Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Watsons jeragat

12 Produk Hilangkan Jeragat di Watsons 2024

Kenali jenis produk yang mampu menghilangkan jeragat yang dijual di Watson ini.

Jeragat mudah terjadi apabila wajah anda terdedah dengan sinaran UV secara terus pada kulit yang tidak menggunakan sunblock atau sunscreen

Kesan daripada sinaran UV ini juga boleh membahayakan kulit anda untuk terkena penyakit kronik lain seperti kanser kulit.

Dengan penggunaan skincare untuk jeragat di Watsons, ia merupakan salah satu cara hilang jeragat cepat.

Produk Watsons untuk jeragat sememangnya banyak dan anda boleh pilih mengikut keperluan dan kesesuaian kulit.

Jom lihat senarai produk hilangkan jeragat di Watsons dan ada juga petua hilang jeragat untuk anda di bawah!


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 12 Produk Hilangkan Jeragat di Watsons

Serum untuk jeragat Watsons terbaik secara keseluruhan
Olay Niacinamide + Vitamin C Serum
Olay
Olay Niacinamide + Vitamin C Serum
mulai
RM76.90
Semak Olay Niacinamide + Vitamin C Serum harga dibawah:
add_circle Mempunyai Niacinamide + Vitamin C
add_circle Tekstur tidak berminyak
add_circle Mudah menyerap
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Sebab menjadi pilihan utama:

Selepas menggunakan Olay Niacinamide + Vitamin C Serum ini, kulit yang dulu kelihatan kusam dan sedikit jeragat ini mula menjadi lebih cerah dan wajah kelihatan berseri.

Ciri-ciri:

Jeragat ini boleh wujud seawal dari usia remaja kerana tidak menggunakan pelindungan matahari yang akhirnya menyebabkan jeragat.

Gabungan dua bahan utama Niacinamide dan Vitamin C akan mengurangkan kesan tompok hitam atau jeragat dengan baik dan cepat. 

Bukan itu sahaja, kesan dari jerawat mampu dikurangkan, kulit kusam dan tidak sekata juga akan bertambah baik dengan penggunaan secara berterusan dan konsisten. 

Hanya bermodalkan tidak lebih dari RM80, anda dapat hilangkan kesan jeragat, mencerahkan, mengurangkan parut serta mempunyai tona kulit yang sekata! 

Review:

"Selepas guna lebih dari sebulan, kulit wajah kelihatan lebih cerah dan dalam masa yang sama parut jerawat pun makin pudar."

Pencuci muka untuk jeragat di Watsons
Himalaya Clear Complexion Brightening Face Wash
HIMALAYA
https://shopee.com.my/HIMALAYA-Clear-Complexion-Brightening-Face-Wash-150ml-i.21516516.298329105
mulai
RM10.77
Semak Himalaya Clear Complexion Brightening Face Wash harga dibawah:
add_circle Saffron sebagai bahan utama
add_circle Menjadikan kulit lebih licin dan lembut
remove_circle Tidak menghilangkan jeragat

Saffron merupakan bahan utama yang terdapat didalam pencuci muka Himalaya Clear Complexion Brightening Face Wash. 

Kandungan ini berfungsi sebagai agen untuk memudarkan jeragat pada kulit wajah.

Selain itu, kandungan buah delima juga menjadikan kulit lebih lembap dan tiada lagi masalah kulit kering. 

Sekaligus menjadikan pencuci ini mampu mengurangkan kedutan pada permukaan kulit. 

Manakala bahan Licorice bagus, kerana dapat berfungsi mengurangkan penghasilkan melanin yang menyebabkan jeragat. 

Secara tidak langsung menjadikan kulit tampak lebih sekata dan tampil lebih berseri!

Serum untuk jeragat di Watsons
Eucerin Spotless Brightening Booster Serum
Eucerin
Eucerin Spotless Brightening Booster Serum
mulai
RM146.30
Semak Eucerin Spotless Brightening Booster Serum harga dibawah:
add_circle Thiamidol mengurangkan kesan bintik hitam
add_circle Kesan seawal 2 minggu penggunaan
remove_circle Kesan terbaik jika digunakan satu set produk

Jom hilangkan jeragat dengan berkesan dan cepat menggunakan Eucerin Spotless Brightening Booster Serum ini.

Menariknya, produk ini terbukti berkesan dengan kajian yang dijalankan pada beberapa orang wanita tau!

Kandungan Panthenol ini baik untuk merawat kulit yang rosak akibat sinaran UV, malah berfungsi untuk melembapkan kulit wajah agar lebih sihat. 

