Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
whey protein

8 Susu / Whey Protein Terbaik Di Malaysia 2024

Selain untuk bina badan, whey protein juga boleh untuk turunkan berat badan.

Buat kaki-kaki gym di luar sana, tentu anda mahukan sesi gym yang efektif dan tidak rasa seperti anda buang masa dan tenaga kerana tidak mendapat hasil yang diinginkan.

Kebiasaannya tentu anda akan mencari produk whey protein atau susu protein untuk anda dapatkan kandungan protein yang diperlukan badan.

Semua ini adalah untuk dapatkan hasil badan yang diidamkan dan dengan pengambilan susu protein gym, ia adalah cara paling mudah selain perlu makan makanan penuh protein.

Selain yang mahu bina badan, anda yang mahu turunkan berat badan juga boleh mencuba protein ini bagi menampung keperluan protein dalam badan semasa anda diet makan.

Contoh minuman protein yang anda boleh ambil adalah seperti susu, smoothie, yogurt atau kefir.

Tapi kalau anda mahu jimat dan dapatkan susu gym atau protein untuk otot sahaja, bolehlah anda pilih untuk ambil whey protein.

Jadi, kami bantu anda senaraikan whey protein halal atau whey protein Malaysia yang terbaik dengan harga berpatutan.


8 Whey Protein Terbaik Malaysia

Whey protein terbaik secara keseluruhan
Heal Protein Shake Powder Whey Protein/Pea Protein
Heal Protein Shake Powder Whey ProteinPea Protein
mulai
RM6.21
Semak Heal Protein Shake Powder Whey Protein/Pea Protein harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Sesuai untuk lelaki dan wanita
add_circle Sesuai untuk beginner
add_circle Boleh dijadikan meal replacement
remove_circle Satu pek untuk sekali makan

Sebab menjadi pilihan utama:

Selain daripada ia sesuai untuk lelaki dan wanita, ia juga merupakan whey protein terbaik untuk yang baru nak mula berjinak dalam dunia gym atau yang baru mula workout untuk dapat bentuk tubuh ideal.

Ia juga sesuai dijadikan sebagai makanan gantian buat anda yang sentiasa sibuk bekerja sehingga tidak cukup masa untuk makan.

Ciri-ciri:

Protein adalah penting untuk fungsi harian yang optimum, termasuk dalam meningkatkan sistem imun, menyokong pertumbuhan dan pembaikan sel dan tisu, jadi whey protein jenama Heal ini boleh jadi sumber protein tambahan anda.

Dengan Protein Shake Heal, anda dapat meningkatkan jisim otot, meningkatkan pemulihan otot, dan membuatkan anda rasa kenyang.

Selain itu, ia juga mencegah kehilangan jisim otot dan membantu dalam mengekalkan dan meningkatkan jisim otot semasa proses penurunan berat badan.

Whey protein ini juga boleh diambil bersama oat atau buah-buahan untuk menjadikannya lebih mengenyangkan dan berperisa.

Jika anda ke gym, boleh ambilnya satu jam sebelum sesi gym anda untuk tenaga atau dalam masa 30 minit selepas untuk sokongan perkembangan otot dan pemulihan.

Anda boleh pilih antara dua siri whey protein jenama Heal ini, iaitu; Siri Tenusu dan Siri Vegan, dengan pelbagai perisa mengikut cita rasa anda.

Review:

“Rasa sangat sedap dan tidak terlalu manis atau rasa berkapur. Lepas minum rasa kenyang macam lepas makan makanan berat dan rasa bertenaga untuk buat kerja rumah.”

Whey protein untuk bina badan
Halal Muscle Matrix 100% Whey Bina Otot
Halal Muscle Matrix 100% Whey Bina Otot
mulai
RM99.00
Semak Halal Muscle Matrix 100% Whey Bina Otot harga dibawah:
add_circle Tanpa campuran soya
add_circle Halal
add_circle Membina otot lebih cepat
add_circle Sebagai meal replacement
add_circle Gula tanpa kalori
remove_circle Perlu konsisten minum untuk nampak hasil

Whey protein yang dihasilkan 100% daripada whey tanpa campuran soya ini sangat sesuai untuk anda yang berhasrat untuk bina otot badan.

Ia dihasilkan secara teliti dan disokong oleh sains, formula protein whey premium ini menawarkan pelbagai manfaat untuk pembinaan otot anda.

Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai salah satu sumber protein premium terbaik yang memberikan tubuh anda kandungan asas yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pemulihan otot.

