Kalau tanya orang ramai, pasti ramai nak makan vitamin untuk kekal sihat, bertenaga dan cantik.
Tapi, tahukah anda apakah khasiat vitamin E pada tubuh badan? Ha, ambil tahu dulu.
Vitamin E sangat terkenal untuk kulit supaya kelihatan cantik dan sihat.
Antara makanan yang terdapat kandungan vitamin E ini adalah kekacang (kuaci, badam, kacang hazel), buah avocado, brokoli dan banyak lagi.
Malangnya mungkin ada di antara kita alergik kekacang atau tak boleh telan sayur.
Jadi kami ada jalan penyelesaian dengan makan suplemen vitamin E terbaik yang disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jom lihat senarai berikut.
Senarai 10 Vitamin E Terbaik
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama:
Vitamin E dari jenama 21st Century ini berbentuk softgel dan tidak mengandungi gula, garam, pewarna, perasa atau pengawet.
Ciri-ciri:
Bahan utama yang terkandung dalam setiap biji vitamin E 21st Century ini adalah kacang soya.
Jadi, dapat meningkatkan imun sistem badan dan mengandungi nutrien yang mencukupi.
Sangat sesuai untuk semua orang yang kekurangan vitamin E kerana telah disahkan secara klinikal.
Cuma wanita mengandung, menyusu badan tidak boleh ambil vitamin ini kerana takut menjejaskan kandungan dan anak.
Cara pengambilan hanya sebiji sehari untuk dewasa dan 2 biji jika disarankan oleh doktor.
Review:
“Bagus, saya dah ambil 2 botol. Kulit memang jadi cantik dan saya rasa badan lebih sihat dari sebelum,”

Vitamin E 400 IU membekalkan vitamin dalam bentuk d-alpha-tocopherol yang bagus untuk tubuh badan.
Lagipun badan kita memang memerlukan satu-satunya alpha tocopherol untuk melakukan aktiviti.
Malah, dapat berfungsi menghapus radikal bebas yang reaktif dalam badan dan melindungi tubuh dari mengalami kerosakan oksidatif.
Mudah kata, menghalang penumbuhan sel kanser, mengurangkan peluang strok, alzheimer dan Parkinson.
Cara penggambilan haruslah sehari sekali selepas makan tidak kira pagi atau malam.

Vitamin ini merupakan formulasi 2 dalam 1 semulajadi dimana dapat beri perlindungan antioksidan tanpa had pada tubuh.
Dalam masa yang sama, mengawal radikal bebas yang berlebihan yang boleh menyebabkan kerosakan tisu sehingga mendapat penyakit kronik.
Maksudnya, penyakit seperti kanser dapat di elakkan dan dapat mengurangkan komplikasi diabetes.
Selain itu, bagus untuk mata, jantung dan kulit kerana kandungan vitamin E dapat melawan radikal bebas yang merosakkan bahagian anggota ini.
Malah, mereka yang mempunyai parut pada kulit dapat dipudarkan.

BIO-LIFE Evening Primrose Oil vitamin E direka khas untuk kesihatan wanita kerana mengandungi tinggi Omega-6, GLA dan LA.
Kandungan ini mampu mengurangkan masalah senggugut, mengurangkan kesakitan payudara dan meningkatkan kesuburan wanita.
Malah, bagi wanita yang mengalami masalah jerawat yang banyak, anda disarankan untuk ambil vitamin ini untuk mengawal hormon.
Bukan itu saja, bagi individu yang mempunyai masalah darah tinggi, vitamin Bio-Life dapat membantu mengurangkan bacaan darah tinggi.
Bagaimanapun, sesetengah individu mungkin akan mengalami kesan sampingan yang ringan seperti cirit-birit, pening kepala dan loya.
Jangan risau, walaupun mengandungi gelatin jenis Bovine tapi telah mendapat kelulusan KKM, MAL05072107XR

Untuk pengetahuan anda, koenzim Q10 akan disintesis dalam badan kita untuk penghasilan tenaga.
Koenzim ini boleh didapati pada seluruh bahagian tisu dalam badan dengan kepekatan tertinggi dalam jantung.
Dalam masa yang sama, berfungsi untuk tenaga sel dan nutrien penting agar semua sel dalam keadaan baik.
Jadi, Nova Aqua Q10+E dirumus dengan teknologi ACTISOF bagi meningkatkan penyerapan dalam sel badan.
Manakala gabungan Q10 dan vitamin E pula bantu mengitar semula dan meningkatkan keberkesanan dalam badan.
Maksudnya, vitamin ini dapat membekalkan tenaga supaya anda tidak merasa mudah letih. Sangat sesuai untuk lelaki yang bekerja kuat.
Jangan risau, vitamin ini telah pun mendapat kelulusan KKM dengan nombor pendaftaran MAL07031139X.

Vitamin jenama NATRIÉO TRI.E Tocotrienols membantu mengekalkan kesihatan untuk jangka masa panjang.
Bahan utama dalam vitamin E ini adalah Tokotrienol menjadikan sesuai untuk semua golongan tidak kira umur dan jantina.
Untuk pengetahuan anda, tokotrienol jarang ditemui dalam alam semula jadi salah satu sumber terkayanya ialah minyak sawit.
Ekstrak semulajadi ini memberikan ciri biologi yang unik termasuk antioksidan yang tinggi dan anti-radang.
Sekaligus menjadikan vitamin E ini bagus untuk mengelakkan dari terkena strok, penyakit hati berlemak dan kardiovaskular.
Jangan risau, produk ini telah mendapat pengesahan KKM dengan nombor pendaftaran MAL20066023NC.

