Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Suplemen ibu mengandung terbaik

10 Supplement (Vitamin) Untuk Ibu Mengandung di Malaysia 2024

Suplemen tambahan boleh bantu ibu mengandung kekal bertenaga.

Penjagaan pemakanan untuk ibu mengandung amat penting terutamanya ketika tempoh tiga bulan pertama hamil kerana pada ketika ini, janin baru sahaja terbentuk. 

Selain harus makan makanan yang seimbang, wanita mengandung juga perlu makan supplement yang sesuai untuk ibu mengandung.

Ada pelbagai jenis vitamin untuk ibu mengandung, suplemen tambahan untuk ibu mengandung dan vitamin kehamilan yang anda boleh cuba.

Ini senarai makanan suplemen untuk ibu mengandung terbaik, vitamin bagus untuk ibu hamil atau suplemen ibu hamil yang bagus untuk bantu bayi membesar dengan baik.


Senarai 10 Supplement Ibu Mengandung Terbaik

Suplemen ibu hamil terbaik secara keseluruhan
Blackmores Pregnancy & Breastfeeding Gold
mulai
RM56.86
Semak Blackmores Pregnancy & Breastfeeding Gold harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk wanita menyusu
add_circle Mengandungi zat besi, kalsium & zinc
add_circle Mengandungi minyak ikan
add_circle Tidak berbau hanyir
add_circle Bebas pemanis tiruan & gluten tambahan
remove_circle Harga mahal

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Suplemen Blackmores ini merupakan salah satu vitamin bagi wanita hamil yang kekurangan nutrisi untuk menyokong perkembangan janin yang sihat.  

Ciri-ciri;

Setiap kapsul suplemen ini akan memberikan anda dan bayi dalam kandungan 17 nutrien penting termasuklah asid folik, iodine, vitamin C dan vitamin D3. 

Asid folik akan mengurangkan risiko bayi mengalami masalah spina bifida, manakala iodine pula menyokong perkembangan kecerdasan dan IQ bayi sejak dalam kandungan lagi. 

Paling penting, juga mengandungi minyak ikan yang kaya dengan DHA untuk pertumbuhan sistem saraf, mata dan otak bayi. 

Suplemen ini juga sesuai untuk ibu yang mengalami masalah Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau diabetes gestasi.

Jadi, anda tidak perlu risau kerana suplemen ini bebas pemanis tiruan dan gluten tambahan.

Kami nasihatkan anda untuk makan terlebih dahulu sebelum mengambil suplemen ini kerana tidak disarankan untuk ambil jika perut kosong. 

Review;

Berkesan membantu penghasilan susu badan. Tubuh rasa kurang penat. Kalau tak makan, rasa badan letih sangat. Pil takde bau ikan & senang nak telan’

Supplement ibu mengandung trimester pertama
Appeton Essentials Folic Acid (90's)
mulai
RM39.01
Semak Appeton Essentials Folic Acid (90's) harga dibawah:
add_circle Mengandungi 90 tablet dalam 1 kotak
add_circle Sesuai untuk wanita TTC
add_circle Kuatkan tulang janin
add_circle Tiada pewarna tiruan
add_circle Sah KKM
remove_circle Harga mahal

Suplemen asid folik ini bukan sahaja boleh diambil oleh wanita mengandung pada tempoh awal kehamilan, malah wanita yang merancang untuk mengandung juga boleh makan. 

Ini kerana asid folik sangat bagus untuk mengurangkan risiko neural tube defects (NTD) yang boleh menjejaskan pertumbuhan otak dan tulang belakang pada bayi yang belum lahir. 

Selain itu, asid folik jenama Appeton ini bebas pewarna tiruan jadi sangat selamat untuk ibu hamil.

Bagi yang merancang untuk hamil, anda disarankan untuk makan asid folik ini 3 bulan sebelum tempoh perancangan anda.

Jangan risau, pil ini senang ditelan kerana saiz setiap kapsul kecil sahaja. 

Vitamin untuk ibu hamil trimester 2
NeuroGain PB Vegicaps for Pregnant Women (30's)
mulai
RM52.80
Semak NeuroGain PB Vegicaps for Pregnant Women (30's) harga dibawah:
add_circle Mengandungi DHA
add_circle Sesuai untuk ibu menyusu
add_circle Tidak hanyir
add_circle Mudah ditelan
add_circle Disahkan KKM
remove_circle Harga mahal

Vitamin NeuroGain PB ini bukan hanya bagus untuk ibu mengandung, malah sesuai diambil oleh wanita yang sedang menyusukan anak. 

Selamat diambil oleh wanita hamil kerana tidak mengandungi Evening Primrose Oil yang membahayakan janin atau menyebabkan kelahiran lebih awal. 

