Kecantikan

Sayangi Kulit Anda - Gunakan 10 Sunscreen Alcohol-Free Ini

Kebanyakan sunscreen & sunblock mengandungi alkohol yang digunakan sebagai pengawet atau pewangi tiruan. Ini senarai sunblock & sunscreen yang tiada alkohol


Editor · 31 Jan 2020, 12:56pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Sayangi Kulit Anda - Gunakan 10 Sunscreen Alcohol-Free Ini

Sunscreen adalah salah satu produk penjagaan muka yang wajib di aplikasi seharian tidak kira dimana jua anda berada atau melakukan aktiviti luar akan menyebabkan anda sering terdedah kepada sinaran UV. Namun kebanyakannya mengandungi alkohol yang digunakan sebagai pengawet ataupun pewangi tiruan.

Alkohol pula tidak elok untuk jenis kulit sensitif yang mudah teriritasi jika memakai produk yang mengandungi alkohol. Namun, ada juga beberapa alcohol yang digunakan tidak merbahaya sama sekali dan produk yang hanya mengandungi ethyl alkohol, ethanol dan denatured alcohol harus dielakkan. 

Kandungan

Adakah sunscreen mengandungi alkohol? 

Kebanyakan sunscreen mengandungi alkohol samada alkohol yang baik atau tidak baik. Alkohol yang baik seperti cetyl alcohol dan stearyl alcohol ialah fatty alcohol yang kebanyakannya di ekstrak daripada bahan semula jadi seperti minyak kelapa untuk dijadikan emollient dan pemekat di dalam produk penjagaan wajah.

Fatty alcohol tidak memedihkan wajah sama sekali, malah ianya amat bagus untuk kulit kering kerana kandungannya yang tinggi lelemak semula jadi. Jom kita tengok sunscreen mana yang bebas alkohol jahat dibawah ni!

10 Sunscreen & Sunblock Tanpa Alkohol di Malaysia

Sunscreen bebas alkohol, pewangi tiruan dan paraben 1 daripada 10
Uriage Bariesun SPF 50+ Mineral Cream (50ml)
Partnership with Uriage
Dari RM87.90

Produk ultimate jika anda mempunyai kulit sensitif melampau! Diperbuat daripada bahan pelindung matahari mineral yang tidak mempunyai alkohol, pewangi tiruan dan juga paraben. Bukan itu sahaja, tekstur yang pekat juga membuatkan sunscreen ni sesuai untuk kulit kering dan sensitif yang ekstreme. 

Juga boleh digunakan ketika melakukan aktiviti air di laut kerana bahan mineralnya tidak menyebabkan hidupan laut terjejas.

Sunscreen bebas alkohol untuk kulit normal 2 daripada 10
Avene Very High Protection Mineral Cream SPF50 (50ml)
Partnership with Avene
Dari RM95

Produk popular daripada Paris ini amat sesuai digunakan ketika ingin melakukan aktiviti air atau aktiviti yang membuatkan kita berpeluh kerana ianya kalis air. Asas pelindung mataharinya juga daripada bahan mineral, sesuai untuk semua jenis kulit tanpa menyebabkan iritasi atau merengsa.

Sunscreen untuk kulit kering jenis gel 3 daripada 10
Sunplay Skin Aqua UV Whitening Moisture Gel SPF50 PA++ 80g
Partnership with Sunplay
Dari RM30.96

Sesuai digunakan ketika hari panas dan terik kerana sunscreen ini mempunyai tesktur gel yang ringan dan tidak melekit. Diperkaya dengan asid Hyaluronik, sunscreen ini akan meningkatkan daya mengunci lembapan di dalam kulit dan akan mengekalkan hidrasi supaya kulit kekal anjal, lembut dan segar walaupun dibawah panas mentari.

Yadah Oh My Sun Screen SPF35
Susncreen dengan kemasan matte untuk remaja 4 daripada 10
Yadah Oh My Sun Screen SPF35, PA++
Partnership with Yadah
Dari RM18
Harga berpatutan, sesuai untuk remaja lelaki aktif bersukan
Kesan matte, tidak melekit dan bebas minyak
SPF35 lebih rendah berbanding kebanyakan pilihan lain dalam senarai ini (SPF50)
1 lagi
Melindungi dari jeragat, bintik hitam dan tanda penuaan awal

Remaja seringkali mengalami masalah kulit berminyak kerana sering melakukan aktiviti aktif ketika di sekolah. Nah, sunscreen ini amat sesuai sekali kerana ianya mempunyai kemasan matte yang mengawal minyak di muka. 

