Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Sunscreen kulit berminyak

9 Sunblock/Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2024

Siapa kata kulit berminyak tak boleh pakai suncreen?

Sunblock atau suncreen merupakan krim penjagaan kulit yang sangat penting unutk mengelak berlakunya kedutan muka dan melindungi kulit dari sinaran UV. 

Ramai menganggap, pemakaian sunblock pada wajah atau badan ini adalah satu pilihan dan tidak penting. 

Sebenarnya pakai sunblock sangat penting kerana jika kulit terdedah terlalu lama dibawah sinaran UVA/UVB, kulit mudah sunburn dan kulit akan berkedut.

Jadi, perlu pakai sunblock yang mempunyai SPF yang sesuai untuk lindungi kulit wajah kita.

Jika anda mempunyai kulit berminyak, berjerawat atau kombinasi, anda harus memilih sunblock yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Jom kenali jenis-jenis sunblock yang paling bagus untuk kulit berminyak.


Senarai 9 Jenis Sunblock Untuk Kulit Berminyak

Sunblock terbaik untuk kulit berminyak secara keseluruhan
Sunplay
Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
mulai
RM28.79
Semak Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel harga dibawah:
add_circle Bahan utama seperti Hyaluronic Acid dan Collagen
add_circle Arbutin untuk mengurangkan dark spot
add_circle Mempunyai Vitamin B5, C & E
remove_circle Sedikit kering selepas pakai

Sebab menjadi pilihan utama:

Sesuai untuk kulit sensitif dan tidak melekit serta mudah menyerap. Bila pakai pada wajah, kulit makin cerah dan parut jerawat juga makin pudar.’

Ciri-ciri:

Sunplay merupakan jenama sangat terkenal dengan pelbagai jenis sunblock/sunscreen keluarannya. 

Jika anda mempunya masalah kulit berminyak sunscreen ini adalah yang terbaik.

Ini kerana proses penyerapannya pantas dan tidak membuatkan kulit anda berminyak walaupun berpeluh.

Hyaluronic acid dan kolagen menjadikan wajah lembut, arbutin pula boleh mengurangkan dark spot terutama bekas jerawat. 

Teksturnya lembut kerana mengandungi B5, C & E yang menjadikan kulit kekal sihat.

Terdapat juga perlindungan dari spf 50 yang sudah cukup untuk kegunaan seharian.

Review:

‘Teksturnya seperti gel tetapi berwarna putih seakan krim, paling menarik. Bila dipakai dan kulit wajah berpeluh, sunscreen ini tidak melekit’.

Sunblock untuk kulit berminyak korea
Innisfree
Innisfree Intensive Triple Shield Sunscreen
mulai
RM37.10
Semak Innisfree Intensive Triple Shield Sunscreen harga dibawah:
add_circle Zinc Oxide dan titanium oxide
add_circle Water resistant sesuai untuk aktiviti luar/air
add_circle Sunflower dan Jeju green tea extract
remove_circle Perlu menggunakan make remove

Jenama keluaran dari Korea ini mempunyai pelbagai jenis sunblock dan sunscreen.

Bagi keluaran Intensive Triple Shield sangat sesuai untuk anda yang sering terdedah kepada cahaya matahari.

Mempunyai tekstur yang sedikit tebal dan finishing matte ini memerlukan anda untuk menggunakan pelembab untuk meratakannya. 

Zinc oxide serta titanium ini akan berfungsi sebagai pelindung sinaran UV untuk kulit. 

Bahan yang terkandung pada sunflower dan juga Jeju green tea extract ini bagus untuk anti penuaan, mencerahkan serta sesuai untuk kulit yang sensitif.

Sangat sesuai bagi anda yang sering melakukan aktiviti luar atau air kerana sunblock ini kalis air.

Sunblock untuk remaja kulit berminyak
Biore
Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50
mulai
RM14.60
Semak Biore UV Perfect Block Milk Moisture SPF50 harga dibawah:
add_circle Anti penuaan, tidak mengeringkan kulit
add_circle Ekstrak rice germ dan Vitamin E
add_circle Anti bakteri, bagus untuk masalah jerawat
remove_circle Tidak sesuai jika re-apply
remove_circle Bukan untuk kulit kering

Pemilihan untuk sunblock pada remaja biasanya produk yang murah dan senang nak dapatkan di drugstore seperti Biore UV Perfect Milk Moisture.