Antara kelebihan protein whey ini adalah ia mudah larut dan dapat menyerap dengan pantas, jadi anda boleh memaksimumkan manfaat dengan setiap hidangan.

Bukan sahaja protein whey ini membantu anda membina massa otot lean dengan cekap, tetapi ia juga membantu dalam pemulihan tisu otot selepas senaman, dengan kandungan asid amino yang banyak di dalamnya.

Tambahan lagi, ia turut boleh berfungsi sebagai pilihan pengganti makanan yang sangat baik, sesuai untuk anda yang sedang diet kerana ia membuatkan anda berasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari.

Sama ada anda bertujuan untuk meningkatkan berat atau menurunkannya, Muscle Matrix Whey adalah untuk anda.

Whey protein untuk diet
Hydro Whey Protein
Hydro Whey Protein
mulai
RM180.00
Semak Hydro Whey Protein harga dibawah:
add_circle Mudah diserap otot
add_circle Meningkatkan kekebalan otot badan
add_circle Mengurangkan lemak
remove_circle Harga sedikit mahal

Hydro Whey Protein boleh berikan anda pertumbuhan otot yang lebih padat dengan cepat.

Dengan peningkatan ketumpatan otot sebanyak 80%, minuman protein whey ini adalah kunci untuk mencapai bentuk badan yang berkotak-kotak dan membina tisu otot dengan kadar yang tinggi.

Selain itu, Hydro Whey Protein mempunyai kadar penyerapan yang pantas, tidak sama seperti formula protein whey yang biasa.

Ini bermakna penghantaran nutrien penting ke otot anda lebih cepat, menghasilkan pemulihan yang lebih pantas dan pembangunan otot yang lebih baik.

Jangan risau, protein whey ini sesuai untuk lelaki dan juga perempuan dan mempunyai kesan yang sama untuk sesiapa yang mengambilnya.

Antara fungsi lain Hydro Whey Protein ini adalah meningkatkan fungsi imun badan sambil anda bekerja keras untuk dapatkan bentuk badan idaman anda.

Whey protein untuk wanita
AGYM Nutrition Venus Whey Protein for Ladies + Collagen Fit Body Muscle
AGYM Nutrition Venus Whey Protein for Ladies + Collagen Fit Body Muscle
mulai
RM67.00
Semak AGYM Nutrition Venus Whey Protein for Ladies + Collagen Fit Body Muscle harga dibawah:
add_circle Mengandungi Marine Collagen
add_circle Khusus untuk metabolisme wanita
add_circle Halal
add_circle Bagus untuk muscle recovery
remove_circle Lebih sesuai untuk wanita

Jika anda merupakan seorang wanita yang aktif atau mahu mula aktif ke gym, anda boleh cuba AGYM Nutrition Venus Whey Protein for Ladies + Collagen ini.

Campuran whey protein yang baru ini diperkaya dengan kolagen, dirumus khas untuk memenuhi keperluan wanita, memberikan sokongan pemulihan otot, kekalkan otot yang lean, dan meningkatkan pembakaran lemak.

Formula whey protein halal premium ini telah menjadi pilihan utama di Malaysia dan Singapura sejak 2015, dan kini, ia lebih baik lagi dengan tambahan Marine Collagen.

Marine Collagen memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pemulihan sel otot dan direka khas untuk metabolisme wanita.

Paling penting rasa protein whey ini sedap dan tidak akan membuatkan anda mual atau loya semasa meminumnya.

Sama ada digunakan sebagai shake selepas latihan atau sebagai makanan ganti, protein whey ini sesuai buat anda yang mahukan badan kekal ramping dan cergas.

Whey protein untuk remaja
Fiboo Protein Bar No Sugar Whey Protein Meal Replacement
Fiboo Protein Bar No Sugar Whey Protein Meal Replacement
mulai
RM35.00
Semak Fiboo Protein Bar No Sugar Whey Protein Meal Replacement harga dibawah:
add_circle Tidak mengandungi gula
add_circle Sebagai ganti makanan
add_circle Pelbagai perisa yang sedap
add_circle Tersedia untuk dimakan
remove_circle Cepat habis

Fiboo Protein Bar direka untuk menyokong keperluan pemakanan anda, dan ia hasil dari kajian khas tentang protein.

Protein bar inovatif ini menggabungkan concentrated whey protein, soy protein isolate, concentrated milk protein, dan casein, memberikan profil protein yang lengkap untuk pemulihan dan pertumbuhan otot secara optimum.

