Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
sunblock okay malaysia

16 Krim Sunscreen/Sunblock Muka Terbaik di Malaysia 2024

Lakukan aktiviti luar tanpa risau kulit gelap

Sunblock atau sunscreen sememangnya produk penjagaan kulit yang sangat penting, bukan sekadar pada wanita tetapi pada lelaki juga.

Produk sunscreen terbaik boleh berfungsi melindungi kulit dari sinaran matahari seperti UVA dan UVB serta ia juga melindungi protein di bawah permukaan kulit seperti keratin dan kolagen.

Jika anda mengabaikan pemakaian krim pelindung matahari, kulit wajah akan mudah timbul jeragat, cepat mengalami proses penuaan, sunburn dan lebih menakutkan kanser kulit. 

Jadi jom lihat jenis-jenis suncreen atau sunblock bagi kegunaan harian untuk wajah anda, dan pastikan anda pilih Jenis sunscreen yang sesuai dengan kulit anda.


Senarai 16 Jenis Sunblock Untuk Muka

Sunscreen muka terbaik secara keseluruhan
Anjo
anjo sunblock
mulai
RM13.00
Semak ANJO Professional 365 Sun Cream SPF50+ PA+++ harga dibawah:
add_circle Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB
add_circle Beri kelembapan & nutrisi kepada kulit
add_circle Mempunyai tekstur ringan & tidak melekit
add_circle Kalis air
add_circle Kesan glowing
remove_circle Mengandungi bahan Fungal Acne Trigger
remove_circle Tidak mesra wuduk

Sebab menjadi pilihan:

Dengan harga yang sangat berpatutan, mudah didapati secara online dan boleh digunakan untuk kegunaan harian atau sebagai base sebelum makeup.

Ciri-ciri:

Sunblock jenama Anjo ini mempunyai tekstur yang ringan, tidak melekit, dan amat efektif melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.

Ia mengandungi asid hyaluronik, betaine, dan shea butter untuk memberi kelembapan, keselesaan, dan kehalusan pada kulit.

Kandungan lain termasuk:

  • Tocopheryl acetate memberikan kesan antioksidan dan vitamin.
  • Allantoin membantu mengecilkan liang pori, menormalisasikan pengeluaran sebum, dan mempunyai sifat anti-radang.
  • Ekstrak teh hijau, licorice, dan kulit mulberry putih melindungi kulit daripada radiasi UV, pigmentasi yang tidak diingini, serta melembutkan dan memulihkan kulit.

Bagi mereka yang mempunyai kulit sedikit gelap, pastikan untuk blend sunblock jenis krim ini dengan rata agar wajah tidak kelihatan kelabu. 

Review:

"Kesan pertama saya tentang sunblock ini sangat mengagumkan, ia cepat meresap, ia tidak terlalu melekit dan mudah digunakan. Beli ni sebab best pakai bila kita malas nak pakai foundation. Dia mcm bagi tone up effect dekat muka."

Sunscreen muka untuk kulit berminyak
Biore
Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50
mulai
RM14.60
Semak Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50 harga dibawah:
add_circle Anti penuaan, tidak mengeringkan kulit
add_circle Ekstrak rice germ dan Vitamin E
add_circle Anti bakteri, bagus untuk masalah jerawat
remove_circle Tidak sesuai jika re-apply
remove_circle Bukan untuk kulit kering

Pemilihan untuk sunblock pada remaja biasanya produk yang murah dan senang nak dapatkan di drugstore seperti Biore UV Perfect Milk Moisture.

Pelindungan UVA/UVB yang terkandung sangatlah berkesan untuk mengelak dari terjadinya penuaan akibat kulit pra matang serta pigmentasi. 

Ekstrak rice germ dan Vitamin E menjadikan kulit lebih lembut dan mampu untuk mencerahkan.

Teksturnya seakan milky gel ini membuatkan anda tak perlu pakai bedak. 

Anti bakteria pula membantu melindungi kulit dari terhasilnya jerawat, maklumlah remaja biasanya tak lari dari jerawat. 

Jangan lupa pakai sunblock atau sunscreen walaupun masih bersekolah tau! 

Sunscreen muka jenis krim
3W Clinic
3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml)
mulai
RM3.90
Semak 3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml) harga dibawah:
add_circle Bahan seperti Arbutin dan titanium oxide
add_circle Tidak melekit
add_circle Bahan seperti ekstrak ginseng merah dan mulberry
remove_circle Mempunyai alkohol & pewangi

Sunblock dari 3W ini terkenal dan harga yang sangat murah.