Produk ini sesuai untuk digunakan pada anda yang mempunyai kulit wajah sensitif, tanpa anda perlu risau akan kesan sampingannya.

Bukan sahaja dapat mengurangkan jeragat, produk ini akan membantu anda memperolehi kulit tona yang lebih sekata.

Moisturizer untuk jeragat di Watsons
Bio-essence Bio-Gold 24k Rose Moisturizing Gel
Bio-essence
Bio-essence Bio-Gold 24k Rose Moisturizing Gel
mulai
RM63.90
Semak Bio-essence Bio-Gold 24k Rose Moisturizing Gel harga dibawah:
add_circle Diperkaya bahan untuk mengunci kelembapan
add_circle Tidak melekit
add_circle Melambatkan proses penuaan pada kulit wajah
add_circle Kulit lebih lembap sehingga lapisan dalam
remove_circle Perlu guna set lengkap untuk hasil terbaik

Moisturizer terbaik dari Bio Essence bagi mencegah jeragat pada kulit wajah semamangnya menjadi pilihan ramai.

Diformulasikan dengan 24k Bio Gold yang kaya dengan anti-oxidant mampu untuk melambatkan proses penuaan pada kulit wajah. 

Ianya Diperkaya dengan Rose Essential Oil untuk mengunci kelembapan dan teksturnya tidak melekit.

Nano Gold Peptide pula menjadikan kulit lebih lembap sehingga ke 20 lapisan kulit wajah anda.

Kini kulit lebih sihat dan lebih kurang jeragat!

Krim jeragat terbaik di Watsons
Clinelle Whitenup Brightening Spot Corrector Essence
Clinelle Whitenup Brightening Spot Corrector Essence
mulai
RM62.91
Semak Clinelle Whitenup Brightening Spot Corrector Essence harga dibawah:
add_circle Sesuai semua jenis kulit
add_circle Memperbaiki tona tidak sekata
add_circle Mengurangkan pigmentasi
remove_circle Saiz kecil & harga mahal

Anda boleh kekalkan penjagaan kulit semula jadi dengan Clinelle Whitenup Brightening Spot Corrector Essence ini.

Ia diformulasi untuk mengatasi masalah pigmentasi, tompok gelap, parut, dan ketidaksempurnaan warna kulit, juga pada masa yang sama meningkatkan keseluruhan tona kulit.

Turut mengandungi bahan yang terbaik seperti ekstrak Japanese Purple Rice bersama dengan Vitamin C, menjadikan kulit lebih cerah dan lembap.

Selain itu, turut mengurangkan pigmentasi dan menyegarkan kulit, menjadikan kulit tampak berseri.

Produk ini juga turut diperkaya dengan Ekstrak Bunga Daisy, satu keajaiban semula jadi yang membantu mengurangkan pigmentasi, mencegah penggelapan kulit, dan memastikan tona kulit yang sekata. 

Unsur perlindungan ini tidak hanya melindungi kulit anda, tetapi juga menyumbang kepada penampilan yang lebih berseri dan meremajakan kulit wajah.

Krim malam untuk jeragat di Watsons
L'Oreal Paris Aura Perfect Clinical Overnight Treatment
L'Oreal Paris
L'Oreal Paris Aura Perfect Clinical Overnight Treatment
mulai
RM40.02
Semak L'Oreal Paris Aura Perfect Clinical Overnight Treatment harga dibawah:
add_circle Terbukti pada ujian klinikal.
add_circle Dermatologist approved
add_circle Mudah menyerap pada kulit.
remove_circle Tidak specific untuk lelaki sahaja.

Para lelaki boleh cuba guna L'Oreal Paris Aura Perfect Clinical Overnight Treatment ini kerana mengandungi 3 Bahan utama yang bagus iaitu Vitamin B, Procystein dan Bio-Peeling.

Vitamin B sememangnya berkesan untuk memudarkan kesan jeragat, ditambah pula dengan Procystein yang juga bertindak untuk memudarkan jeragat menjadikan produk ini berkesan untuk muka berjeragat.

Bio-peeling pula berfungsi untuk membuang sel yang rosak dan mengantikan dengan sel-sel yang baru untuk menjadikan kulit wajah anda lebih sihat. 

Untuk mendapatkan hasil terbaik, kami sarankan anda menggunakan set lengkap dan lihat sendiri kesannya!

