Kurap atau tinea corporis merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan kulat (fungi) yang dipanggil dermatophyte.
Rawatan kurap adalah dengan menyapu krim yang disarankan oleh doktor dan menyapu sekitar atas plak dan sempadan kurap.
Tapi anda boleh cuba bahan lain untuk merawat kurap misalnya bawang putih, aloe vera, cuka dan bahan tradisional lain.
Jom kita lihat cara hilangkan gatal kurap dengan cepat menggunakan ubat kurap terbaik.
Senarai 8 Cara Berkesan Hilangkan Kurap
Table of Contents

Dengan menggunakan krim daripada CREOBIC ini, anda dapat membebaskan kulit anda daripada serangan penyakit kulit kurap anda.
Krim ini menyerang dengan mengganas dengan menggunakan triple-action treatment untuk membunuh kurap dan penyakit-penyakit kulat yang lain.
Selain itu, krim ini juga elok digunakan oleh orang dewasa dan juga pada bayi.

Krim lidah buaya ini boleh digunakan pada ahli keluarga anda yang sedang mengalami penyakit kurap mahupun ekzema.
Dengan kegunaan krim ini, rasa gatal yang dialami akan berkurangan dengan serta merta.
Krim ini mampu mengawal keradangan yang dialami seawal tiga hari sahaja!

Kunyit merupakan salah satu bahan masak atau bahan organik yang mudah didapati untuk merawat penyakit kulit seperti penyakit kurap.
Kunyit berkesan untuk merawat penyakit kurap disebabkan oleh kandungan zat anti bakteria yang terkandung di dalamnya.
Selain itu, ubat ini mempunyai zat anti inflammasi jadi sangat berkesan sapu pada gatal kurap.
Melalui penggunaan kunyit organik kemudian ditambah dengan minyak kelapa hingga menjadi pes dan dapat merawat penyakit kurap.

Tahukah anda, produk keluaran BRAGG ini juga boleh merawat masalah penyakit kulit kurap?
Mudah sahaja cara untuk mengubati penyakit kurap menggunakan cuka epal.
Basahkan bebola kapas dengan cuka epal ini dan sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah.
Ulang rawatan ini sebanyak mana yang diperlukan, tapi jika kelihatan semakin teruk, berhenti dan rujuk rawatan daripada para doktor.

Tea tree oil ataupun dikenali sebagai minyak daun teh mempunyai sifat anti radang yang boleh merawat penyakit kulit kurap.
Ini kerana sifat anti radang yang terkandung di dalam minyak daun teh tersebut mampu meredakan rasa gatal..
Namun begitu, minyak daun teh ini tidak boleh digunakan secara langsung diatas kulit anda.
Campurkan minyak daun teh ini dengan pelembap muka harian dan sapukan ke atas kawasan yang bermasalah.
Ulang rawatan ini beberapa kali sehari mengikut keperluan anda.

Lagi satu bahan semula jadi yang boleh merawat masalah kulit kurap ialah minyak kelapa.
Ini kerana asid lemak yang dijumpai di dalam kandungan minyak kelapa didapati boleh membunuh sel fungal dengan merosakkan sel membran mereka.
Sapukan minyak kelapa ke kawasan kulit yang bermasalah dan ulangi rawatan ini sebanyak kali yang diperlukan.

Selain daripada ubat-ubatan tradisional, anda juga boleh guna rawatan moden seperti menggunakan krim 3Legs ini.
Dengan kandungan bahan clotrimazole 1%, produk ini dicipta untuk menentang fungal kurap yang telah menjadi perumah di kulit anda.
Jika penyakit kulit anda didapati hilang selepas menggunakan krim ini, teruskan penggunaannya selama dua ke empat minggu untuk mencegah penyakit ini berulang.

Kurap boleh juga menjangkiti bahagian kulit yang terlindung seperti kawasan lipatan dan kawasan yang berbulu.
Bagi merawat kurap di kawasan ini, persediaan dalam bentuk losyen atau gel lebih sesuai digunakan.
Losyen Freederm bertindak dengan aktiviti antikulat berspektrum luas manakala Terbinafine bertindak menghalang pembentukan dan tumbesaran kulat.
Jangkitan fungus pada kulit termasuk kurap air, tinea krunis, kurap, panau dan jangkitan fungus pada kuku boleh dirawat.
Apa Itu Kurap?
Menurut portal MyHealth, terdapat tiga jenis kurap atau dermatophyte yang dikenal pasti.
Antaranya adalah jenis Trichophyton, Microsporum dan Epidermophyton.
Selain daripada menjangkiti kulit, kulat-kulat ini juga boleh menjangkiti kuku dan rambut.
Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan sama ada dengan manusia atau haiwan yang berkurap atau dengan sebarang objek yang mempunyai kulat di atasnya (fomites).
Malah boleh berjangkit secara autoinokulasi iaitu jangkitan daripada kawasan lain pada tubuh individu yang sama.
Contohnya berjangkit di bahagian tangan atau badan akibat digaru dengan kuku jari yang dijangkiti kulat.
Jom dengarkan penjelasan lebih terperinci menerusi video di bawah.
Cara Menghilangkan Kurap Di Kulit
Kami yakin ada sesetengah individu merawat kurap menggunakan cara tradisional iaitu dengan menyapi aloe vera, minyak cuka aau bawang putih pada bahagian kurap.
Tapi kita sendiri tidak tahu sejauh mana teruk sesuatu kurap kerana takut cara tradisional menjadikan kurap dapat membentuk dengan lebih besar dan teruk.
Jadi, gunakan ubat dalam bentuk krim yang disarankan oleh doktor dan selalunya ubat-ubat ini mengandungi bahan aktif.
Misalnya imidazole, allylamine, tolnaftate dan cicloprox dan harus disapu dengan cara yang betul.
Tapi sekiranya kawasan yang dijangkiti kurap adalah besar dan banyak, gunakan ubat antikulat dalam bentuk kapsul atau pil.
Bagaimanapun ubat jenis ini mempunyai kesan sampingan pada sesetengah individu.
Jadi sebaiknya dapatkan nasihat dan ubat dari pengamal perubatan yang arif tentang preskripsi.
Jom dengarkan penerangan lebih mendalam menerusi video di bawah.