Satu tube mampu bertahan sehingga 2-3 bulan dengan harga bawah RM10.

Bahan yang menarik perhatian adalah arbutin yang mampu untuk mencerahkan kulit anda. 

Bahan titanium oxide pula bahan yang wajib jika anda inginkan perlindungan kulit dari sinar UV. 

Bagaimanapun, teksturnya sedikit berat dan tidak menjadikan wajah anda kering walaupun sudah lama apply. 

Cuma membuatkan wajah anda kelihatan sedikit berminyak, tapi dengan ekstrak aloe vera, ginseng merah dan mulberry menjadikan kulit anda lembap dan segar sepanjang hari.

Sunscreen untuk kulit kusam
Sunplay
Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
mulai
RM28.79
Semak Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel harga dibawah:
add_circle Bahan utama seperti Hyaluronic Acid dan Collagen
add_circle Arbutin untuk mengurangkan dark spot
add_circle Mempunyai Vitamin B5, C & E
remove_circle Sedikit kering selepas pakai

Sunplay mempunyai pelbagai jenis pilihan keluaran mengikut kesesuaian.

Jika anda mempunya masalah kulit berminyak sunscreen ini adalah yang terbaik.

Ini kerana proses penyerapannya pantas dan tidak membuatkan kulit anda berminyak walaupun berpeluh.

Hyaluronic acid dan kolagen menjadikan wajah lembut, arbutin pula boleh mengurangkan dark spot terutama bekas jerawat. 

Teksturnya lembut kerana mengandungi Vitamin B5, C & E yang menjadikan kulit kekal sihat.

Terdapat juga perlindungan dari spf 50 yang sudah cukup untuk kegunaan seharian.

Sunscreen muka wardah
Wardah
Wardah UV Field Shield
mulai
RM17.90
Semak Wardah UV Field Shield harga dibawah:
add_circle Tiada alkohol
add_circle Vitamin E & Pro vitamin B5
remove_circle Mempunyai pewangi.

Produk dari Wardah sememangnya terkenal bebas alkohol dan bagus untuk kulit wajah berminyak.

Dengan kandungan Vitamin E & B5 ini memberikan kelembapan pada wajah.

Tekstur produk Wardah UV Field Shield ini sedikit tebal dan tidak akan menjadi punca white cast apabila anda meratakan pada wajah. 

Harganya yang murah dan mudah didapati di mana-mana drugstore.

Sunscreen muka untuk kulit sensitif
Bio Essence Bio Water Sunscreen
mulai
RM32.83
Semak Bio Essence Bio Water Sunscreen harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Mempunyai hyaluronic acid
add_circle Tidak berminyak dan melekit
add_circle Campuran bio energy complex
remove_circle Sukar didapati pada pasaran
remove_circle Mahal dan kuantiti yang sedikit

Sunscreen dari Bio Essence ini mempunyai bahan hyaluronic acid yang sangat terkenal dalam penggunaan pembuatan krim wajah.

Ini kerana fungsinya bagi mengekalkan kelembapan pada kulit wajah. 

Tambah pula tekstur yang tidak terlalu melekit dan tidak terlalu berat ini licin sahaja bila dipakai pada kulit. 

Paling penting mudah menyerap tanpa meninggalkan kesan white cast.

Campuran dari Bio Energy Complex pula meningkatkan kadar baik pulih kulit dan menjadikan kulit kekal segar dan sihat.

Sunscreen muka untuk kulit kombinasi
Axis-Y No Stress Physical Sunscreen
mulai
RM15.00
Semak Axis-Y No Stress Physical Sunscreen harga dibawah:
add_circle Tiada pewangi
add_circle Mugwort extract untuk menyejukkan kulit
add_circle Niacinamide untuk mencerahkan kulit
add_circle Squalane mengekalkan kelembapan
remove_circle Ada kesan white cast

Axis-Y ini terkenal dengan serumnya yang membuat tona kulit sekata. 

Jadi kebaikkan tersebut juga diterapkan pada sunscreen yang mempunyai spf 50++ ini. 

Bahan utama seperti mugwort yang membantu mengurangkan haba dan kesan pedih akibat sinaran yang terkena kulit wajah. 

Malah mampu untuk meredakan jerawat dengan bahan antibakteri dan anti iritasi. 

Dengan campuran bahan Niacinamide yang sememangnya terkenal dengan fungsi membuatkan tona kulit sekata (kesan pigmentasi) dan mengecilkan liang pori. 

