Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Ubat ulser mulut terbaik

17 Jenis Ubat Ulser Mulut Terbaik & Berkesan di Malaysia 2024

Kurangkan rasa tidak selesa anda dengan menggunakan ubat ini!

Masalah ulser dalam mulut boleh menyebabkan kita rasa tidak selesa kerana rasa pedih dan perit di bahagian yang sakit. 

Lagi teruk, ulser juga boleh menghalang anda untuk menelan makanan, minum air dan bercakap dengan sempurna. 

Jangan tunggu lama-lama, dapatkan rawatan segera sebelum ulser anda jadi makin teruk.  

Langkah awal anda boleh ambil adalah dengan mendapatkan ubat ulser atau ubat sapu ulser mulut.

Banyak ubat ulser atau ubat mata ikan di luar sana untuk merawat pelbagai jenis ulser mulut dengan berkesan.

Selain ubat ulser mulut, ubat untuk ulser di tekak juga ada di jual, dan ada juga ubat ulser yang sesuai untuk merawat ulser dalam mulut bayi.

Jadi, jom lihat senarai ubat ulser mulut paling mujarab untuk atasi masalah ulser ini.


Senarai 17 Ubat Ulser Mulut Terbaik

Ubat ulser mulut terbaik secara keseluruhan
Bonjela Fast Acting Gel For Teething and Mouth Ulcers 15g
mulai
RM20.43
Semak Bonjela Fast Acting Gel For Teething and Mouth Ulcers 15g harga dibawah:
add_circle Melegakan kesakitan akibat pemakaian gigi palsu
add_circle Mengurangkan kesakitan dalam mulut
add_circle Tidak mengandungi gula
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi bawah 4 bulan

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Gel ulser Bonjela ini diformulasikan khas untuk melegakan keradangan dalam mulut atau ulser akibat pemakaian pendakap gigi dengan cepat.

Ciri-ciri:

Ubat ulser mulut paling mujarab ini membantu untuk melawan jangkitan yang tidak terlalu teruk dalam mulut atau masalah lepuh mulut. 

Selain untuk orang dewasa, Bonjela turut sesuai digunakan untuk kurangkan sakit gusi bayi yang baru nak tumbuh gigi. 

Selamat untuk penggunaan kanak-kanak dan bayi berusia 4 bulan keatas. 

Review:

"Berkesan untuk ulser mulut yang macam mata ikan tu. Lepas guna, dah kurang rasa sakit ulser ketika makan."

Ubat ulser kanak kanak
Oragel Pain Relief & Antiseptic
mulai
RM9.00
Semak Oragel Pain Relief & Antiseptic harga dibawah:
add_circle Halal
add_circle Diluluskan oleh KKM
add_circle Melawan jangkitan dalam mulut
add_circle Melegakan kesakitan herpes mulut
add_circle Boleh digunakan oleh dewasa & kanak-kanak
remove_circle Tidak disyorkan untuk bayi bawah 4 bulan

Apa yang menarik tentang produk Oragel ini ialah mampu menyembuhkan ulser dalam masa 3-4 hari sahaja. 

Anda yang mengalami ketidakselesaan akibat sakit gusi, pemakaian pendakap gigi atau kerengsaan akibat gigi palsu sangat sesuai guna ubat ini.

Ubat ulser Oragel ini akan bantu anda kurangkan rasa sakit di bahagian dalam mulut dan mengurangkan jangkitan bakteria mulut. 

Bagus juga untuk melegakan gejala penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dalam kalangan bayi yang berusia 4 bulan keatas. 

Bayi yang mengalami radang gusi semasa pertumbuhan gigi (teething) juga boleh guna gel ini untuk legakannya.

Ubat ulser tampal
TIME Oral Ulcer Patch
mulai
RM9.80
Semak TIME Oral Ulcer Patch harga dibawah:
add_circle Melindungi tisu yang luka
add_circle Tidak mengandungi steroid
add_circle Mengurangkan iritasi & kesakitan
add_circle Boleh digunakan oleh ibu hamil & kanak-kanak
remove_circle Harga mahal

Menderita ulser sehingga mengganggu produktiviti seharian anda? Ubat ulser jenis tampal TIME ini akan jadi penyelamat anda. 

Ubat ulser tampal ini mengandungi kalsium semula jadi, silikon dan fosforus untuk melegakan kesakitan dan mempercepatkan luka dalam mulut sembuh. 

