
Wardah
Semak Wardah Acnederm Pore Refining Toner (100ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi aloe vera serta witch Hazel
add_circle Bagus untuk mengatasi masalah kulit berminyak
add_circle Melembabkan kulit
remove_circle Mengandungi pewangi
remove_circle Tidak sesuai bagi kulit sensitif

Jika menginginkan kulit wajah yang mempunyai saiz lubang pori kecil, bukan hanya menggunakan pencuci tetapi toner juga.

Sebaiknya gunakan toner Wardah kerana bebas alkohol, ringan dan diformulasi dengan ekstrak Witch Hazel yang baik untuk mengurangkan sebum (penghasilan minyak). 

Tanpa sebum berlebihan, pori akan mengecil kerana ianya tidak tersumbat maka tiada lagi masalah jerawat.

Kulit kekal lembut, tidak berminyak dan paling penting liang pori makin mengecil.

Semak Nivea Face Care Night Cream Extra White Repair Pore Minimiser (50ml) harga dibawah:
add_circle Pearl whitening complex
add_circle 10 kali berkesan untuk mencerahkan dalam masa 7 hari
add_circle Dermatologist tested
remove_circle Hanya boleh digunakan waktu malam sahaja

Rumusannya mengandungi Pearl-Whitening Complex yang terbukti 10 kali lebih berkesan daripada Vitamin C untuk memperbaiki kulit kusam. 

Selain itu dapat menghidrat dan mengurangkan bintik gelap agar kulit lebih cerah dan sihat.

Liang pori pada wajah juga akan mengecil dan kulit kelihatan makin segar dan berseri. 

Tekstur krim malam dari Nivea ini tidak melekit dan mudah menyerap.

Ini membuatkan kulit lebih sihat dan tidak berminyak.

Produk kecilkan pori muka remaja
Safi Natural Pore Tightening Facial Cleanser
Semak Safi Natural Pore Tightening Facial Cleanser harga dibawah:
add_circle Mempunyai ekstrak organic cucumber
add_circle Habbatus sauda
add_circle Formulasi dari Anti-pollutant
remove_circle Sukar didapati dalam pasaran

Pencuci muka dari Safi ini mampu membersih lebihan minyak, kotoran dalam lubang pori dan membuatkan kulit kekal lembab.

Malah, mempunyai campuran organik seperti Ekstrak cucumber yang membantu mengecilkan liang pori sekaligus menjadikan kulit sentiasa segar.

Rumusan bahan seperti habbatus sauda yang kaya dengan nutrien dan bahan semulajadi yang membuatkan kulit lebih sihat. 

Erti kata lain, bukan sahaja mencuci tapi mampu untuk memberikan kesan yang baik untuk kulit wajah.

Produk untuk pori besar dan parut jerawat
Aiken
Aiken Bha Pha Pore Refine
Semak Aiken BHA PHA Pore Refine harga dibawah:
add_circle Natural vitamin C dari Jepun
add_circle Bha Pha dari France
add_circle Paraben free
remove_circle Bauan lemon yang boleh membuatkan sesetengah orang pening.

Bha dari France ini berfungsi menyerap sehingga lapisan kulit dalam secara semulajadi bagi membuang lebihan minyak yang terhasil, blackheads, whiteheads dan membersih wajah.

Pha pula akan bertindak untuk menyingkirkan sel kulit mati yang menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. 

Natural vitamin C pula bertindak mencerahkan bahagian kulit wajah agar kelihatan berseri.

Selain itu, penghasilan minyak dan kesan jerawat pada wajah akan berkurang sekaligus membuatkan wajah anda sihat dan glowing!

Apa tunggu lagi, jom cuba dan lihat perbezaannya sendiri.


Apa Itu Liang Pori dan Apa Fungsinya?

Liang pori merupakan punca atau tempat dimana penghasilan minyak dihasilkan serta tempat peluh di keluarkan. 

Tapi kewujudan lubang pori pada kulit wajah ada memberi kepentingan pada kulit kerana untuk mengekalkan kelembapan secara semula jadi.

Cuma, jika lubang pori terlalu besar dan tidak dibersihkan dengan betul, ini akan mengakibatkan jerawat muncul.

Bagi yang mengalami jerawat pada bahagian belakang badan, sebenarnya merupakan masalah normal.

Ini kerana liang pori terdapat pada bahagian muka, dada dan belakang.


Apakah Cara Terbaik Untuk Pastikan Liang Pori Anda Bersih? 

Penjagaan liang pori perlukan ketelitian dalam pencucian.

Namun, tidak semua pencuci wajah dapat membersihkan liang pori tersumbat.

Jadi, jom ikuti tip ini untuk pastikan liang pori anda sentiasa bersih dan terjaga.

  • Elakkan menggunakan tangan untuk membuang kotoran pada liang pori kerana ini akan menjadikan liang pori lebih besar.
  • Cari cleanser yang mengandungi bahan seperti salicylic acid.
  • Gunakan scrub pencerah untuk wajah untuk membersih lebihan minyak dan mencerahkan bahagian kulit yang nampak kusam. 
  • Gunakan bahan di dapur seperti baking soda untuk membuang sel kulit mati, meneutralkan pH kulit, dan membersih lebihan minyak pada wajah.
  • Gunakan pore strip untuk membuang blackheads yang ada.
  • Rajinkan diri untuk pakai clay mask atau coral mask yang bagus untuk wajah.

Liang pori ini tak mungkin dapat dihilangkan, tetapi boleh usaha untuk mengecilkannya. 

Semoga tips ini bermanfaat! Selamat mencuba.


Artikel Berkaitan

End of Article