Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Susu Terbaik untuk Orang Tua & Dewasa 2024 (Diet Sihat)

Tulang dan jantung lebih kuat dengan pengambilan susu secara harian!

Kebiasaannya golongan kanak-kanak yang digalakkan untuk minum susu supaya pembentukan tulang lebih kuat dan mendapat tumbesaran sempurna.

Tapi sebenarnya golongan dewasa juga memerlukan minuman susu nutrisi untuk orang tua bagi mengelakkan sakit-sakit sendi pada usia tua nanti.

Malangnya, ada diantara kita terlepas pandang pengambilan susu untuk orang dewasa dalam pemakanan harian semasa lewat 30-an sehingga pada usia tua sehingga mengakibatkan sakit tulang dan sendi.

Susu untuk warga emas atau untuk orang dewasa ini bagus dijadikan sebagai rutin harian, lebih-lebih lagi untuk warga emas sebab susu pengganti makanan untuk orang tua yang sudah tiada gigi atau sukar untuk makan.

Jadi, anda berada di ruang yang tepat kerana kami akan senaraikan susu untuk orang tua yang terbaik dan juga jenama susu yang sesuai untuk diet.

Pilih je mana yang sesuai untuk anda!


Senarai 11 Susu Untuk Orang Tua & Dewasa

Susu dewasa dan orang tua terbaik secara keseluruhan
Anlene
susu anlene
mulai
RM65.00
Semak Susu Anlene Total 10 High Calcium & Collagen Adult harga dibawah:
add_circle Rasa sedap dan kurang manis
add_circle Rendah kandungan laktosa
add_circle Tinggi kalsium & protein
add_circle Mengandungi prebiotik inulin
remove_circle Hanya ada perisa vanilla sahaja

Sebab jadi pilihan utama:

Susu Anlene Total 10 mengandungi 28 bahan yang memberi kebaikan untuk kesihatan keluarga termasuk Vitamin B, Kolagen, Vitamin A, Zat Besi, dan Zink. 

Ciri-ciri:

Susu ini tinggi dengan kalsium dan protein yang penting untuk tulang yang kuat.

Dengan tambahan prebiotik inulin dan antioksidan, ia membantu menjaga kesihatan usus dan melindungi tubuh daripada radikal bebas. 

Dalam setiap sajian, hanya mengandungi 4.3g laktosa dan hadir dalam rasa vanila yang sedap. 

Jangan risau, rasanya ringan dan tidak terlalu pekat, sesuai untuk sesiapa yang tidak begitu gemar minum susu serta sesuai untuk dewasa dan warga emas (19 tahun ke atas).

Untuk pencegahan daripada mendapat penyakit berkaitan tulang seperti Osteoporosis, pengambilan susu Anlene ini merupakan sebagai langkah pencegahan awal.

Review:

"Saya minum susu ni sebab nutrient yang ada di dalamnya. Paling saya suka dia tidak mengandungi laktosa, tidak terlalu manis dan harga berpatutan."

Susu untuk tambah berat badan dewasa
Appeton
mulai
RM96.90
Semak APPETON Weight Gain Adult harga dibawah:
add_circle Mengandungi asid amino
add_circle Mengandungi protein whey
add_circle Bagus untuk penghadaman
remove_circle Tak sesuai untuk diet

Appeton Weight Gain merupakan susu formula protein tinggi yang telah terbukti secara klinikal dimana dapat meningkatkan berat badan secara sihat.

Menurut kajian klinikal susu ini menunjukkan purata penambahan berat badan perempuan dan lelaki sebanyak 2kg selepas mengamalkan Appeton Weight Gain.

Jadi susu ini sesuai untuk mereka bergelar atlet atau golongan yang berusia 13 tahun ke atas yang mengalami masalah berat badan kurang.

Ini kerana susu ini mengandungi L-Lysine bagi meningkatkan pertumbuhan jisim badan tanpa lemak.

Selain itu, susu ini mempunyai PER tinggi (3.1) untuk penambahan berat badan yang lebih cekap. 

Cara pengambilan, masukkan 3 ½ atau 4 skop ke dalam 300ml air dan minum 2 hingga 3 kali sehari selepas makan.