Sesuai digunakan pada semua jenis ulser mulut termasuk ulser akibat pemakaian pendakap gigi, gigi palsu atau canker sore

Mudah digunakan kerana hanya perlu tampal patch ini pada kawasan mulut yang sakit. 

Sesuai juga untuk anda yang sering luka dalam mulut akibat tergigit.

Ubat ulser mulut tradisional
Hurix's Cream For Mouth Ulcer 5g
mulai
RM15.90
Semak Hurix's Cream For Mouth Ulcer 5g harga dibawah:
add_circle Halal
add_circle Melegakan ulser mulut
add_circle Kanak-kanak 2 tahun keatas boleh guna
add_circle Melegakan bengkak dalam mulut
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi & ibu hamil

Krim mulut ulser Hurix’s ini digunakan secara tradisional untuk melegakan ulser atau sakit mulut akibat kepanasan dalam badan. 

Ini kerana ubat ini diformulasi daripada aloe vera yang terkenal dengan sifat anti-keradangannya.

Paling penting, krim Hurix’s ini mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengawal kesakitan. 

Cara penggunaan ubat ini sangat mudah, sapukan krim pada bahagian yang sakit sebanyak 4 kali sehari.

Hurix's Mouth Ulcer And Sore Throat Powder (5g)
mulai
RM19.90
Semak Hurix's Mouth Ulcer And Sore Throat Powder (5g) harga dibawah:
add_circle Halal
add_circle Diluluskan KKM
add_circle Melegakan sakit tekak
add_circle Menyembuhkan ulser mulut
add_circle Diperbuat daripada herba semula jadi
remove_circle Tidak boleh digunakan untuk bayi bawah 2 tahun

Hurix’s Mouth Ulcer Powder ini merupakan antara ubat ulser yang paling mujarab di pasaran kerana diperbuat daripada herba semula jadi. 

Antaranya Radix Isatis Indigotica dan Rhizoma Belamcanda Chinensis yang mampu melegakan kepanasan badan dan membantu anda menelan air liur atau makanan tanpa sakit. 

Untuk kanak-kanak 2-5 tahun, sembur serbuk ini pada kawasan berkenaan sekali sehari manakala untuk yang berusia 6-12 tahun, sembur 2 kali sehari. 

Untuk orang dewasa 13 tahun ke atas pula, sembur pada kawasan sakit 4 kali sehari.

Taisho Canker Sore Patch Oral Ulcers
mulai
RM30.00
Semak Taisho Canker Sore Patch Oral Ulcers harga dibawah:
add_circle Menghilangkan ulser
add_circle Melindungi ulser dari iritasi
add_circle Boleh ditampal pada lidah atau belakang bibir
remove_circle Harga mahal

Untuk anda yang mengalami masalah sukar telan makanan akibat ulser pada pipi dalam mulut, kami sarankan untuk guna patch jenama Taisho dari Jepun ini. 

Ubat ulser ini boleh ditampal secara terus ke kawasan ulser dalam mulut seperti pada lidah dan belakang bibir. 

Digalakkan untuk pakai patch ini pada waktu malam sebelum tidur, jadi apabila anda bangun pagi nanti, tiada lagi sakit ulser. 

Selepas 2-3 kali penggunaan, dijamin ulser lidah anda akan sembuh sepenuhnya.

Ubat sembur ulser
Aftamed Oral Spray (20ml)
mulai
RM36.80
Semak Aftamed Oral Spray (20ml) harga dibawah:
add_circle Menggalakkan penyembuhan ulser mulut
add_circle Tidak mengandungi alkohol
add_circle Mudah dibawa ke mana-mana
add_circle Tidak bahaya jika tertelan
add_circle Bebas gula
remove_circle Harga mahal

Kebanyakan anda yang baru sahaja pakai pendakap gigi akan mengalami sakit mulut akibat ulser. 

Namun, jangan risau, anda boleh dapatkan sahaja rawatan ulser mulut dengan Aftamed Oral Spray yang dapat mengurangkan kesakitan tersebut dengan segera.

Sesuai untuk dewasa yang ada ulser dan kanak-kanak yang ada masalah tonsil.

Cara penggunaan sangat mudah, anda hanya sapukan 2 hingga 3 kali sehari atau lebih mengikut keperluan selepas makan.

Anda disarankan untuk tidak makan atau minum sekurangnya 30 minit selepas sapuan ubat pada ulser mulut anda untuk kesan yang lebih cepat.

