Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
set berpantang

14 Set Berpantang Terbaik di Malaysia 2024 (Bagus & Berkesan)

Nak badan kembali cantik lepas bersalin, pastikan si ibu pilih set berpantang yang bagus.

Dah masuk third trimester, selalunya para ibu akan mencari set berpantang yang best atau set bersalin terbaik supaya mudah sewaktu tempoh berpantang nanti.

Tapi mana satu set berpantang yang bagus dan lulus KKM untuk si ibu mengembalikan semula badan mereka seperti sebelum mengandung?

Kalau lihat pasaran pun ada banyak produk dan ada yang dijual bukan dalam satu set sampai tak tahu mana satu set berpantang yang perlu ada.

Lagipun, bagi mereka yang pertama kali jadi mommy, set bersalin ni memudahkan mereka kerana set berpantang yang penting sudah siap ada.

Jadi jom lihat senarai set berpantang terbaik bersama dengan review set berpantang.


Senarai 14 Set Berpantang Yang Bagus

Set berpantang terbaik secara keseluruhan
FULL SET SARIAYU Param, Pilis, Tapel
FULL SET SARIAYU Param, Pilis, Tapel
mulai
RM67.70
Semak FULL SET SARIAYU Param, Pilis, Tapel harga dibawah:
add_circle Mempunyai minyak untuk si comel
add_circle Menggunakan bahan herba
remove_circle Barangan untuk bertangas tidak disediakan

Sebab menjadi pilihan utama:

Jenama Sari Ayu sudah terkenal dengan keberkesanannya dalam memberi keselesaan dan kesegaran buat si ibu yang baru saja bersalin.

Ciri-ciri:

Ini kerana bahan yang digunakan berasaskan herba yang dapat memberi peredaran darah berjalan lancar, membuang angin dalam badan dan mengencangkan otot badan si ibu.

Setiap barang yang disediakan iaitu Param, Pilis, Tapel mempunyai fungsi tersendiri asalkan cara penggunaannya betul.

Pilis, disapu pada bahagian dahi selepas mandi sepanjang 40 hari untuk mengatasi masalah pening atau meroyan.

Tapel, disapu pada bahagian perut untuk mengempiskan perut dan melancarkan perjalanan darah nifas.

Cara penggunaannya sapukan pada bahagian perut hingga pinggang kemudian, baru dipakaikan bengkung. 

Krim param, sapukan seluruh badan atau sesi mengurut bagi mengatasi sengal badan, membuang angin, mengembalikan semula bentuk badan dan menyegarkan badan.

Sebaiknya, sapu krim param setelah selesai bertungku atau bertangas.

Review:

“Waktu berpantang pakai sari ayu ni, memang best. Bau herba tak busuk tapi akan rasa panas sikit tapi perut memang kempis balik. Kena rajin pakai hari-hari”

Set berpantang Jamu Jelita
Jamu Jelita Set Bersalin
Jamu Jelita Set Bersalin
mulai
RM100.80
Semak Jamu Jelita Set Bersalin harga dibawah:
add_circle Membuang angin dalam badan
add_circle Memulihkan luka setelah bersalin
add_circle Dapat mengembalikan tenaga
remove_circle Barangan bersaiz kecil

Dalam satu set kotak berpantang Jamu Jelita ini, anda akan dapat:

  • Air Selusuh
  • 1x Balm Hangat Berherba Kolagen
  • 1x Jus Tradisi Wanita
  • 1x Minyak T
  • 1 Rendaman Herba
  • 1 Sabun Nyaman
  • 1 Serbuk Nyaman
  • 1 Tungku Herba Tradisi

Semua bahan ini anda boleh gunakan sepanjang tempoh berpantang supaya dapat mengembalikan tenaga selepas bersalin.

Selain itu, sabun yang ada dalam set ini dapat membersihkan bahagian intim supaya tidak berbau hanyir.

Malah dapat tungku dan minyak yang disediakan juga dapat membuang angin, mengembalikan kedudukan rahim dan melancarkan peredaran darah.