Kapsul suplemen ini diperbuat daripada gelatin lembut dengan sayuran yang lebih sihat berbanding kapsul yang diperbuat daripada haiwan. 

Turut diformulasikan dengan fatty acids (asid lemak) yang penting dan bagus untuk ibu menyusu dan hamil.

Paling penting, pil ini tidak berbau hanyir dan saiznya yang kecil akan mudahkan anda untuk telan. 

Suplemen kalsium untuk ibu mengandung
SHAKLEE Ostenutrix
mulai
RM46.05
Semak SHAKLEE Ostenutrix harga dibawah:
add_circle Meringankan stress
add_circle Menguatkan tulang, kuku & gigi
add_circle Kurangkan kekejangan & kebas
add_circle Sesuai untuk wanita yang cepat letih
add_circle Harga mampu milik
remove_circle Rasa sedikit pahit

Untuk ibu hamil yang kurang gemar minum susu, boleh ambil suplemen Shaklee ini untuk dapatkan khasiat kalsium, zinc dan magnesium semasa mengandung. 

Selain kalsium, produk ini juga mengandungi vitamin D yang mampu meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk tingkatkan ketumpatan tulang. 

Suplemen ibu hamil yang bagus ini juga boleh dimakan oleh ibu yang menyusukan anak dan wanita yang pernah melahirkan. 

Selain itu, turut membantu mereka yang mengalami senggugut atau PMS teruk untuk kurangkan rasa sakit.

Mereka yang mengalami masalah sembelit dan selalu sakit kaki dan sendi juga boleh makan tanpa masalah.

Vitamin D untuk ibu hamil
New Obimin Film Tablet
mulai
RM50.90
Semak New Obimin Film Tablet harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Tablet mudah ditelan
add_circle Mengandungi vitamin A & vitamin D
add_circle Mengatasi masalah kekurangan vitamin B12
remove_circle Perlu dapatkan nasihat doktor sebelum makan

Vitamin dan mineral dalam suplemen ini bakal membantu merawat masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.

Dengan saiz kapsul yang sederhana, vitamin ini sangat diperlukan oleh ibu hamil dan wanita yang sedang menyusukan anak.

New Obimin ini mengandungi vitamin B12, asid folik, iodine, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin B6.

Turut diformulasikan dengan kalsium dan zat besi untuk menguatkan tulang dan mempercepatkan penyembuhan luka. 

Kandungan DHA dan EPA dalam vitamin ini pula akan membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi. 

Cara pengambilan, untuk wanita hamil boleh makan sebiji kapsul sehari sebelum atau selepas makan.

Vitamin zat besi untuk ibu hamil
Powerlife Iron Pyrophosphate Plus
mulai
RM65.00
Semak Powerlife Iron Pyrophosphate Plus harga dibawah:
add_circle Tanpa gula tambahan & yis
add_circle Kapsul mudah ditelan
add_circle Sesuai juga untuk warga emas
add_circle Dapat mengurangkan keletihan ibu hamil
remove_circle Perlu diambil semasa perut kosong

Kombinasi zat besi, asid folik, vitamin B dan vitamin C dalam 1 kapsul ini bakal memberikan nutrisi yang baik buat wanita mengandung. 

Turut sesuai untuk kurangkan masalah kelesuan, pening kepala dan wajah pucat semasa mengandung.

Selain itu, vitamin C, vitamin B dan asid folik diperlukan untuk membantu pembentukan sel darah merah terutamanya jika anda mengalami masalah anemia. 

Suplemen ini sangat ideal dan selamat diambil juga oleh ibu mengandung kerana tidak menyebabkan sakit perut dan tidak mempunyai rasa. 

Menariknya, suplemen ini boleh juga diambil oleh orang dewasa yang aktif bekerja agar lebih bertenaga.

Vitamin tambah darah untuk ibu hamil
AMWAY Nutrilite Iron Folic
mulai
RM15.00
Semak AMWAY Nutrilite Iron Folic harga dibawah:
add_circle Sah KKM
add_circle Tambah antibodi
add_circle Tambah rembesan susu badan
add_circle Membantu perkembangan saraf bayi dalam kandungan
remove_circle Tidak sesuai untuk vegetarian

Untuk ibu hamil yang mengalami anemia, anda disarankan untuk ambil suplemen Nutrilite yang mengandungi bayam yang kaya dengan zat besi untuk tambah darah. 

Vitamin kehamilan ini boleh memberikan anda nutrisi yang diperlukan ketika mengandung agar bayi dalam kandungan dapat membesar dengan sihat. 

Paling penting, asid folik dalam suplement ini pula boleh mencegah berlakunya kecacatan tiub neural pada janin atau bayi sumbing.  

Ibu mengandung boleh ambil suplemen ini seawal kehamilan berusia 0-12 minggu. 