Pelindungan UVA/UVB yang terkandung sangatlah berkesan untuk mengelak dari terjadinya penuaan akibat kulit pra matang serta pigmentasi. 

Ekstrak rice germ dan vitamin E menjadikan kulit lebih lembut dan mampu untuk mencerahkan.

Teksturnya seakan milky gel ini membuatkan anda tak perlu pakai bedak. 

Anti bakteria pula membantu melindungi kulit dari terhasilnya jerawat, maklumlah remaja biasanya tak lari dari jerawat. 

Jangan lupa pakai sunblock dan sunscreen walaupun masih bersekolah tau!

Sunblock SPF 50 terbaik untuk kulit berminyak
Hada Labo Premium Whitening UV Moist Sunscreen
mulai
RM43.90
Semak Hada Labo Premium Whitening UV Moist Sunscreen harga dibawah:
add_circle Tiada wangian
add_circle Sodium hyaluronate untuk mengekalkan kelembapan pada kulit.
add_circle Vitamin C dan mencerahkan
remove_circle Sedikit melekit

Pentingnya pemilihan sunblock bila ada wangian kerana potensi untuk menyebabkan iritasi itu tinggi. 

Jadi Hada Labo Premium Whitening ini tidak mempunyai wangian pada produk mereka.

Manakala sodium hyaluronate pula untuk memberikan kesan lembab pada wajah tanpa mengeringkan kulit anda.

Ramai yang tidak tahu, vitamin C sebenarnya bahan utama membantu untuk mencerahkan wajah anda. 

Kulit mempunyai perlindungan UV dan mampu untuk mencerahkan, tunggu apa lagi. Dapatkan sekarang produk yang terbaik ini!

Sunblock untuk kulit berminyak dan berjerawat
AIKEN
Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion
mulai
RM17.24
Semak Aiken Tea Tree Oil Face & Body Day Lotion (150g) harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Formula cepat menyerap
add_circle Tidak menyumbat lubang pori-pori
add_circle Membantu memberikan kelembapan
remove_circle Ada pewangi tambahan
remove_circle SPF yang rendah

Agak sukar nak cari sunblock yang mampu mengawal jerawat tapi nasib baik ada produk dari Aiken yang mempunyai spf dan merawat jerawat.

Bahan paling terkenal dalam merawat jerawat adalah tea tree oil, yang merawat keradangan akibat jerawat dan terbukti berkesan.

Potassium Cetyl Phosphate adalah agen untuk mengawal pH dan bertindak untuk membersihkan minyak pada liang pori. Jadi liang pori anda tidak akan tersumbat. 

Paling recommended jika anda adalah masalah jerawat dan berminyak.

Sunblock untuk kulit berminyak murah
Wardah
Wardah UV Field Shield
mulai
RM17.90
Semak Wardah UV Field Shield harga dibawah:
add_circle Tiada alkohol
add_circle Vitamin E & Pro vitamin B5
remove_circle Mempunyai pewangi.

Produk dari Wardah sememangnya terkenal bebas alkohol dan bagus untuk kulit wajah berminyak.

Dengan kandungan vitamin E & B5 ini memberikan kelembapan pada wajah.

Tekstur produk Wardah UV Field Shield ini sedikit tebal dan tidak aakan menjadi punca white cast apabila anda meratakan pada wajah. 

Harganya yang murah dan mudah didapati di mana-mana drugstore.

Sunblock untuk kulit berminyak dan sensitif
Cetaphil
mulai
RM57.20
Semak Cetaphil Sunblock Light Gel SPF50+ (50ml) harga dibawah:
add_circle Titanium dioxide yang baik untuk kulit.
add_circle Dermatologist tested.
add_circle Paraben free
remove_circle Mempunyai alkohol

Mempunyai kulit yang sensitf adalah satu kerisauan. 

Bukan apa, susah sangat nak dapatkan produk yang sesuai dan kalau produk yang mahal pun belum tentu sesuai. 

