Ibu mana tak sayangkan kandungan lebih-lebih lagi jika pasangan tersebut sudah menunggu lama kehadiran si kecil dalam rahim.
Jadi pasti si ibu ingin menjaga kesihatan bayi dalam kandungan dengan pengambilan makanan sihat serta minuman tambahan susu ibu mengandung dalam pemakanan harian.
Malangnya, tak tahu mana satu susu yang bagus dan mengandungi khasiat susu terbaik seperti manfaat susu almond yang tinggi kandungan antioksidan.
Pemilihan susu ibu mengandung amat penting untuk perkembangan janin, dan pastinya ini akan memberi kelebihan bagi program hamil anda.
Bagi memudahkan anda, kami menyenaraikan susu ibu mengandung yang paling bagus untuk anda jadikan sebagai minuman harian sepanjang tempoh mengandung.
Senarai 10 Susu Ibu Mengandung Yang Paling Bagus
Table of Contents

Sebab menjadi pilihan utama:
Susu Enfamama A+ ini dirumus secara saintifik untuk menyokong keperluan nutrisi ibu hamil dan menyusu.
Ciri-ciri:
Malah susu ini bertindak melindungi fetus anda daripada jangkitan virus yang berbahaya.
Sesuai kepada ibu yang baru pertama kali hamil, yang berpengalaman serta yang menyusukan badan.
Ini kerana Enfamama A+ kaya dengan beberapa nutrisi penting. Antaranya;
- 100mg DHA yang dirumus secara saintifik untuk membantu memenuhi cadangan pengambilan DHA harian pakar.
- Tinggi Asid Folid - Asid Folid penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel.
- Tinggi Kolin - Susu ibu dengan tahap Kolin tertinggi.
- Kalsium - Kalsium membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
- Vitamin D - Vitamin D diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
- Besi - Besi adalah faktor pembentukan sel darah merah.
- Inulin - Prebiotik (inulin) membantu meningkatkan bifidobakteria usus dan membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik.
Review:
"Minum susu ni memang rasa bertenaga sikit berbanding kalau tak minum langsung. Badan dah tak rasa lesu."

Untuk pengetahuan ibu bapa di luar sana, otak bayi mula terbentuk pada minggu ketiga pertumbuhannya.
Fasa ini adalah amat penting untuk melindungi DHA dalam sel otak kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak.
Jadi, susu Similac Mom ini mengandungi vitamin E Asli dan Lutein untuk menyokong perkembangan otak si manja ketika dalam kandungan.
Sebaiknya, amalkan susu dari jenama Similac untuk ibu mengandung ini supaya dapat menyokong pembelajaran yang lebih pantas.
Dalam masa yang sama juga, susu ini dapat membantu si ibu untuk mengawal kenaikkan berat badan yang melampau ketika mengandung.

Khasiat dalam susu ini dapat menjadi sumber tenaga tambahan buat ibu hamil dengan keperluan AHA/DHA sebagai komponen penting dalam perkembangan membran sel otak janin.
Harus diingatkan bahawa bayi memerlukan nutrisi yang lengkap sejak dalam kandungan dan bukan hanya selepas lahir.
Nutrisi utama dalam susu ini seperti gangliosida, GA dan DHA yang mampu untuk membantu melancarkan lagi sistem peredaran darah pada ibu hamil.
Dalam pada itu, serat folat yang terkandung dalam susu ini seperti kalsium mineral dan zat besi penting untuk tulang.

Bagi para ibu yang baru sahaja mengandung di trimester pertama serta ingin mendapatkan khasiat pemakanan yang seimbang dan sihat, anda boleh cuba susu untuk ibu hamil keluaran Nestle ini.
Dirumus khas dengan 20 vitamin dan mineral termasuk asid folik, kalsium, zat besi serta vitamin A dan C.
Protein yang dibekalkan di dalam susu ini mampu untuk menyokong keperluan tambahan buat bayi dalam kandungan.
Manakala bakteria Bifidus BL yang terkandung dalam susu ini baik untuk sistem pencernaan kerana ia dapat melindungi kesihatan usus anda.

