Kecantikan

7 Sunblock Terbaik untuk Kulit Kombinasi Malaysia 2026

Terdapat banyak jenis sunscreen untuk pelbagai jenis kulit, jadi pastikan anda pakai sunscreen untuk kulit kombinasi jika kulit anda jenis kombinasi.


Editor · Updated 3 Nov 2022

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

7 Sunblock Terbaik untuk Kulit Kombinasi Malaysia 2026

Kulit yang terdedah berterusan pada sinaran matahari bukan hanya mengeringkan tapi juga merosakkan. 

Disebabkan masalah ini, ahli dermatologi mengesyorkan bahawa pemakaian sunblock atau sunscreen adalah penting terutama jenis kulit berminyak. 

Kandungan

Ini kerana skincare ini menyediakan perlindungan matahari dan membantu dalam memerangi penuaan.

Tapi apa yang menjadi masalah adalah mana satu jenis sunscreen untuk kulit kombinasi?

Bukan apa, kalau pakai salah skincare kulit bertambah teruk pula jadi kami bantu anda dengan menyenaraikan jenama sunscreen untuk kulit kombinasi.


7 Jenama Sunblock / Sunscreen Untuk Kulit Kombinasi

Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30
Sunblock untuk kulit kombinasi murah (dibawah RM50) 1 daripada 7
Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30
Partnership with Wardah
Dari RM13.11
Non-Comedogenic
Tekstur ringan & tidak melekit
Mengandungi pewangi
2 lagi
Kandungan antioksidan dan pelembap
Mempunyai Vitamin E dan Provitamin B5

Sebab menjadi pilihan utama:

‘Harga yang mampu milik dan kuantiti yang agak banyak cukup untuk digunakan setiap hari sehingga sebulan penggunaan.’

Ciri-ciri:

Produk ini merupakan sunblock 2 kali ganda yang mampu bertindak untuk melindungi kulit dari sinaran UV dengan lebih baik. 

Kandungan antioksidan ini juga dapat melegakan kulit dan melembapkannya. 

Mempunyai masalah liang pori tersumbat adalah punca masalah jerawat tapi dengan sunblock yang bersifat non-comedogenic ini tidak membuat liang pori tersumbat.

Sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit termasuk kulit berminyak dan kulit berjerawat ditambah pula dengan tekstur yang ringan dan tidak melekit.

Teksturnya berkrim tidak menyebabkan white cast apabila dipakai walaupun anda reapply. 

Harga murah dan berkualiti, wajib cuba sunblock Wardah ini. 

Review:

“Kulit mungkin terasa sedikit berminyak, tetapi bahan yang digunakan itu sesuai untuk kulit kombinasi tanpa menyebabkan iritasi atau masalah kulit lain,”

Face Republic Purity Sun Essence
Sunblock korea untuk kulit kombinasi 2 daripada 7
Face Republic Purity Sun Essence
Partnership with Face Republic
Dari RM59.90
Sesuai untuk semua jenis kulit
Tidak membuat kulit berminyak
Harga yang mahal
2 lagi
Formulasi ultra ringan
Stok terhad

Kebiasaan kulit kombinasi sesuai dengan sunblock yang bertekstur ringan dan tidak melekit dimana kriteria ini ada pada sunblock Face Republic Purity Sun Essence. 

Malah dapat melindungi kulit wajah dengan lebih berkesan serta mempunyai perlindungan spf50.

Paling utama bahan yang digunakan sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kombinasi. 

Jangan risau, mudah menyerap dan tidak meninggalkan kesan white cast dan tidak berminyak. 

Sangat sesuai untuk anda yang gemarkan aktiviti luar, kerana ianya anti air dan peluh. 

Gunakan tanpa rasa ragu-ragu kerana lulus ujian dermatologi untuk kulit anda.

Supergoop Play Supergoop Everyday Sunscreen SPF 50
Sunblock terbaik kulit kombinasi 3 daripada 7
Supergoop! Everyday Sunscreen With Sunflower Extract SPF50
Partnership with Supergoop!
Dari RM170
Tidak meninggalkan whitecast
Menyerap dengan pantas
Harga mahal
2 lagi
Mempunyai SPF
Sukar didapati dalam pasaran

Tanpa anda sedari, aktiviti harian selalunya mendedahkan kulit kita kepada sinaran matahari secara aktif, mengakibatkan kulit menjadi kusam.