Pencuci muka untuk hilang jeragat
Eucerin Spotless Brightening Gentle Cleansing Foam
Eucerin Spotless Brightening Gentle Cleansing Foam
mulai
RM47.60
Semak Eucerin Spotless Brightening Gentle Cleansing Foam harga dibawah:
add_circle Bahan seperti Sodium Ascorbyl Phosphate
add_circle Bebas paraben
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit eczema

Pencuci muka dari Eucerin sangat popular dengan kebaikkan yang dapat mencerahkan serta mengurangkan jeragat pada wajah.

Mempunyai DIO Active yang mampu untuk mengurangkan jeragat dan terbukti berkesan pada kulit wajah wanita Asia. 

Selain itu, pencuci muka ini tidak mengandungi alkohol yang boleh menyebabkan iritasi pada wajah.  

Menarik lagi, produk ini bebas paraben menjadikannya sangat bagus untuk anda yang mempunyai kulit sensitif kerana penggunaannya tidak akan menyebabkan kulit kering dan alergik. 

Kandungan Sodium Ascorbyl Phosphate pula bagus untuk mencerahkan kulit dan mengecah penuaan pada kulit. 

Walaupun harganya agak mahal tapi sangat berbaloi untuk anda yang mahukan kulit licin cantik dan berseri! 

Serum ilangkan jeragat untuk remaja Watsons
Garnier Light Complete Booster Serum (With Vitamin C) (30ml)
Garnier
mulai
RM26.39
Semak Garnier Light Complete Booster Serum (With Vitamin C) (30ml) harga dibawah:
add_circle Masa 3 hari pudarkan bekas jerawat
add_circle Kurangkan masalah kulit kusam
add_circle Sesuai dengan semua jenis kulit
add_circle Kaya dengan antioksidan
add_circle Halal
remove_circle Kurang berkesan mengecutkan jerawat

Masih ramai tidak menggunakan Vitamin C sebagai satu asas dalam set penjagaan muka.

Tahukah anda bahawa penggunaan Vitamin C secara konsisten pada wajah akan menjadikan kulit tidak kusam? 

Ya, ini fakta! Terutama sekali jika wajah yang mempunyai jeragat, kandungan Niacinamide akan bertindak melindungi kulit agar tidak berlaku sunburn.

Kandungan Phenylethyl Resorcinol pula membantu untuk mencerahkan kulit wajah,dan meneutralkan kesan kerosakan akibat radikal bebas. 

Anda boleh gunakan serum ini pada waktu pagi dan malam untuk dapatkan hasil maksimum! 

Dark spot corrector terbaik Watsons
Nivea Luminous 630 Spotclear Booster Serum
Nivea
Nivea Luminous 630 Spotclear Booster Serum
mulai
RM106.25
Semak Nivea Luminous 630 Spotclear Booster Serum harga dibawah:
add_circle Memberi kulit berkhasiat
add_circle Mengurangkan pigmentasi
add_circle Menghilangkan kesan tompok hitam dalam masa 4 minggu
remove_circle Harga mahal.

Bukan mudah untuk menghilangkan tompok hitam pada wajah yang mungkin boleh menyebabkan ramai yang mula terasa kurang yakin.

Tapi dengan produk ini, hanya dalam masa 4 minggu sahaja anda akan melihat kesanya tanpa membahayakan kulit wajah anda. 

Malah kesan pigmentasi kulit yang lama sehingga 10 tahun lepas juga boleh dikurangkan dan menjadikan wajah anda berseri. 

Formulasi 2 bahan terbaik dari Patented Luminous 630 dengan Hyaluron serta Vitamin E yang memberikan khasiat pada wajah anda!

Pembeliannya sangat berbaloi walaupun harga mahal sedikit kerana mampu merawat masalah kulit sehingga ke dalam. 

Serum silangkan jeragat kulit kusam Watsons
L'Oreal Paris Glycolic Bright Instant Glowing Serum
L'Oreal Paris
L’Oreal Glycolic Bright Instant Glowing Serum
mulai
RM61.28
Semak L'Oreal Paris Glycolic Bright Instant Glowing Serum harga dibawah:
add_circle Mengandungi Glycolic Acid
add_circle Mencerahkan kulit wajah
remove_circle Boleh menyebabkan keradangan kulit

Jeragat dan kulit kusam adalah satu kombinasi yang selalu hadir bersama, jadi anda boleh dapatkan produk hilangkan jeragat di L'Oreal Paris Glycolic Bright Instant Glowing Serum ini. 

Mengandungi Glycolic Acid yang akan mengurangkan kesan sinaran UV atau jeragat pada wajah sehingga 57%.

