Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

9 Bahan Semulajadi Mudah Didapati Untuk Menghilangkan Kesan Jerawat, Jeragat & Kulit Berbelak

Tona kulit muka tidak sekata seperti kulit berbelak, jeragat, kesan jerawat mungkin adalah disebabkan oleh hiperpigmentasi, penuaan dan berbagai lagi punca yang menimbulkan kesan seperti tompokan hitam di kulit wajah. Teknik pencerahan kulit dengan bahan-bahan semulajadi yang kami senaraikan ini boleh digunakan untuk mengurangkan warna tompokan hitam ini.

1. Yogurt

Penggunaan yogurt untuk kecantikan kulit adalah tidak asing lagi. Ia elok untuk digunakan samada secara dalaman ataupun di permukaan kulit. Memandangkan ia adalah salah satu daripada produk yang terhasil daripada susu, ia juga mempunyai banyak nutrient yang elok untuk kulit. Asid laktik di dalam yogurt boleh bertindak sebagai agen peluntur. Ia juga membantu melembapkan kulit wajah dan menghalang penghasilan minyak pada kulit.

Cara-cara:

  1. Sapukan yogurt pada permukaan wajah
  2. Biarkan ia kering selama 30 minit
  3. Urut kulit wajah anda dan bilas dengan air
  4. Untuk hilangkan sunburn, gunakan teknik ini setiap hari selama 2-3 minggu

Nota: Pastikan anda tidak alah pada yogurt untuk teknik ini. Anda boleh sapukan yogurt pada sebahagian kecil kulit wajah untuk melihat reaksinya pada kulit

mulai
RM93.00
Semak EasiYo Yogurt Starter Pack harga dibawah:

2. Betik

Nutrisi yang ada di dalam buah betik menjadikannya elok untuk mendapatkan kulit yang glowing dan cerah. Ia jua bertindak sebagai agen peluntur.

Cara-cara:

  1. Potong betik dan tumbuk sehingga menjadi seperti pes
  2. Tambahkan madu pada pes
  3. Sapukan pes pada wajah
  4. Biarkan selama 15-20 minit
  5. Bilas dengan air suam dan keringkan wajah
mulai
RM42.00
Semak The Face Shop Smart Peeling Mild Papaya Scrup harga dibawah:

3. Oren

Oren adalah sangat bermanfaat untuk kecantikan kulit kerana ia kaya dengan Vitamin C. Ia dapat bertindak sebagai agen pencerah.

Ia bukan hanya untuk untuk penggunaan luaran. Jika anda mahukan hasil yang lebih baik, ambil jus perahan oren yang segar tanpa gula setiap hari. Ia membantu untuk ‘menghidupkan’ dan menyegarkan semula kulit anda, menjadikan ia kelihatan lembut dan sekata.

Cara-cara: Sapukan sahaja jus oren ke wajah untuk kulit yang sekata

mulai
RM10.00
Semak Himalaya Herbals Tan Removal Orange Face Wash (50ml) harga dibawah:

 4. Madu

Kesan tompokan hitam kulit mungkin juga disebabkan oleh faktor kulit kering. Madu boleh membantu untuk melembapkan kulit. Ia juga mempunyai sifat anti bakteria yang dapat menghalang pertumbuhan acne atau jerawat serta menghilangkan kesan jerawat dan tanda penuaan.

Cara-cara: Sapukan madu menggunakan Q-tip pada kawasan yang bertompok hitam.

mulai
RM85.00
Semak Mamonde Flower Honey Toner harga dibawah:

5. Lemon

Sebagai buah citrus, lemon bertindak seperti oren pada kulit wajah. Ia tinggi dengan asid citric dan bertindak sebagai agen peluntur, manakala kandungan vitamin C nya yang tinggi membantu penghasilan sel kulit baru. Ia juga bersifat antioksida dan membantu mencantikkan kompleksi wajah.