Aveera Gel For Teething & Mouth Ulcer
mulai
RM7.50
Semak Aveera Gel For Teething & Mouth Ulcer harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Tidak mengandungi gula
add_circle Mengurangkan keradangan dalam mulut
remove_circle Kuantiti sedikit

Gel jenama Aveera ini bukan hanya mampu untuk merawat kesakitan ulser dalam mulut, malah ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit teething pada bayi. 

Selain itu, dengan harga yang mampu milik, ubat ulser ini mampu melawan pertumbuhan mikroba dalam mulut. 

Tekstur gel ulser ini mudah meresap dan ulser juga bakal cepat kering dan anda akan rasa lebih selesa.

Orregel Baby Teething Discomfort (15g)
mulai
RM16.70
Semak Orregel Baby Teething Discomfort (15g) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk bayi & dewasa
add_circle Melegakan ketidakselesaan dalam mulut
add_circle Mengurangkan sakit gusi
add_circle Harga mampu milik
add_circle Perisa Blackcurrant
remove_circle Harga mahal

Walaupun fungsi utama gel ini ialah untuk mengurangkan ketidakselesaan dalam mulut bayi ketika nak tumbuh gigi, namun ubat ini juga boleh menjadi ubat sakit mulut ulser. 

Selain itu, gel ini mampu melegakan kesakitan ulser yang terjadi akibat tergigit. 

Menariknya lagi, Orregel juga dapat merawat sakit di bahagian lelangit, bibir dan sakit akibat pemakaian gigi palsu. 

Jadi, seisi keluarga boleh guna ubat untuk ulser mulut ini termasuk kanak-kanak kerana bebas alkohol dan gula.

Ubat spray ulser mulut
Aloclair Plus Spray
mulai
RM40.90
Semak Aloclair Plus Spray harga dibawah:
add_circle Tanpa alkohol
add_circle Mudah digunakan
add_circle Tidak menyengatkan mulut
add_circle Sesuai untuk semua peringkat usia termasuk kanak-kanak
remove_circle Harga mahal

Ubat ulser jenis spray ini memang terbaik untuk melegakan sakit ulser dan lepuh mulut yang diakibatkan oleh pemakaian gigi palsu yang tidak betul atau pendakap gigi.

Apabila disembur dibahagian yang sakit, ubat ini akan menghasilkan lapisan perlindungan pada oral cavity sekaligus melegakan kesakitan. 

Diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu aloe vera dan asid hyaluronic agar ulser cepat sembuh. 

Aloclair Plus Spray turut berkesan untuk mengurangkan sakit tekak. 

Yang penting, selamat jika anda tertelan ubat ini ketika disembur dalam mulut.

Ubat gel ulser mulut Oralmedic
Oralmedic Mouth Ulcer Gel
mulai
RM10.87
Semak Oralmedic Mouth Ulcer Gel harga dibawah:
add_circle Menghilangkan rasa sakit ulser serta merta
add_circle Mudah digunakan
remove_circle Kuantiti terlalu sedikit
remove_circle Hanya untuk sekali penggunaan sahaja

Gel ulser Oralmedic ini pula mengandungi bahan HybenX yang akan mengekstrak air daripada tisu yang rosak akibat ulser. 

Selepas disapu pada kawasan ulser, tisu yang rosak akan bergumpal dan sekali gus lapisan perlindungan warna putih akan terbentuk di permukaan ulser. 

Lapisan tersebut akan memberi kelegaan yang pantas pada sakit ulser anda dan mempercepatkan proses penyembuhannya. 

Selepas 3-5 saat gel disapu pada ulser, jangan lupa untuk kumur mulut anda dengan air bersih. 

Ubat ulser tekak
Xepa
Xepa Thymol Gargle
mulai
RM7.80
Semak Xepa Thymol Gargle harga dibawah:
add_circle Bebas alkohol
add_circle Murah
add_circle Membuang bakteria
add_circle Menyegarkan nafas
remove_circle Hanya untuk ulser ringan

Xepa Thymol Gargle mempunyai fungsi yang sama seperti kumur mulut biasa yang lain, tetapi lebih berkesan dalam merawat atau mengurangkan masalah ulser.

Selain itu, ia juga akan meningkatkan tahap kebersihan oral dan juga mempunyai kelebihan memulihkan kesihatan oral.

Mouthwash ini juga boleh membersihkan ruang dalaman mulut daripada bakteria secara lembut dan tidak menyakitkan seperti sesetengah pembersih mulut lain.

