Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
pencuci muka jeragat terbaik

14 Pencuci Muka untuk Hilangkan Jeragat (Paling Berkesan) 2024

Hilangkan jeragat dan bintik hitam dengan mudah & cepat!

Jeragat terhasil sebab kulit kurang mendapat perlindungan dari sinaran matahari atau banyak kali terdedah dengan pencemaran udara kotor. 

Akibat dari itu, sinaran UV dan udara kotor yang terkena pada kulit wajah akan membentuk tompokkan halus berwarna gelap pada kulit. 

Jeragat juga boleh terhasil dari kesan atau bekas jerawat yang pernah tumbuh pada wajah. 

Bagaimanapun, masalah jeragat tidak membahayakan kesihatan, tapi mungkin membuatkan sesetengah orang rimas, kurang keyakinan diri dan akan kerap mencari bahan untuk menutup freckles ini. 

Anda boleh cuba pencuci muka untuk jeragat, pencuci muka hilangkan jeragat, atau sabun untuk jeragat yang paling berkesan untuk merawat bintik hitam atau jeragat. 

Ada pelbagai jenis sabun cuci muka untuk jeragat yang bagus untuk anda cuba.

Jom lihat pencuci muka terbaik untuk jeragat atau cleanser untuk jeragat yang sesuai semua jenis kulit!


Senarai 14 Pencuci Muka Terbaik Untuk Kulit Berjeragat

Pencuci muka terbaik untuk jeragat secara keseluruhan
Eucerin Spotless Brightening Gentle Cleansing Foam
Semak Eucerin Spotless Brightening Gentle Cleansing Foam harga dibawah:
add_circle Bahan seperti Sodium Ascorbyl Phosphate
add_circle Bebas paraben
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit eczema

Sebab menjadi pilihan utama:

Eucerin Spotless Brightening Gentle Cleansing Foam ini sangat sesuai untuk kulit berminyak dan sensitif serta bagus untuk membuang kotoran pada wajah untuk menjadikan kulit lebih segar.

Ciri-ciri:

Pencuci muka dari Eucerin sangat terkenal dengan kebaikkan yang dapat mencerahkan serta mengurangkan jeragat pada wajah.

Mempunyai DIO Active yang mampu untuk mengurangkan jeragat dan terbukti berkesan pada kulit wajah wanita Asia. 

Selain itu, pencuci muka ini juga tidak mengandungi alkohol yang boleh menyebabkan iritasi pada wajah.  

Produk ini juga turut bebas paraben di mana ia sangat bagus bagi anda yang mempunyai kulit sensitif yang tidak akan menyebabkan kering dan alergik. 

Sodium Ascorbyl Phosphate pula bagus untuk mencerahkan kulit dan mengecah penuaan pada kulit. 

Walaupun harganya agak mahal tapi sangat berbaloi untuk anda yang mahukan kulit licin cantik dan berseri!

Review:

"Kesan parut akibat jerawat makin berkurang, mungkin akan lebih berkesan jika digunakan dengan set lengkapnya."

Pencuci muka untuk jeragat di farmasi
Simple
Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel (150ml)
Semak Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel harga dibawah:
add_circle Triple purified water dan vitamin
add_circle Bebas sabun 100%
add_circle Non-comedogenic
remove_circle Mungkin tidak sesuai untuk sesetengah kulit

Anda nak pencuci muka yang bebas sabun? Boleh cuba facial gel wash dari Simple ini kerana ia bebas 100 sabun yang menjadi punca utama iritasi. 

Campuran bahan yang terbaik serta vitamin ini menjadikan wajah anda kekal bersih dan bebas kotoran. 

Lulus ujian dermatologist yang selamat untuk diguna pakai oleh kulit kering dan kulit sensitif, malah bebas pewangi serta tiada pewarna tiruan. 

Wajah kekal bersih, tiada masalah iritasi dan menjadikan kulit lebih sihat dan cantik.

Pencuci muka untuk jeragat dan berminyak
Hada Labo
Semak HADA LABO Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash harga dibawah:
add_circle Elakkan proses penuaan kulit
add_circle Kekal hidrasi pada kulit
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kering

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering dan kasar, beli je Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash.