Malangnya, ramai orang tidak menyedari kepentingan menggunakan sunblock ketika keluar walaupun mereka ketahui bahawa sinaran UV dapat merosakkan kulit. 

Buat anda yang mempunyai masalah pertumbuhan jeragat, cari produk yang mengandungi SPF tinggi seperti sunblock dari Supergoop ini.

Bukan apa,  demi melindungi kulit dari kerosakan sinaran matahari. 

Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
Sunblock untuk kulit kombinasi dan sensitif 4 daripada 7
Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
Partnership with Sunplay
Dari RM31.85
Mengandungi Hyaluronic Acid dan Collagen
Arbutin untuk mengurangkan dark spot
Sedikit kering selepas pakai
1 lagi
Mempunyai Vitamin B5, C & E

Sunplay mempunyai pelbagai jenis pilihan keluaran mengikut kesesuaian 

Jika anda mempunya masalah kulit berminyak sunscreen ini adalah yang terbaik.

Ini kerana proses penyerapannya pantas dan tidak membuatkan kulit anda berminyak walaupun berpeluh.

Hyaluronic acid dan kolagen menjadikan wajah lembut, arbutin pula boleh mengurangkan dark spot terutama bekas jerawat. 

Teksturnya lembut kerana mengandungi B5, C & E yang menjadikan kulit kekal sihat.

Terdapat juga perlindungan dari spf 50 yang sudah cukup untuk kegunaan seharian. 

Nano White Omega Day Shield Sunscreen SPF50++ (35ml)
Sunblock dengan spf 50 5 daripada 7
Nano White Omega Day Shield Sunscreen SPF50++ (35ml)
Partnership with Nano White
Dari RM26.25
Mempunyai Arbutin, Niacinamide, Hyaluronic acid
Dermatologist tested
Tekstur yang sedikit tebal
1 lagi
Ekstrak dari buah bearberry

Setiap hari, kulit anda menghadapi pelbagai risiko terdedah kepada radikal bebas seperti sinar UV serta memecah serat elastin dan kolagen. 

Jadi dengan kandungan bahan Arbutin, Niacinamide dan Hyaluronic acid yang membuatkan kulit anda kelihatan lebih glowing.

Diperbuat dengan Nanotechnology Omega White-C, ianya berfungsi memberi perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB. 

Malah, dapat membersihkan liang pori yang tersumbat dan melindungi kulit anda daripada bintik hitam serta kulit kusam. 

Sesuai untuk semua jenis kulit dan gunakan secara konsisten untuk mendapatkan hasil lebih sempurna.

TOCOBO Bio Watery Sun Cream
Sunblock wajah yang bagus untuk kulit kombinasi 6 daripada 7
TOCOBO Bio Watery Sun Cream
Partnership with
Dari RM42.90
Formulasi dari bahan semulajadi (Vegan)
Mempunyai bio hyaluronic acid
Kulit menjadi sedikit berminyak selepas beberapa jam
2 lagi
Mengandungi ekstrak kacang hijau
Tidak melekit

Stick sun cream dari Tocobo ini tidak menyebabkan kulit berminyak pada awal penggunaannya dan mempunyai ciri mudah menyerap. 

Teksturnya mudah blend in dengan makeup menjadikan makeup looks anda lebih kemas dan cantik, paling penting kulit terlindung dari sinar UV. 

Kebiasaanya kulit kombinasi ini mempunyai masalah kulit jerawat tapi apa yang bestnya ekstrak kacang hijau mampu merawat masalah jerawat.

Bio hyaluronic acid pula membekalkan kelembapan sepanjang masa untuk kulit wajah anda! 

Kulit terjaga dan masalah jerawat juga makin berkurang!

