Kesihatan & Kecergasan

10 Nasal Spray (Ubat Resdung) Terbaik di Malaysia 2026

Mereka yang ada alergi atau mengalami hidung berair, gunakan nasal spray untuk melegakan lubang hidung tersumbat. Jom tengok senarai ubat spray hidung.


Editor · Updated 25 Oct 2022

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Nasal Spray (Ubat Resdung) Terbaik di Malaysia 2026

Alat semburan hidung atau nasal spray digunakan untuk merawat alahan hidung, resdung dan hidung tersumbat disebabkan cecair atau hingus.

Alat spray hidung tersumbat ini mengandungi ubat cecair untuk melegakan hidung tersumbat.

Kandungan

Bagaimanapun terdapat banyak jenis ubat spray hidung yang mana lebih berkesan berbanding penggunaan pil.

Bagi mereka yang sedang mencari nasal spray, jom lihat senarai ubat spray hidung di bawah.


Senarai 9 Jenama Nasal Spray Hidung Tersumbat

Sterimar Nose Hygiene & Comfort 100ml
Nasal spray terbaik secara keseluruhan 1 daripada 10
Sterimar Nose Hygiene & Comfort 100ml
Partnership with
Dari RM29.90
Tidak menyakitkan
Dapat melegakan hidung
Tidak sesuai untuk bayi
3 lagi
Sesuai untuk ibu menyusu
Dapat membersihkan hidung
Dapat mengurangkan hidung tersumbat

Sebab menjadi pilihan utama:

Sterimar Nose Hygiene & Comfort merupakan semburan hidung yang berasaskan air laut.

Ciri-ciri:

Kepekatan natrium klorida yang ada dalam air laut, di ambil dalam jumlah mengikut kesesuaian badan manusia.

Malah, jenis semburan Sterimar yang halus menjadikan air semburan dapat melekat pada mukosa dalam tempoh yang lama.

Lekatan air laut dan mukosa ini dapat melegakan hidung yang tersumbat dan mengeluarkan lendir yang ada dalam lubang paling dalam.

Bagi mereka yang tidak suka makan ubat, boleh ambil nasal spray Sterimar ini sebagai alternatif untuk sembuh selsema.

Review:

“Sepanjang saya menyusu badan, doktor memang tak bagi makan ubat selsema jadi Sterimar ni penyelamat saya. Memang berkesan,”

Sterimar Nose Hygiene Baby 100ml
Nasal spray untuk baby 2 daripada 10
Sterimar Nose Hygiene Baby 100ml
Partnership with
Dari RM48.17
Kegunaan khas untuk bayi
Dapat melegakan hidung
Tidak sesuai untuk dewasa
2 lagi
Dapat membersihkan hidung
Dapat mengurangkan hidung tersumbat

Bagi bayi bawah usia 2 tahun selalunya tidak digalakkan untuk makan apa-apa ubat melainkan dibawah nasihat doktor.

Malangnya selesma atau hidung tersumbat boleh dihadapi oleh semua orang terutama bayi yang kurang antibodi.

Jadi selain pemberian ubat pil atau cecair, anda boleh gunakan nasal spray untuk bayi ini supaya hidung tersumbat si comel dapat dikurangkan.

Bahan utama yang ada dalam nasal spray ini adalah 100% air laut, air bersih dan tiada bahan pengawet.

Bahan yang dirumuskan ini dapat membersihkan lendir dan kotoran yang tersangkut pada lubang hidung si comel.

Jangan risau, dengan muncung yang direka khas untuk saiz bayi serta tekanan yang lembut untuk merembeskan semburan mikrohalus, bayi anda tidak akan rasa sakit.

Penggunaannya 2 hingga 6 kali sehari atau lebih jika diperlukan dalam setiap lubang hidung.

Allertoin Allergic Nasal Spray
Nasal spray untuk alergi 3 daripada 10
Allertoin Allergic Nasal Spray
Partnership with
Dari RM32
Dapat melegakan hidung tersumbat
Mengeringkan hidung berair
Tidak sesuai untuk bayi
1 lagi
Harga murah

Bagi mereka yang kerap mengalami alahan disebabkan habuk atau hidung kerap berair pada waktu pagi, nasal spray ini adalah pilihan terbaik.