Jangan risau, pembersih mulut ini bebas alkohol dan selamat untuk digunakan.

Tambahan lagi, mouthwash ini juga mempunyai bau minyak pine yang semula jadi yang akan membuatkan anda berasa lebih senang semasa menggunakannya.

Ubat ulser mulut traditional
Difflis
Difflis Herbal Mouth Spray
mulai
RM17.77
Semak Difflis Herbal Mouth Spray harga dibawah:
add_circle 100% bahan semula jadi
add_circle Tidak mengandungi gula
add_circle Boleh guna dengan kerap
remove_circle Bukan untuk kanak-kanak bawah 6 tahun

Anda mahukan ubat ulser yang hanya mengandungi bahan semula jadi yang selamat? Boleh dapatkan Difflis Herbal Mouth Spray ini yang menggunakan 100% bahan semula jadi.

Ubat ulser ini mengandungi 7 ekstrak semula jadi yang efektif membasmi bakteria, virus dan fungi, serta boleh merawat luka dalam mulut.

Selain itu, ia turut mengandungi Ichinesia yang mengandungi molekul untuk meransang sistem imun badan secara semula jadi.

Ini akan mengurangkan risiko terhadap selesema atau batuk dan jangkitan paru-paru yang boleh mengakibatkan sakit yang lebih teruk.

Paling bagus, ia tidak mengandungi gula dan bahan berbahaya lain, jadi selamat untuk diambil beberapa kali pun yang anda perlukan dalam sehari.

Ubat ulser untuk sakit tekak
Bactidol
Bactidol Sore Throat & Ulcers Fast Relief Mouthwash
mulai
RM19.99
Semak Bactidol Sore Throat & Ulcers Fast Relief Mouthwash harga dibawah:
add_circle Memberi perlindungan terhadap kuman
add_circle Boleh melegakan sakit tekak
remove_circle Tidak boleh kumur guna air selepas menggunakannya

Kalau anda mempunyai masalah ulser mulut dan sakit tekak dalam masa yang sama, anda boleh dapatkan mouthwash jenama Bactidol ini.

Selain itu, pembersih mulut ini juga boleh memberi perlindungan daripada kuman yang menyebabkan masalah sakit tekak dan ulser dengan lebih lama berbanding mouthwash yang biasa.

Antara bahan yang terkandung dalam mouthwatch ini adalah Hexetidine yang bertindak memberi kelegaan pantas untuk sakit ulser dan sakit tekak.

Cara penyimpanan pembersih mulut ini cukup mudah, hanya perlu simpan di tempat yang tidak terdedah kepada cahaya matahari dan di bawah 30 darjah celcius.

Ubat ulser mulut dewasa
Gengigel
Gengigel Hyaluronic Acid Gingival Gel
mulai
RM1.88
Semak Gengigel Hyaluronic Acid Gingival Gel harga dibawah:
add_circle Disahkan KKM
add_circle Sesuai untuk pemulihan selepas pembedahan
add_circle Jenis gel
remove_circle Elak minum/makan 30 minit selepas guna

Jika anda kurang gemar ubat ulser jenis kumur atau tampal, anda boleh dapatkan ubat ulser jenis gel yang hanya memerlukan anda sapu sahaja pada bahagian yang terkesan.

Ubat ulser ini mengandungi hyaluronic acid yang akan membantu menghalang masalah gusi pada peringkat awal termasuk gusi berdarah, tisu gusi longgar dan gusi meradang.

Selain itu, ia juga sesuai digunakan untuk pemulihan selepas pembedahan di bahagian mulut atau gusi seperti pembedahan membuang wisdom tooth.

Bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk tidak makan atau minum dalam tempoh 30 minit selepas menggunakan gel ini bagi memberi masa penyerapan terhadap bahagian yang terkesan.

Ubat kumur untuk ulser
Hexidine
Hexidine Antiseptic Mouthwash
mulai
RM4.99
Semak Hexidine Antiseptic Mouthwash harga dibawah:
add_circle Mengawal bakteria penyebab ulser
add_circle Merawat jangkitan mulut dan tekak
add_circle Menghalang pembentukan plak
remove_circle Rasa berangin dan sedikit pedih

Hexidine Antiseptic Mouthwash merupakan larutan antimikrob yang turut berfungsi menghalang pembentukan plak pada gigi, selain boleh bertindak merawat masalah ulser.