Bagaimanapun, kami sarankan anda untuk dapatkan nasihat doktor sebelum ambil vitamin ini.

Vitamin untuk ibu hamil trimester 1
Abbott Iberet Folic
mulai
RM29.48
Semak Abbott Iberet Folic harga dibawah:
add_circle Tambah sel darah merah
add_circle Kurangkan iritasi pada perut
add_circle Elak anemia
add_circle Harga murah
remove_circle Isi kapsul sikit

Abbot Iberet Folic memiliki formula suplemen dengan gabungan zat besi, asid folik dan vitamin B kompleks agar badan ibu hamil tetap bertenaga ketika mengandung. 

Selain itu, suplemen ini turut mengandungi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi. 

Manakala vitamin B kompleks pula membantu tubuh anda untuk menggunakan tenaga menerusi metabolisme karbohidrat, protein dan lemak. 

Asid folik dalam vitamin tambahan ini pula mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang pada bayi yang sedang membesar dalam perut si ibu. 

Saiz kapsul ini sederhana dan setiap kapsul vitamin dipek secara individu untuk mengelakkan pengoksidaan.

Vitamin kalsium untuk wanita mengandung
Kordel's Calcium & Magnesium Plus
mulai
RM30.88
Semak Kordel's Calcium & Magnesium Plus harga dibawah:
add_circle Diperakui oleh KKM
add_circle Mengandungi zinc
add_circle Sesuai untuk wanita hampir menopause
add_circle Elak masalah osteoporosis
remove_circle Perlu nasihat doktor sebelum makan

Pengambilan kalsium sangat digalakkan buat ibu mengandung kerana sangat penting bagi pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.

Dengan kombinasi kalsium dan magnesium dalam suplemen Kordel’s, ibu akan mendapat khasiat yang secukupnya.

Kelebihan vitamin ini juga akan bantu ibu hamil elak daripada kekejangan otot kaki terutama pada waktu malam. 

Suplemen ini juga boleh dimakan oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan orang dewasa yang kurang gemar minum susu. 

Menariknya, suplemen ini juga sesuai diambil oleh wanita yang mengalami fasa menopause untuk memastikan hormon badan sentiasa dalam keadaan baik.

Vitamin kalsium untuk ibu hamil
Moo Milk Calcium Plus
mulai
RM32.97
Semak Moo Milk Calcium Plus harga dibawah:
add_circle Mengelakkan osteoporosis
add_circle Tidak mengandungi laktosa
add_circle Mengandungi magnesium
add_circle Harga berpatutan
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 8 tahun

Untuk ibu hamil yang tidak mendapat kalsium yang mencukupi melalui pemakanan harian, boleh cuba ambil suplemen kalsium Moo Milk ini.

Suplemen ini akan bantu menguatkan tulang dan gigi bayi dalam kandungan untuk terbentuk dengan lebih baik. 

Suplemen yang sesuai untuk ibu mengandung ini turut mengandungi vitamin D yang membantu kalsium dapat diserap dengan lebih mudah. 

Cara pengambilan senang sahaja, untuk wanita mengandung dan menyusu, boleh ambil 1 biji tablet dua kali sehari sebelum makan. 

Manakala untuk orang dewasa, boleh makan 1 biji kapsul sehari.


Kebaikan Suplemen Ibu Mengandung 

Selain pemakanan yang sihat dan seimbang, ibu hamil juga digalakkan untuk mengambil suplemen tambahan.

 Ini untuk bantu badan kekal sihat dan bayi dalam kandungan juga akan membesar dengan baik. 

Antara kebaikan suplemen untuk wanita mengandung ialah:

  • Membantu tumbesaran bayi di dalam kandungan 
  • Mengelakkan masalah bayi tidak cukup berat badan ketika lahir 
  • Mengurangkan risiko bayi cacat atau lahir tidak cukup bulan
  • Membantu perkembangan otak dan mata janin
  • Membantu perkembangan sistem saraf bayi termasuk saraf tunjang 

Contohnya, pengambilan asid folik oleh si ibu ketika awal kehamilan boleh membantu mengelakkan masalah tumbesaran pada otak dan tulang belakang bayi

  • Kalsium pula membantu membina tulang & gigi yang kuat untuk bayi dan ibu 
  • Zat besi pula penting agar boleh membantu sel darah merah menyalurkan oksigen kepada bayi dalam kandungan 

Apa-apa pun, pastikan anda yang sedang berbadan dua dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi yang terlatih sebelum ambil mana-mana suplemen atau vitamin bagus untuk ibu hamil. 

Jangan lupa juga makan mengikut dos yang dibenarkan sahaja dan jika anda masih keliru, boleh tengok video di bawah untuk penjelasan yang lebih jelas.


Artikel Berkaitan

End of Article