Asid hyaluronik dalam pencuci muka Hada Labo membantu mengekalkan kelembapan kulit dan gliserin pula menyeimbangkan tahap kelembapan semula jadi kulit.

Tanpa alkohol, wangian, minyak mineral dan pewarna tiruan serta sesuai untuk kulit sensitif.

Pencuci muka untuk jeragat yang boleh meningkatkan kelembapan kulit sehingga dua kali ganda, jadi sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menghidrat kulit mereka.

Pencuci muka jeragat dan jerawat
Hada Labo
Hada Labo Premium Whitening Face Wash
Semak Hada Labo Premium Whitening Face Wash harga dibawah:
add_circle Mengandungi Niacinamide
add_circle Bebas pewangi
remove_circle Boleh menyebabkan alergik

Hada Labo Premium Whitening Face wash ini mengandungi bahan seperti Niacinamide yang sangat bagus membantu untuk mencerahkan kulit wajah.

Bukan itu sahaja, bahan ini dapat bertindak sebagai pencuci muka jeragat dan kulit kusam.

Selain itu, bahan Tranexamic Acid dapat membantu menghilang jeragat akibat sinaran UV serta mencerahkan kulit.

Tanpa perlu risau, kulit anda akan tampil lebih segar dan lembap kesan dari Hyaluronic Acid.

Paling menarik tentang produk ini, tidak mempunyai sebarang pewangi, adalah satu komponen baik bagi yang mempunyai kulit sensitif.

Kulit makin cerah berseri, jeragat juga makin berkurang dengan Hada Labo!

Pencuci muka jeragat untuk remaja
OXY Acne Control Whitening Wash
Semak OXY Acne Control Whitening Wash harga dibawah:
add_circle Memperbaiki kulit kusam
add_circle Membersihkan kulit dengan mendalam
add_circle Kekalkan kelembapan kulit
add_circle Ada Vitamin E
remove_circle Keberkesanan bergantung pada jenis kulit

Menariknya bahan yang ada pada pencuci muka ini menggunakan New advanced Acnoplex formula dengan kegunaan 4 dalam 1. 

Pencuci muka ini juga mengurangkan masalah akibat jerawat, menjadikan kulit licin, lembut dan nampak lebih sihat.

Ditambah pula bahan seperti Butylene Glycol sangat bagus untuk yang mempunyai masalah kulit kering dan berfungsi membersihkan liang pori dari menghasilkan jerawat.

Dengan formulasi Titanium Dioxide pula bagus untuk kulit kekal remaja dan berseri jadi anda akan nampak muda!

Jadi, seawal dari remaja lagi anda perlu mengamalkan penjagaan muka yang mengandungi bahan anti-aging.

Semak Badlab Depth-Charged Deep Cleansing Facial Cleanser harga dibawah:
add_circle Beri lembapan pada kulit kering
add_circle Mengandungi Glycerin & serbuk arang
add_circle Khas untuk lelaki kulit kusam
remove_circle Memedihkan mata
remove_circle Hanya untuk lelaki

Jenama BadLab makin terkenal kerana sangat berkesan untuk melembapkan kulit yang kelihatan kering dan kusam.

Pencuci muka untuk jeragat lelaki ini akan menyerap ke dalam lapisan kulit paling dalam untuk mencuci kotoran yang melekat dalam liang pori.

Dengan penggunaan yang konsisten, jeragat pada kulit akibat sinaran UV juga akan dirawat dengan baik.

Ini kerana kandungannya diperkaya Bentonite Clay dan Charcoal yang dapat mengembalikan wajah bersih dan sihat.

Untuk kesan yang lebih berkesan, anda disarankan menggunakan BADLAB Dirty Deeds Facial Scrub dan BADLAB Battle Repair Facial Moisturiser.

Pencuci muka untuk kulit kusam dan jeragat
Safi
Safi Youth Gold Lifting 24k Serum Cleanser
Semak Safi Youth Gold Lifting 24k Serum Cleanser harga dibawah:
add_circle Tidak mempunyai Paraben
add_circle Mempunyai Nano 24k gold
remove_circle Bauan wangi yang boleh menyebabkan iritasi

Berbeza dengan pencuci muka diluar sana, Safi Youth Gold Lifting ini juga mengandungi serum didalamnya! 

Bahan ini berfungsi bukan sekadar mencuci malah melembutkan kulit wajah juga.