Jalan penyelesaiannya adalah wajib lihat senarai bahan pada sunblock tersebut.

Jadi, kandungan dalam sunblock dari Cetaphil Sun ini adalah bebas paraben yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit. 

Terdapat juga bahan titanium dioxide yang berfungsi sebagai UV protection.

Paling penting, produk ini ada ujian dermatologist ye!

Sunblock untuk kulit berminyak jenis krim
3W Clinic
3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml)
mulai
RM3.90
Semak 3W Clinic Intensive UV Sun Block Cream (70ml) harga dibawah:
add_circle Bahan seperti Arbutin dan titanium oxide
add_circle Tidak melekit
add_circle Bahan seperti ekstrak ginseng merah dan mulberry
remove_circle Mempunyai alkohol & pewangi

Sunblock dari 3W ini sememangnya terkenal dan harganya yang sangat murah, satu tube mampu bertahan sehingga 2-3 bulan dengan harga bawah rm15.

Bahan yang menarik perhatian adalah arbutin yang mampu untuk mencerahkan kulit anda. 

Titanium oxide pula bahan yang wajib jika anda mahukan perlindungan kulit dari sinar UV. 

Bagaimanapun, teksturnya sedikit berat tapi tidak menjadikan wajah anda kering walaupun sudah lama apply cuma membuatkan wajah anda kelihatan sedikit berminyak. 

Tapi dengan adanya ekstrak aloe vera, ginseng merah dan mulberry menjadikan kulit anda lembab dan segar sepanjang hari.

Sunblock untuk kulit berminyak dan jeragat
Eucerin
Eucerin Sensitive Protect Oil Pigment
mulai
RM109.90
Semak Eucerin Sensitive Protect Oil Pigment harga dibawah:
add_circle Glycyrrhetinic acid untuk DNA’s repair
add_circle Thiamidol untuk mencerahkan pigmentation
add_circle Mudah menyerap
remove_circle Harga mahal

Fakta tentang sunblock, bila kita apply sunblock pada kulit muka dan badan, sebenanrnya kita sudah mengurangkan risiko pigmentation pada kulit. 

Jadi untuk sunblock Eucerin sangat sesuai mereka yang mempunyai pigmentation dan kulit berminyak. 

Dengan bahan glycyrrhetinic acid akan membaiki kesan pigmentasi yang berlaku.

Kemudian, bahan thiamidol akan mencerahkan kulit sekaligus menjadikan tona kulit sekata dan mengurangkan dark spot. 

Jangan risau, tekstur sunblock dari Eucerin ini mudah menyerap dan tidak berminyak.

Sangat sesuai untuk pakai harian walapun anda pakai makeup.


Bagaimanakah Cara Pilih Sunblock Untuk Kulit Berminyak?

Kulit berminyak memerlukan sunblock yang bukan sahaja melindungi kulit daripada matahari, tetapi juga membantu mengurangkan minyak berlebihan.

Selain itu, pemilihan sunblock yang salah boleh menyebabkan masalah kulit lebih teruk seperti minyak berlebihan, bintik hitam dan jerawat.

Jadi jom lihat beberapa tips untuk membantu anda memilih sunblock yang sesuai untuk kulit berminyak.

  • Kandungan sunblock

Pilih sunblock yang mempunyai kandungan atau label "oil-free" dan "non-comedogenic".

Ini kerana sunblock yang mengandungi minyak boleh menyebabkan kulit berminyak menjadi lebih berminyak dan menyumbat liang pori.

Sunblock dengan bahan kimia seperti avobenzone dan oxybenzone boleh merosakkan lagi kulit berminyak anda.

Oleh itu, pilih sunblock yang mengandungi bahan mineral seperti titanium dioksida atau zink oksida yang lebih sesuai untuk kulit berminyak.

  • Bahan-bahan antioksida

Sunblock yang mengandungi bahan antioksidan, seperti vitamin C dan E, membantu melindungi kulit anda daripada radikal bebas yang boleh merosakkan kulit anda.

Selain itu, bahan-bahan ini juga membantu mencerahkan kulit dan memudarkan kesan pigmentasi.

  • Tekstur

Sunblock yang terlalu berat boleh menyebabkan kulit anda berasa tidak selesa dan berminyak.