Bagaimanapun, Fiboo Protein Bar tidak hanya mengandungi protein, ia juga dicampur dengan polifenol teh untuk membantu mengeluarkan beban berlebihan dari tubuh anda, memastikan anda berasa ringan dan bertenaga selepas pengambilan.

Paling menarik, protein bar ini mempunyai rasa yang sangat sedap dengan lapisan yogurt yang ringan dan segar.

Anda boleh nikmati snek tanpa rasa bersalah dengan Fiboo Protein Bar, dan tanpa risau berat badan akan bertambah.

Sama ada anda memerlukan snek segera atau refuel selepas bersenam, Fiboo Protein Bar sedia dimakan begitu sahaja.

Whey protein isolate
BodyBuild 100% Whey Hydro Isolate
BodyBuild 100% Whey Hydro Isolate
mulai
RM110.00
Semak BodyBuild 100% Whey Hydro Isolate harga dibawah:
add_circle Penyerapan lebih pantas
add_circle Tidak mengandungi gula
add_circle Sesuai untuk post-workout
remove_circle Mengandungi tenusu untuk yang alahan padanya

Apa yang bagus tentang whey protein dari BodyBuild ini adalah dengan setiap hidangan anda akan menerima kandungan protein yang lebih tinggi bersama dengan lemak dan karbohidrat yang lebih rendah.

Apa yang membezakannya dengan protein whey lain adalah ia menggunakan whey yang dihidrolisis, memastikan penyerapan amino asid dengan cepat untuk pemulihan otot dan perkembangan otot yang lebih baik.

Selain itu, ia turut diperkaya dengan BCAA tambahan, glutamine, vitamin, dan campuran enzim untuk pencernaan yang lebih baik.

Protein whey ini juga menggunakan protein sumber tunggal yang terdiri daripada isolate protein whey yang dihidrolisis sepenuhnya.

Tambahan lagi, protein whey ini juga bebas lemak atau laktosa berlebihan, dan paling penting tiada gula, menjadikannya sesuai untuk atlet yang ingin memaksimumkan prestasi sukan atau untuk anda yang mahukan protein tambahan demi mendapat bentuk badan ideal.

Whey protein concentrate
Titan Whey Protein
Titan Whey Protein
mulai
RM119.00
Semak Titan Whey Protein harga dibawah:
add_circle Halal
add_circle Pantas membantu muscle recovery
add_circle Rendah lemak dan tiada gula
remove_circle Bukan untuk remaja

Titan Whey Protein dirumuskan dengan teliti oleh pakar-pakar makmal dan nutrisi, dihasilkan di sebuah kilang yang diiktiraf dengan sijil Halal Jakim, KKM, HACCP, GMP, dan ISO 22000, jadi anda tidak perlu ragu-ragu dengan produk ini.

Selain itu, protein whey ini mempunyai formula unik yang terdiri daripada whey protein concentrate, pea protein isolates, dan soy protein isolates yang memberikan kombinasi yang kuat untuk pemulihan dan mengekalkan bentuk otot.

Anda juga tidak perlu risau dengan gula dan lemak berlebihan kerana setiap hidangan menyediakan 20g protein dengan kandungan gula dan lemak yang sangat rendah.

Tambahan pula, ia bebas gluten, memenuhi pelbagai keutamaan diet.

Dengan rasa yang sedap tanpa meninggalkan rasa mual atau loya, disokong oleh beribu-ribu testimoni, ia boleh jadi pilihan utama buat anda untuk mengekalkan otot yang kuat dan membantu pemulihan selepas senaman dengan cepat.

Whey protein hydrolysate
Hydro Mass – Mass Gainer with Hydro Whey Protein
Hydro Mass – Mass Gainer with Hydro Whey Protein
mulai
RM99.00
Semak Hydro Mass – Mass Gainer with Hydro Whey Protein harga dibawah:
add_circle Rasa ringan dan sedap
add_circle Tambahan creatine dan glutamine
add_circle Mengandungi formula muscle booster
add_circle Halal
remove_circle Kurang sesuai untuk wanita

Whey protein ini berbeza dengan whey protein yang lain atau versi lama kerana ia menggabungkan kekuatan isolates protein whey yang dihidrolisis dengan konsistensi yang ringan dan menyegarkan seperti jus, menjadikannya sebagai alternatif yang menyegarkan.