Selain itu, pembersih mulut ini boleh digunakan dalam rawatan dan pencegahan keradangan gusi dan untuk menjaga kebersihan mulut.

Walaupun ia sedikit pedih dan berangin semasa anda memakainya, ia tetap selamat digunakan untuk masalah gusi bengkak, bernanah, ulser dan mulut berbau.

Tambahan lagi, mouthwash ini antara yang dicadangkan oleh doktor gigi untuk merawat masalah gum.

Ubat ulser disyorkan doktor gigi
Oradex
Oradex Antibacterial Mouthwash
mulai
RM19.90
Semak Oradex Mouthwash harga dibawah:
add_circle Dicadangkan oleh doktor gigi
add_circle Membasmi bakteria dan fungi
add_circle Boleh guna untuk sakit tekak dan gigi
remove_circle Sedikit pedih

Oradex terbukti berkesan dalam menghalang pembiakan atau pembentukan mikroorganisma di dalam mulut, jadi disebabkan itu ia antara ubat ulser yang disyorkan oleh ramai doktor gigi.

Pembersih mulut ini mengandungi chlorhexidine, iaitu antiseptik oral “Gold Standard” dengan broad-spectrum yang berkesan terhadap pembentukan bakteria, kulat, fungi, beberapa protozoa, alga dan virus. 

Anda tidak perlu ragu-ragu lagi sebab ia telah terbukti secara klinikal dan menjadi pilihan utama sebagai pencegahan dan rawatan penyakit periodontal, gusi bengkak dan berdarah, ulser mulut dan jangkitan mulut atau tekak.

Harga juga tidak terlalu mahal dan mampu milik, jadi anda dapat merawat masalah ulser mulut anda dengan kos yang rendah.


Apakah Punca Ulser Mulut?

Antara punca utama mengapa terjadinya ulser dalam mulut anda adalah: 

  • Pemakaian pendakap gigi atau gigi palsu yang tidak sempurna. 
  • Tergigit mulut dengan tidak sengaja. 
  • Tampalan gigi yang tajam. 

Ulser mulut juga boleh terjadi jika anda mempunyai penyakit atau masalah berikut:

  • Kekurangan nutrisi atau vitamin seperti zat besi. 
  • Berlakunya jangkitan virus, kulat atau bakteria. 
  • Penyakit berkaitan usus atau penyakit anemia & leukemia. 
  • Penyakit barah. 

Cara Hilangkan Ulser Mulut 

Ulser mulut memang menyakitkan, namun anda jangan risau, masalah itu boleh dirawat dengan cara-cara berikut: 

  • Guna ubat ulser mulut yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seperti gel ulser agar ia cepat sembuh. 
  • Berkumur dengan cecair kumuran antiseptik atau air garam. 
  • Jangan makan makanan yang keras, bergoreng rangup, berasid atau pedas untuk mengelakkan ulser lambat sembuh. 
  • Elakkan pengambilan tembakau. 
  • Minum air mencukupi. 

Walau bagaimanapun, jika ulser mulut anda berlarutan dan tetap tak sembuh walaupun telah menggunakan ubat ulser, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi secepat yang mungkin. 


Berapa Lama Ulser Mulut Sembuh?

Jika anda mengalami ulser mulut, ia kebiasaannya akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu, bergantung pada tahap ulser yang anda alami.

Bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang anda boleh lakukan untuk mempercepatkan proses penyembuhan:

  1. Hindari makanan dan minuman yang boleh menyebabkan iritasi seperti makanan pedas atau masam.
  2. Gunakan ubat kumur antiseptik atau ubat kumur yang disarankan dokter untuk membantu kurangkan rasa sakit dan membunuh bakteri yang boleh memburukkan lagi keadaan ulser.
  3. Gunakan ubat tampal atau gel yang mengandung bahan-bahan seperti lidocaine atau benzocaine untuk mengurangkan rasa sakit.
  4. Elakkan mengambil alkohol dan merokok keana ia dapat menyebabkan iritasi pada ulser dan melambatkan proses penyembuhan.
  5. Jaga kebersihan mulut dengan kerap kumur dengan mouthwash, serta rajin melakukan flossing.

Tapi kalau ulser anda mengambil masa yang lebih lama daripada dua minggu untuk sembuh, atau ia bertambah teruk dan membesar, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera agar ulser dapat dirawat dengan betul.


Artikel Berkaitan

End of Article