Sesuai digunakan seharian untuk ke sekolah kerana ianya tidak membuatkan muka mempuyai masalah white cast dan ianya juga tidak berminyak dan melekit. Sesuai juga untuk remaja dengan kulit bermasalah, kerana sunscreen ini tidak mempunyai alkohol dan tidak akan mengiritasikan kulit.

Sunblock muka untuk kulit sensitif
Sunscreen tanpa alkohol untuk kulit sensitif dan kusam 5 daripada 10
Klairs Soft Airy UV Essence SPF50 PA ++++ (80ml)
Partnership with Klairs
Dari RM36.90

Jika kita berada diluar sepanjang hari, tidak kira lah ketika bersiar-siar ataupun berulang-alik dari tempat kerja, muka kita akan sentiasa terdedah kepada radikal bebas dan pencemaran udara. Ini akan menyebabkan kulit menjadi kusam dan bertambah sensitif. 

Sunscreen yang berasaskan air ini amat sesuai digunakan sebagai sunscreen harian yang tidak akan menyebabkan iritasi, malas menenangkan kulit dan juga memberi lapisan perlindungan kepada pencemaran udara dan mengelakkan radikal bebas daripada menempel di permukaan kulit.

Harga sunblock yang berpatutan dan murah untuk kulit sensitif
Sunscreen tanpa alkohol untuk kulit kombinasi 6 daripada 10
Cosrx Aloe Soothing Sun Cream 50ml
Partnership with Cosrx
Dari RM27.50
Mempunyai Titanium Oxide
Mengandungi ekstrak Aloe Vera
Mungkin membuatkan kulit wajah sedikit bersinar

Kulit kombinasi seringkali mengalami masalah berminyak dan juga kering. Jadi, jika anda mengalami kulit kombinasi, anda boleh memakai produk yang mengandungi bahan yang akan menenangkan kulit sensitif kerana ianya bersifat mild dan tidak menyebabkan kulit berminyak dan melekit.

Malah, ianya juga akan menghidrat kulit dalam masa yang samaseperti sunscreen daripada COSRX ini yang menggunakan Aloe Vera sebagai bahan yang menenangkan dan melembap.

Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30
Sunscreen tanpa alkohol yang murah 7 daripada 10
Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30
Partnership with Wardah
Dari RM13.11
Non-Comedogenic
Tekstur ringan & tidak melekit
Mengandungi pewangi
2 lagi
Kandungan antioksidan dan pelembap
Mempunyai Vitamin E dan Provitamin B5

Sunscreen ini amat sesuai jika anda mempunyai kulit sensitif dan berminyak kerana formulanya berasaskan gel dan bertekstur ringan serta nipis. Produk ini juga mengandungi Aloe Vera sebagai ejen mengawal iritasi dan pelembap. Bukan itu sahaja, formula bebas alkoholnya akan mengelakkan kulit sensitif daripada teriritasi.

Sunscreen tanpa alkohol untuk kulit berminyak 8 daripada 10
Hada Labo Air Aqua UV (Fresh) SPF50 PA+++
Partnership with Hada Labo
Dari RM38

Sunscreen ini amat sesuai untuk kulit berminyak kerana ianya bertekstur ringan dan nipis. Ianya juga sesuai untuk digunakan pada waktu pagi kerana ianya akan menyegarkan kulit dan membuatkan kulit tampak cerah, lembap, anjal dan berseri!

Diperkaya dengan Vitamin C dan asid Hyaluronik, sunscreen ini akan membantu mencerahkan masalah bintik hitam kesan daripada matahari dan juga mengawal lembapan pada kulit supaya kulit tidak kering dan berminyak.

Sunscreen jenis spray yang bebas alkohol 9 daripada 10
Watsons Aqua UV Sensitive Sun Protection Spray (150ml)
Partnership with Watsons
Dari RM36.89

Jika anda mencari sunscreen yang memudahkan anda untuk aplikasi, Watsons ada jawapannya. Dibuat khas untuk kulit sensitif, spray sunscreen tanpa alkohol ini akan memastikan kulit sensitif anda tetap terlindung walaupun harus diaplikasi berulang kasi ketika melakukan aktiviti di luar rumah.

Sunscreen jenis gel tanpa alkohol 10 daripada 10
Canmake Mermaid Skin Gel UV SPF 50+ PA ++++
Partnership with Canmake
Dari RM55

Sunscreen ini akan mencair menjadi tekstur yang ringan dan mudah dioleskan pada kulit. Sunscreen ini juga bersifat amat melembap dan tidak mengeringkan wajah. Anda juga boleh menggunakan sunscreen ini sahaja selepas mencuci muka tanpa menggunakan serum, toner mahupun pelembap.

Sunscreen yang diperbuat daripada 85% bahan kecantikan ini bertindak sama seperi produk penjagaan wajah yang lain.

Artikel Berkaitan 

Lagi daripada ProductNation