Dengan lebih dari 1113 kalori setiap sajian, termasuk 228.3g karbohidrat, 52g protein, dan 16.2g lemak, protein whey Hydro Mass ini boleh mencapai lebihan kalori anda dengan mudah.

Ia adalah gabungan sempurna antara rasa dan nutrisi, direka untuk menyokong pembentukan otot anda dan menyokong matlamat serta objektif fitness anda.

Tambahan pula, ia diperkaya dengan kreatin dan glutamin tambahan, bersama dengan formula penambah otot yang mengandungi Tribulus Terrestris (Gokshura), meningkatkan kadar pembinaan otot anda.

Cuba produk ini sebagai penambah berat badan utama bagi anda yang serius tentang ingin gain weight secara berkesan.


Kebaikan Dan Keburukan Whey Protein

Kalau anda merupakan kaki gym atau sedang dalam proses untuk bina otot badan, tentu anda familiar dengan whey protein.

Sebenarnya, terdapat pelbagai kebaikan dan keburukan yang perlu dipertimbangkan sebelum memasukkan whey protein ke dalam diet harian anda.

Kebaikan Whey Protein:

  1. Whey protein adalah sumber protein yang berkualiti tinggi, kaya dengan asid amino penting yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan otot.
  2. Pengambilan whey protein selepas senaman dapat membantu mengurangkan waktu pemulihan otot dan menggalakkan pemulihan otot yang lebih cepat.
  3. Pengambilan whey protein boleh meningkatkan rasa kenyang, membantu mengurangkan pengambilan kalori, dan mempromosikan penurunan berat badan dengan meningkatkan pembakaran lemak.
  4. Whey protein juga mengandungi faktor Immunoglobulin dan lactoferrin yang dapat meningkatkan sistem imun tubuh, membantu melindungi tubuh daripada jangkitan dan penyakit.

Keburukan Whey Protein:

  1. Beberapa individu mungkin mengalami reaksi alergi terhadap whey protein, terutamanya jika mereka mempunyai alahan kepada produk tenusu.
  2. Pengambilan whey protein dalam jumlah yang tinggi boleh menyebabkan gangguan pencernaan seperti kembung perut, cirit-birit, dan ketidakselesaan perut.
  3. Pengambilan whey protein yang berlebihan boleh menyebabkan penambahan berat badan yang tidak diingini, terutamanya jika tidak seimbang dengan pengurangan kalori yang diperlukan.
  4. Sesetengah produk whey protein mungkin mengandungi gula tambahan, bahan pengawet, atau perasa buatan yang boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan dalam jangka masa panjang.

Sebelum anda bercadang untuk menggunakan whey protein, anda boleh baca dan pertimbangkan dahulu kesan sampingannya.

Dalam baik ada juga buruknya, jadi perlu juga sentiasa rujuk kepada pakar kesihatan atau pakar diet pemakanan sebelum memulakan atau mengubah diet anda, terutamanya jika anda mempunyai masalah kesihatan sedia ada.


Fungsi Whey Protein

Whey protein adalah sumber protein yang diperolehi daripada hasil pemprosesan susu semasa penghasilan keju.

Ia adalah salah satu jenis protein yang paling popular digunakan dalam makanan tambahan, terutamanya dalam kalangan atlet, pemain sukan, dan individu yang aktif dalam kegiatan fizikal.

Antara fungsi whey protein adalah ia menjadi sumber protein berkualiti tinggi yang mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan untuk pembinaan dan pembaikan otot.

Memastikan pengambilan protein yang mencukupi penting untuk memastikan pertumbuhan otot yang optimum dan pemulihan yang cepat selepas setiap sesi senaman.

Selain itu, whey protein juga dapat membantu dalam pengurangan berat badan dengan memberikan rasa kenyang dan mempercepatkan metabolisma.

Pengambilan protein yang mencukupi juga dapat membantu dalam pemeliharaan dan peningkatan otot, yang merupakan faktor penting dalam proses penurunan berat badan.

Akhir sekali, whey protein mengandungi pelbagai faktor imun yang membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan anda.

Ia juga boleh membantu dalam mengekalkan tahap gula darah yang stabil, mengurangkan tekanan darah, dan meningkatkan kesihatan jantung dan vaskular.

Sebelum mengambil whey protein atau sebarang makanan tambahan, anda boleh dapatkan dahulu nasihat daripada pakar pemakanan untuk memastikan ia sesuai dengan diet dan tahap kesihatan semasa anda.

End of Article