Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Naikkan Kembali Seri Wajah Anda Dengan 8 Serum Terbaik untuk Kulit Kering

Gunakan rutin ini secara konsisten. Jangan malas!

Sesetengah wanita mengamalkan penggunaan serum untuk menaikkan kembali seri kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya. Tetapi tahukah anda dengan penggunaan secara konsisten, serum mampu membuatkan anda tampil awet muda. Sudah tentu ramai wanita di luar sana tidak mahu penampilan kulit wajah yang tua dan tidak menarik. Kulit kering seringkali terjadinya pengelupasan dan merengsa akibat pencemaran udara atau terdedah kepada sinaran UV. Bagi anda yang berpotensi untuk menjadi kulit kering dan kusam serta memerlukan pelembap yang kekal memberi hidrasi kepada kulit, melaburlah pada serum yang dapat membantu masalah kulit anda.

Melapisi wajah kulit anda dengan serum sebelum diikuti dengan krim pelembap adalah salah satu tips anti-penuaan yang akan menjamin keremajaan kulitmu. Pastikan bahan yang terkandung bebas alkohol kerana ianya tidak sesuai untuk kulit kering. Berikut adalah jenis serum terbaik untuk kulit kering yang terdapat di pasaran sekarang.

Serum yang membantu kulit kering dan sensitif serta mudah mengelupas
mulai
RM165.00
Semak DR. JART+ Cicapair Serum harga dibawah:

Jika anda mengalami kulit kering yang sensitif dan mengelupas atau menghidapi penyakit kulit ekzema, produk dari Dr. Jart+ ini adalah yang paling sesuai untuk kulit bermasalah. Serum ini berfungsi untuk menenangkan kulit yang sangat sensitif, merengsa atau meradang serta membantu untuk melegakan dan membaikpulih kulit.

Serum dari produk ini juga bertindak sebagai penghadang lembapan ke dalam lapisan kulit untuk mendedahkan kulit yang lebih sihat. Diperkaya dengan khasiat Centella Asiatica dan ‘tiger grass’, iaitu bahan aktif yang digunakan untuk membaikpulih dan mengurangkan keradangan yang menyebabkan kerosakan pada kulit. 

Baca juga: 7 Serum Berkualiti Tinggi untuk Membaikpulih Kulit Sensitif

Serum anti-penuaan dengan bahan anti-oksidan untuk kulit kering
olay regenerist serum
mulai
RM70.58
Semak OLAY REGENERIST Micro-Sculpting Serum (50ml) harga dibawah:
add_circle Cepat menyerap
add_circle Menghaluskan kulit
add_circle Mengurangkan garis halus dan kedutan
add_circle Kulit lebih tegang dan nampak muda
remove_circle Harga sedikit mahal

Olay amat terkenal dengan produk anti-penuaannya kini tampil dengan serum yang menjanjikan pengurangan tekstur  kulit samada garis halus, kedutan mahupun kesan parut dalam dan menghidrat kulit secara menyeluruh. Diformulasi dengan Amino-Peptide Complex Advanced + Carob Fruit Extract yang membantu menyampaikan bahan anti-penuaan ke dalam kulit. 

Hydra-Firming Complex pula membantu mengekalkan keremajaan kulit untuk menghasilkan kulit yang lebih cerah dan ketara selepas hanya lima hari. Rumusan cecair serum ini juga bersifat non-comedogenic yang tidak menyumbat liang-liang pori dan akan menyebabkan pembentukan bintik hitam dan putih. 

Serum Vitamin C untuk menghilangkan jeragat pada kulit kering
By Wishtrend
mulai
RM74.38
Semak By Wishtrend Pure Vitamin C 21.5 Advanced Serum (30ml) harga dibawah:
add_circle Tidak melekit pada kulit
add_circle Bebas paraben
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Produk daripada jenama By Wishtrend ini memberikan kesan yang setanding dengan produk mahal yang lain di pasaran. Diformulasi dengan rumusan yang unik dan memanfaatkan kuasa Vitamin C segar. Ianya berkesan untuk mencerah, merata dan mengekalkan keanjalan serta lembapan pada kulit wajah anda. 

Titiskan sahaja serum ini dalam kuantiti secukupnya dan hasil menggunakan produk ini secara konsisten, kulit menjadi lebih terang serta tiada jeragat atau pigmentasi. Ianya juga mengurangkan iritasi serta rengsaan. 

Serum dari drugstore dengan harga bajet, sesuai untuk kulit kering
mulai
RM49.50
Semak NARUKO Rose & Botanicha Ha Aqua Cubic Complex (30ml) harga dibawah:

Ingin membeli serum tetapi tak cukup bajet? Nah, serum dari Naruko ini ada jalan penyelesaiannya. Diformulasi dengan 12 bahan pelembap dan esktrak bunga ros yang akan mengembalikan lembapan, keanjalan dan seri wajah pada anda. 