Blackmores Natural E 1000 IU mengandungi vitamin E yang tinggi antioksidan yang berfungsi untuk menghapus radikal bebas.
Dalam masa yang sama membantu melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas dan mengekalkan sistem kardiovaskular sentiasa sihat.
Disebabkan kandungan vitamin E merupakan dari sumber semulajadi jadi mudah diserap ke dalam sel tubuh untuk mengelakkan dari sel kanser aktif.
Cara pengambilan hanyalah sebiji sehari selepas makan atau seperti yang dinasihatkan oleh pakar atau doktor.

Blackmores Superkids Immune mengandungi pelbagai nutrien penting untuk si comel membesar.
Dengan berperisa sitrus semulajadi dan nutrien penting seperti zink, Vitamin C, D & E dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
Maknanya, anak anda bukan saja dapat nutrien vitamin E tapi C dan D juga dimana dapat melindungi kulit apabila terdedah dengan matahari.
Jika si comel sukar untuk makan buah atau sayur, kami sarankan beri kapsul vitamin ini.
Setiap biji kapsul ini mengandungi nutrien dari buah jambu batu, blackcurrant, kiwi, brokoli, cili capsicum dan taugeh.
Jangan risau, walaupun untuk kanak-kanak tapi tiada gula tambahan, pewarna, perasa dan pengawet.

Vitamin E Complex ialah sejenis vitamin yang patut diamalkan dalam diet seharian seorang wanita.
Fungsi vitamin E yang ada dalam Shaklee ini mampu menghalang sel rosak sebanyak 57% apabila terkena sinar UV.
Dalam masa yang sama, Vitamin E Complex mampu memelihara sel kulit supaya kulit kelihatan segar.
Jadi, dapat melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan, garis halus, parut dan masalah kulit yang lain.
Vitamin E dari Shaklee ini telah didaftar dibawah KKM dengan nombor MAL21046068NC.

VitaHealth E Vita 400IU dirumus khas dengan bahan asas minyak safflower kemudian disertakan dalam kapsul gel lembut yang tertutup rapat.
Vitamin E ini mengandungi antioksidan kuat yang membantu melindungi tubuh daripada kerosakan radikal bebas.
Dalam masa yang sama dapat melembapkan kulit, memperbaiki sel kulit rosak dan membantu dalam penyembuhan kulit.
Selain itu, vitamin E ini juga dapat melambatkan penuaan jadi garis halus dan kedutan lambat muncul pada kulit.
Cara pengambilan hanya 1 gel lembut diambil setiap hari selepas makan atau seperti yang diarahkan oleh doktor.
Bahan lain yang digunakan adalah d-alpha-tocopherol dan telah didaftarkan dibawah KKM dengan nombor pendaftaran MAL18126020NCR.
Boleh Ke Ambil Vitamin E Setiap Hari?
Sebelum nak amalkan pengambilan vitamin E setiap hari, anda kena tahu apakah khasiat vitamin E terlebih dahulu.
Peranan vitamin E adalah bertindak sebagai antioksidan yang mencegah kerosakkan sel.
Selain itu, DNA dalam badan dapat meneutralkan molekul bahaya yang dipanggil radikal bebas.
Tambah pula dari udara kita sedut, sumber makanan yang kita makan, dari sinar matahari yang menyentuh kulit dan gaya hidup anda yang menyebabkan radikal bebas mudah aktif.
Bukan apa, radikal bebas ini sering dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit seperti alzheimer, kanser, parkinson, aterosklerosis dan lain-lain lagi.
Sebenarnya banyak lagi khasiat vitamin E untuk tubuh badan kita tapi berbalik pada soalan boleh ke ambil vitamin E setiap hari?
Jawapannya boleh terutama bagi yang nak masuk ke fasa 30-an kerana bagus juga untuk melambatkan penuaan.
Tapi pastikan telah mendapat nasihat dari doktor kerana jika ambil dos berlebihan akan menimbulkan kemudaratan pada kesihatan pula.
Apakah Kaitan Vitamin E Dengan Kesuburan?
Mungkin ada yang rasa tidak masuk akan jika dikaitkan vitamin E dengan kesuburan, sebenarnya ada kena mengena. Jom kita selongkar.
Selain daripada meningkatkan imun badan, elak dari terkena risko penyakit berbahaya, vitamin E juga dapat meningkatkan lendir serviks perempuan supaya sperma dapat hidup lebih lama.
Dan disebabkan vitamin E mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi jadi sangat bagus untuk lelaki dalam melindungi membran sperma dari kerosakkan oksidatif.
Seterusnya vitamin E dapat membantu meningkatkan ketebalan endometrium dan perkara ini sudah dibuktikan.
Satu kajian berjaya mendapati 52% wanita yang diberi vitamin E sebanyak 600mg setiap hari, endometrium mereka boleh meningkat tebal sekaligus menjadikan lebih subur.
Malah vitamin E juga dapat mengelakkan dari keguguran kerana dapat meningkatkan imunisasi secara menyeluruh.