Bukan itu sahaja, Glycolic Acid juga boleh mencerahkan wajah anda supaya nanti tiada lagi masalah kulit gelap dan jeragat pada wajah. 

Dengan harga yang tidak terlalu mahal dan mampu milik sangat sesuai untuk digunakan oleh semua.

Pelembap hilangkan jeragat Watsons
Cosmoderm Vitamin E 3,000 I.U. Renewal Moisturiser
cosmoderm vitamin e
mulai
RM28.90
Semak Cosmoderm Vitamin E 3,000 I.U. Renewal Moisturiser harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Tanpa paraben dan pewarna
add_circle Mempunyai sijil halal
remove_circle Sedikit melekit

Jika anda memiliki masalah dengan jeragat atau parut, Cosmoderm Vitamin E 3,000 I.U. Renewal Moisturiser 50ml adalah produk yang tepat untuk anda. 

Sesuai untuk kulit normal dan kombinasi turut mengandungi minyak Vitamin E dan minyak Rosehip untuk melembapkan kulit.

Berkesan dalam memulihkan kulit kering dan rosak, serta membantu mengurangkan garis halus, kedutan, memudarkan jeragat dan parut dengan pantas.

Selain itu, turut melindungi dan menyihatkan semula kulit wajah yang terdedah kepada bahan kimia, membuatkan wajah anda kekal berseri dan mengurangkan masalah kulit kusam.

Cara penggunaan yang mudah, selepas membersih muka anda sapu dengan rata dan urut wajah dengan lembut bagi memudahkan produk diserap oleh kulit. 

Serum dengan bahan aktif untuk jeragat Watsons
Wardah Crystal Secret Dark Spot & Brightening Serum
wardah crystal clear 1
mulai
RM28.00
Semak Wardah Crystal Secret Dark Spot & Brightening Serum harga dibawah:
add_circle Mengandungi 3 bahan aktif pencerah
add_circle Dapat mengurangkan bintik-bintik hitam
remove_circle Botol kecil

Produk jenama Wardah ini paling berkesan dalam mengurangkan masalah jeragat dan kulit kusam.

Formula dalam produk ini membantu melindungi kulit dari pencemaran habuk, cuaca dan tekanan oksidatif.   

Selain itu, penggunaan yang konsisten dapat memudarkan parut jerawat dan mengembalikan kecerahan kulit anda. 

Bukan itu sahaja, produk ini mempunyai 3 bahan pencerah yang aktif seperti Niacimide, Alpha Arbutin dan Tranexamid Acid yang boleh meratakan kulit dan mencerahkan bintik-bintik hitam serta parut jerawat.

Bahan-bahan ini akan membantu kulit anda bertambah cerah dan semakin berseri.


Petua Hilangkan Jeragat

Untuk mengurangkan tompok-tompok jeragat pada wajah, langkah-langkah yang boleh diambil termasuk melindungi kulit dari sinaran matahari atau sinaran UV dengan mengenakan suncreen atau sunblock setiap kali ingin keluar rumah.

Ini bagi mengelakkan pendedahan berlebihan kepada matahari secara direct.

Selain itu, penggunaan produk topikal yang mengandungi bahan aktif seperti asid glikolik, asid salisilat, atau retinol dapat membantu mengurangkan hiperpigmentasi dengan merangsang penghasilan kulit baharu.

Tambahan lagi, menjaga kelembapan kulit dengan menggunakan pelembap yang sesuai juga penting, serta mengelakkan pendedahan berlebihan kepada matahari dengan menggunakan topi atau pakaian perlindungan UV.

Produk pengelupasan juga boleh membantu meratakan warna kulit dengan mengangkat sel-sel kulit mati yang mungkin mengandungi melanin berlebihan.

Penting juga untuk amalkan pemakanan atau diet yang seimbang dengan pengambilan antioksidan dan nutrien yang menyokong kesihatan kulit dalam mengurangkan kerosakan akibat faktor luaran.

Bagi kes jeragat yang sangat ketara atau tidak berkesan dengan rawatan yang dinyatakan, konsultasi dengan doktor pakar dermatologi adalah penting.

Mereka dapat menawarkan rawatan khusus seperti terapi laser atau pengelupasan kimia yang lebih berkesan.

Jika masalah jeragat tidak teruk, boleh je dapatkan produk hilangkan jeragat di farmasi atau produk untuk jeragat di Watsons berdekatan rumah anda.

Penting juga untuk diingat bahawa hasil setiap rawatan mungkin berbeza bagi setiap individu, dan kesabaran serta consistent dalam merawat kulit adalah kunci untuk mencapai hasil yang diinginkan.