Sesetengah daripada wanita hamil pasti ada masalah bacaan HB rendah dan ini menjadikan si ibu dalam kategori kandungan berisiko.
Bukan itu saja, badan mudah penat, rasa mual-mual sepanjang hamil dan tidak bertenaga.
Jadi susu ibu mengandung dari jenama Momma menghasilkan susu khas untuk golongan ini.
Dalam segelas susu ini mengandungi nutirisi pelbagai untuk si ibu dan anak. Antaranya;
- 3 macronutrient
- 14 vitamin dan mineral
- Omega-3
- Asid folik
Malah, susu yang diproses adalah 100% susu tanpa mengandungi krimer / maltodextrin dan 13 bahan semulajadi yang terpilih dan berkualiti premium.
Anda boleh dapatkan susu ini dalam perisa coklat atau vanila.

Susu dari Frisomum Gold ini bukan saja untuk ibu mengandung tapi sesuai untuk ibu menyusu.
Diformulasi dengan nutrien penting DualCare+ untuk menyokong perubahan fisiologi semasa kehamilan dan menyediakan asas yang baik untuk si manja.
Malah, formula Frisomum Gold DualCare+ ini didatangkan dengan Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
Indeks ini untuk membantu ibu hamil mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan mereka.
Selain itu, terdapat lebih 6 nutrisi penting untuk si ibu yang mengandung antaranya vitamin B, B12, D, kalsium, iodine, asid folik, magnesium, DHA, choline, prebiotik dan banyak lagi.
Jangan risau, tidak mengandungi sukros tambahan jadi bagus untuk ibu yang mengalami diabetes.

Bagi ibu mengandung yang mencari susu kambing, pilihlah susu Karihome Mama.
Ini kerana mengandungi khasiat lengkap untuk ibu mengandung dan ibu menyusu badan.
Malah, dirumus dengan susu kambing tulen dari New Zealand dan protein susu kambing Karihome hanya 1/3 daripada saiz protein susu lembu biasa.
Lagipun kaya dengan 8 nutrien utama untuk bantu ibu lebih bertenaga dan anak dalam keadaan sihat.
Antara nutrien yang ada adalah protein, folat, kolin, DHA, kalsium, zat besi, zink dan multivitamin.
Semua nutrien ini bagus untuk anak dan ibu jadi, pengambilan susu ini sebaiknya dari awal hamil sehingga tamat tempoh penyusuan badan.

Susu dari jenama tempatan, Mamadil ini menghasilkan susu dalam bentuk tablet dimana para ibu tidak perlu bancuh.
Walaupun dalam bentuk tablet tapi nutrisinya sama seperti susu dari jenama lain malah mengandungi bahan pemakanan sunnah.
Antaranya susu kambing, ekstrak kurma, buah zaitun, madu, kismis dan habbatus sauda.
Setiap bahan ini mempunyai fungsi yang berbeza jadi satu tablet ini dapat memberi kebaikkan yang pelbagai.
Antaranya, menambahkan tenaga, memberi kecantikan kulit, meningkatkan daya tumpuan, mengelakkan masalah sembelit dan lain-lain lagi.
Paling penting, kaya dengan vitamin & mineral yang sangat bagus untuk ibu hamil dan menyusu.
Jangan risau, produk ini telah mendapat kelulusan dari pihak Jakim dan KKM.

Susu untuk ibu hamil dari Prenagen ini sangat baik sekiranya anda mahu mengambil langkah penjagaan kehamilan seawal 1 bulan usia kandungan.
Prenagen Mommy sesuai untuk kandungan 1 hingga 3 bulan dan ia mengandungi nutrisi seperti protein, lemak, vitamin dan mineral yang diperlukan ibu hamil.
Apa yang menarik, susu ibu hamil ini juga boleh membantu mengurangkan masalah mual atau morning sickness, sekaligus membuatkan anda lebih selesa.
Anda boleh meminum susu ini dua kali sehari, sekali pada waktu pagi sebelum aktiviti dan sekali lagi pada waktu petang selepas melakukan aktiviti.