Ini kerana Allertoin Allergic Nasal Spray dapat mengeringkan hidung yang berair dan dapat menyingkirkan lendir.

Selain itu, dapat mengurangkan masalah bersin berulang-kali yang disebabkan alergen terperangkap dalam lubang hidup.

Cara pemakaiannya mudah saja, sembur sebanyak 1-2 kali pada setiap lubang hidung. Cukup hanya 10 kali sehari.

Avamys Nasal Spray
Nasal spray untuk hidung tersumbat 4 daripada 10
Avamys Nasal Spray
Partnership with
Dari RM62
Mudah digunakan
Tidak mengantuk
Mahal
2 lagi
Saiz kecil
Tidak sesuai untuk wanita mengandung

Semburan hidung Avamys mengandungi steroid dimana dapat membantu melegakan hidung berair, bersin dan sinus.

Malah dapat berfungsi untuk melegakan ketidakselesaan dan kerengsaan di hidung yang disebabkan keradangan.

Jadi dengan bahan yang terkandung dalam Avamys, anda dapat bernafas perlahan-lahan dengan selesa. 

Caranya steroid akan masuk ke dalam hidung dan akan menyingkirkan lendir dan alergen yang terperangkap dalam lubang hidung.

Oxy- Nase Nasal Spray (Adult)
Nasal spray untuk hidung tersumbat 5 daripada 10
Oxy- Nase Nasal Spray (Adult)
Partnership with
Dari RM14.90
Murah
Saiz kecil
Keberkesanan sekejap
1 lagi
Keberkesanan cepat

Oxy Nase dapat menyelesaikan masalah hidung tersumbat dengan menyempitkan saluran darah dalam saluran hidung kemudian melegakan hidung tersumbat.

Ini kerana kandungan nasal spray ini mengandungi 0.05% oxymetazoline (bahan yang membantu melegakan saluran hidung).

Bila pakai Oxy Nase, memang dapat memberi keberkesanan dalam beberapa minit tapi dapat bertahan sekejap kemudian anda perlu pakai semula.

Mudah digunakan, hanya sembur pada setiap hidung dan bernafas perlahan-lahan untuk membolehkan ubat berfungsi

Cuma pastikan dapat nasihat dari doktor sebelum sembur pada hidung.

Xlear Xylitol Saline Nasal Spray
Nasal spray terbaik bebas dadah 6 daripada 10
Xlear Xylitol Saline Nasal Spray
Partnership with
Dari RM85.99
Sesuai untuk semua peringkat umur
Sesuai untuk kegunaan harian
Mahal
2 lagi
Tidak mengandungi dadah
Cepat bertindak

Xlear Xylitol Saline Nasal Spray mengandungi bahan aktif Xylitol, iaitu karbohidrat kristal manis.

Bahan ini merupakan bahan semula jadi yang terdapat dalam semua buah dan sayuran.

Fungsi bahan aktif Xylitol ini adalah sebagai agen penyejuk semula jadi yang sebagai membantu membersihkan dan meluaskan saluran hidung.

Selain itu, nasal spray ini membantu melegakan dan melembapkan saluran hidung yang kering.

Jangan risau, semburan Xlear sangat lembut pada dinding hidung dan dapat menguatkan saluran hidung.

Neilmed NasoGEL
Nasal spray untuk hidung kering 7 daripada 10
Neilmed NasoGEL
Partnership with
Dari RM35.87
Cepat berkesan
Semburan lembut
Tidak sesuai untuk 12 tahun ke bawah
1 lagi
Dapat melegakan hidung

NasoGel Spray merupakan nasal spray larut air berasaskan garam bebas dadah yang dirumus dengan natrium hyaluronat untuk memberikan kelembapan hidung.

Jadi dengan semburan hidung NasoGEL, lubang hidung yang kering dapat dilembabkan dan memberi pelinciran semula.

Dalam masa yang sama dapat melegakan saluran hidung uang merengsa disebabkan persekitaran kering dan panas dalam badan.

Sesuai untuk mereka yang mengalami selsema, resdung, alahan, terapi oksigen dan persekitaran kering.

Betadine Adult Cold Defence Nasal Spray
Nasal spray untuk selsema 8 daripada 10
Betadine Adult Cold Defence Nasal Spray
Partnership with
Dari RM48.80
Tidak mengantuk
Harga murah
Tidak sesuai untuk alergi

Nasal spray Betadinetelah terbukti secara klinikal untuk melawan virus selesema dan mudah digunakan.