Serum bertekstur nipis dan ringan ini, sesuai digunakan oleh pengguna berkulit sensitif kerana ianya mampu untuk menenangkan keradangan pada wajah, dan sekaligus menghasilkan kulit yang kekal lembap dan anjal. 

Baca juga: 9 Serum ‘Best Seller’ Dari Drugstore, Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit 

Tiada lagi masalah kulit kering dan kusam dengan serum ini
mulai
RM93.00
Semak INNISFREE Olive Oil Real Serum EX (50ml) harga dibawah:

Jika anda mengalami kulit kusam yang membuatkan anda kelihatan penat dan kulit gelap serta tidak bermaya, cubalah mengamalkan serum tambahan di dalam rutin penjagaan wajah anda. Gunakan sahaja produk pelembap yang berkesan untuk menghidrat dan mengekalkan lembapan didalam kulit anda. 

Serum berjenama terkenal dari Korea ini menjanjikan penghidratan yang mendalam dengan Activator Power Olive yang berfungsi seperti pelembap untuk kulit kering dengan membaiki lapisan kulit wajah anda untuk mendapatkan kulit lebih cerah, berseri dan glowy. 

Serum untuk mencerahkan kulit kering dan memberi kesan ‘glowing’
THE ORDINARY Hyaluronic Acid 2% + B5 (30ml)
mulai
RM33.90
Semak THE ORDINARY Hyaluronic Acid 2% + B5 (30ml) harga dibawah:
add_circle pH 6.5-7.5
add_circle Ada Glycerin
add_circle Bebas alkohol
add_circle Tidak diuji keatas haiwan
add_circle Boleh pakai siang & malam
remove_circle Keberkesanan bergantung pada kulit masing-masing

Hyaluronic Acid adalah bahan yang paling berkuasa untuk si pemilik kulit kering. Bukan hanya mengembalikan penghidratan ke dalam kulit, produk ini juga membaiki penghadang lembapan agar kulit lebih cerah dan ‘glowy’ dari dalam. Kadang kala, anda tidak memerlukan produk pencerahan untuk memiliki kulit yang cerah berseri. 

Fokuskan sahaja pada keperluan kulit wajah anda. Kekal terhidrasi adalah kunci untuk memiliki kulit sihat, cerah dan bermaya. Hyaluronic Acid boleh menarik lembapan sehinggan 1000 kali beratnya. Walaupunn mengandungi bahan seperti asid seperti Hyaluronic dan Niacinamide, ianya tidak akan membuatkan kulit anda terasa pedih atau merengsa. 

Tangani tona tidak sekata dengan serum pemutih ini
Klairs
Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop (35ml)
mulai
RM75.50
Semak Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop (35ml) harga dibawah:
add_circle Cepat meresap ke dalam kulit
add_circle tidak berminyak
add_circle sesuai untuk beginner atau mereka yang tidak pernah menggunakan serum vitamin c
add_circle tidak menyebabkan iritasi
remove_circle Botol lutsinar yang boleh mempercepatkan proses oxidation- produk akan berubah warna dan tidak lagi berkesan
remove_circle Tekstur agak melekit
remove_circle Harga yang sedikit mahal

Produk Holy Grail daripada Klairs ini menggunakan teknologi pengstabilan hibrid yang menyediakan bahan penghantaran aktif L-Ascorbic Acid kepada kulit. Ianya membantu untuk melindungi kulit dari kerosakan UV sambil memerangi radikal bebas yang merosakkan kulit.

Bertindak untuk merangsang pengeluaran kolagen dan memperbaiki tona dan tekstur, produk ini sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuk kering dan sensitif. Kulit wajah anda tidak mudah menjadi iritasi.

Baca juga: Kekalkan Kulit Muda Dengan Rawatan Melalui 11 Serum Muka Ini

Gunakan pada waktu malam - membaiki kulit kering anda ketika tidur
Pixi
mulai
RM120.00
Semak Pixi Overnight Glow Serum (30 ml) harga dibawah:

Jika anda mempunyai masalah kulit kering dan sering mengalami kerengsaan ketika menggunakan skrub seperti jenis skrub kopi atau gula yang berada di pasaran, anda mungkin perlu mencuba ‘chemical exfoliating’ yang tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit wajah. 

Dengan ekstrak buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida dan asid natural, produk ini berfungi semasa tidur untuk mengelupas dan melegakan kulit bagi mendapatkan hasil kulit wajah yang lebih cerah dan terhidrat pada waktu pagi.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article