Garnier Bright Complete Super UV Matte Finish
Sunblock dengan whitening 7 daripada 7
Garnier Bright Complete Super UV Matte Finish
Partnership with Garnier
Dari RM23.93
Bebas minyak
Mempunyai Vitamin C
Kuantiti yang agak sedikit
2 lagi
Mexoryl untuk memberikan perlindungan yang lebih luas
Meratakan tona kulit

Menggunakan sunblock bukan hanya untuk melindungi dari sinaran UV, tapi nak lindungi kulit akibat dan kesan dari sinaran UV. 

Kebanyakkan kulit akan sunburn atau tona tidak sekata bila terkena sinaran UV tapi tiada lagi masalah tona tidak sekata dengan Garnier sunblock.

Ini kerana diperkaya dengan vitamin C untuk memberikan kesan kecerahan pada kulit wajah serta menghilangkan kulit kusam. 

Tekstur yang ringan, tidak melekit membantu anda untuk dapatkan hasil makeup yang tidak bercapuk. 

Mexoryl melindungi kulit dari sinaran UV dan memberikan perlindungan yang lebih luas. 

Kulit makin glowing dan cerah hanya menggunakan sunblock!


Ada Berapa Banyak Jenis Kulit Manusia?

Terdapat 5 jenis keadaan kulit manusia dan semua jenis kulit ini wujud disebabkan beberapa faktor seperti keturunan, gaya hidup, pemakanan, cuaca persekitaran yang berubah-ubah.

Apakah 5 jenis kulit tersebut? 

  • Kulit normal: Ini merupakan keadaan kulit manusia yang paling terbaik dan ramai yang mahukan kulit seperti ini. Tekstur kulit yang tidak terlalu kering atau terlalu berminyak. Kulit yang dimiliki lebih lembut dan tidak memerlukan penjagaan yang begitu rapi. 
  • Kulit sensitif: Kulit jenis sensitif ini lebih memberi reaksi berbanding kulit normal. Mudah bertindak balas dengan keadaan seperti panas, merehan atau rasa gatal. Kulit sensitif ini mempunyai kurang perlindungan yang menyebabkan microorganisms mudah untuk bertindak dan menyebabkan iritasi. Kulit seperti ini akan menyebabkan kering, kasar dan memerlukan penjagaan rapi. 
  • Kulit kering: Keadaan ini kebiasaannya menyebabkan kulit yang kering akibat faktor luar seperti cuaca, tahap kelembapan, dan penggunaan air panas. Ada sesetengah orang keadaan ini berlaku jarang-jarang dan ada yang menanggungnya seumur hidup. Ini akan menyebabkan kulit kulit seperti eczema.
  • Kulit berminyak: Kulit berminyak ini mempunyai liang pori yang sedikit besar, lembap. Ini terjadi akibat lebihan minyak dan ini terjadi akibat genetik atau hormon. 
  • Kulit kombinasi: Kulit jenis kombinasi menyebabkan kulit berlebihan minyak dan berpeluh. Kebanyakkan kulit berminyak kebiasaannya T-zone (dahi, hidung dan dagu), dan di bahagian pipi pula kebiasaanya kulit lebih kering.  

Kenapa Sunscreen Penting Untuk Kulit?

Memakai sunscreen atau sunblock wajib dijadikan rutin harian untuk setiap individu tidak mengira umur dan jantina. 

Ini kerana, kulit kita sering terdedah pada sinaran UV yang mampu membahayakan lapisan kulit dan lebih teruk mampu menyumbang masalah kronik lain berkaitan kulit. 

Sunscreen atau sunblock ini yang akan memberikan perlindungan pada kulit dari kesan sinaran UV yang menyebabkan ‘sunburn’. 

Selain itu, tanda penuaan juga dapat dikurangkan apabila anda menggunakan sunscreen secara berterusan dengan betul. 

Bukan itu sahaja, anda juga mampu mengurangkan risiko terkena kanser kulit. 

Jadi kenapa sunscreen itu penting? Ini lah semua sebab dan kenapa anda perlu gunakan sunscreen, nak kelaur rumah tu jangan lupa pakai dulu sunscreen tau!

Anda boleh tonton video di bawah untuk dengarkan penjelasan lebih terperinci tentang kepentingan pemakaian sunscreen.


Artikel Berkaitan 

Lagi daripada ProductNation