Kandungan Golden C  pula merupakan antioksida yang melindungi kulit wajah dan membaiki stuktur kulit yang rosak (jeragat) dan menggantikan dengan sel kulit baru. 

Ini menjadikan Safi sebagai pencuci terbaik untuk jeragat.

Manakala fungsi Triple Gold pula untuk melindungi kulit dari sinaran UV atau radikal bebas yang menjadi punca kepada jeragat. 

Masalah jeragat dapat diatasi kulit wajah kembali anjal dan lembat sepanjang hari! 

Cuba dan rasai perbezaannya sendiri.

Pencuci muka untuk kulit kering dan jeragat
Wardah Crystal Secret Facial Wash
Semak Wardah Crystal Secret Facial Wash harga dibawah:
add_circle Dermatologist tested
add_circle 2x kandungan Alpha Arbutin
remove_circle Sukar untuk dapatkan dalam pasaran

Mencari pencuci muka hilangkan jeragat? Ini jawapannya dengan Wardah Crystal Secret Facial Wash.

Kandungan dalam pencuci muka jeragat ini berfungsi untuk melembapkan kulit wajah kering dan sudah semestinya mengurangkan kesan jeragat pada wajah.

Tak perlu risau, pencuci muka Wardah ini telah terbukti berkesan selepas menjalani ujian dermatologist yang sesuai untuk semua jenis kulit terutama bagi anda yang menghadapi masalah kulit kering dan berjerawat.  

Bahan aktif seperti Alpha Arbutin ini  mengurangkan penghasilan melanin yang menyebabkan jeragat. 

Malah berfungsi untuk memudarkan kesa jeragat dan kesan tompakan hitam akibat sinaran UV, kesan jerawat. 

Hilangkan jeragat itu agak sukar tapi untuk mengurangkan jeragat adalah lebih mudah dengan pencuci muka dari Wardah ini tau!

Pencuci muka untuk jeragat dan parut
HIMALAYA
https://shopee.com.my/HIMALAYA-Clear-Complexion-Brightening-Face-Wash-150ml-i.21516516.298329105
Semak Himalaya Clear Complexion Brightening Face Wash harga dibawah:
add_circle Saffron sebagai bahan utama
add_circle Menjadikan kulit lebih licin dan lembut
remove_circle Tidak menghilangkan jeragat

Saffron merupakan bahan utama yang terdapat didalam pencuci muka Himalaya Clear Complexion Brightening Face Wash. 

Kandungan ini berfungsi sebagai agen untuk memudarkan jeragat pada kulit wajah.

Selain itu, kandungan buah delima juga menjadikan kulit lebih lembap dan tiada lagi masalah kulit kering. 

Sekaligus menjadikan pencuci ini mampu mengurangkan kedutan pada permukaan kulit. 

Manakala bahan Licorice bagus, kerana dapat berfungsi mengurangkan penghasilkan melanin yang menyebabkan jeragat. 

Secara tidak langsung menjadikan kulit tampak lebih sekata dan tampil lebih berseri!

L'oreal Paris Aura Perfect Milky Facial Foam
Semak L'oreal Paris Aura Perfect Milky Facial Foam harga dibawah:
add_circle Mengandungi Tourmaline
add_circle Vitamin CG
remove_circle Mengandungi bahan kimia

Pencuci muka dari L’oreal ini mampu mencerahkan kulit wajah anda dengan 2 bahan utama Tourmaline dan Vitamin CG.

Bahan ini bertindak untuk memudarkan kesan jeragat, membuang sel kulit mati dan menjadikan kulit anda tidak kusam lagi. 

Selain itu dapat membersih kulit wajah dari kotoran seperti habuk dan juga kesan minyak yang boleh menyebabkan jerawat. 

Kandungan Vitamin CG  ini juga dapat menjadikan kulit tapak lebih sekata dan cerah kerana penghasilan melanin dapat dikurangkan. 

Jom cuba pencuci muka hilangkan jeragat dari L’oreal Paris.