Susu tanpa laktosa untuk dewasa
Abbott
ABBOTT Ensure Gold – Chocolate (400g)
mulai
RM38.99
Semak Abbott Ensure Gold harga dibawah:
add_circle Tidak berbau
add_circle Bebas laktosa & gluten
add_circle Kandungan protein tinggi
add_circle Mengandungi 28 vitamin tambahan
remove_circle Tidak bagus untuk diet

Susu ini mengandungi tinggi protien untuk kekuatan fizikal, jadi sangat sesuai untuk mereka yang sering bergerak melakukan kerja.

Malah mengandungi 28 tambahan vitamin dan mineral dimana mampu memberi tenaga dan nutrisi kepada tubuh badan.

Tambah pula Ensure ini mempunyai omega 3 yang berasaskan tumbuhan untuk kesihatan jantung.

Mempunyai prebiotik untuk membaiki sistem pencernaan, jadi sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik, sukar buang air besar atau cirit-birit.

Cara penyediaan mudah saja, ambil 6 skop sudu yang disediakan ke dalam cawan berisi 185ml air suam dan minum setiap pagi dan malam sehari.

Susu untuk kuat tulang dewasa
Anlene Gold Actifit 5XTM Reduced Fat High Calcium Premium Adult Milk Powder (Plain) 1kg
mulai
RM37.50
Semak Susu Anlene Gold 5X harga dibawah:
add_circle Dapat membina tisu
add_circle Menguatkan tulang
add_circle Memberi tenaga
add_circle Tiada penambah gula
remove_circle Perlu minum dengan konsisten

Dengan susu Anlene Gold ini, usia lanjut tak akan menjadi penghalang kepada mereka untuk bergerak aktif, keluar melancong atau melakukan riadah.

Ini kerana serbuk susu formula Anlene Gold 5X dirumus secara saintifik dengan MFGM Active.

Rumusan ini merupakan bahan tenusu unik yang menyediakan komponen serupa dengan yang terdapat dalam cecair sendi.

Malah mengandungi ikatan nutrien Movemax yang merangkumi kalsium tinggi, protein tinggi, kolagen, vitamin dan mineral lain tanpa gula tambahan.

Setiap nutrien ini mempunyai kebaikan untuk warga emas, antaranya:

  • Protein - membantu membina & membaiki tisu-tisu badan
  • Kalsium - membantu menyokong tulang yang kuat
  • Vitamin D - membantu penyerapan kalsium
  • MFGM - makanan yang mengandungi membran globul lemak susu.

Cara pengambilan hanya 2 kali sehari. Sekali bancuhan, hanya masukkan 29g susu dan kacau bersama 200ml air suam. 

Nestle Omega Plus Plain Milk Powder (1kg)
mulai
RM44.00
Semak Susu Tepung Nestle Omega Plus Plain (1kg) harga dibawah:
add_circle Rasa sedap
add_circle Bagus untuk jantung
add_circle Mampu turunkan kolestrol
remove_circle Tidak sesuai untuk kanak-kanak

Bagi mereka yang mempunyai masalah jantung, disarankan untuk amalkan minum susu ini setiap hari.

Ini kerana kandungan 1.2g Sterol tumbuhan telah terbukti keberkesanannya dalam merendahkan paras kolestrol dengan menyekat kolesterol masuk dalam saluran darah.

Dalam masa yang sama, susu ini bagus untuk tulang kerana kalsiumnya mengandungi ANTICOL.

Terdapat juga kandungan Omega 3 & 6 yang betul untuk mengimbangkan diet pemakanan.

Cara pengambilannya 2 gelas sehari. Bancuh dengan 3 sudu besar dan kacau bersama air suam.

Cukup dua gelas susu Nestle Omega Plus sehari juga memenuhi 96% keperluan kalsium harian anda.

[JH NUTRITION] Enersure (Vanilla) 850g Milk Powder - immune booster
mulai
RM87.90
Semak Susu Tepung Enersure (Vanilla) - immune booster harga dibawah:
add_circle Bagus untuk gastrik
add_circle Dapat bekalkan tenaga
add_circle Mampu menguatkan tulang
add_circle Sesuai untuk semua peringkat umur
remove_circle Kurang sesuai untuk sakit sendi

Susu jenama Enersure sangat sesuai untuk mereka yang kerap mengalami gastrik kerana mengandungi Prebiotik & Probiotik.