Jika diamalkan setiap satu bahan yang disediakan, pasti badan akan terbentuk ramping dan langsing seperti sebelum bersalin.

Set berpantang yang berbaloi
TANAMERA Postnatal Confinement Care Set
TANAMERA Postnatal Confinement Care Set
mulai
RM312.00
Semak TANAMERA Postnatal Confinement Care Set harga dibawah:
add_circle Mempunyai minyak urut
add_circle Mempunyai sabun skrub
add_circle Mempunyai bengkung
remove_circle Harga mahal

Walaupun harganya agak mahal, anda tidak perlu memikirkan barangan berpantang lain lagi.

Ini kerana, set berpantang Tanamera mempunyai hampir kesemua barangan berpantang antaranya:

  • Mandian herba
  • Feminine Herbal Wash
  • Teh herba
  • Bengkung 
  • Minyak urut herba
  • Cold press Virgin Coconut oil
  • Brown formulation body soap
  • Boreh Body Scrub
  • Calming Herbal blend paste
  • Firming Herbal blend paste

Semua bahan ini dapat menyegarkan badan, melegakan otot, melancarkan peredaran darah dan melindungi kulit daripada masalah selulit.

Jangan risau, set berpantang Tanamera ini sesuai untuk wanita bersalin normal ataupun melalui pembedahan.

Set berpantang Nona Roguy
Nona Roguy Set Berpantang Rangkaian set bersalin
Nona Roguy Set Berpantang Rangkaian set bersalin
mulai
RM89.00
Semak Nona Roguy Set Berpantang Rangkaian set bersalin harga dibawah:
add_circle Melegakan sakit sendi dan otot
add_circle Melancarkan sistem buangan
add_circle Dapat membersihkan usus
add_circle Mempunyai set tangas
remove_circle Set lengkap tidak disediakan

Anda tidak perlu was-was lagi dengan jenama yang dikeluarkan oleh Nona Roguy kerana semua produk telah disahkan oleh KKM.

Dengan set harmoni, anda akan mendapat 4 jenis produk iaitu Phytonatal, Akar Herbanika, Minyak Herbanika dan Barut Krim seberat 60mg.

Barangan ini dapat menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.

Selain itu, dapat juga mengurangkan keletihan dan sakit-sakit sendi serta membantu melancarkan peredaran darah.

Bagaimanapun, terdapat barang berpantang lain lagi seperti NR minyak Ommey untuk bayi, minyak berubat herba, NR herbanika Lulur, uncang cuci herbanika dan herbanika barut.

Set bersalin terbaik untuk pembedahan
Set Pantang Ummialya Set Bersalin
Set Pantang Ummialya Set Bersalin
mulai
RM10.00
Semak Set Pantang Ummialya Set Bersalin harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mudah disediakan
add_circle Lengkap dengan semua barangan berpantang
remove_circle Perlu dibeli secara berasingan

Mungkin tak ramai dengar set pantang dari Ummialya tapi jenama ini lengkap dengan pelbagai barangan bersalin.

Barangan daripada krim param, pilis, minyak, tangas, sabun, krim, tungku bayi sehingga set urus uri, semua ada. Pilih saja!

Paling best, Ummialya ada jual bekas tangas yang dikhaskan supaya anda boleh lakukan sesi tangas dengan selesa dan tidak perlu susah-susah menggunakan cara lama.

Terdapat juga bunjut sepang kenderang bentuk minuman bagi membantu surutkan bengkak dalaman dan bantu merawat luka bersalin normal atau perbedahan.

Sabun pantang yang disediakan pun sangat bagus untuk melembutkan kulit, memudarkan selulit, mengurangkan bau darah dan membuang angin dalaman.

Cuma barangan dari Ummialya perlu dibeli secara berasingan dan mengikut keperluan si ibu.