 Cara-cara:

  1. Tambah air pada jus lemon dan sapukan campuran ini pada wajah.
  2. Biarkannnya selama 10 minit.
  3. Bilas dengan air suam.

Nota: Lakukan ujian pada sebahagian kecil kulit sebelum menggunakan teknik ini. Jus lemon adalah berasid tinggi dan boleh menyebabkan kulit berasa pedih lebih-lebih lagi pada kulit sensitif. Elakkan daripada menggunakannya pada permukaan yang mempunyai luka seperti luka jerawat yang baru dipicit.

mulai
RM11.90
Semak SAFI Pelembap Muka Strawberi Lemon & Habbatus Sauda 60G harga dibawah:
add_circle Membantu untuk mengurangkan sebum
add_circle Murah
remove_circle Mempunyai bau yang kuat

6. Gel Aloe Vera

Aloe vera boleh digunakan sebagai agen pencerah kerana sifatnya yang ‘sejuk’ dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit. Aplikasi aloe vera pada kulit mempercepatkan pemulihan sel kulit yang rosak. Ia dapat membantu mengatasi masalah hiperpigmentasi.

Cara-cara:

  1. Sapukan aloe vera pada kulit wajah
  2. Biarkan selama 15–20 minit
  3. Bilas dengan air suam

Nota: Jangan sapukan aloe vera pada bahagian kulit yang mempunyai luka atau yang mempunyai jangkitan

mulai
RM14.90
Semak EVERLY Soothing & Moisture 99% Aloe Vera Gel harga dibawah:

7. Kunyit

Kunyit ‘merencatkan’ penghasilan melanin dan memberikan kulit tona yang sekata. Ia juga membantu mengekalkan kulit yang sihat. Ia juga mempunyai antiseptic yang menjadikannya bersifat antioksida dan membantu mengekalkan kesihatan kulit.

Cara-cara: Campurkan kunyit bersama yogurt untuk menjadikannya paste. Kemudian sapukan di kulit

Nota: Sesetengah serbuk kunyit akan meninggalkan kesan warna kuning pada kulit. Kesan ini akan hilang apabila dibilas

mulai
RM4.54
Semak Himalaya Herbals Neem and Turmeric Soap harga dibawah:
add_circle Lulus KKM
add_circle Bahan aktif semula jadi
add_circle Menyingkirkan minyak berlebihan
add_circle Anti viral & anti fungal
remove_circle Boleh menyebabkan kulit kering

8. Timun

Timun adalah sangat bagus dan bertindak sebagai antioksida untuk kulit. Ia juga kaya dengan Vitamin A dan C dan membantu melembapkan kulit. Ia juga mengelakkan iritasi pada kulit, menghalang pembentukan melanin yang memberi warna pada kulit dan sebum yang boleh menyebabkan kulit berminyak.

Tidak cukup dengan itu, timun juga dapat mencerahkan sambil menganjalkan kulit. Ia bersifat cooling dan boleh digunakan pada semua jenis kulit.

Cara-cara: Ambil jus pada timun yang dipotong dan sapukan pada kulit

mulai
RM6.50
Semak Watsons Cucumber Extract Facial Mask harga dibawah:

9. Oat

Oat boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit misalnya eczema, ruam dan kulit kering. Oat juga boleh digunakan sebagai scrub untuk menanggalkan sel kulit mati pada kulit, menjadikannya lebih cerah dan lembut.

Cara-cara:

  1. Campurkan air suam dengan oat
  2. Sapukan dan jadikan seperti mask pada kulit
  3. Bilas selepas 10-15 minit atau sehingga ia kering.
mulai
RM25.82
Semak ST. IVES Nourished & Smooth Oatmeal Scrub harga dibawah:
add_circle Melembapkan kulit wajah
add_circle Tidak mengandungi sulfat dan minyak
add_circle Sesuai dijadikan scrub atau masker
remove_circle Stok terhad

 Semua teknik yang disenaraikan memerlukan masa dan konsistensi. Jadi jangan lupa untuk mengamalkannya setiap hari bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan

End of Article