Bukan itu saja, susu ini mengandungi gabungan kandungan yang unik antaranya Omega 3 & 6, kolostrum, Lutein dan Zeaxanthin, kalsium, Vitamin D dan tinggi protein.

Dengan gabungan semua bahan ini susu Enersure dapat menyelesaikan masalah kesihatan gastrik, Osteoporosis serta membekalkan tenaga.

Sesuai untuk remaja, dewasa dan orang tua tapi bagi golongan dewasa amat disarankan amalkan susu ini untuk pencegahan penyakit pada peringkat awal.

Cara pengambilan haruslah minum setiap hari sebanyak dua gelas.

Susu kalsium tinggi untuk dewasa
Protamin
mulai
RM89.00
Semak Susu Protein Protamin harga dibawah:
add_circle Memulihkan sel otot
add_circle Mengandungi vitamin D
add_circle Sesuai untuk dewasa dan orang tua
remove_circle Harga mahal

Susu Protamin ini mengandungi ramuan hebat dimana setiap satunya mempunyai kelebihan sendiri.

Antara ramuan yang dikatakan hebat adalah Vitamin D, whey protein, ginkgo billoba, bovine collagen dan banyak lagi.

Apa yang pasti campuran ini dapat pembentukan tisu ligamen yang pantas, menguatkan otot dan tulang, melancarkan darah dan banyak lagi.

Amat digalakkan untuk amalkan sejak berusia 30-an ke atas kerana susu ini dapat mengelakkan masalah kerapuhan tulang.

Tapi jangan risau, untuk orang tua juga boleh amalkan susu Protamin ini kerana dapat merawat masalah sakit sendi seperti sakit lutut, bahu dan sakit pinggang.

Cara bancuhan, ambil 2 skop susu dengan 1 cawan air kosong (120-150ml) dan minum sebelum sarapan dan sebelum tidur pada setiap hari.

Susu tepung untuk menyokong sistem imun
Provital Immuna Plus Adult Milk (960g)
mulai
RM54.90
Semak Susu Provital Immuna Plus (960g) harga dibawah:
add_circle Bagus untuk tulang
add_circle Meningkatkan imunisasi badan
add_circle Bagus untuk kesihatan dalaman
remove_circle Rasa kurang sedap

Provital Immuna Plus baharu ini mempunyai campuran unik dari nutrien untuk membantu menyokong sistem imun yang sihat. 

Campuran nutrien yang unik ini mengandungi yis beta-glukan untuk membantu menyokong sistem imun yang berkaitan dengan selsema.

Hanya mengandungi 0.2g yis beta-glukan dalam 2 hidangan sehari dan jumlah ini memenuhi jumlah yang disyorkan untuk keberkesanan.

Selain itu, Provital Immuna Plus mengandungi Kalsium, Vitamin D & magnesium yang merupakan nutrien penting untuk tulang. 

Cukup dengan dua hidangan sehari, dapat membantu memenuhi 50% keperluan pengambilan kalsium untuk orang dewasa berumur lebih 40 tahun

Susu ini direka untuk orang dewasa berumur 40 tahun dan ke atas.

Susu dewasa tinggi protein
Fernleaf UHT Milk
mulai
RM5.80
Semak Fernleaf UHT Milk harga dibawah:
add_circle Mempunyai banyak perasa
add_circle Membekalkan protein
add_circle Bagus untuk tulang
add_circle Tak perlu bancuh
remove_circle Mudah rosak

Sesuai yang sesuai untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak dari umur 1 tahun ke atas dan mampu kekal aktif sepanjang hari dengan amalkan susu gabungan semula Fernleaf Full Cream UHT yang dibuat dengan bahan-bahan berkualiti.

Dibuat dengan 100% susu daripada lembu yang diberi makan rumput di New Zealand, setiap pek memberi anda dan keluarga anda nutrisi tenusu yang lazat. 

Susu gabungan semula Fernleaf Full Cream UHT mengandungi kebaikan tenusu dan merupakan sumber kalsium.

Malah, membekalkan protein yang tinggi untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan. 