Pencuci muka untuk jeragat di drugstore
Pure Beauty
Pure Beauty Urban Shield Brighten Up
Semak Pure Beauty Urban Shield Brighten Up Cleansing Foam harga dibawah:
add_circle Mengurangkan bintik hitam
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Beri kesan glowing pada kulit
remove_circle Harga mahal

Pure Beauty Urban Shield Brighten Up Cleansing Foam ini semakin viral di TikTok dan ramai memberikan ulasan yang baik mengenainya. 

Pencuci muka ini diformulasikan dari Alpha-Bisabolol yang akan mencerahkan kulit ada dengan sekata, manakala Niacinamide pula akan mengurangkan bintik hitam pada kulit wajah dengan berkesan. 

Sambil melembapkan kulit, pencuci muka ini ada Urban Shield Complex, iaitu bahan yang akan menguatkan ketahanan kualiti kulit dengan percemaran udara dan sinaran UV.

Selain akan merawat kulit kusam, pencuci muka Pure Beauty ini juga akan merawat kesan kedutan halus pada wajah dan memberikan kesan glowing pada kulit selepas setiap cucian.

Pencuci muka jeragat untuk umur 50 tahun
Some By Mi
Some By Mi Cereal Pore Scrub Foam 100ml
Semak Some By Mi Cereal Pore Scrub Foam harga dibawah:
add_circle Kecilkan pori muka
add_circle Hilangkan blackhead dan whitehead
add_circle Berikan kesan glowing
add_circle Buang sel kulit mati
add_circle Bebas Paraben, pewarna, pewangi dan Karsinogen
remove_circle Harga mahal

Some By Mi Cereal Pore Scrub Foam ini diperbuat daripada bijirin, beras, buah berangan, kacang lentil dan walnut menjadikannya sesuai untuk membersihkan pori dan mengetatkan pori muka.

Selain sesuai untuk semua jenis kulit, pencuci muka ini juga bagus untuk menanggalkan solekan, kotoran, bintik hitam dan kulit mati.

Turut memberikan glowing effect dan kesan pencerahan yang terbukti bagi membuatkan kulit wajah anda kelihata berseri dan bersih. 

Dengan penggunaan yang konsisten, pencuci muka ini boleh bantu anda mencegah jerawat, menanggalkan kulit kering dan lama dan menghilangkan blackhead dan whitehead.

Bila jeragat di wajah berkurangan, kulit anda akan kelihatan lebih remaja, muda dan cantik.

Paling penting, penggunaan produk ini selamat kerana diperbuat daripada bahan semula jadi untuk kulit anda, tidak mengandungi Karsinogen, tiada Paraben, tiada pewangi dan tiada pewarna.

Pencuci muka jeragat untuk kulit kombinasi
safi light form brightening cleanser
Semak Safi light foam brightening cleanser harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle Halal
add_circle Mengurangkan cela dan mencerahkan tona kulit
add_circle Kulit jadi kurang berminyak
remove_circle Perlu guna secara konsisten

Belikan satu pencuci muka Safi ni untuk diri sendiri, anak atau mak tercinta.

Bukan apa, harganya murah di bawah RM10 dan pencuci muka lembut ini menghasilkan banyak buih dan meninggalkan bau wangi.

Dengan formulasi Anti PM2.5, produk ini boleh membersihkan dan menghilangkan kekusaman untuk kulit yang lebih bersih, licin dan cerah.

Teknologi Vitamin C menggabungkan dua bahan aktif, Nano BioWhite dan Vitamin C yang bekerjasama untuk mempromosikan kulit yang sihat dan berseri.

Nano BioWhite mengurangkan penampilan bintik-bintik gelap dan meratakan warna kulit, sementara Vitamin C tinggi antioksidan yang membantu mengurangkan cela.

Terbukti secara saintifik dapat menghilangkan bahan tercemar dan ini sesuai untuk mereka yang sering aktif di luar rumah atau pulang dari kerja.

Selepas dua bulan, kulit wajah anda makin halus, pori mengecil dan jerawat tumbuh sekejap je.

Pencuci muka jeragat untuk ibu hamil
Safi
SAFI Perfect White Whipped Foam Purifying Cleanser
Semak SAFI Perfect White Whipped Foam Purifying Cleanser harga dibawah:
add_circle Mengandungi Vitamin C
add_circle Meratakan tone kulit
add_circle Menghilangkan bintik hitam
remove_circle Perlu guna secara konsisten

Dengan SAFI Perfect White Whipped Foam Purifying Cleanser, anda akan dapat pembersih muka yang bukan sekadar membersihkan makeup pada muka, tetapi turut menyuburkan kulit anda.

