Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

4 Cara Hilangkan Gegata Kulit 2024 (Cepat & Berkesan)

Tiada lagi masalah kulit gatal dan tidak selesa!

Urtikaria atau gegata atau kelopak garam adalah keadaan di mana sebahagian kulit menjadi bengkak, menebal merah dan gatal akibat dari alahan.

Kalau gegata pada bayi dalam tempoh masa yang panjang, perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan gegata selanjutnya.

Ada segelintir masyarakat kita mempercayai gegata badan ini sebenarnya terkena ludah jin kerana keluar pada waktu malam atau maghrib.

Bagaimanapun, rawatan gegata ini terdapat dua cara iaitu tradisional dan secara saintifik. Anda boleh ikut mana-mana kaedah untuk hilangkan gegata.

Jom lihat ubat gegata yang boleh digunakan untuk hilangkan gegata.


Cara Hilangkan Gegata Badan

Sapukannya sebelum tidur untuk hilangkan gegata
mulai
RM3.80
Semak Flower Bedak Sejuk harga dibawah:

Bagi rawatan gegata tradisional, anda boleh cuba guna bedak sejuk kerana dapat menyejukkan kulit.

Ambil garam satu sudu besar dan ratakan dengan air sejuk bersama bedak sejuk.

Kemudian sapukan pada seluruh bahagian badan yang terkena gegata supaya rasa gatal dapat dikurangkan.

mulai
RM5.30
Semak Prime's Calamine Lotion 150ML harga dibawah:

Kelopak garam dapat dilegakan dengan bahan yang menyejukkan.

Dapatkan losyen calamine untuk sapukan losyen calamine pada seluruh badan. 

Calamine mengandungi bahan yang dapat melegakan gatal dan beri kesan sejuk pada kulit supaya kelopak garam dapat dikurangkan.

Daun Bidara
mulai
RM0.50
Semak Daun Bidara harga dibawah:

Daun Bidara sangat penting dalam dunia ubatan tradisional untuk mengubati beberapa penyakit berkaitan dengan kulit dan penghadaman.

Cara penggunaannya,  ramas atau tumbuk separa halus daun bidara ini dan masukkan pada air yang telah dibaca 3 qul dan ayatul kursi. 

Sebaik-baiknya mandikan pesakit dengan daun bidara ini selama tiga hari berturut-turut untuk keberkesanan.

Jangan risau daun yang anda terima akan segar walaupun anda beli menerusi atas talian kerana akan dipetik  dari pokok bila pesanan dibuat.

Air garam
mulai
RM40.00
Semak Air garam harga dibawah:

Selain daripada menggunakan mandian air bidara, anda juga boleh mandikan dengan air garam.

Lagipun garam ini mempunyai kebaikan dimana mengandungi lebih dari 70 bahan mineral dan khasiat penting (terutama Boron).

Selain itu, mengandungi kandungan kalsium, magnesium dan zink yang tinggi, serta mempunyai pH berakali yang amat baik untuk tubuh kita yang berasid.

Jadi boleh letak dalam masakan atau jadikan mandian air garam. 

Caranya bancuh garam dengan air suam hingga pekat kemudian sapu pada seluruh badan atau mandi terus dengan air garam yang dibancuh ini.


Apakah Punca Terjadinya Gegata? 

Gegata bersifat tidak berbahaya, tetapi penyakit ini tidak boleh dipandang enteng.

Ini kerana komplikasinya boleh mengakibatkan kematian membabitkan pesakit yang menghidap gegata jenis akut.

Gegata jenis akut ini berpunca daripada alahan boleh menyebabkan serangan 'anaphylaxis' iaitu reaksi alergi teruk.

Gejala akibat 'anaphylaxis' termasuk sesak nafas, bengkak saluran pernafasan, pengsan dan tekanan darah rendah.

Secara saintifik kes kelopak garam ini berpunca daripada rangsangan pada ketahanan badan seseorang.

Tapi selalunya disebabkan tindak balas alahan, jangkitan atau sebab penyakit kronik tertentu yang mencetuskan pegeluaran bahan kimia Histamine.

Histamine ini daripada sel-sel mast pada kulit dan ini lah yang menyebabkan kegatalan pada kulit.

Perkara ini boleh terjadi jika ketahanan badan seseorang alahan pada beberapa sebab seperti di bawah;

  • Makanan; Ttelur, makanan laut atau kekacang.
  • Bulu haiwan seperti kucing atau anjing.
  • Disebabkan sengatan haiwan atau serangga.
  • Alahan pada ubat-ubatan terutama antibiotik atau tahan sakit.
  • Alergi pada debunga, habuk dari pokok atau semak samun.
  • Alahan pada sesetengah material pakaian.
  • Menerima darah ( blood transfusion ).
  • Menerima air di wad ( IV drip ), atau prosedut masuk kan dye dalam saluran darah untuk ujian di hospital.

Jika rawatan kelopak garam gagal temui jalan penyelesaian setelah menggunakan cara di atas, anda digalakkan untuk terus berjumpa dengan doktor.

Pastikan anda maklum pada doktor berapa lama anda mengalami masalah gegata dan sudah cuba pelbagai cara untuk hilangkannya tapi gagal.

Ini kerana pihak doktor boleh cuba dengan bagi ubat steroid sama ada dalam bentuk pil atau suntikan, bergantung kepada berapa serius penyakit urticaria itu.


Artikel Berkaitan

End of Article