Bahan Untuk Hilangkan Jeragat

Beberapa bahan yang sering digunakan untuk membantu mengurangkan tompok-tompok jeragat termasuk:

Asid Glikolik

Ia merupakan sejenis asid alpha hydroxy (AHA) yang dapat membantu menggalakkan pengelupasan kulit dan memperbaiki tekstur kulit.

Asid Salisilat

Sejenis asid beta hydroxy (BHA) yang baik untuk kulit berminyak, dapat membantu membersihkan pori-pori dan mengurangkan hiperpigmentasi.

Retinol

Ia juga dikenali sebagai Vitamin A yang membantu merangsang pengeluaran sel baru, meratakan warna kulit, dan mengurangkan penampilan garis-garis halus serta jeragat.

Vitamin C

Ia sebagai antioksidan kuat, Vitamin C membantu memperbaiki kerosakan kulit akibat sinar UV dan mengurangkan hiperpigmentasi.

Ekstrak Licorice

Bahan ini memiliki sifat pemutihan semula jadi dan dapat membantu mengurangkan melanin dalam kulit, mengurangkan penampilan jeragat.

Ekstrak Mulberry

Ekstrak ini sama seperti ekstrak licorice, ia juga mempunyai sifat pemutihan yang membantu mengurangkan penampilan jeragat.

Ekstrak Arbutin

Ekstrak ini pula memiliki sifat pemutihan yang membantu mengurangkan penghasilan melanin dan hiperpigmentasi kulit.

Niacinamide (Vitamin B3)

Bahan penting ini mempunyai sifat anti-radang dan pemutihan, serta membantu mengurangkan penampilan jeragat dan tona kulit yang tidak sekata.

Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut secara konsisten dapat membantu mencapai hasil yang diinginkan untuk mengurangkan atau menghilangkan jeragat.

Walau bagaimanapun, hasil individu mungkin berbeza dan konsultasi dengan pakar kulit adalah penting bagi kes-kes yang lebih serius atau jika ada kebimbangan tentang kulit.


Apa Yang Menyebabkan Jeragat Tiba-tiba Muncul?

Jeragat adalah kesan tompokkan atau bintik hitam yang ada pada kulit wajah dan boleh juga wujud pada bahagian badan anda yang lain. 

Apakah penyebab tompok hitam yang dipanggil sebagai jeragat? Jeragat terjadi akibat sinaran UV pada kulit wajah yang tidak menggunakan sunblock atau sunscreen.  

Akibat dari sinaran UV, melain ini menghasilkan jeragat bagi melindungi kulit wajah akibat sinaran tersebut dan terjadilah tompokan hitam atau bintik pada wajah anda. 

Oleh itu, kita semua perlu menggunakan sunblock atau sunscreen pada wajah untuk mengelakkan berlakunya jeragat tersebut.


Apakah Cara Terbaik Pilih Produk Untuk Jeragat & Cara Untuk Mengurangkannya?

Jeragat atau penuaan ini muncul bila kita tidak menjaga kulit wajah dengan baik dan ianya bukanlah 100% akibat peningkatan umur. 

Jadi benda pertama yang perlu anda cari dalam produk untuk anti penuan atau jeragat adalah pelindung sinaran UV pada kulit.

Ini kerana sinaran UV akan menyebakan masalah kulit dan meninggalkan kesan dark spot

Seterusnya, pastikan produk tersebut mempunyai Hyaluronic Acid kerana ianya berfungsi mengunci kelembapan pada kulit.

Ceramides pula menguatkan perlindungan kulit tanpa mengeringkan lapisan kulit wajah, petua untuk mengelakkan jeragat dan penuaan adalah kelembapan. 

Selain itu, Glycolic Acid menyingkirkan sel kulit mati atau kotoran pada kulit secara natural, malah ianya menjadikan tona kulit sekata, serta meningkatkan keanjalan. 

Niacinamide adalah kunci terbaik untuk masalah ini, diperkaya dengan Vitamin B3 untuk melawan pigmentasi pada kulit anda. 

Jadi tips nak hilangkan atau pudarkan jeragat, penuaan, pigmentasi adalah seperti yang dinyatakan.

Masih ada beberapa bahan lain yang bagus melawan jeragat, tapi ini adalah antara bahan yang utama dalam mengurangkan kesan penuaan. 

Jadi sebelum pilih produk untuk jeragat, pastikan ada bahan yang kami senaraikan di atas ya!


Artikel Berkaitan

End of Article