Pilih pelindung matahari dengan tekstur ringan, seperti losyen atau gel, untuk mengelakkan rasa melekit pada wajah anda.

  • SPF

Pastikan sunblock yang anda pilih mempunyai pelindung matahari sekurang-kurangnya 30 spf untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV.

Jangan lupa sapu pelindung matahari setiap 2-3 jam untuk kesan yang lebih optimum.

  • Aktiviti harian

Jika anda akan melakukan aktiviti luar seperti berlari atau berenang, pilih pelindung matahari yang kalis air dan tahan peluh.

Sunblock jenis ini akan memberikan perlindungan yang lebih lama dan tidak mudah luntur akibat aktiviti berat.


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Sunblock Untuk Kulit Berminyak?

Kulit berminyak memerlukan perlindungan daripada sinaran UV sama seperti jenis kulit lain.

Namun, terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan penggunaan sunblock untuk kulit berminyak.

Kelebihan sunblock untuk kulit berminyak:

  • Perlindungan dari sinar UV

Sunblock adalah produk yang sangat penting untuk orang yang mempunyai kulit berminyak kerana kulit berminyak lebih sensitif terhadap sinaran UV.

Tambah lagi, ia membantu mengurangkan risiko kanser kulit, penuaan kulit dan masalah kulit yang lain.

  • Mengurangkan kilauan berlebihan

Beberapa jenis sunblock juga mengandungi bahan aktif seperti zink oksida dan titanium dioksida yang membantu menyerap minyak dan mengurangkan kilauan pada kulit berminyak.

  • Menjaga kesihatan kulit

Sunblock membantu melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya dan boleh membantu mengekalkan kesihatan kulit secara keseluruhan.

Kulit yang terlindung dari sinaran UV akan kelihatan lebih cerah, lembut, dan lebih berseri.

Kekurangan sunblock untuk kulit berminyak:

  • Tidak tahan lama

Sunblock kadangkala tidak tahan lama pada kulit berminyak dan perlu disapu semula selepas beberapa jam.

Ini boleh menjadi masalah terutamanya jika anda terdedah kepada cahaya matahari untuk jangka masa yang lama.

  • Sukar dicuci

Beberapa jenis sunblock mungkin sukar dicuci dengan pencuci muka biasa, terutamanya jika sunblock mempunyai ciri kalis air atau tahan peluh.

Ini boleh menyebabkan kulit berasa berminyak dan tidak selesa.


Apakah Perbezaan Sunblock & Sunscreen?

Sunscreen mempunyai bahan kimia organik terdiri dari komponen seperti methoxycinnamate, octyl salicylate dan ecamsule yang menyerap sinaran UV dan menukar kepada haba. 

Manakala sunblock pula mengandungi bahan mineral seperti titanium dioxide atau zinc yang menghalang cahaya UV tembus masuk ke dalam kulit. 

Jadi bezanya antara dua ini adalah bagaimana ia berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran.

Sunblock menghalang sinaran UV pada kulit, manakala sunscreen mempunyai bahan kimia yang akan menyerap sinaran UV sebelum kulit anda menyerapnya.

Jom kita lihat penerangan lebih terperinci menerusi video berikut.


Apa Perkara Penting Yang Perlu Diambil Kira Semasa Memilih Sunscreen?

Ini adalah komponen paling utama bagi mana-mana langkah apabila membuat pembelian.

Pertama sekali wajib lihat bahan yang terkandung di dalamnya.

  • Ecamsule: Bahan yang menghalang UVA.
  • Avobenzone: membantu menghalang sinaran UV tanpa kesan break down bila terkena sinaran UV. 

Jadi, pastikan anda cari bahan ini active photo barrier complex dan dermaplex tau. 

  • Titanium dioxide dan zinc oxide: Memberi perlindungan sinaran UVA dan sesuai jika anda menghadapi masalah kulit sensitif.
  • Bebas alkohol, pewangi bagi anda yang mempunyai kulit sensitif dan masalah alergik.

Bagi penarangan lebih terperinci, jom saksikan video ringkas ini.


Artikel Berkaitan

End of Article