Sekaligus menjadikan kulit anda bukan saja dilindungi dari sinaran matahari tapi memperbaiki tekstur kulit.

Senang kata pembelian yang berbaloi walaupun harganya sedikit mahal.

Sunblock/sunscreen muka jenis gel
Watsons Aqua UV Sun Protection Gel
mulai
RM20.34
Semak Watsons Aqua UV Sun Protection Gel harga dibawah:
add_circle Mempunyai niacinamide
add_circle Spf 50++.
add_circle Bebab paraben
remove_circle Sukar didapati

Jika sebut sunblock dari Watsons, pasti ramai beranggapan harga jauh lebih murah. 

Sebenarnya harganya setanding dengan jenama besar dan mempunyai bahan yang sangat bagus.

Kandungan spf sehingga 50++ dimana hanya 2% sinaran UV yang terlepas masuk pada bahagian kulit. 

Walaupun begitu, bahan seperti Niacinamide membantu mengurangkan kesan radikal seperti tompok hitam dan kulit tidak sekata akibat sinaran UV.

Kulit wajah juga lebih cerah, dan kulit lembut dan kekal lebab dengan bahan dari hyruronic acid.

Macam mana nak cari, pergi sahaja di Watsons pasti ada.

Some By Mi Truecica Mineral Calming Tone Up SunScreen
mulai
RM45.11
Semak Some By Mi Truecica Mineral Calming Tone Up SunScreen harga dibawah:
add_circle Mempunyai zinc oxide
add_circle Ada reveratnol dan pear flower extract
remove_circle Meninggalkan kesan white cast
remove_circle Harga yang sedikit mahal

Jenama keluaran Korea sememangnya terkenal, termasuk sunscreen keluaran Some By Mi ini.

Produk ini mempunyai bahan zinc oxide untuk melindungi kulit dari berlakunya iritasi. 

Terdapat juga bahan Resveratrol yang dapat meningkatkan kadar antioksidan sekaligus membuat kulit anda dilindungi dan memperbaiki dengan sendiri.

Jika anda oleskan pada wajah, anda akan rasa kesan calming.

Memang sangat sesuai dengan cuaca yang panas terik kerana membuatkan anda rasa pedih jika terdedah kepada cahaya dalam tempoh yang lama.

Sunscreen muka untuk kulit normal
SKINTIFIC
SKINTIFIC All Day Light Sunscreen Mist SPF50 PA++++
mulai
RM41.00
Semak SKINTIFIC All Day Light Sunscreen Mist SPF50 PA++++ harga dibawah:
add_circle Sesuai semua jenis kulit
add_circle Semburan halus 0.01nm
add_circle Tiada whitecast
add_circle Perlindungan 12 jam dari UVB
remove_circle Bau terlalu kuat
remove_circle Cepat habis

Mist sunblock yang sangat mudah digunakan dan tak merosakkan solekan anda.

Dengan tekstur yang halus dan tidak melekit, anda akan merasa selesa dan segar setelah menggunakannya.

Produk ni juga mempunyai SPF 50+ PA++++, memberikan perlindungan maksimum selama 12 jam dari sinar UVB yang menyebabkan kulit terbakar dan 16x pencegahan dari sinar UVA yang menyebabkan penuaan awal.

Teknologi mikrokapsul terdapat dalam produk ini dan ia menyediakan lapisan pelindung yang sangat halus (kira-kira 0.04nm) pada muka anda.

Mempunyai UV Pearls, Ceramide dan Centella, untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV, penuaan dan kulit terbakar.

Sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak mengandungi SLS, alkohol, paraben, minyak mineral, dan pewarna tiruan.

Ia juga mesra vegan dan tidak diuji pada haiwan. 

Sunscreen muka untuk kulit kering
Beauty of Joseon Matte Sun Stick SPF
mulai
RM50.92
Semak Beauty of Joseon Matte Sun Stick SPF harga dibawah:
add_circle Sunscreen stick
add_circle Tidak berminyak pada wajah
add_circle Mempunyai sebum control powder
add_circle Mengandungi artemisia capillaris
add_circle Tekstur lembut
remove_circle Mudah patah

Sebelum ini agak jarang nak jumpa sunscreen yang jenis stick, kini anda boleh beli sunscreen stick terbaik dari Beauty of Joseon ini.

Bila ada sunscreen stick, tahap kebersihan lebih terjaga kerana anda tidak perlu gunakan tangan untuk sapu pada wajah. 