Ini kerana mengandungi karagelose yang dapat mengikat dan menghentikan virus selesema daripada membiak atau merebak. 

Bahan yang terkandung dalam nasal spray ini adalah larutan garam (1.2mg) dan karagelose.

Cara penggunaan hanya satu semburan ke dalam setiap lubang hidung dan lakukan 3 kali sehari.

Rawatan harus bermula seawal mungkin pada tanda pertama simptom selsema.

Cuma sekiranya berlaku kesan sampingan, hentikan rawatan dan dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi.

FLUTINIDE
Nasal spray Flutinide 9 daripada 10
FLUTINIDE Nasal Spray 50MCG/DOSE
Partnership with FLUTINIDE
Dari RM47
Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa
Mudah digunakan
Harga mahal
1 lagi
Tidak memeritkan

Bahan aktif yang terkandung dalam nasal spray jenama Flutinide ini adalah Fluticasone Propionate: 0,05% w / v dan Benzalkonium Klorida: 0.02% w / v.

Dia bahan aktif ini dapat menyingkirkan bendasing yang tersumbat pada lubang hidung sekaligus menjadikan anda berasa selesa untuk bernafas.

Cara penggunaan mudah saja, ikut arahan di bawah.

  • Dewasa dan 12 tahun ke bawah perlu sembur ke dalam setiap lubang hidung sekali atau dua kali sehari sebaiknya pada waktu pagi.
  • Remaja dan 4 tahun ke bawah perlu sembur ke dalam lubang hidung sekali atau empat kali sehari sebaiknya pada waktu pagi.

Cara penyimpanan pula perlu simpan dalam keadaan botol menegak dan letak di bawah suhu 30 ° C supaya cecair nasal spray tidak rosak.

Bengor Natural Chinese Herbal Nasal Spray
Nasal spray herbal 10 daripada 10
Bengor Natural Chinese Herbal Nasal Spray Sinusitis
Partnership with Bengor
Dari RM18.50
Harga murah
Mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi
Keberkesanan lambat sikit

Nasal spray herbal dari jenama Bengor ini mengandungi ekstrak tumbuhan semulajadi dan kandungan ubat yang ringan, dapat mengeluarkan dan menghalang Staphylococcus aureus, Escherichia coli dan patogen lain dalam rongga hidung.

Maksudnya dapat mengembalikan fungsi pembersihan rongga hidung sekaligus melegakan ketidakselesaan hidung yang disebabkan oleh rinitis akut/kronik, rinitis alergik, sinusitis, rinitis atropik dan selsema.

Malah, masalah hidung tersumbat, hidung berair, bersin, sakit kepala, kurang tenaga, hidung kering dan gatal-gatal, berdengkur dan gangguan tidur juga dapat diselesaikan jika menggunakan nasal spray Bengor ini.

Jangan risau, walaupun bahannya diperbuat daripada tumuhan herba cina tapi halal untuk kegunaan muslim.


Cara Guna Nasal Spray

Menurut Healthline, penggunaan nasal spray mempunyai arahan yang berbeza cum, cara terbaik adalah mengikut arahan pada kotak. 

Jika anda masih tidak pasti, garis panduan ini pada asasnya adalah cara yang disyorkan untuk menggunakan kebanyakan semburan hidung dengan selamat.

  1. Sediakan tisu atau kain untuk lap.
  2. Hembus perlahan hidung anda untuk membersihkan saluran hidung.
  3. Basuh tangan sebelum mengendalikan semburan hidung.
  4. Masukkan hujung semburan hidung.
  5. Sembur ke dalam satu lubang hidung dan pada masa tutup lubang yang lain.
  6. Tarik nafas perlahan-lahan untuk ubat masuk
  7. Tunggu beberapa ketika sebelum menghembus hidung anda semula.
  8. Selesai saja, terus cuci tangan anda.
  9. Simpan botol di tempat yang disyorkan.
  10. Anda boleh mengulangi langkah jika perlu. 

Pastikan anda hanya menggunakannya di hidung anda, bukan di tempat lain.

Anda boleh tonton video di bawah cara penggunaan nasal spray yang ditunjukkan oleh doktor secara praktikal.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation