Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Susu Ibu Hamil Untuk Trimester Pertama (1-3 Bulan) 2024

Tanggungjawab menjaga kesihatan diri semasa mengandung adalah satu kemestian

Tempoh tiga bulan pertama hamil merupakan peringkat paling penting kerana janin dalam rahim baru terbentuk.

Malah, kandungan perlu dijaga dengan baik dimana si ibu tidak boleh melakukan kerja-kerja berat dan perlu amalkan makanan dan minuman yang berkhasiat.

Jadi kami ambil kesempatan ini untuk menyenaraikan susu hamil untuk trimester 1 supaya kandungan dalam rahim dapat membesar dengan sihat.

Jom lihat susu ibu hamil terbaik untuk trimester pertama di bawah.


Senarai 8 Susu Untuk Ibu Hamil Untuk Trimester Pertama

Susu untuk ibu hamil terbaik secara keseluruhan
Enfamama A+ Chocolate - 900g (Maternal & Lactating Milk Formula)
mulai
RM61.50
Semak Enfamama A+ Chocolate - 900g (Maternal & Lactating Milk Formula) harga dibawah:
add_circle Rasa sedap
add_circle Dapat elak sembelit
add_circle Sesuai untuk ibu menyusu
add_circle Mengandungi lebih 5 nutrisi penting
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Susu dari Enfamama A+ ini bukan saja untuk ibu mengandung tapi sesuai untuk ibu menyusu.

Ciri-ciri:

Perkembangan otak bayi anda yang sedang membesar bermula semasa dia masih dalam kandungan, jadi Enfamama A+ pilihan terbaik.

Lagipun dengan 360° DHA Plus mengandungi gabungan unik nutrien antaranya 100mg DHA yang dirumus secara saintifik.

Malah, dengan tinggi Asid Folid dapat membantu pertumbuhan dan pembahagian sel.

Selain itu, nutrien kalsium dapat  membantu dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

Paling penting, nutrien iron yang merupakan faktor pembentukan sel darah merah untuk ibu dan anak.

Terdapat juga nutrien penting yang lain seperti inulin, kolin, vitamin D dan banyak lagi.

Review:

“Dua kali pregnant, dua kali jugak repeat susu yang sama. Bagus la sebab anak dalam perut aktif. Dah keluar lagilah aktif. Susu badan pun tak kurang,”

mulai
RM34.61
Semak Anmum Materna Premium Maternal Formula Milk Powder for Pregnant Mothers No Added Sugar (Chocolate) harga dibawah:
add_circle Mengandungi 8 nutrisi penting
add_circle Menguatkan tulang dan gigi
add_circle Melancarkan pencernaan
add_circle Rasa sedap
remove_circle Murah

Mengandungi 8 nutrisi penting untuk ibu hamil antaranya DHA, MFGM, GA, prebiotik & probiotik, folat, kalsium dan iron.

Semua ini bagus untuk tumbesaran kandungan dalam rahim, membekalkan tenaga si ibu dan anak, menguatkan tulang dan banyak lagi.

Susu ini baik untuk pertumbuhan dan perkembangan janin dengan lebih sempurna dan diformulasi kurang gula, baik untuk kesihatan ibu hamil.

Sangat bagus untuk pengambilan di awal mengandung supaya bayi dapat membesar dengan sempurna dan sihat.

Cara pengambilan 2 kali sehari dengan membancuh 3 skop, campurkan 200ml air suam dan kacau sebati untuk diminum.

Susu untuk ibu hamil diabetes
mulai
RM53.30
Semak Frisomum Gold Honey Vanilla harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk ibu menyusu
add_circle Mengandungi lebih 6 nutrisi penting
remove_circle Harga mahal

Susu dari Frisomum Gold ini bukan saja untuk ibu mengandung tapi sesuai untuk ibu menyusu.

Diformulasi dengan nutrien penting DualCare+ untuk menyokong perubahan fisiologi semasa kehamilan dan menyediakan asas yang baik untuk si manja.

Malah, formula Frisomum Gold DualCare+ ini didatangkan dengan Indeks Glisemik (GI) yang rendah.

Indeks ini untuk membantu ibu hamil mengekalkan berat badan yang sihat sepanjang kehamilan mereka.

Selain itu, terdapat lebih 6 nutrisi penting untuk si ibu yang mengandung antaranya vitamin B, B12, D, kalsium, iodine, asid folik, magnesium, DHA, choline, prebiotik dan banyak lagi.

Jangan risau, tidak mengandungi sukros tambahan jadi bagus untuk ibu yang mengalami diabetes.

Susu rendah lemak untuk ibu hamil
Similac
Similac Mom (900g)
mulai
RM34.40
Semak Similac Mom (900g) harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Rendah lemak
add_circle Mampu mengawal berat badan
add_circle Mengandungi lebih 23 vitamin penting
remove_circle Rasa kurang sedap

Susu dari Similac Mom ini bukan saja untuk ibu mengandung tapi sesuai untuk ibu menyusu.

Jadi dari kandungan pertama lagi, badan anda sudah mengaktifkan hormon susu supaya cukup untuk bayi anda bila sudah dilahirkan.

Walaupun harganya murah tapi khasiat dan nutrisi cukup untuk ibu dan anak dalam kandungan.

Ini kerana terdapat DHA dan Lutien, vitamin E semulajadi untuk menyokong perkembangan otak si manja.

Selain itu, kandungan susu ini juga rendah lemak dan GI bagi membantu mengimbangi dan mengawal paras gula dan berat badan si ibu ketika mengandung.

Susu murah untuk ibu hamil trimester pertama (bawah RM50)
Nestlé
NESTLE Mom & Me Vanilla Pregnant and Lactating Milk
mulai
RM29.17
Semak NESTLE Mom Pronatal Plus harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk ibu menyusu
add_circle Bagus untuk pencernaan
add_circle Tinggi kalsium
add_circle Rendah lemak
add_circle 0% Sukros
remove_circle Sesuai untuk 2nd trimester dan ke atas

Mengandungi gabungan nutrien yang dirumus khas untuk memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sedang membesar.

Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mengandung ketika berada di trimester pertama.

Ini kerana mengandungi Prebiotik(FOC), Asid Folik, DHA, Kalsium, Zat Besi, Vitamin A, C, D dan Zink.

Semua nutrisi penting ini dapat memberikan khasiat pemakanan yang sihat dan seimbang pada si ibu dan anak.

Selain itu, mengandungi protein yang dapat memberikan keperluan kandungan bakteria baik Bifidus BL yang bertindak melindungi usus si ibu.

Paling penting, kandungan susu ini 0% sucrose dimana diperbuat daripada 100% laktosa untuk membantu mengimbangi para gula dalam darah.

Susu untuk ibu hamil tinggi kalsium
Wildan
mulai
RM79.00
Semak Wildan Mama Premium Susu Kambing harga dibawah:
add_circle Bagus untuk wanita menyusu
add_circle Menguatkan rahim
add_circle Memudahkan bersalin
remove_circle Harga yang mahal

Susu kambing organik keluaran Wildan Mama Premium ini sangat sesuai untuk ibu hamil, ibu yang menyusukan anak, wanita berpantang dan berkerjaya.

Selain itu, susu ini mengandungi kurma, habbatussauda', arabic gum. Acacia serta minyak sayuran daripada bunga matahari dan canola.

Setiap satu kandungan tersebut mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Kandungan potasium yang tinggi dalam kurma dapat  meningkatkan rangsangan pada saraf, memberikan tenaga segera dan menguatkan memori.

Kurma juga dapat menstabilkan kandungan darah selepas bersalin, membantu mengubati gangguan usus dan sembelit, menguatkan rahim dan memudahkan bersalin.

Manakala, habbatussauda' yang bersifat antibakteria pula membantu menstabilkan gula dalam tubuh, merangsang perkembangan otak serta dapat meningkatkan sistem imunisasi badan.

Menariknya lagi, arabic gum pula bersifat prebiotik dimana dapat mengawal kandungan gula dalam darah, membantu mengawal berat badan dengan mengurangkan kadar kolesterol.

Akhir sekali, susu kambing yang menjadi bahan utama membantu sistem penghadaman, meningkatkan imunisasi dalam badan serta menguatkan tulang dan gigi. 

Susu almond untuk ibu hamil
Susu DALUCIA
mulai
RM59.00
Semak Susu DALUCIA harga dibawah:
add_circle Mengurangkan rasa lapar
add_circle Tiada kolesterol
remove_circle Tidak sesuai dijadikan pengganti kepada susu formula bayi

Almond Milk Dalucia diperkaya dengan kalsium, protein dan fiber dimana sangat sesuai diminum setiap hari. 

Selain itu,susu ini dihasilkan dengan perisa vanila membuatkan anda tidak muak minum di waktu pagi atau sebelum tidur.

Apa yang menarik tentang susu badam Dalucia ini dapat memperlahan aliran makanan dalam usus dimana menjadikan kita kenyang lebih lama dan kurang makan.

Jadi, disebabkan susu ini membantu mengurangkan rasa lapar dan mengawal mengawal nafsu makan, anda tidak perlu risau berat badan naik. Mantap bukan?

Susu ibu mengandung tanpa gula tambahan ini tiada kolesterol dan sangat baik untuk kesihatan jantung dan anda yang bermasalah kencing manis.

Susu badam Dalucia adalah “lactose-free” dan tidak menyebabkan sakit perut selepas minum.

Senang kata, susu ini berupaya membantu untuk mengawal berat badan dengan cara yang sihat. 

mulai
RM138.00
Semak Bonlife PURENAT MOM Goat's Milk Powder Maternal + Lactating Formula harga dibawah:
add_circle Bagus untuk ibu menyusu
add_circle Cara bancuhan yang mudah
add_circle Tiada bahan terlarang
add_circle Dijamin halal
remove_circle Rasa susu kambing yang kuat

Susu ini juga sesuai untuk wanita yang vegetarians serta yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.

Selain itu, susu ibu mengandung tanpa gula tambahan ini mengandungi diet trans lemak yang tinggi dimana dapat menyihatkan si ibu dan anak dalam kandungan.

Paling penting, tidak mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan dan pewarna tiruan kerana bahan ini tidak selamat untuk ibu hamil dan menyusu.

Susu kambing yang menjadi bahan utama membantu sistem penghadaman, meningkatkan imunisasi dalam badan dan menguatkan tulang dan gigi.

Malah, sesuai untuk ibu menyusu kerana dapat meningkatkan demand susu untuk si comel anda.

Cara pengambilan susu ini dengan mencampurkan 4 skop (32g) ke dalam 250ml air suam.

Disarankan mengambil satu cawan setiap hari. 


Bila Waktu Sesuai Minum Susu Untuk Ibu Hamil?

Semua para ibu ingin memberikan yang terbaik pada kandungan mereka jadi tidak hairanlah jika para ibu menjaga corak pemakanan mereka.

Selain daripada mengamalkan makanan sihat dan seimbang, pengambilan susu sebagai minuman tambahan juga diperlukan.

Ini kerana susu merupakan minuman paling bergizi kerana kaya dengan nutrisi A, B1, B2, B12, D, kalsium dan magnesium yang merupakan sumber protein yang terbaik untuk ibu hamil.

Ingin diingatkan untuk amalkan minuman susu ketika hamil perlu minum pada waktu yang tepat.

Menurut pakar perubatan tradisional dari India, Dr Ashutosh Gautam mengatakan ibu hamil yang ingin minum susu untuk kesihatan diri dan bayi perlu amalkan pada waktu pagi.

Malah untuk dapatkan tidur yang selesa dan berkualiti, ibu hamil boleh minum susu sebelum masuk waktu tidur.

Dan sebaiknya jika si ibu sudah tahu ada kandungan dalam rahim, terus dapatkan susu yang sesuai untuk perkembangan anda dan bayi.

Lagi satu, apa saja jenis susu yang diminum oleh si ibu pastikan minum dengan jumlah yang betul supaya dapat nutrisi penting yang secukupnya.

Apa pun jom kita lihat cara penjagaan kesihatan ketika first trimester menerusi video di  bawah.


Artikel Berkaitan

End of Article