Anda hanya perlu sapu sahaja pada seluruh wajah dengan stick ini dan tidak perlu risau kerana memberikan kesan matte tidak berminyak.

Dengan penggunaan yang konsisten, kulit anda akan tampak lebih lembut dan licin kesan dari sebum control powder.

Jika anda ada masalah kulit kering, Artemisia capillaris yang terdapat dalam sunscreen ini kaya dengan minerals untuk melembapkan kulit. 

mulai
RM132.90
Semak La Roche Posay Anthelios UVMUNE 400 Invisible Fluid Tinted SPF50+ Sunscreen harga dibawah:
add_circle Perlindungan matahari yang tinggi terhadap UVA/UVB
add_circle Tekstur ringan dan tidak berminyak
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Memberikan kesan sheer finish
remove_circle Harga mahal

Mencari sunscreen dengan perlindungan matahari SPF 50++? Beli je La Roche Posay Anthelios UVMUNE 400 Invisible Fluid Tinted SPF50+ Sunscreen ini.

Formula ultra resistant ini memberikan perlindungan Ultra Long UVA yang sangat efektif.

Produk ini mengandungi filter UV terbaru MEXORYL400 untuk melawan sinaran UVA Ultra Long dan membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat UV.

Sunscreen ini juga sangat tahan terhadap air, peluh, dan pasir, serta tidak menyebabkan mata pedih.

Selain itu, teksturnya ringan dan tidak berminyak, jadi memang sesuai untuk semua jenis kulit.

Formula minimalisnya mengandungi yang terbaik untuk kulit sensitif dan telah diuji oleh dermatologist. 

missha sunscreen
mulai
RM79.90
Semak Missha All Around Safe Block Cotton Sun SPF50+ / PA++++ harga dibawah:
add_circle Cepat menyerap
add_circle Tidak melekit
add_circle Mengawal minyak dan peluh
add_circle Finishing mate & sedikit dewy
remove_circle Harga sedikit mahal

Missha sunscreen, salah satu produk sunscreen terbaik untuk kulit berminyak dan kombinasi.

Mengandungi serbuk yang mengawal minyak kulit dan peluh serta ceramide dan panthenol.

Selain itu, memberikan tone up dan membetulkan tona kulit anda secara semula jadi, seolah-olah anda menggunakan tone up base. 

Ia juga kalis air yang sesuai untuk aktiviti luar terutamanya jika anda berpeluh dengan mudah.

Mula-mula nampak sedikit putih, tapi bila dah blend elok je kat muka dan tak buat kulit kelabu.

Jangan risau untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, physical sunscreen ini sememangnya selamat.

Mengesyorkan untuk mencuci muka dua kali kerana Missha sunscreen bertahan lama.

Sunscreen muka untuk tanpa alcohol
CLINELLE UV Defense SPF50 30ml
mulai
RM50.90
Semak CLINELLE UV Defense SPF50 30ml harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Memutihkan dan memperbaiki kulit
add_circle Kalis air
add_circle Ringan
add_circle Melembapkan lebih lama
remove_circle Harga sedikit mahal

Sunscreen jenama Clinelle menawarkan pelindung matahari spektrum luas yang menghalang penyerapan bahan kimia pelindung matahari, jadi ia kekal pada kulit lebih lama dan lebih selamat. 

Diformulasikan dengan peptida mutiara terhidrolisis yang menyuburkan, melembapkan dan menyusun semula kulit sementara penapis UVA dan UVB melindungi kulit dari sinar UV yang berbahaya.

Ekstrak Sutera terhidrolisis pula memperbaiki kulit dengan meningkatkan pengeluaran asid hyaluronik dan mengandungi ekstrak likuoris yang boleh memutihkan kulit.

Tidak mengandungi alkohol, sunscreen dengan tekstur water-based yang cepat menyerap, tidak melekit dan tidak meninggalkan white cast atau kesan iritasi pada kulit muka yang sensitif.

Rasa sejuk je bila sapu kat muka dan boleh melindungi kulit anda dengan lebih lama serta lebih selamat daripada sinaran UV. Sesuai untuk kulit yang mudah naik jerawat.