Susu Wildan khas untuk ibu mengandung ini juga sesuai diminum oleh ibu yang sedang menyusukan anak.
Antara kebaikan susu Wildan ini adalah ia boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi ibu hamil, sekaligus memberi kesihatan yang baik pada kandungan.
Selain itu, ia juga boleh meningkatkan ingatan ibu, menambah tenaga dan juga melancarkan sistem penghadaman.
Manfaat tambahan susu ini adalah boleh menguatkan tulang serta gigi ibu hamil.
Kesihatan tulang dan gigi juga perlu di jaga oleh ibu hamil agar bayi dapat dilahirkan dengan selamat dan juga sihat.
Waktu Bila Sepatutnya Ibu Hamil Minum Susu Mengandung?
Semua para ibu ingin memberikan yang terbaik pada kandungan mereka jadi tidak hairanlah jika para ibu menjaga corak pemakanan mereka.
Selain daripada mengamalkan makanan sihat dan seimbang, pengambilan susu sebagai minuman tambahan juga diperlukan.
Ini kerana susu merupakan minuman paling bergizi kerana kaya dengan nutrisi A, B1, B2, B12, D, kalsium dan magnesium yang merupakan sumber protein yang terbaik untuk ibu hamil.
Ingin diingatkan untuk amalkan minuman susu ketika hamil perlu minum pada waktu yang tepat.
Menurut pakar perubatan tradisional dari India, Dr Ashutosh Gautam mengatakan ibu hamil yang ingin minum susu untuk kesihatan diri dan bayi perlu amalkan pada waktu pagi.
Malah untuk dapatkan tidur yang selesa dan berkualiti, ibu hamil boleh minum susu sebelum masuk waktu tidur.
Dan sebaiknya jika si ibu sudah tahu ada kandungan dalam rahim, terus dapatkan susu yang sesuai untuk perkembangan anda dan bayi.
Lagi satu, apa saja jenis susu yang diminum oleh si ibu pastikan minum dengan jumlah yang betul supaya dapat nutrisi penting yang secukupnya.
Apa pun jom kita lihat cara penjagaan kesihatan ketika first trimester menerusi video di bawah.
Apakah Kepentingan Si Ibu Minum Susu Semasa Mengandung?
Aspek pemakanan yang melibatkan makan dan minum bagi seorang individu sedang hamil adalah amat penting.
Ini kerana ibu mengandung memerlukan nutrisi dan khasiat yang mencukupi untuk dirinya sendiri serta bayi di dalam kandungan.
Seorang ibu sedang hamil memerlukan jumlah kalsium yang tinggi untuk memastikan pertumbuhan tulang bayi sempurna selama 9 bulan dalam kandungan.
Malah, terdapat kajian mengatakan ibu hamil memerlukan lebih 1,000 miligram kalsium setiap hari.
Kebiasaannya keperluan ini boleh dipenuhi dengan mengamalkan pengambilan susu untuk ibu mengandung.
Lagipun pengambilan susu hamil dapat memberi banyak manfaat dan dapat mengelakkan serta pengurangan risiko penyakit diabetes jenis 2 bagi si ibu.
Selain itu, dapat mengurangkan risiko osteoporosis pada si manja apabila meningkat usia dan membantu meningkatkan IQ anak.
Sebaiknya, amalkan pengambilan susu sepanjang tempoh hamil untuk kebaikan anda dan si manja.
Artikel Berkaitan
- 7 Susu Untuk Ibu Hamil Diabetes di Malaysia 2023 (Tanpa Gula)
- 7 Set Berpantang Terbaik di Malaysia 2023 (Bagus & Berkesan)
- Review: Mustela, Produk Stretch Marks Selamat Untuk Ibu & Anak
- 9 Susu Terbaik untuk Orang Tua & Dewasa 2023
- 18 Produk Kecantikan Selamat untuk Ibu Mengandung (2023)
- Nipple Cream Terbaik