Set berpantang terbaik dan murah
NURIA Set Berpantang - Param Pilis Tapel
NURIA Set Berpantang - Param Pilis Tapel
mulai
RM19.26
Semak NURIA Set Berpantang - Param Pilis Tapel harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Dapat memudarkan selulit
add_circle Menggunakan herba sebagai bahan utama
remove_circle Set bersaiz kecil

Set berpantang Nuria mempunyai pilihan sama ada anda ingin beli secara set atau berasingan.

Apa yang pasti, barangan berpantang dari jenama Nuria ada kebaikannya tersendiri.

Antaranya Tapel, yang dipakai sebelum memakai bengkung mampu membakar lemak bawah kulit .

Malah dapat mengempiskan perut serta meregangkan semula perut yang menggeleber.

Cuma, jika si ibu menjalani pembedahan, pastikan luka pada perut telah kering dan tidak bermasalah. 

Sekurang-kurangnya, tunggu 2 minggu dan dapatkan nasihat doktor sebelum memakainya.

Kemudian, Param yang boleh dipakai pada seluruh badan kecuali bahagian payudara dan perut.

Fungsinya adalah untuk mengurangkan bengkak yang dialami selepas melahirkan anak dan melancarkan peredaran darah.

Terdapat banyak lagi barangan berpantang, anda boleh lihat sendiri dan pilih untuk kesihatan si ibu.

Set berpantang Mak Kuntum
MAK KUNTUM Set Berpantang
MAK KUNTUM Set Berpantang
mulai
RM18.00
Semak MAK KUNTUM Set Berpantang harga dibawah:
add_circle Terdapat set Labour Room
add_circle Melancarkan peredaran darah
add_circle Sabun mampu hilangkan kesan daki di celahan
remove_circle Perlu beli secara berasingan

Set berpantang dari Mak Kuntum ini anda boleh pilih sama ada untuk digunakan di labour room atau selepas bersalin.

Kedua-dua set ini berbeza tapi anda boleh juga beli barangan pantang lain secara berasingan.

Misalnya kain jerut tangas, jamu, besen tangas, bengkung, gel mandian dan banyak lagi.

Apa yang best, sabun dari Mak Kuntum ini dapat dijadikan sebagai skrub badan bagi melembutkan kulit, menghilangkan bau badan dan mengurangkan hitam di celahan badan.

Terdapat juga Balm pilis dari Mak Kuntum yang sesuai untuk kegunaan kanak-kanak sehingga dewasa.

Selain itu, terdapat minyak bayi untuk gatal-gatal, batuk, selsema, gigitan serangga, urut harian dan banyak lagi manfaat.

Set berpantang Tun Teja
Set Pantang Jamu Tun Teja
Tun Teja
jamu tun teja
mulai
RM126.00
Semak Set Pantang Jamu Tun Teja harga dibawah:
add_circle Mempercepatkan penyembuhan luka
add_circle Mencerahkan pelipat gelap
add_circle Mengurangkan rambut gugur
add_circle Melegakan sakit badan
remove_circle Harga mahal

Dalam set berpantang Tun Teja ini setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri jadi anda perlu dapatkan satu set semuanya sekali untuk kebaikan tubuh badan anda.

Antara barangan yang terdapat dalam set ini adalah sabun miss V yang dapat mengelakkan jangkitan bakteria, bantu menghilangkan bau nifas dan mempercepatkan sembuhan luka.

Manaka sabun ginseng dapat memabantu mencerahkan pelipat gelap, menaikkan seri wajah dan memberi wangian yang nyaman pada tubuh badan.

Kemudian, barangan syampu pula dapat melegakan sakit kepala dan mengurangkan rambut gugur akibat perubahan hormon mengandung dan bersalin.

Set berpantang Sendayu Tinggi
Mom Care Baru Amme Bottle Set Berpantang Sendayu Tinggi
mom_care sendayu tinggi
mulai
RM32.40
Semak Mom Care Baru Amme Bottle Set Berpantang Sendayu Tinggi harga dibawah:
add_circle Membantu pulihkan kesihatan
add_circle Menguatkan badan wanita selepas melahirkan anak
add_circle Boleh diambil ibu menyusu
add_circle Boleh diambil ketika haid
remove_circle Perlu dibeli secara berasingan

Bagi mereka yang masih mencari set berpantang berasaskan herba tradisional, kami syorkan anda dapatkan je Mom Care Sendayu Tinggi.

Kapsul herba ini sangat membantu memulihkan kesihatan wanita selepas melahirkan anak, terutamanya wanita yang bersalin secara pembedahan.

Sesuai untuk wanita dalam tempoh berpantang, produk ini mudah diambil tanpa memerlukan pengawasan atau bantuan. 

Cara pengambilannya cukup mudah iaitu mengambil 2 kapsul 3 kali sehari, dari hari pertama hingga hari terakhir tempoh berpantang.

Disarankan mengambil set lengkap selama 60 hari untuk hasil yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, diingatkan bahawa jika bayi anda mengalami masalah kuning, ruam, atau cirit birit, dos kapsul boleh dikurangkan.

Set berpantang dherbs
Set Bersalin Mama Gojes (Postnatal Care) Dherbs
Set Bersalin Mama Gojes (Postnatal Care) Dherbs
mulai
RM129.50
Semak Set Bersalin Mama Gojes (Postnatal Care) Dherbs harga dibawah:
add_circle Mempunyai 8 barang dalam 1 set
add_circle Bau herba tidak kuat
remove_circle Harga sedikit mahal

Ibu-ibu sekalian, anda perlu cuba Set Bersalin MAMA GOJES DHERBS untuk menjaga kecantikan dan kesegaran, baik dari segi luaran mahupun dalaman wanita dalam jangka masa panjang.

Terdiri daripada 8 produk yang termasuk pencuci wanita sireh & manjakani, pati herba untuk pelbagai fasa, sapuan badan herba magika, krim berherba K-pis, sapuan wajah herba magika, dan minyak urut tropika.

Dengan harga di bawah RM200, satu set berpantang Dherb cukup untuk 44 hari berpantang dan amat mudah digunakan oleh semua wanita.

Satu pelaburan yang sememangnya berbaloi serta menjimatkan masa dan tenaga!

Set berpantang Shaklee
Shaklee Set Berpantang Lengkap (Trial Pack)
set_berpantang_shaklee
mulai
RM75.00
Semak Shaklee Set Berpantang Lengkap (Trial Pack) harga dibawah:
add_circle Bekal tenaga & tingkatkan imuniti
add_circle Kurangkan sakit pinggang
add_circle Rawat sembelit
add_circle Turunkan berat badan
remove_circle Perlu dibeli secara berasingan

Sebut sahaja Shaklee, kami yakin anda pasti sudah tahu mengenai jenama yang terkenal ini. Bagi wanita yang sedang berpantang, bolehlah cuba Set Berpantang Shaklee.

Set 8 dalam 1 ini menyediakan pelbagai manfaat, antaranya:

  • ESP: Membantu menguatkan rahim, mengawal selera makan, memberikan lebih tenaga, mengurangkan stretch mark, dan sebagai milk booster.
  • Vitamin C: Menguatkan sistem imun.
  • Ostematrix: Membekalkan kalsium, mengurangkan sembelit, serta mencegah sakit pada kaki, lutut, dan pinggang.
  • Alfalfa: Membuang angin dalam badan, detox dan mengatasi masalah keputihan.
  • VITA LEA: Penambah tenaga, pelengkap nutrisi, untuk kesihatan dan kecantikan keseluruhan.
  • B COMPLEX: Bantu kurangkan tekanan dan stabilkan mood. 
  • ZINK : Merawat luka bersalin dan cepat sembuh.
  • OMEGA GUARD: EPA DHA untuk perkembangan minda baby disalurkan melalui susu badan, membakar lemak berlebihan, membuang lemak selulit dan mengatasi masalah perut buncit.