Sunplay Skin Aqua sunscreen
mulai
RM47.90
Semak Sunplay Skin Aqua Super Moisture Gel SPF50 harga dibawah:
add_circle Satin matte finish
add_circle Mesra bajet
add_circle Super kalis air dan peluh
add_circle Tiada white cast
add_circle Cepat blend
remove_circle Mempunyai kepekatan alkohol yang tinggi
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit yang sangat sensitif

Bagi mereka yang masih keliru untuk mendapatkan sunscreen yang ringan, sangat melembapkan dan perlindungan UV harian atau blue light, cuba je Sunplay Skin Aqua Sunscreen.

Dirumus dengan asid hyaluronik nano dan ekstrak kulat salji untuk melembapkan kulit secara mendalam dan kekal hidrat sepanjang hari.

Ditambahkan Vitamin C untuk meratakan warna kulit, mencerahkan dan menjadikannya lebih sihat.

Mengandungi ekstrak biji koko untuk melindungi kulit daripada sinaran cahaya biru dan carnosine peptida dengan sifat anti-oksidan yang kuat untuk melindungi kulit daripada cahaya infrared.

Formula lembut dan ringan, cepat meresap sebab sunscreen muka dan badan jenis watery gel dan tidak meninggalkan whitecast serta mempunyai bau wangi yang lembut.

Tidak mengandungi minyak mineral atau pewarna, sesuai untuk kegunaan harian buat wanita dan juga lelaki.

Loreal paris uv defender uv serum protector
mulai
RM30.90
Semak L'Oreal Paris UV Defender Serum Sunscreen Protector Bright & Clear harga dibawah:
add_circle Kekal hidrat selama 8 jam lebih
add_circle Membantu mengekalkan keremajaan kulit
add_circle Penyerapan yang cepat dan tidak berminyak
add_circle Melindungi kulit dari sunburn
remove_circle Kesan white cast pada sesetengah individu

Tahukah anda bahawa pendedahan UV setiap hari tanpa sunscreen atau sunblock boleh menyebabkan penuaan kulit 75% lebih cepat?

Dengan hanya 6 bulan penggunaan, Loreal Paris UV Defender UV Serum Protector akan menjadikan kulit anda 5 tahun lebih muda.

Dilengkapi dengan gabungan perlindungan spektrum luas SPF 50+ PA++++ terhadap UVA, UVB dan UV jarak jauh.

Formulanya tidak berminyak, tidak melekit dan tiada kilauan serta sesuai untuk semua jenis kulit.

Selain itu, turut membantu mencegah garis-garis halus, bintik-bintik hitam dan kulit kusam.

Turut mengandungi Niacinamide bahan pencerah kulit untuk mencerahkan kulit dengan lebih cepat dan dilindungi dari sinaran UV.

Kesan glowing dan pengurangan pigmentation nampak lebih ketara selepas 2 bulan penggunaan.

Paling sesuai untuk pengguna kulit kusam yang memerlukan pencerahan kulit dengan segera.


Apakah Perbezaan Antara Sunblock & Sunscreen

Krim pelindung atau sunblock selalunya dipakai ketika ke pantai atau melakukan aktiviti air.

Juga boleh digunakan sebagai krim asas untuk solekan agar kulit wajah anda sentiasa dilindungi daripada terdedah kepada sinaran UV.

Tapi, tahu tak terdapat perbezaan antara sunblock dan sunscreen

  • SUNBLOCK

Berfungsi untuk memantulkan kembali sinaran UV dan menghalang cahaya daripada menembus masuk ke dalam kulit wajah.

Erti kata lain, sunblock memberi perlindungan ekstra buat kulit anda.

Ini kerana kebanyakan sunblock mengandungi campuran seperti titanium dan zink oksida yang menghasilkan kulit anda satu tona lebih cerah.

Jangan risau, penggunaan sunblock yang betul mengikut jenis kulit tidak akan menyebabkan iritasi malah dapat perbaiki tekstur kulit.

  • SUNSCREEN

Kandungan bahan kimia akan menyerap sinaran UV sebelum sampai ke lapisan kulit paling luar.

Maksudnya, sunscreen bertindak sebagai satu lapisan tambahan dimana dapat mengurangkan penyerapan cahaya matahari kepada kulit anda.

Saranan pakar kulit agar anda memilih sunscreen yang mempunyai label ‘broad-spectrum’ kerana mampu melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB.  

Apa pun jom kita lihat penerangan ringkas menerusi video berikut.


Apakah Manfaat Memakai Sunblock? 

Sunblock datang dalam pelbagai tekstur gel, krim dan jenis air.

Ianya menjadi salah satu benda yang wajib untuk dipakai sebelum keluar rumah, terutamanya buat anda yang selalu melakukan aktiviti luar dan terdedah kepada sinaran UV.