Cukup minum satu pek susu penuh krim gabungan semula Fernleaf UHT dan nikmati kebaikannya setiap hari.

Paling best, susu ini mudah diminum tanpa perlu bancuh dahulu seperti susu tepung lain. 

Susu tambah tenaga untuk warga emas
Appeton
mulai
RM70.65
Semak Susu Appeton Wellness 60+ Warga Emas harga dibawah:
add_circle Meningkatkan status pemakanan
add_circle Memperbaiki pengambilan nutrien keseluruhan
add_circle Meningkatkan selera makan
add_circle Mengurangkan risiko kekurangan zat tenaga protein
add_circle Mengurangkan risiko anemia

Appeton Wellness 60+ mengandungi Koenzim Q10, Kompleks B, dan Kromium B yang memenuhi keperluan harian untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas. 

Ia diformulasikan khas dengan Energy Complex dan mengandungi protein khas untuk warga emas yang lebih sesuai dengan penurunan fungsi buah pinggang akibat penuaan.

Selain itu, ditambah pula dengan inulin khas untuk memenuhi keperluan fisiologi unik warga emas dan bebas dari kolesterol, lemak trans, laktosa, serta gluten. 

Jadi, susu ini amat sesuai untuk vegetarian yang mengamalkan pemakanan tenusu dan individu yang tidak toleran terhadap gluten dan laktosa. 

Hanya perlu campurkan 200ml air suam dengan 5 skop Appeton Wellness 60+.

Sangat sesuai untuk warga emas yang sihat yang memerlukan pengambilan nutrisi tambahan, warga emas yang mengalami malnutrisi, dan warga emas yang sakit atau dalam proses pemulihan.

Susu kambing
Karihome
susu tepung karihome
mulai
RM51.90
Semak Susu Kambing Karihome harga dibawah:
add_circle Meningkatkan sistem imun
add_circle Meningkatkan penghadaman
add_circle Nutrisi semulajadi
add_circle Beban alergi yang lebih rendah
remove_circle Sukar didapatkan di pasaran

Karihome Goat Whole Milk Powder mengandungi protein susu kambing yang membantu meningkatkan penghadaman. 

Ia dihasilkan secara eksklusif untuk mengekalkan lebih banyak nutrien semulajadi dengan beban alergi yang lebih rendah.

Kandungan dalam susu kambing termasuk:

  • Kalsium - membantu membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Casein Phosphopeptide (CPP) - meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium dan fosforus serta membantu dalam pencernaan.
  • Taurin - membantu perkembangan otak dan kesihatan fizikal.
  • Prebiotik dan probiotik - menyediakan kesihatan usus yang baik dan pencernaan yang lancar.
  • Vitamin A - membantu perkembangan retina dan sistem imun.
  • Vitamin B6 - membantu metabolisme dan penghantaran neurotransmitter.
  • Kalium - mengekalkan pengawalan darah yang optimum.
  • Protein - protein lembut yang mudah dicerna dan membantu membina tisu.
  • Kolin - pendahulu asetilkolin yang terlibat dalam pengawalan metabolisme dan sintesis DNA.

Selain itu, turut mengandungi bahan-bahan yang meningkatkan sistem imun seperti nukleotida, zink, selenium, dan asid sialik. 


Cara Bancuh Susu Tepung Dewasa

Untuk bancuhan susu tepung dewasa secara amnya lebih kurang saja cara bancuhan susu tepung bayi.

Cuma susu tepung dewasa boleh dibancuh menggunakan air sejuk tapi susu tepung bayi tidak boleh.

Lagipun setip susu tepung selalunya terdapat cara bancuhan pada bahagian belakang tin atau kotak susu, jadi ikut saja langkah diberikan.

Cuma ingin diingatkan, setiap susu tidak sama bancuhannya dan kadang ada yang memerlukan 6 skop tapi ada yang hanya perlu 4 skop.

Apa-apa pun baca arahan pada belakang tin atau kotak susu tepung terlebih dahulu.

Disebabkan artikel ini merupakan topik susu, jom kita dengarkan apakah keperluan sebenar susu dalam kehidupan kita menerusi video di bawah.


Artikel Berkaitan

End of Article