Hasilnya, kulit anda akan lebih cerah dan lembut dengan daya tarikan wajah yang lebih asli.

Diformulasikan dengan teknologi Anti PM2.5, pembersih wajah ini menyediakan pelindung terhadap udara tercemar, memastikan kulit anda kekal bersih.

Dihasilkan dengan teknologi Ultra White dan gabungan Nano BioWhite dan Kakadu Plum bahan aktif serbaguna yang mempercepatkan proses pencerahan kulit.

Nano BioWhite bekerja mengurangkan tompok gelap dan memberikan kulit yang lebih sekata dan cerah.

Manakala Kakadu Plum terkenal dengan kandungan Vitamin C yang luar biasa (100 kali lebih banyak daripada oren), memberikan anda kulit wajah yang lebih sihat dan berseri.

Gunakan produk ini secara konsisten untuk dapatkan kulit wajah berish dan bebas jeragat.


Apakah Tips Untuk Pilih Pencuci Muka Untuk Jeragat?

Jeragat biasanya terjadi akibat penjagaan muka yang tidak rapi, sering mengabaikan pemakaian sunscreen atau sunblock pada kulit wajah. 

Teruknya lagi, bukan saja jeragat terjadi akibat penghasilan melanin dari sinaran UV, tetapi menghasilkan jerawat juga. 

Jom kenali bahan yang baik untuk mengurangkan kesan jeragat pada pencuci muka anda.

  • Vitamin C: Dikenali sebagai ascorbic acid yang mengurangkan kesan jeragat. 
  • Alpha Hydroxy Acid: Dikenali dengan AHAs sebagai bahan pengelupas untuk kulit dimana AHAs dapat membuang sel kulit mati agar kulit tampak lebih cerah dan kelihatan segar. 
  • Kojic Acid: Mengurangkan penghasilan melanin yang terjadi secara semula jadi bagi melindungi kulit akibat sinaran UV. 

Jadi dengan kurangnya penghasilan melanin ia akan mengurangkan jeragat pada wajah.

  • Salicylic acid: Nama lain sebagai BHA yang membuang kotoran pada liang pori yang tersumbat akibat lebihan minyak, kulit mati dan mengurangkan jeragat.
  • Alpha Arbutin: Membantu mengurangkan kesan tompokan hitam dan jeragat pada kulit wajah.

Natijahnya, sebelum beli pencuci muka, jangan lupa untuk periksa bahan yang tersenarai di atas dan pastikan juga skin routine untuk jeragat betul.

Jom saksikan ulasan ringkas dari pakar kulit dari video berikut, barulah kulit makin berseri jeragat juga makin pudar!


Punca Utama Kewujudan Jeragat

Jeragat berpunca daripada kekurangan kolagen dan keanjalan kulit disebabkan pendedahan berpanjangan kepada sinar UV tanpa perlindungan.

Selain itu, proses penuaan semula jadi juga menyumbang kepada kehilangan keanjalan kulit lalu munculnya garis-garis halus.

Jerawat yang meninggalkan kesan parut dan luka juga boleh menyebabkan jeragat.

Stres melampau, umur, perubahan hormon, persekitaran tercemar, dan gaya hidup tidak sihat seperti merokok juga antara penyumbang kepada radikal bebas yang merosakkan kulit.


Punca & Rawatannya Untuk Masalah Jeragat

Bagi memudahkan anda, kami telah menerangkan lebih jelas punca utama kewujudan jeragat di atas.

Antara rawatan untuk masalah jeragat adalah melindungi kulit daripada sinar matahari melampau.

Gunakan pelindung UV dan produk penjagaan kulit yang sesuai bagi mencegah jeragat.

Selain itu, amalkan penjagaan kulit seperti melembap dan membersihkan muka dengan betul untuk mencegah parut.  

Tambah lagi, makan makanan tinggi antioksidan dan Vitamin C yang baik untuk kolagen.

Dapatkan rawatan laser pakar seperti laser CO2 fractional untuk penghasilan sel baru jika perlu untuk menghilangkan jeragat sedia ada.


Artikel Berkaitan

End of Article