Kepentingan memakai sunblock bukan sahaja pada perlindungan kulit pada masa jangka pendek, tapi ia menjadikan kulit lebih sihat dan awet muda. 

Jangan tak tahu, sunblock berperanan untuk mengekalkan keanjalan, mengurangkan garis halus dan mengurangkan tompokan pigmentasi. 

Sebaiknya pilih sunblock yang mempunyai nombor SPF yang tinggi, supaya ia lebih kekal lama dan mampu melindungi kulit secara efektif.  


Bagaimana Cara Pilih Sunblock

Pemilihan sunblock ini bergantung pada bahan utama didalam sunblock tersebut.

Tidak kira mahal atau murah, wajib pastikan bahan-bahan ini ada dalam kandungan sunblock/sunscreen anda.

  • Ecamsule di mana bahan yang menghalang UVA.
  • Avobenzone bahan yang dapat membantu menghalang sinaran UV.
  • Active photo barrier complex dan dermaplex.
  • Titanium dioxide dan zinc oxide bagi memastikan wajah elak dari iritasi dan bebas alkohol.

Tak perlu dalam satu sunscreen perlu ada kesemua bahan ini, tetapi sudah memadai jika mempunyai 1-2 bahan diatas.


Berapakah Jumlah SPF Terbaik?

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan SPF?

SPF merupakan singkatan bagi sun protection function, spf ini adalah tempoh dimana berapa lama ia akan melindungi kulit dari UV (ultraviolet

Ramai yang tidak tahu tentang berapa tinggi spf tersebut untuk penggunaan hari.

Ini semua juga berkait dengan tujuan dan kegunaan seharian anda. 

Daily use: sudah memadai jika anda menggunakan kandungan spf 30 keatas.

Water resistant: Jika anda sering terdedah pada sinaran dan air, gunakan sunblock yang mempunyai spf 30 keatas serta resistant


Boleh Pakai Sunblock Setiap Hari?

Memakai sunblock ini adalah kewajipan bagi melindungi kulit dari sinaran UVB & UVA yang akan merosakkan sel-sel kulit. 

Wajib pakai setiap hari, dan re-apply selepas mencuci muka jika terdedah pada cahaya matahari.

Malah, jika terlalu lama terdedah pada sinaran tanpa sebarang perlindungan, akan menyumbang kepada pelbagai masalah kulit yang paling ketara adalah kulit terbakar dan pigmentasi. 

Jika anda mempunyai masalah kulit dan sering terdedah pada cahaya sebaiknya pakai sunblock dan sunscreen.

Ini akan dapat mengelakkan kulit menjadi pedih dan kemerahan.


Boleh Pakai Sunscreen Dan Sunblock Sekaligus?

Menggunakan sunblock dan sunscreen tidak menjadi masalah.

Tetapi jika anda hanya memakai salah satu sahaja pun tidak mengapa. 

Ini kerana kedua-dua produk mempunyai peranan yang tersendiri.

Seperti kami terangkan pada awal persoalan tadi, sunscreen berfungsi untuk menapis sinar UV yang terkena pada kulit wajah.

Manakala sunblock menghalang dan reflex sinaran tersebut agar tidak diserap oleh kulit wajah.


Boleh Tak Gantikan Sunscreen Dengan Pelembap?

Tidak boleh, walaupun sesetengah sunscreen juga berfungsi untuk menyumbang kepada kelembapan. 

Pelembap merupakan penjagaan kulit wajah yang wajib selepas anda mencuci muka. 

Ingat, pelembap dan sunscreen mempunyai fungsi yang berbeza tau!


Adakah Sunscreen Memberi Kesan Mencerahkan Kulit? 

Bergantung pada bahan yang terdapat dalam satu-satu jenis sunscreen tersebut.

Apa yang pasti kebanyakkan sunscreen mempunyai fungsi untuk mencerahkan dan menghalang kulit dari terbakar teruk.

Bila anda menggunakan sunscreen dan sunblock dengan cara yang betul, penuaan akan menjadi lambat dan kulit akan sentiasa terjaga. 

Jadi dengan pemakaian setiap hari, sunscreen tidak akan age your skin!

Sebaiknya elakkan dari terlupa pakai sunscreen/sunblock tau.

Walaupun pakai full set penjagaan wajah tapi sunblock/sunscreen tak pakai, it's a big no okay!


Artikel Berkaitan

End of Article