Dengan pelbagai komponen yang membantu, ibu selepas bersalin boleh memulihkan tenaga dan menjaga kesihatan secara menyeluruh.

Set berpantang Amway
Amway Tropical Herbs Post Natal Care
set berpantang amway
mulai
RM323.90
Semak Amway Tropical Herbs Post Natal Care harga dibawah:
add_circle 10 produk dalam satu set
add_circle Memulihkan tenaga
add_circle Membantu ibu memulihkan bentuk badan
add_circle Menggalakkan pengeluaran susu badan
remove_circle Harga mahal

Set Berpantang Amway Tropical Herbs Post Natal Care pasti akan membuatkan ibu berpantang rasa senang dan selesa kerana set ini disediakan dalam bentuk individu yang amat mudah digunakan.

Set berpantang ini lengkap dengan 10 produk, termasuk kapsul untuk pemulihan tenaga dan pengeluaran susu badan, teh herba untuk membersihkan sistem badan, minyak urut, minyak bayi, bengkung, campuran untuk merampingkan perut, dan banyak lagi. 

Dengan set ini, ibu tidak perlu lagi risau mencari bahan tambahan dari jenama lain. 

Semua yang diperlukan ada dalam satu set yang mencukupi untuk 44 hari, menjimatkan masa dan wang. 

Set berpantang kak km
KM Beauty Kembali Gadis - Set Habis Bersalin
set_berpantang_km beauty
mulai
RM240.00
Semak KM Beauty Kembali Gadis - Set Habis Bersalin harga dibawah:
add_circle Sesuai ibu menyusu
add_circle Dapat tambah hasil susu
add_circle Kecutkan urat masuk angin
add_circle Langsingkan badan
add_circle Kuatkan rahim & bersihkan dalaman
remove_circle Harga mahal

Set berpantang KM Beauty memenuhi keperluan ibu yang telah bersalin, sama ada melalui proses bersalin normal atau C-section. 

Set ini mengandungi berbagai produk berkualiti seperti teh Serai Halia, jamu Seri Herba, krim Mulus Perut Ibu, pilis, dan minyak bayi, serta kad tracker untuk memudahkan pemantauan penggunaan.

Ia membantu memperbaiki tubuh luaran dan dalaman, menguatkan rahim, dan memastikan kesihatan dalaman wanita.

Selain itu, ia juga dapat membersihkan dalaman dan mengatasi masalah seperti urat masuk angin dan kegemukan badan.

Bagi ibu yang sudah lama berpantang, jangan risau kerana set ini tetap sesuai untuk memperbaiki badan yang mungkin terabai sebelum ini.

Set berpantang tradisional
Afiat Set Bersalin Set Ibu Berpantang
afiat set bersalin
mulai
RM230.90
Semak Afiat Set Bersalin Set Ibu Berpantang harga dibawah:
add_circle Bau herba tidak kuat
add_circle Memberikan tenaga & menyegarkan tubuh
add_circle Menjaga kesihatan wanita
add_circle Melangsingkan badan
remove_circle Harga sedikit mahal

Set Bersalin Afiat diproses secara tradisional dan merupakan satu lagi produk keluaran Bumiputera Islam.  

Dalam set ini, anda akan mendapat Minyak Afiat yang bermanfaat untuk urutan, Gel Mandian Serai Wangi yang memberikan kesegaran kulit, Feminine Care untuk menjaga kesihatan bahagian sulit wanita dan Bedak Hangat Afiat untuk memanaskan badan

Selain itu, terdapat juga Pil Jamu Afiat untuk tenaga dan kesihatan, Akar Kayu Periuk Afiat untuk menyegarkan tubuh, Barut untuk melangsingkan badan, Balm Afiat untuk bayi, Makjun Bawang Putih untuk tenaga tambahan dan Tali Pembentan Afiat

Setiap produk mempunyai kegunaan tersendiri dan membantu dalam pemulihan ibu selepas bersalin, dan sesuai juga untuk ibu yang sudah lama berpantang.


Artikel Berkaitan

End of Article